Bukan Mudah Untuk Jadi Ibu Tiri. Faezah Elai Beri Nasihat Kepada Ibu Tiri Di Luar Sana Dan Pengalaman Dia Sepanjang Menjadi Ibu Tiri

TUGAS seorang ibu tiri tidak mudah seperti disangka, perkara itu diluahkan pelakon Faezah Elai yang kesal dengan mentaliti segelintir masyarakat yang sering memandang ser0ng status berkenaan.

Bukan Mudah Untuk Jadi Ibu Tiri. Faezah Elai Beri Nasihat Kepada Ibu Tiri Di Luar Sana Dan Pengalaman Dia Sepanjang Menjadi Ibu Tiri



Faezah yang menjaga tiga anak tiri daripada perkahwinan pertama suaminya pengarah Heykal Hanifah memberitahu golongan mereka berhak mendapat penghormatan seperti mana ibu kandung.

ARTIKEL MENARIK:Puteri Sarah Ke Pejabat Agama Akhirnya Syamsul Yusof Tampil Bersuara Dedahkan Sesuatu Tentang Rumahtangga Mereka. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Antara Mereka.
loading...


“Jadi ibu tiri bukan satu kerja yang mudah, sering disalah erti oleh masyarakat, peranan hanya dihargai segelintir pihak.Faezah meluahkan perasaannya di IG pada Isnin.“Jika sesuatu berlaku pada anak tiri, kamu akan disalahkan. Orang akan cakap duduk dengan mak tiri macam itu la… mana sama duduk dengan mak sendiri. Mesti stres dengan mak tiri la tu.”Tapi jika mereka berjaya kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni, ini bukan zaman Cinderella mak tiri buat naya kat anak tiri,” tulisnya.

Jadi ibu tiri bukan satu kerja mudah!

Dalam pada itu, Faezah atau nama sebenarnya Nor Faezah Md Elai, 37, berkata, apa yang diperkatakan itu bukan terjadi kepada keluarganya.Malah, tambahnya, dia menghormati perasaan ibu kandung kepada anak-anak tirinya dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara tidak baik.

“Saya bukan cakap pasal hidup saya, saya bersyukur dikurniakan tiga orang anak tiri yang memahami. Ya, saya jaga mereka selepas saya berkahwin.”Saya sangat menghormati perasaan ibu mereka dan kerana itu saya tidak pernah berkongsi pendapat tentang anak tiri saya kerana bimbang ibu mereka akan marah dengan mereka,” ujarnya.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut menasihatkan golongan ibu yang mempunyai anak dijaga oleh ibu tiri mereka agar tidak menanamkan sikap benci dalam diri kanak-kanak itu.Faezah kesal mentaliti masyarakat terhadap status ibu tiri.“Ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama diterima oleh seorang ibu, mereka mencurahkan seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang tidak mereka lahirkan.

“Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah!”Free your children from loyalty… beritahu mereka perlu mencintai ibu bapa tiri mereka dan bukan cucuk anak suruh bnci tapi hang tak bela anak hang, mak tiri yang bela”Faezah berkahwin dengan Heykal pada 9 Setember 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna, 7 dan Aurora Heyrinna, 4 tahun.Faezah turut menjaga tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, 20, Sarah, 18, dan Luq Adam, 10.-mstar

“Seronok tengok ramai mula tutup dada” – Faezah Elai syukur jadi ikutan tudung labuh, tapi harap peniaga tak tipu pelanggan

Faezah Elai berkata dia tidak pernah mengeluarkan tudung jenama sendiri.PENAMPILAN pelakon Faezah Elai bertudung labuh dipuji warganet dan menjadi inspirasi ramai sehinggakan ada yang berminat mengenakan gaya yang sama.Namun dalam masa sama, Faezah menyedari ada beberapa pihak mengeluarkan koleksi tudung menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Bimbang ada yang menjadi sasaran penpuan, Faezah memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang jenama tudung dan terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini setelah menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada orang ramai di media sosial.

“Saya bersyukur apabila ada orang kata, ramai bertudung labuh selepas tengok saya pakai! Jadi ramai yang keluarkan tudung style ala-ala Faezah Elai.”Saya sedar ada beberapa pihak menggunakan nama saya untuk jual tudung anda, saya diam sebab seronok melihat ramai mula menutup dada mereka.

Faezah Elai berkata dia tidak pernah mengeluarkan tudung jenama sendiri.“Tapi disebabkan ramai sangat DM cheq (saya) tanya macam mana nak jadi ejen atau stokis tudung Faezah Elai… saya nak beritahu, saya tak ada bisnes tudung yang kamu nak jadi stokis tu,” katanya menerusi Instagram.Sementara itu isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ini berkata dia turut menerima pelbagai aduan mengenai penpuan tudung yang dibeli oleh pelanggan.Justeru, dia meminta mana-mana peniaga tudung tidak menggunakan namanya secara langsung kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan kepada pembeli.


loading...


Tak kisahlah tudung jenama apa pun hangpa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah!

“Ramai yang complain kata kena tpu, beli yang tak original… ada yang tanya macam mana nak tahu original atau palsu.”Cuma untuk penjual, kalau hangpa (anda) nak buat tudung macam saya pakai pun beritahulah tudung inspirasi Faezah Elai ke, tudung ala-ala Faezah Elai ke! Janganlah hangpa letak tudung Faezah Elai sebab saya tak keluar tudung pun… kasihan orang kena tpu.

Faezah bersyukur ramai bertudung labuh dan menjadikan penampilannya itu sebagai ikutan.“Jadi kalau boleh tolong beritahu kawan-kawan yang beli ‘tudung Faezah Elai’ tu supaya mereka tak kata saya ni bberbohong sebab saya tak ada bisnes tudung… kalau ada saya sendiri akan beritahu,” ujarnya.Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini meluahkan rasa syukur kerana penampilannya itu menjadi ikutan dan contoh kepada individu lain.

“Jika sebab Faezah Elai ramai yang bertudung labuh, cheq sangat bersyukur padamu Ya Allah… Tak kisahlah tudung jenama apa pun hangpa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah kita menang… sama-sama kita istiqamah.”Cheq memang pakai tudung labuh ni sebab nak pakai, bukan nak jual… jadi kat sini tak kisahlah hangpa nak pakai jenama apa pun, asalkan menutup dada pun dah Alhamdulillah.”Maaf terpaksa naikkan hal ini sebab macam parah nak jadi barh dah. Tapi apa pun terima kasih untuk anda yang buat keputusan labuhkan tudung lepas tengok cheq pakai, jom kita terus istiqamah,” katanya.-mstar

Pernah Cecah Berat 121kg, Ini Penampilan Terkini Suami Faezah Elai Yang Mengeejutkan Semua

Pengarah Heykal Hanifah mendedahkan beratnya pernah mencecah sehingga 121kg(kilogram)  sebelum ini.Suami kepada pelakon Faezah Elai itu akui pengalaman berbadan besar sebelum ni telah membataskannya dari bergerak aktif di lokasi penggambaran serta menyukarkannya untuk menunaikan solat.

“Pernah berat ku mencecah 121kg..masa tu nak solat pun siksa..masa tahiyat akhir rasa mcm nak terbalik pun ada.“Nak aktif di lokasi pun susah yang boleh hanya duduk di kerusi pengarah dan hanya gunakan suara base aku untuk beri instruction kepada crews dan actors,” tulisnya.

Heykal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Heykal turut memuat naik foto transformasinya dari berat 121kg dengan yang terkini lebih kurus dan segak.Katanya, setelah pelbagai usahanya menemui jalan bunti Heykal kini bersyukur kerana urusannya dipermudahkan.

“Bila pelbagai usaha yang dibuat menemui jalan buntu aku hanya ada satu jalan berdoa pada Allah swt agar permudahkan segala usahaku dan akhirnya segalanya dimakbulkan”Terima kasih Allah..buatkanlah aku sentiasa berada di jalanMU,jalan menuju destinasi yang abadi,” katanya lagi

Terdahulu, Faezah telah berkahwin dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber  : Gempak

Ikuti perkongsian jujur Faezah Elai bila kita faham agama, tak perlukan ribuan ringgit untuk berfesyen

Wajah Faezah Elai kian jarang muncul di kaca TV sejak kebelakangan ini. Sedikit pengenalan kepada pelakon cantik berasal dari Gelugor, Pulau Pinang ini, nama sebenarnya ialah Noor Faezah binti Md Elai. Dia dilahirkan pada 16 Ogos 1982.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Faezah sebenarnya mempunyai drah kacukan Punjab dan juga Thailand. Dalam kerjaya seni, dia mula muncul menerusi lakonan arahan Abdul Razak Mohaideen menerusi filem Otai.Sejak dari itu, dia mula berjaya mengembangkan bakat lakonan dalam pelbagai drama dan telefilem. Pada tahun 2011, dia mengejutkan ramai peminat apabila mendirikan rumah tangga dengan seorang pengarah iaitu Heykal Hanifah.

Penampilan aktres ini mula berubah sejak beberapa tahun yang lalu apabila memutuskan untuk berhijab. Setelah itu, dia mula menitikberatkan gaya penampilan agar tidak bertentangan dengan imej sebagai artis bertudung.Semalam, Faezah Elai menarik ramai pihak dalam memberi pandangan dalam penggayaan fesyen. Jelasnya, fesyen itu tidak dinilai berdasarkan material mahupun kemewahan yang terletak pada tanda harga pakaian.

FESYEN ADALAH APABILA KITA RASA SELESA

“My 2019 fashion style. I studied fashion dulu. Fisrt thing I understand about fashion is that, u dont need to wear Prada, Chanel or Louis Vuitton to makes you look fashionable. Is how u carry out the design. Fashion means u feel comfortable and confident.”“But sad pemahaman org kita, fashion means kena hi end ala2 omputih. Sampai kadang2 klu org luaq tgk, dia tk tau org yg pakai tu agama apa. I dont mean it has to be tudung labuh or pakai jubah, pakai seluaq or skirts, cause i dont judge people from what they wear.”

TAK GUNA PAKAI JUBAH TAPI TAK FAHAM RUKUN ISLAM

“Islamnya seseorg itu terletak pada Rukun Islam dia, bukan baju dia, klu semua aurat tutup sekalipon nampak mata ja, tp Rukun Islam pon tk penah buat, yg tu bukan islam, setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut, pompuan arab yg bukan islam pon pakai yg sama.”

“Cuma utk yg bertudung tu, bila org tgk, org tau hg tu islam. Tak kisah lah hg lilit tudung mcm mana pon. Contoh mcm hakak, walaupon hakak mcm Jessica Alba, tp mmg tau dh hakak muslim. Klu Trumph tgk dia tmbak teruih. Walaupon langsung tk sempurna cara hakak tutup aurat.”

TAK PERLU JENAMA MAHAL

“You know what i mean? Jgn salah paham pulak.. dont manipulte my words hokey. Moga kita teruih istiqomah. I just need @properhijab to look like Jessica Alba. I dont need LV, Prada or Fendi. Well well. Thank you so @properhijab. Satgi ni mesti ramai yg trggered ni. Ok bye.” Tulis panjangnya.Kesimpulannya, itu lah yang dimaksudkan keindahan dalam agama setelah diri kita faham secara mendalam tuntutan yang dikenakan kepada umatNya. Semoga perkongsian Faezah ini menjadi contoh yang baik buat kita semua.-msn

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم