GENAP empat tahun melayari rumah tangga bersama Bella Astillah, penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya menempuhi pelbagai ujian bersama selama tujuh tahun perkenalan. Aliff, 29, berkata, biarpun belum menjadi seorang suami yang sempurna, namun Allah memberkati rumah tangga mereka untuk kekal bertahan.
“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama tujuh tahun dan menempuh banyak rintangan bersama selama itu. “Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat,” ujarnya.
ARTIKEL MENARIK:Bila dah jadi macam ni ramai yang ambil kesempatan. Peguam dedahkan ramai ejen takaful buat duit dengan cerita Noor Hidayah.
Tambahnya, rasa cinta mereka turut dilengkapi dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Dalam pada itu, Aliff turut berharap wabak Covid-19 segera berakhir dan dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya itu.
“Saya doakan wabak ini segera berakhir. Semoga tahun-tahun yang lebih diberkati datang untuk kita Insyaallah. Saya sayang awak Bella Astillah” tulisnya di Instagram. Empat tahun bukan masa yang singkat dan bukan masa yang lama.
Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, menerusi Intagram turut meluahkan perasaan gembira dan menganggap kehidupannya kini sempurna dengan kehadiran dua cahaya mata. Bella juga berharap perkahwinan yang dibina itu kekal dan diberkati Allah.
“Empat tahun bukan masa yang singkat, tapi bukan masa yang lama kita bersama. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan ini. “Apa yang saya boleh cakap sekarang kehidupan saya sempurna bersama dua cahaya mata kami,”ujarnya.
Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang orang cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean, 3 tahun dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu. Pasangan ini pernah mengambil keputusan berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku tidk setia. Bagaimanapun, mereka kembali rujuk sebagai suami isteri ketika masih tempoh edah. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Dari Pagi Sampai Ke Malam Buat Benda Ni. Mengejutkan Adik Bella Astillah Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Pasal Bella Dan Aliff Aziz.
Pelakon Didi Astillah memaklumkan bahawa hubungan rumah tangga kakaknya, Bella Astillah dan penyanyi Aliff Aziz kini semakin menunjukkan perkembangan yang positif selepas mereka kembali rujuk. Sebagai adik, menurut Didi, dia bersyukur melihat kehidupan kakaknya kini yang semakin bahagia lebih-lebih lagi apabila menerima kehadiran cahaya mata baru.
Bahkan, kata Didi, Aliff juga sentiasa berhubung setiap hari dengan Bella walaupun mereka kini terpaksa hidup berjauhan berikutan penutupan pintu sempadan negara memandangkan abang iparnya itu berada di negara kelahirannya, Singapura.
“Buat masa sekarang semuanya baik-baik sahaja. Ada perkembangan yang positif. Malah, mereka memang akan berhubung antara satu sama lagi. Dari pagi sampailah ke malam, sentiasa berhubung menerusi panggilan video. Bahkan, Abang Aliff pun selalu buat panggilan video call dengan anaknya, lagipun anak dia sedang nak membesar. Setakat ini, baik sahaja,” katanya ketika ditemui Astro Gempak
Menurut Didi lagi, biarpun Bella terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum ini, kakaknya itu tetap tabah dan cekal berdepan dengan segala hal yang mendatang. “Dari zaman sekolah lagi Kak Bella memang jenis macam tu. Kalau bercinta memang satu sahaja.
“Dia pun memang seorang yang cekal, dengan adik-adik dia pun, dia selalu tunjuk yang baik, semua yang positif sahaja. Apa pun jadi kat diri dia, dia selalu bersabar,” ceritanya. Jelas Didi lagi, dia akui mereka berdua cukup rapat dan sering menjadi tempat mengadu antara satu sama lain.
“Kami tinggal serumah. Kalau cakap nak brbalah pun tak boleh lama, sekejap sahaja. Saya pun tak biasa kalau tak cakap dengan kakak. Apa-apa pun nak kena rujuk dengan dia. Bahkan, nak buat posting di Instagram pun tanya pandangan dia dulu okay ke tak..kami cukup rapat,” ceritanya yang bakal muncul dengan drama Keluarga Pasar.
Sebelum ini Bella dan Aliff berpisah talak satu pada Mei tahun lalu sebelum mereka dilaporkan kembali rujuk bersama ketika masih dalam tempoh edah. Pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 3, dan seorang lagi anak perempuan pada Sabtu lalu.
SUMBER : Gempak
Baru Sahaja Luah Khuatir Bila Bayi Tak Ada Tanda Nak Keluar. Mengejutkan Pagi Tadi Bella Astillah Dikhabarkan Selamat Melahirkan Anak Keduanya
PELAKON Bella Astillah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital pada pukul 6.10 pagi, Sabtu. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, memberitahu dia tiba di hospital kira-kira pukul 3.30 dan melalui proses bersalin selama dua jam setengah. “Syukur Alhamdulillah… Bella dah selamat bersalin. Terima kasih sangat kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yay… ini merupakan swafoto pertama kita bersama. Bella bersalin tanpa Aliff yang kini berada di Singapura.
“Sampai hospital tadi 3.30 pagi, baby princess saya keluar pukul 6.10 pagi. Alhamdulillah… (abang dulu satu jam setengah, adik ini dua jam setengah)” kata Bella. Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu turut berkongsi swafoto pertama dia bersama anak keduanya yang ditutup wajah di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang juga mendoakan agar Bella dan bayinya dalam keadaan baik. Sebelum ini, Bella luah rasa bimbang kerana tiada tanda nak bersalin.
Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Bella berkongsi rasa bimbang apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin biarpun kandungan sudah mencecah 40 minggu. Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Bella berkata bayi dalam kandungannya ketika itu sudah terlalu selesa berada dalam perut walaupun dia sepatutnya bersalin pada Jumaat. Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.Sudah 40 Minggu Hamil. Bella Astillah Luah Rasa Khuatir Sebab Tak Ada Tanda Nak Bersalin. Akhirnya Bella Tekad Buat Keputusan Ini
Bella Astillah dijangka melahirkan pada Jumaat. PELAKON Bella Astillah melahirkan rasa bimbang apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin biarpun kandungan sudah mencecah 40 minggu. Menerusi perkongsian Instagram Story, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata bayi dalam kandungannya sudah terlalu selesa berada dalam perut walaupun dia sepatutnya melahirkan pada Jumaat.
“Hari ini sepatutnya due date saya. “Kandungan sudah 40 minggu tapi masih hamil. Bayi kecil ini sudah terlalu selesa duduk dalam perut.Usia kandungan Bella sudah mencecah 40 minggu.”Hari ini saya mungkin tak dapat balas mesej yang dihantar,” tulisnya.Bella turut meminta nasihat dan tip dari pengikut Instagramnya kerana sehingga kini masih tiada tanda dia bakal melahirkan anak keduanya itu.
Tambahnya, pemeriksaan kandungan hanya akan dilakukan pada petang Jumaat namun sementara itu dia akan kekal aktif sepanjang hari untuk memudahkan proses bersalin. “Saya masih belum bersalin dan tak ada tanda-tanda lagi pun… apa yang patut saya buat, ya?” tulis Bella. Bella bersama anak sulungnya, Ayden Adrean. “Pemeriksaan kandungan akan dibuat petang nanti, tapi sepatutnya tarikh bersalin hari ini.
“Saya akan sentiasa aktif hari ini. Saya akan jalan pantas pada pagi ini dan naik turun tangga. Lepas tu, orang cakap minum air kelapa, kan?” ujarnya.Sebelum ini, menerusi perkongsian usahawan kosmetik Rita Sosilawati di Instagram, Bella masih aktif mengadakan majlis ulang tahun anak sulungnya, Ayden Adrean yang ketiga walaupun pintu rahim sudah terbuka 2 sentimeter.Ketika dihubungi mStar pada 10 Julai lalu, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan perkara itu dan mengakui risau dengan keadaan kakaknya.
Bella menyambut hari lahir Ayden pada 10 Julai lalu. “Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah rasa perut keras dan tanda-tanda nak bersalin.”Doktor beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat parti hari jadi Ayden.
“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdulillah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,” kata Didi.Bella berkahwin dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahay mata lelaki bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.-mstar
Terkedu Bella Astillah diperli warganet gara gara badan gemuk. Sekali Bella Astillah tampil bagi komen mengejut buat warganet terkedu.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak melatah sebaliknya membalas cacian warganet mengenai bentuk badannya yang sedang sarat hamil, dengan tenang. Isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu berkongsi mesej berbaur hinaan daripada seorang warganet di ruangan Insta Story akaun sosial Instagram (IG)nya.
Bella hanya menjawab “Alhamdulillah” apabila indiividu tersebut menyamakan bentuk tubhnya yang bakal bersalin bila-bila masa itu dengan b*bi. “Gem0k macam b*bi, ! Hahahaha” tulis individu celupr tersebut. Terdahulu, Bella telah berkongsi fotonya menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung, Ayden Adrean yang ketiga tahun di IG baru-baru ini.
Menerusi foto-foto yang dikongsi, jelas kelihatan wajah Bella yang semakin sembb, perubahan normal bagi wanita hamil apabila memasuki trimester ketiga. Bella juga nampak sedikit keletihan namun demi untuk memastikan Ayden gembira, dia melupakan segalanya. Malah, adiknya Didi Astillah turut memberitahu sudah ada tanda-tanda awal Bella akan bersalin, seperti bukaan 2cm pada rahim.
Mengikut jangkaan doktor Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, bakal melahirkan cahaya mata perempuan Jumaat (17 Julai) ini. Difahamkan Bella terpaksa memasuki dewan bersalin sendirian tanpa ditemani suami tersayang, berikutan pintu sempadan masih belum dibuka. Sumber : GEMPAK/ Era Baru
Meriah Sambutan Hari Jadi Anak Sulung. Bella Astillah Terkejut Akan Luahan Anaknya Berkenaan Aliff Aziz Dan Ini Rupanya Perkembangan Mereka Berdua
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah pun meraikan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Mohamad Ayden Adrean yang ketiga. Bertemakan ‘Astronaut’, majlis berlangsung cukup meriah dengan para tetamu yang hadir meski tanpa bapanya di sisi, penyanyi Aliff Aziz. Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar, bintang yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Tenang itu turut berterima kasih kepada kelab peminat Aliff Aziz atas tajaan kek dan hadiah buat permata hatinya itu.
“STILL CANT BELIEVE you’ve already turned 3. Alhamdulillah, Hope you enjoy the “astronaut-themed” birthday party mommy plan for you (sbb Ayden suka betul planet solar system, hari2 pasal planet jeee). “P/s: Happy betul Ayden cuba kamu tengok gambarnya sampai habis. By the way, we miss you so much daddy! Thank you for the cake & present dyy. @iamaliffaziz,” tulisnya.
Serentak dengan itu, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat Ayden selain mendoakan agar proses bersalin anak kedua Bella dipermudahkan. Terdahulu menerusi platform sama, Bella turut mencoretkan dedikasi istimewa buat anaknya itu. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan pasangan ini sedang menghitung hari menantikan kelahiran anak kedua. Foto: Instagram Bella Astillah-mediahiburan
“Tak Percaya Saya Dah Jadi Ibu Selama Tiga Tahun Ini…,” – Bella Astillah Titip Ucapan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Anak, Sweetnya!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyifatkan kehadiran cahaya mata adalah sebagai satu satu kenangan terindah. Sedar tak sedar, penyanyi dan pelakon ini sudah pun bergelar ibu sejak 3 tahun lalu. Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah ada menitipkan ucapan hari jadi buat anak, Mohamad Ayden Adrean yang ke-3. “Selamat Hari Lahir kepada anda bayi saya @aydenadrean17 . Saya tidak percaya saya telah menjadi ibu selama tiga tahun untuk keajaiban ini.
“Terima kasih kerana datang pada masa yang paling menakjubkan dalam hidup kita,” tulisnya. Di samping itu, penyanyi berusia 26 tahun ini turut mendoakan agar anaknya menjadi seorang lelaki budiman apabila dewasa. “Merupakan satu berkat terbaik untuk melihat awak membesar dan saya tidak sabar untuk melihat awak menjadi seorang pemuda yang budiman. “Saya sangat sayangkan anak lelaki manis saya, anak sulung saya. Awak menjadikan segalanya lebih baik. Ibu dan ayah sangat menyayangimu #AydenAdreanTurns3,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Bella mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Azizi pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Pasangan ini kemudian berpisah pada Mei tahun lalu namun rujuk semula sewaktu masih dalam edah.Bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang kini sedang hamil anak kedua dijangka bakal tak lama lagi. Video: Instagram Bella Astillah-mh
Berkali kali Alif Aziz buat macam macam kat hati Bella Astillah. Akhirnya Joy Revfa bongkarkan bukan cerita sebenar tentang Bella Astillah
Usahawan kosmetik Joy Revfa menerusi kemas kini di Instagramnya meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan Bella Astillah apabila rumah tangganya dengan Aliff Aziz dilanda badai. “Kagum dengan wanita seperti Bella Astillah. Sifat pemaafnya sangat tebal. Walau berkali-kali ??? hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu,” tulisnya.
Bersama-sama perkongsiannya itu, Joy sertakan sekali video pertemuan antara dia dan Bella, baru-baru ini. Dalam masa sama, Joy turut kagum dengan usaha pasangan itu memperdalami ilmu agama. “Syukur Alhamdulillah, hidayah Allah swt tetap hadir untuk bahagiakan pasangan ini, malah dikurniakan cahaya mata kedua.
“Syukur, dalam diam mereka berdua tetap beristiqamah dan berusaha mendalami ilmu agama.” Menurut laporan mStar sebelum ini, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah rujuk sebagai suami isteri ketika masih dalam edah dan kini dijangka bakal menyambut cahaya mata kedua pada Julai depan.
Terdahulu, pasangan itu mencetuskan kontr0versi apabila berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali berlaku tidak setia dengan isterinya. Bella membuat pengakuan ketika menjawab pertanyaan pengikut yang melihat perubahan wajah dan mempersoalkannya berbadan dua dalam laman sosial, Instagram (IG), baru-baru ini.
“Ya, saya…” demikian jawapan Bella kepada pengikutnya mengenai dakwaan hamil. Mengulas pertanyaan peminat adakah kembali bersama Aliff, Bella menjawab, “Alhamdulillah, masa dalam edah lagi, jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya.
“Kenangan pahit, tetapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa.” Menerusi komen dalam IG, ibu kepada Ayden Adrean itu memberikan reaksi positif kepada pengikutnya. Bagaimanapun, apabila diminta mengulas isu hamil dan kembali bergelar isteri, Bella mengharapkan pengertian semua dan tidak mahu mengulas lanjut.
Baginya, apa yang penting adalah kebahagiaan dirinya dan keluarga. “Buat masa ini, saya rasa tidak sesuai berkongsi kisah peribadi. Cukup jawapan ringkas saya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sumber : MB@Teh Tarik Kaw
Sayang akan ibunya. Bella Astillah sanggup lakukan ini demi bonda yang tercinta.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah ada meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, Puan Zarina baru-baru ini. Bersempena dengan hari istimewa tersebut, Bella dilihat turut menghadiahkan set barangan kemas buat ibu tersayang. Perkongsian itu dibuat isteri kepada Aliff Aziz ini menerusi Instagram bersama beberapa lampiran foto sekitar majlis sederhana yang dianjurkan mereka sekeluarga. “Happy birthday mama. Alhamdulillah dapat celebrate harini. Mama cakap “Jangan lah susah2 nak buat semua ni, deko2 lagi, umur mama dah berapa, segan lah haha, nak tempah2 cake apa semua”.
“Ma, this is my answer; TAK SUSAH PUN NAK DI BANDINGKAN DENGAN JASA MAMA MEMBESARKAN KAK LONG AND ADIK2. And mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah? “Mama lahirkan kak long, jaga, didik, kasi sekolah pun mama sendiri tidak pernah beritahu atau minta duit pun tak kira apapun keadaan/situasi mama.
Selalu pastikan nak bagi yang terbaik. Pastikan pergi sekolah hari2. Sekolah pagi, sekolah agama, mengaji, tuisyen malam (bayangkan semua ni perlu duit belanja) sampai kak long dapat diploma,” tulisnya. Dia pada masa sama turut menzahirkan rasa syukur atas segala dorongan yang hadir dari kedua orang tuanya.
Selain menyifatkan ibunya sebagai wanita yang kuat, bintang yang kini sedang sarat hamil anak kedua juga tanam impian untuk cuba balas budi buat ibu bapa meski tiada tolok banding. “Alhamdulillah semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama Ayah. kak long sendiri sebagai anak sulung nampak jasa mama. Mama sangat rajin dan kuat. Sangat.
“Sekarang kak long nak cuba balas sikit sikit walaupun tak tertanding, kak long cuba bahagiakan mama & ayah selagi kak long hidup InshaAllah. “P/s: Bella lamaaa dah plan ni seminggu (btw bella deko sendiri jee) Happy sangat dapat surprise mama. I love you @eina_astillah,” titipnya lagi. Sumber:mediahiburan
via apampink
إرسال تعليق