Menerusi sebuah posting yang dikongsikan menerusi laman Instagram, penyanyi Jaclyn Victor memaklumkan anak lelakinya, Jonah Rivera baru sahaja mengalami kecederaan patah tulang bahu.
Menurut Jaclyn, Jonah merupakan seorang anak yang kuat dan sudah tentu dia akan sembuh dalam keadan segera.
ARTIKEL MENARIK:Episod perpisahan tidak semudah seperti pasangan yang lain. Marissa Yasmin luah dan buka mulut perasaan dia selepas berpisah dengan bekas suami dan saman yang telah dikenakan
“My Baby Boy is such a strong one. The song he is gonna hear for the rest of his life.“No more monkeys jumping on the bed,” tulisnya.Dalam pada itu, posting berkenaan turut disertakan dengan foto x-ray yang memperlihatkan keadaan terkini bahu anaknya itu.
Bagaimanapun, sehingga kini penyanyi lagu Gemilang itu dilihat masih belum berkongsi punca kejaadian tersebut berlaku.Menerusi ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis terkejut saat mendengar berita tersebut selain turut mendoakan semoga Jonah lekas sembuh.
Untuk rekod, Jaclyn telah berkahwin dengan bintang R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada tanggal 19 Julai 2014 namun memutuskan untuk berpisah sejak Januari lalu.Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.Sumber: Instagram Jaclyn Victor
Buka restoran – ‘Ini masanya lakukan perubahan,’ Jaclyn Victor
DI kala kebanyakan usahawan masih lagi bekerja keraas untuk memperkukuhkan perniagaan dan empayar mereka, penyanyi Jaclyn Victor mengambil langkah berani untuk membuka sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar.
Restoran dan lounge yang diberi nama B.A.T.S atau singkatan kepada Bar at Telawi Street itu di buka bersama dua orang sahabat iaitu Geoff Leembruggen yang juga pemilik asal B.A.T.S dan Shankar.Cerita Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 42, dia mendapat panggilan telefon dari Geoff yang mengajaknya untuk menjadi rakan kongsi dan membuka semula B.A.T.S selepas kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perniagaan makanan beroperasi.
Mengakui tidak tahu dari mana keg1laan dan keberanian itu timbul untuk menjebakkan diri dalam dunia perniagaan, Jaclyn yang mesra di sapa dengan panggilan Jac menganggap ia sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan.“Saya dan Geoff berkenalan selepas dia melnggar kereta saya akhir tahun lalu berhampiran Bangsar. Selepas kejadian itu, dia ada mengajak saya ke salah sebuah restorannya.
“Tidak lama selepas itu, Geoff menghubungi saya lagi dan bertanya adakah saya berminat untuk menjadi rakan kongsi dan membuka semula B.A.T.S.“Saya rasa saya tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran itu dan jika di tanya apa yang mendorong saya untuk mengambil langkah berani ini, saya pun tiada jawapan. Tapi bagi saya kalau kita rasa ini masanya untuk membuat perubahan, mengapa tidak untuk ambil peluang itu.
“Saya berasal dari dunia nyanyian di restoran, bar. Walau tidak pernah terfikir untuk memiliki sebuah restoran suatu hari nanti, tapi ia ibarat impian yang menjadi kenyataan untuk memiliki sebuah restoran dan saya boleh membuat persembahan bila-bila masa yang sama mahu,” katanya ketika ditemui di majlis perasmian B.A.T.S Restaurant and Lounge miliknya yang terletak di Bangsar baru-baru ini.
Tidak hanya membuka sebuah restoran yang menyajikan makanan dan minuman yang menarik, Jaclyn berkata, dia juga turut mencampurkan elemen muzik dan menyokong usaha pemuliharaan binatang li4r dalam satu bumbung.
“Selepas mencapai kata sepakat, kami mengambil masa 15 hari sahaja untuk melakukan proses ubah suai dan membuka restoran ini pada 29 Jun lalu.“B.A.T.S tampil dengan konsep baru yang elegan dengan reka bentuk minimalis tetapi orang akan berasa seperti berada di lounge hotel.
“Saya juga berkeeras untuk membeli sebuah piano mini dan saya berharap semua pemuzik dapat berkumpul di bawah satu bumbung di sini.“Dalam erti kata lain, saya sangat mengalu-alukan mereka yang mempunyai bakat dalam dunia nyanyian dan mahu saya berkongsi ilmu, boleh datang ke sini.
“Kami juga menyokong penuh usaha pemuliharaan hidupan li4r menerusi penjualan gambar hasil bidikan jurufoto Sanjitpaal Singh di sini.“Hasil penjualan gambar hidup li4r itu akan disalurkan kepada GAIA, sebuah syarikat pemuliharaan di Malaysia,” jelasnya yang memaklumkan ketua chef restoran berkenaan adalah Mohd Izriq yang sudah lebih 10 tahun bekerja dalam dunia kulinari.
Projek baharu
Dalam pada itu berkongsi perkembangan karier seninya, Jaclyn berkata, dia kini dalam proses menyiapkan single terbaharu bersama Aubrey Suwito.Katanya, selepas tiga tahun tidak tampil dengan lagu solo, dia mengambil inisiatif sendiri untuk mengeluarkan lagu baharu sendiri tanpa bantuan mana-mana label.
“Saya tak tahu bila lagu itu akan dikeluarkan, lebih-lebih lagi kita masih dalam tempoh kawalan pergerakan. Tapi perbincangan ini sudah lama dilakukan.“Kali ini, saya ambil keputusan untuk buat semua sendiri tanpa bantuan mana-mana syarikat rakaman. Saya juga ada terlibat secara langsung dalam proses penghasilan lirik.“Apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba untuk keluarkan lagu tersebut tahun ini juga,” katanya.
Setahun tidak tinggal bersama, Jaclyn Victor dan Shawn Rivera berpisah – “Tak perlu buka pekung di dada
Jaclyn dan Shawn mengambil keputusan untuk berpisah selepas lebih setahun tidak tinggal bersama.RUMAH tangga penyanyi Jaclyn Victor dan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet iaitu Shawn Rivera yang dibina selama lima tahun berakhir selepas pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah.
Shawn, 48, menerusi kenyataan di Facebook berkata mereka menyedari tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai suami isteri selepas sudah lebih setahun tidak tinggal bersama.Bagaimanapun, Shawn berkata, dia dan Jaclyn tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan akan memberi yang terbaik walaupun sudah berpisah.
“Dengan berat hati dan penuh kesal, kami secara rasmi sudah berpisah. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Kami sudah cuba yang terbaik tapi selepas tinggal berjauhan selama lebih setahun menyebabkan kami sukar untuk menyesuaikan diri dengan situasi berbeza ini.
Menerusi Facebook Shawn mengesahkan dia dan Jaclyn sudah berpisah.“Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.
“Apapun yang berlaku antara saya dan Jac (Jaclyn), saya tetap menyayangi mereka. Melihat senyuman mereka, terubat segala rasa sedih dan patah hati yang saya lalui ketika ini,” tulis Shawn pada Sabtu.Shawn dan Jaclyn mendirikan rumah tangga di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
Shawn dan Jaclyn tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak biarpun sudah berpisah.Dalam pada itu, Shawn menyedari kehidupan mereka sebagai selebriti sememangnya berhadapan dengan pelbagai tanggapan masyarakat yang akan mengkritik orang lain tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Sebagai selebriti, tidak dinafikan kami terdedah dengan pelbagai tanggapan masyarakat dan menjadi amalan manusia untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain tanpa mengetahui kedudukan sebenar.”Justeru, tidak perlu untuk kami membuka pekung di dada atau memburukkan antara satu sama lain kerana kesannya nanti menimpa anak kami yang tidak berdosa,” ujarnya.-mstar
“Tolong maafkan mama” – Jaclyn Victor menyesal terlalu manjakan anak, tak ajar cara berdikari
SEBAGAI ibu kepada dua cahaya mata yang masih kecil, penyanyi Jaclyn Victor mengakui terlalu memanjakan mereka hingga timbul rasa kurang senang jika ia berkemungkinan akan membawa kesan buruk kepada tumbesaran anak-anak.
Menurut Jaclyn, dia mula menyedari bahawa sikapnya itu membuatkan dua orang anaknya iaitu Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera tidak belajar untuk berdikari.”Saya agak senyap sejak beberapa hari lalu kerana sibuk dengan anak-anak dan terlalu memikirkan banyak perkara terutamanya bagaimana saya menjadi seorang ibu yang teruk kepada mereka.
“Saya ibu mereka. Ia adalah pilihan saya sendiri untuk menjaga mereka tanpa bantuan pembantu sebab saya tidak mahu ketinggalan (melihat mereka membesar).Jaclyn mengakui terlalu manjakan anak-anaknya.“Saya fikir, saya lakukan yang terbaik dengan memberi segalanya untuk mereka. Beri makan, mandi, gosok gigi, tukar baju dan macam-macam lagi. Tapi saya sepatutnya mendidik mereka untuk berdikari dan lakukan sendiri, bereksperimen semua perkara… tapi tidak,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Nisan Cinta ini turut mengakui kesilapannya apabila terlalu awal mendedahkan mengenai televisyen dan gajet kepada anak-anaknya di usia masih kecil.Bagaimanapun, Jaclyn nekad untuk memperbaiki semula kesalahan yang dilakukan dan mengubah cara dia mendidik anak-anaknya.
Malah, Jaclyn juga berharap dia dapat menjadi seorang ibu yang terbaik biarpun memerlukan kerja keras dan mengambil masa demi kasih sayangnya terhadap kedua-dua anaknya.Jaclyn mahu menjadi ibu yang terbaik buat Jonah dan Molly.
“Paling teruk yang pernah saya lakukan ialah membenarkan televisyen dan gajet menjadi pengasuh mereka.”Saya buat keputusan untuk memperbaiki kesalahan saya, mengubah keadaan dan ikut cara saya dibesarkan. Saya mahu menjadi ibu yang terbaik. Tuhan, saya mahu menjadi seorang ibu yang baik.
“Ia memerlukan kerja keras serta masa dan saya akan lakukan sebab saya seorang wanita yang kuat. I love you Jonah and Molly. Tolong maafkan mama okey. I love you,” ujarnya.Jaclyn berkahwin dengan bintang R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada 19 Julai 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Jonah, 4, dan Molly yang kini berusia dua tahun.Tags/Kata Kunci:-mstar
via Era Kini
إرسال تعليق