Isteri pernah kena macam macam. Datuk AC Mizal imbas semula kejadian yang berlaku terhadap Datin Emylia sampai teruk isterinya kena dengan seseorang ini

Siapa tidak kenal dengan pengacara popular iaitu Datuk AC Mizal. Namanya bukan lagi asing dalam industri hiburan. Beliau sering tampil dengan pakaian yang menarik malah aksi dan gelagatnya berjaya membuat rata-rata penonton terhibur.

Isteri pernah kena macam macam. Datuk AC Mizal imbas semula kejadian yang berlaku terhadap Datin Emylia sampai teruk isterinya kena dengan seseorang ini
Akan tetapi, jarang sekali kita melihat figura ini berkongsi tentang kisah di sebalik rumah tangganya.

ARTIKEL MENARIK:Luah rasa gembira bila ank dah pandai buat ini. Noor Hidayah dedahkan perkembangan terkini ank. Mengejutkan sampai macam ni sekali reaksi warganet.
loading...


Menerusi rancangan ‘Rumah No. 107’, beliau mendedahkan bahawa isterinya pernah menerima kata kata negatif dan diludh oleh seseorang gara-gara Datin dikatakan menjadi punca perpisahan rumah tangga pertama Datuk AC Mizal suatu ketika dahulu. Namun pelakon filem ‘Gerak Khas The Movie’ itu menyangkal pernyataan berkenaan kerana mereka telah berkahwin setahun selepas berpisah dengan bekas isteri.


Pernah nampak isteri menangis tapi tak tahu sebab apa…seminggu kemudian baru terbongkar perkara sebenar

Selain itu, pengacara ‘Maharaja Lawak Mega’ ini turut menceritakan semula detik ketika terlihat isterinya menangis teresak-esak. Meskipun sudah ditanya beberapa kali punca sebenar, namun beliau hanya mendiamkan diri sahaja. Walau bagaimanapun, perkara itu terbongkar selepas Datin didapati enggan keluar membeli barang. Dalam nada penuh emosi, Datuk AC Mizal turut memberikan ucapan penghargaan kepada isterinya.Sumber: Youtube Official Ria X, Portal Astro Gempak\


AC mahu buka stesen TV sendiri

KUALA LUMPUR: Pengacara, pelakon, penyanyi dan usahawan, Datuk AC Mizal tidak mahu lagi dikaitkan dengan stesen televisyen, Awesome TV.AC mendedahkan, dia dan isteri, Datin Emylia Rosnaida tidak lagi terbabit dengan stesen berkenaan dan sedang dalam perancangan menubuhkan stesen televisyen milik mereka sendiri tidak lama lagi.

Menurut AC, walaupun terdapat ramai pihak menunjukkan minat untuk bekerjasama, namun masalah yang timbul menyebabkan dirinya membuat keputusan membatalkan usaha sama berkenaan.

“Sebagai pemilik lesen penyiaran, saya dan isteri berhak menentukan dengan siapa ingin bekerjasama. Kami tidak boleh menghalang Awesome TV meneruskan rancangan menubuhkan stesen itu.“Sebelum ini, kami memilih tidak mendedahkan perkara ini sebagai menghormati keputusan Awesome TV yang masih ingin meneruskan hasrat mereka.


loading...


“Memandangkan ramai yang masih keliru mengenai status, jadi saya ingin memaklumkan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Awesome TV. Fokus kami kepada stesen baharu yang dijangka memulakan operasi pada tahun ini,” katanya kepada BH Online.Oleh kerana modal yang diperlukan saluran sangat besar hingga mencecah RM100 juta, AC berkata dia terpaksa mencari rakan kongsi untuk menggerakkan stesen miliknya yang berkemungkinan dikenali sebagai AC TV.

“Mengikut perancangan, kami ingin memperkenalkan lima saluran tetapi kos satu saluran pun amat tinggi. Jadi, kami akan usahakan satu persatu.“Saya ingin menjadikan stesen ini sebagai hub untuk golongan artis dan media berkampung. Kita memerlukan seramai 150 tenaga kerja, jadi ia perlu digerakkan mengikut perancangan betul,” kata Ac yang mengakui banyak belajar daripada stesen radio, Peace Yall FM yang pernah ditubuhkan kira-kira tiga tahun lalu dalam pembentukan stesen ini.-ctto

Emylia dedah cabaran jadi isteri AC Mizal

ANDAI Hollywood ada Jay Z dan Beyonce, di Malaysia, siapa tidak kenal pasangan pengacara popular, Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida.Dengan kemasyhuran dan kekayaan dimiliki termasuk kecenderungan bergaya sedondon di acara karpet merah, tumpuan pantas terarah kepada AC dan Emylia setiap kali tampil berdua.

Mengharungi alam rumah tangga dalam dunia hiburan yang penuh sensasi, AC dan Emylia tidak terlepas dilanda gosip sama seperti pasangan selebriti lain.Mendekati Emylia, BHPlus mendapatkan reaksinya setiap kali berdepan gosip dan bagaimana beliau mengharungi cabaran menjadi isteri kepada bintang popular sejak 13 tahun lalu.

“Saya sentiasa menyokong AC biarpun terkait dengan gosip atau kontroversi. Saya tidak mudah melatah kerana saya percaya suami,” katanya.Mengakui pernah tertekan tatkala mendengar gosip teruk yang mengaitkan suaminya, namun, ia bukanlah alasan untuk Emylia bertindak melulu atau menyalahkan suami tanpa menyelidik perkara sebenar.

“Saya reda. Apabila dapat gosip, benda itu yang menguatkan lagi perhubungan kita untuk terus berjaya dan berusaha lebih baik,” katanya.Meletakkan dirinya sebagai ‘tulang belakang’ suami, Emylia sentiasa menyokong dan membantu AC di kala susah. Beliau tidak pernah menghalang suaminya melakukan sesuatu walaupun difikirkan mustahil digapai.

Banyak berbincang dan berkongsi idea, membuatkan perhubungan mereka suami isteri bertambah rapat dalam menjaga kebahagiaan rumah tangga mereka.”Kami banyak berbincang dan kalau benda yang AC buat tidak menjadi, saya tidak pernah marah atau melenting. Saya selalu cakap, mungkin bukan rezeki, tetapi, kita mencuba,” katanya.

Menganggap jodoh bersama AC sebagai rahmat dan kombinasi terbaik kurniaan Allah, Emylia sentiasa komited untuk membantu suami menggapai kejayaan baik dalam kerjaya mahupun bidang perniagaan. Terbaharu, pasangan ini sibuk menguruskan stesen radio televisyen (TV) online, PeaceYall FM yang diasaskan AC.

“Rezeki di tangan Allah, jadi, kita terus mencuba dan alhamdulillah sambutan yang diberi orang ramai terhadap stesen radio, PeaceYall positif dengan konsep yang diketengahkan.”Kombinasi saya dengan AC alhamdulillah, memang Allah sudah tentukan yang kami ini sesuai. Beliau pencetus idea manakala saya ibaratnya pembuka rezekinya. Sebab itulah kami saling memerlukan,” jelasnya.

Kongsi rahsia rumah tangga

Sentiasa menganggap suaminya sebagai teman baik yang boleh berbincang dan bercerita masalah, Emylia berkongsi tip kebahagiaannya selama 13 tahun hidup bersama AC.”Untuk kekalkan rumah tangga, sebagai isteri kena faham dengan suami, jangan cemburu tak tentu pasal dan banyak berbincang seperti kawan baik. Apabila jadi kawan baik, kita akan berbincang dan berkongsi bersama.

“Kalau ada benda-benda yang membuat kita berkecil hati, jangan cepat melenting, sebaliknya, kita berbincang. Cakap elok-elok kalau ada benda yang membuatkan kita terasa, jadi, suami akan faham,” katanya yang juga memegang amanah sebagai Naib Presiden PeaceYall FM.

Tinggalkan dunia lakonan

Ibarat pepatah, kejayaan seorang lelaki pasti ada ada wanita yang menyokongnya. Tanpa berselindung, Emylia mengakui dirinya tidak lagi bergelumang dengan dunia seni selepas mendirikan rumah tangga. Di mana saja suami berada, pasti wajah manis Emylia ada di sisi.

Tidak pernah terdetik di hati untuk berlakon semula atau merindui bidang lakonan, Emylia lebih selesa menjadi isteri dan pembantu peribadi kepada suaminya. Beliau juga suka menguruskan rumah tangga dan anak-anak dengan tenaga sendiri.

“Kehidupan kami memang susah dulu. Tetapi, saya tidak pernah menyalahkan AC, sebaliknya saya memberi sokongan dan dorongan dalam apa saja yang dilakukannya.”Apa yang kami miliki sekarang adalah berkat usaha dan kesabaran AC dalam mencari peluang yang ada. Saya bahagia dan selesa dengan tugas serta tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami.

“Jadi, tiada apa yang perlu saya cari lagi dalam dunia seni kerana rumah tangga saya adalah kehidupan saya sekarang,” katanya.Mahu berada di belakang tabir membantu suaminya, jalan yang dipilih Emylia sudah ditentukan. Beliau tidak mungkin berpatah balik kerana berasakan tumpuannya lebih kepada menguruskan keluarga dan syarikat milik suaminya.

“Kalau dua-dua aktif dalam dunia seni, saya takut rumah tangga tidak teratur. Ada baiknya seorang ke depan dan seorang lagi di belakang. Sejak berkahwin dengan AC, tidak terlintas langsung untuk kembali aktif dalam dunia seni kerana AC sudah memberikan segala-galanya.

“Saya bahagia dengan kasih sayang yang diberi serta anak-anak,” katanya. Agak mencabar menguruskan rumah tangga dan karier seni suami selain syarikat, ibu kepada Muhammad Reeve Damien, 12 dan Fea Eryssa, 7, ini tidak mahu bergantung harap kepada pembantu rumah dalam menguruskan rumah tangganya. Sebaliknya, Emylia lebih selesa menguruskan keperluan suami dan anak-anaknya dengan tangannya sendiri.

“Rutin saya setiap hari memang padat. Selepas mandikan anak-anak, saya akan menghantar mereka ke sekolah walaupun saya ada pemandu dan pembantu rumah. Ini kerana saya tidak mahu anak-anak saya dengan pembantu rumah saja.

“Sebagai emak, saya tidak mahu tanggungjawab sebagai ibu itu ditinggalkan kepada pembantu rumah. Selepas hantar mereka ke sekolah, saya akan balik dengan barang dapur sebelum masuk ke pejabat jam 10 pagi,” katanya.

Tak cukup wang bayar kos lahir anak di hospital

Terkenang zaman susah ketika mula-mula mendirikan rumah tangga, AC pernah meminjamkan Emylia bajunya sendiri dek perutnya yang makin memboy0t ketika hamil anak pertama. Zaman kejatuhn AC ketika itu memberi tamparn hebat kepada pasangan ini dalam mengharungi kehidupan rumah tangga. Pada suatu ketika, keadaan menjadi terlalu sukar hingga bekas anggota kumpulan yang popular pada era 1990-an, 4U2C ini terpaksa bekerja di kedai menjual kereta terpakai.

Tiada pilihan selain mengikat perut demi membiayai bil hospital isteri yang sarat hamil anak sulung, AC berdepan pelbagai cabaran untuk mempertahankan rumah tangga mereka. “Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan dan saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nak kumpul duit untuk bayar bil bersalin.

“Pada mulanya, doktor beritahu isteri akan bersalin normal, entah macam mana Emylia perlu dioperasi . Ketika itu, saya memang kusut dan runsing sebab duit hanya cukup untuk menjelaskan bil bersalin normal. “Saya memang tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hendak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 untuk kos bersalin. Apabila doktor cakap perlu dioperasi, saya memang tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit,” luah AC.

Terus berkongsi kisah, AC berkata, ketika itu, baharulah beliau tahu siapa teman sejati dalam kalangan kenalan yang ada. “Ini kerana kawan-kawan yang rapat dengan saya semuanya menghilangkan diri. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang sudi pinjamkan duit disebabkan saya tidak cukup RM800 untuk membayar bil hospital.

“Sejak itu, setiap rezeki yang datang saya tak pernah tolak. Duit yang masuk, sama ada sikit atau banyak, saya simpan betul-betul demi keluarga,” katanya yang bersyukur dikurniakan isteri yang amat memahami, tidak pernah merunguutdan sentiasa berada di sampingnya.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم