Foto sekadar hiasan. Tergamak seorang suami lepaskan isteri disaat isteri sedang mengndungkan zuriat sendiri. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang. SegaIa pengorbanan selama ni sekelip mata dilupakan setelah kehadiran orang ketiga.
Sudahlah berkahwin senyap-senyap dan menghilangkan diri, malah isteri pertama dilepaskan hanya kerana mencari suami untuk menuntut nafkah anak-anak.
ARTIKEL MENARIK:Isteri Nak Jimat Sampai Sanggup Ptong Kecik Kecik Aym. Suami Pulak Selamba Je Balik Kerja Bawa Balik Pisang Goreng Dan Takoyakiii. Isteri Tergamam Dengan Sikap Suami. Mengejutkan Bila Isteri Tanya Selamba Je Suami Jawab Macam Ni.
Nasib malang menimpa puan ini setelah suami berkahwin lain dengan pilihan keluarga. Anak didalam rahim juga tidak diendahkan. Aku seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamiI. Kehidupan aku sebagai isteri bahagia sehingga hari raya tahun lepas aku mendapat tahu suami bernikah dengan orang lain yang ternyata pilihan keluarganya. Walaupun aku bukan pilihan keluarga tapi kedua belah keluarga merestui.
Pada raya kedua suami beritahu pada aku dia harus pulang ke kampung untuk menguruskan urusan harta dan tidak mmbenarkan aku ikut kerana aku 7 bulan mengndung. Kampungnya di seberang jadi doktor pun menasihati untuk tidak menaiki kapal terbang. Dua minggu suami di sana. Satu hari kawan aku pm (private message) memberitahu melihat gambar suami aku sedang bernikah. Bila aku melihat sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati aku melihat suami aku dengan isteri barunya bersama mak mertua, kakak dan adik ipar aku.
Setelah suami pulang aku minta suami untuk menerangkan segalanya dan suami minta maaf dan berjanji untuk menjadi suami yang lebih adil dengan syarat aku merahsiakan perkahwinan aku dengan suami daripada isteri barunya. Aku maafkan dan terima kerana anak yang sedang aku kndungan dan jugak dia terpaksa akur kata-kata ibunya yang sakit.
Sepanjang dua bulan selepas suami aku menikah, dia jarang pulang kerana untuk menjaga rahsia itu. Walaupun begitu suami aku adil sehinggalah perangai suami mulai berubah. Suami menjadi mrah dengan kerap dan aku mendapati suami aku menipu. Kadang kala aku dan suami brbalah hanya kerana aku minta berjumpa dia. Aku sedih kenapa dia berubah.
Sampai satu saat dia hilang selama dua minggu lalu aku mencari dia dan kerana itu aku dilepaskan secara tergantung. Hanya kerana aku mencari dan menghubungi lantas dia tinggalkan aku. Sekarang sudah tiga bulan suami tinggalkan aku tanpa sebarang nafkah. Dan ternyata isteri baru juga sedang hamiI dan sudah tahu mengenai aku. Aku dicacii semua. Aku sebatang kara dan suami tinggalkan aku tergantung
Sekarang kndungan aku mengalami msalah dan doktor mencadangkan untuk ggurkan demi nywa aku. Aku cuma mahu jumpa suami dan mengubah dia kembali kerana masa kami kenal sehingga berkawin dia tak macam sekarang. Aku yakin dia berubah kerana perempuan itu. Geram dengan perangai lelaki yang macam ni. Anak didalam kndungan tu zuriat sendiri kenapa sanggup abaikan. Anak adalah refleksi kepada sikap kita, jangan terkejut bila dah tua anak tak mengaku sebagai bapa pula.
Reaksi warganet. Perkongsian dari ibu hamil ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.
Sri Mewangi –Begitulah nasib wanita. Pandai2lah bawa diri jika kena pisah. Kalau masih ada keluarga haraplah keluarga beri sokongan moral. Siti Mariam Abdul Kadir –Suami tak guna. Kalau dia sanggup nikah lain disaat kau mengandungkan anak dia. You better let him go. He is not worth your tears.
Sharifah Nor Al Baity –Teringat kawan saya. Suaminya nikah lain di saat2 dia sedang menanti hari. Cuma bezanya suami berterus terang dia nak nikah lain tapi kawan tak bole nk buat apa sebab sglanya tlh di atur. Hncur lebur perasaan kawan saya ni.
Seminggu lepas suami dia nikah, dia sakit nk bersalin. Tapi malangnya dia macam takde semangat lansung. Dia tak nak teran dalam labour room. Nyawa dia masa tu. Trpksa operasi. Sekarang suami dia dah lepaskan istri kedua atas sebab apa saya tak pst.
Rohana Ayong –Hari2 duk lalu kesah laki org kawin baru alahai. Takut nya dengan dunia pligami yang kunun depa ikot sunnah nabi hat tue ikot la 100% hat lain ikot dak??haish Sumber : Sehinggit via malaysiaunited.my Kami doakan moga wanita ini dipermudahkan segala urusannya. Apa pula kata anda.
Saat Isteri Tengah Tahan Sakit Nak Bersalin Suami Selamba Je Boleh Mengorat Jururawat. Lepas Je Isteri Bersalin Suami Terus Jatuhkan Talak Hanya Kerana Geli Nak Uruskan Isteri.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
SUDAH menjadi lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Namun pasangan suami isteri harus bertolak-ansur antara satu sama lain dan duduk menyelesaikan masalah dihadapi dari hati ke hati. Jika masing-masing ego, nescaya kemelut itu akan berlarutan sehingga membawa kepada perpisahan dan keretakan rumah tangga.
Menerusi perkongsian seorang peguam, dia mendedahkan realiti sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga membawa kepada perpisahan. Menurut Sheikh Muadz, perkahwinan memang sesuatu yang indah tetapi pelbagai perkara perlu diambil kira jika mahu rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.
“Berkahwin memang indah. Tapi perlu difikirkan banyak perkara. Aku ni yang pernah bekerja di firma guaman tahu sangat kes perpisahan di Malaysia ni. Pasal ubat gigi pun boleh pisah,” katanya dalam satu posting di Instagram. Namun Sheikh Muadz terpanggil untuk berkongsi pengalaman seorang jururawat ketika bertugas mengenai gelagat lelaki bergelar suami yang pastinya amat mengejutkan.
Berdasarkan postingnya itu, dia menceritakan bagaimana ada suami yang tergamak mengorat jururawat ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Di wad, isteri tak sedar diri, sempat mengorat staf yang bertugas. Kat labour room isteri nak bersalin, call suami suruh masuk tengok… suami reply ‘OK selamat berjaya’,” katanya.
Ceritanya lagi, lebih menyedihkan ada isteri dijatuhkan talak oleh suami gara-gara mengalami kecctan. Malah lelaki tersebut juga enggan menguruskan persalinan isterinya yang kini terlantar lemah di katil kerana alasan menyusahkan.
“Kat wad suami geli dengan najis isteri, tak nak tukar pampers atau tolong staf tukarkan pun. “Di wad, jatuh talak sebab isteri dah cacat,” katanya. Jelas Sheikh Muadz lagi, terdapat suami yang membiarkan isteri mereka berpantang seorang diri dalam keadaan bayi kena jaundis.
“Kat rumah pesakit (melawat rumah ke rumah postnatal) suami biar isteri sorang-sorang berpantang dengan anak jaundice. “Dia relax tengok TV. Alasan anak ketiga so pandai-pandailah si isteri,” katanya. Menerusi pendedahan jururawat tersebut, Sheikh Muadz turut kecewa apabila ada suami yang sanggup memaksa isteri melayan nafsu mereka selepas bersalin.
“Kat klinik ibu dan anak, episiotomy (jahitan di alat sulit selepas melahirkan) terbuka sebab… suami… hmmm tak tahan,” ceritanya. Tegas Sheikh Muadz, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tetapi membuka mata orang ramai mengenai realiti yang berlaku hari ini.
“Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja. “Kepada yang belum ada calon, usah terburu. Kenal hati budi dahulu. Jangan hanya kerana konon mahu terlalu ikut Islam, pasangan dipilih secara membuta tuli.
“Islam juga suruh kita siasat latar belakang mereka melalui orang tengah. Bukan kenal satu dua hari terus nikah atas alasan jaga ikhtilat. Itu Islam ikut pemahaman kamu sendiri. Fikir-fikirkan,” katanya. Posting Sheikh Muadz menjadi tular di media sosial.
Perkongsian tersebut yang turut tular di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet. “Kesian kan. Perempuan bila dah kahwin umpama hidup dia dijadikan taruhan. Tengoklah kalau nasib baik Alhamdulillah, kalau tak? Dianiaya… dapat lelaki baran tak ada sifat kesian semua benda nak kena hadap nanti,” kata Sha.
“Jenis masa bujang pinggan makan mak basuhkan, baju kotor campak, lepak hari-hari tak ada tanggungjawab, si ibu cakap laki kahwin takut bini nak beli PS5. Kalau kahwin, main game anak nangis berak nak makan buat pekak. Marriage come with responsibility, ada duit rupa tak ke mana. Emo pulak sis,” kata Atia.
Sumber: mStar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Bakal Suami Gades Ni Tanya Gades Ni Tadi Bawakkkkk Jantan Mana Masuk Dlm Rumah. Siap Ketawa Ketawa Pulak Tu. Terperanjat Gades Ni Bila Kena Tanya Dgn Bakal Suami Dia Sampai Mcm Tu Sekali. Terkejut Rupanya Ini Punca Bakal Suami Dia Tanya Mcm Tu.
Assalamualaikum. Hye semua.Nama aku naz.wanita berumur 22. Baru bertunang 3 bulan. Majlis inshaaAllah hujung tahun ni. Aku cuma nak minta pendapat para pembaca semua. Maaf penulisan agak serabut. Buntu dan stress.
“Bawak jantan mana masuk rumah tu ?” – Sedangkan tengah tidur baru lepas shift malam. “Gelak kenapa ? Sape jantan kat belakang tu ? ” – Aku kat bilik sorang-sorang masani. Gelak pon tak. “Hati hati tu berjalan dengan sidia” – Ya Allah aku tengah kerja masa ni.
“Buat ape nak tanye abg kat mana. Awak baru je kan lalu” – ni pon masa ni aku kat tempat kerja. Sekali dua mungkin boleh tepis rasa geram dari hamun . Yelah, benda kita tak buat . Orang tuduh tuduh. Paling paling stres bila kau penat baru balik kerja. Sampai satu tahap melibatkan mak dan adik beradik dia. Aku tengah kerja si abang abang mesej cakap si adik ngadu nampak aku dengan lelaki lain. Sampai kan 1 tahap aku tak tahan , aku ckp nak report polis, baru si abang mintak maaf.
Tak berhenti kat situ. Rupanya cik tunang ni pon ada mengadu dekat mak abah dia. “mak kenapa dia tak angkat adik call ni ?” -sambil menangis depan si emak. “mak betul adik nampak dia dengan lelaki lain”- ini pon mak dia mengadu kat aku sambil perli “naz lepas ni nak buat pape inform adik. nak mandi nak makan nak kerja nak tidur berapa jam, bagitahu je adik. mak rimas lah dia nangis je”. Aku stress.
Tahu tak ape paling sedih ? Dia mengadu pada ibu ayah aku yang kat kampung, yang aku ni bawak masuk jantan lain dalam rumah. Allah. Alhamdulillah ibu ayah masih percaya pada anak diaorang ni. Ibu pon faham life anak dia ni tak tentu arah kadang haha. Kerja shift yang tak menentu , bila penat sangat shift malam siang memang waktu yang terbaik untuk berehat, balik tak on time , kadang terpaksa out station.
Bulan kedua bertunang , setiap hari tunang akan mengadu pada family dia macam macam sambil menangis. Aku itu aku ini. Dan hampir setiap hari tuduhan makin menjadi-jadi tanpa sebarang bukti. Sampai satu hari , depan mata family dia sendiri , dia lari ke loji air untuk kejar aku , sedangkan semua orang nampak memang kelibat aku pon takde kat situ. Start dari tu , mak dia terus bawak dia jumpa sorang pakcik ni.
Tahu tak ape pakcik tu cakap ? Pakcik tu cakap semua ni punca dari saka keturunan family aku. Kononnya saka ni taknak aku kahwin. Sedih. Sebak. Yang betul betul buat mak tunang percaya , kerja tunang tunggang langgang, setiap hari mesti sodok kereta orang . Mak dia terus mintak air penawar kat pakcik tu.Bawak aku sekali. Ayat paling aku ingat ”ni air biar dia dijauhkan ape ape dari perempuan ni ye wak” .
Tak tunggu lama , masatu jugak aku jumpa pakcik tu , tanya , kenapa tuduh aku macam ni. Jawapan pakcik tu ” esok datang bawak belut hidup lepaskan kat sungai berserta bunga melor . Lepastu buang 25 sen dekat simpang empat” . Dan aku tak buat pon semua tu. Aku berani cakap semua ni fitnah sebab lepas je pakcik tu cakap aku ada saka, aku terus call ayah ibu nangis nangis.Esoknya terus ibu ayah bawak pergi jumpa ustaz dekat darul syifaa. Ustaz tu sendiri cakap ni semua fitnah.
Sejak kejadian jumpa pakcik tu, keadaan tegang. Tunang nangis2 call / jumpa cakap taknak putus. Mak abang abang suruh putus. Taknak ada keturunan saka macam aku. Tapi bila aku call mak and tanya betul ke mak suruh putus , ni jawapan mak “Adik yang nangis2 nak putus. Mak ikut je mana terbaik”
Jujur aku cakap, hati ibu ayah dah tawar untuk terima bakal menantu macam ni. Bakal menantu yang banyak memfitnah , banyak pusing cerita. Seolah perjalanan nak halalkan hubungan ni Allah sulitkan. Aku boleh redha boleh terima andai tiada jodoh , tapi macam mana nak hadap mulut mulut rakan sekerja dan saudara mara. Dahlah diaorang semua bawangrians, haha.
Mungkin dia memang psycho. Mungkin dia sayang sangat. Mungkin family dia yang sayang nak lepaskan dia. Mungkin ada rahsia sebalik semua ni. Sambungan pasal cite tunang aku ni,aku akan letakkan di ruang komen untuk mengetahui adakah aku masih teruskan atau putuskan pertunangan ni?.Aku pon lama2 boleh jadi pshyco juga.
Dia pernah try nak bahayakan nyawa sendiri hampir 2/3 kali. ada sekali tu naz tengah tidur , tiba tiba dia video call letak tali kat leher.
Assalamualaikum semua. Naz kembali, haha.kalini naz nak jawab semua soalan dan nak cerita lebih detail pasal tunang naz ni.Naz ni lelaki ke perempuan ? Naz perempuan, umur 22, tunang lelaki. Umur tunang berapa, kenapa nangis nangis macam budak-budak? Umur dia 27, dah boleh jadi bapak budak haha.
Sepanjang kenal kalau brbalah memang dia yang nangis tak sudah haha Kenal berapa lama? Kami kenal tak lama, bulan 1 kenal, bulan 3 merisik, raya bertunang. Jujur naz cakap, sebelom bertunang semuanya ok-ok saja. Attitude dia, gaya dia, serba serbi terbaik.
Semua family besar naz memang sangat sangat berkenan dengan dia. Dia punya sweet tu, fuh haha. Tapi tak sangka lepas tunang 1 demi 1 Allah tunjuk. So korang yang belom berjodoh tu, hati-hati. Ada yang sarankan naz bawa dia refer psychiatrist untuk dapatkan black and white diagnose mental health dia just in case jadi pape kat naz or difitnah lagi , terima kasih atas nasihat. Sebelum ni naz dah pujuk , hundred times. Sekerasnya dia tak nak and deny yang dia tak skit. Sangat susah.
Ada juga yang sarankan naz untuk pindah tempat kerja , no fon and tempat tinggal, tak boleh awak , huhu saya staff kerajaan yang baru sahaja berkhidmat , so nak transfer memang tak boleh melainkan dengan alasan mengikut suami.
Dia pernah try nak bahayakan nyawa sendiri hampir 2/3 kali. Ada sekali tu naz tengah tidur , tiba tiba dia video call , naz tengok dia tengah letak tali kat leher. Ya Allah. Punca sebab naz nak tidur awal and taknak jumpa taknak gayut sebab esok morning shift.
Ya lagi sekali dia try nak terjun dari kereta dekat hiway masa naz tengah drive. Punca kawan naz mesej , naz save nama dia “mira’’ , sungguh sungguh cik tunang cakap nama tu “amir’’, halah halah. Malam sebelum majlis tunang , dia ada datang rumah untuk tolong prepare , naz kerja malam time tu. Sungguh2 dia cakap, perjalanan dari rumah dia sampai la ke rumah ibu ayah naz malam tu , ada kereta follow dari belakang. Time tengah merewang tu pon dia cakap ada orang ‘usha’ dia dari jauh. Dia cakap ni semua sebab ada yang tak suka kami nak tunang.
Setiap kali kerja , dia cakap mesti ada orang follow. Dia cakap naz ni ha tak percayakan dia sampai nak hantar orang ikut dia. Lol , daripada hantar orang , baik duit tu buat simpan nak kahwin kan ? Ada 1 hari tu naz bawak dia g majlis kahwin kawan 1 tempat kerja naz, lelaki. Itu pun cik tunang ni cakap sekumpulan yang selalu ikut dia, ada kat majlis tu. Dia cakap tu orang suruhan kawan naz tu. Stres ya amat tahu tak.
Stres sebab naz tak nampak pon siapa yang follow and siapa yang perhatikan kami dari jauh. Sepanjang perjalanan balik kami tak bercakap. Seboleh2 dia nak cakap naz and pengantin tu ada affair. Baru baru ni , kami tengah oncall , berbincang pasal hubungan kami ni. Naz nangis. Automatik dia mengamok then dia cakap “kau watpe hah, isap batu ea,jangan sampai aku call polis serbu rumah kau!”. Dari rasa sedih terus rasa benci.
Tu jelah kot yang naz boleh cerita kan. Banyak sangat situasi tapi naz tak ingat haha. Terima kasih reader and komen komen yang membina. Senang untuk putus tapi tak senang untuk move on , cewah. Segala komen dan nasihat kalian naz simpan untuk penguat semangat.
Oh ya , sesiapa yang ada number contact careline atau mana mana sumber untuk naz bawak cik tunang kaunseling , tinggalkan kat komen ya. Even dah putus nanti,kesian tetap kesian. Sebab family dia takkan bawak dia pergi jumpa doctor , tapi bomoh. Sampai ke harini , dah 4 bomoh family dia jumpa.
Kami belum lagi putus secara rasmi.Tapi dah lost contact. hampir sebulan dah tak jumpa.Naz dah sediakan fizikal and mental if apa apa terjadi lepas putus nanti (andai difitnah lagi) And lagi sekali, komen komen kalian sangat membantu naz. Terima kasih.
Tak Puas Ke Malam Tadi. Tiba Tiba Tunang Gadis Ni Terbaca Wassap Yang Masuk Kat Fon Dia. Terkejut Gadis Ni Bila Tengok Riak Wajah Tunang Dia Tiba Tiba Berubah. Akhirnya Ini Yang Terjadi.
Aku baru lepas menghabiskan pelajaran master dalam bidang kedoktoran setahun lepas. Alhamdullilah sekarang aku dengan bangganya menjadi seorang doktor.Cita cita aku dari kecil sudah tercapai.Dalam mengejar cita cita aku terlupa usia dah memang perlu kahwin. (24++). Ramai kawan aku cakap aku ada semua wife material.Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.Memang ibu telah mengajar aku dari kecil lagi supaya berdikari.
Sejak usia aku 9 tahun aku sudah belajar memasak,mengasuh adik,so sekarnag aku tak kekok nak buat benda tu semua. Aku berkenalan dengan seorang lelaki aka ustaz.Sejuk mata memandang redup je tengok muka dia.Kami sudah memkirkan masa depan dengan mengutuskan untuk bertunang pada akhir tahun 2018 lalu.
Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.Malang menimpa semasa aku baru bermula bertugas sebagai seorang doktor aku aku terlibat dalam satu cinta tiga segi staf aku sendiri.
Pada zahirnya aku tidak meninginkan lelaki tersebut.Just merawat sebagai peskit aku sahaja,tak terlebih dari itu.Cuma pada suatu hari dia yang aku namakan Zahir telah text aku dan meluahkan perasaan kepada aku.Aku terkedu time tu seperti tidak keterharuan bak kata pepatah haruan makan anak bila Zahir adalah pskit aku lagipun dia adalah bf kepada staff aku sendiri.
Dia bersungguh sungguh untuk dapat kan aku sehingga benda ini dapat dihidu oleh tunang aku.Aku cuba perjelaskan bahawasanya aku tidak terlintas pun untuk bercinta dengan Zahir.Dia hanya syok sendiri.Tunang aku merasakan Zahir bercinta padaku bila dia text “kalau tak puas makan malam ini,saya akan bawa awak makan hari2 di tempat yang sedap”.
Ya aku mengaku pernah keluar makan,tapi itu hanyalah di kantin hospital,tidak lebih dari itu dan hanya kebetulan aku mahu pergi makan tengah hari sahaja pada waktu itu.Segala apa yang cuba terangkan pada tunang aku dia tidak percaya.Malahan aku dituduh sudah dipakai Zahir hnya kerana aku mudah dipelawa makan sekali.
Bertubi tubi tunang aku text aku betina tak guna dan paling sedih sekali bila mengeluarkan alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu. Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.
Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gemuklah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni…Bila aku tanya “awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?” Dia mengamuk ngamuk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang.Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hilang nilai dalam diri aku.And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)
Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni). Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah. Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.
Masa menentukan semua selepas kami putus tunang Zahir muncul kembali dan dia buat pengakuan bahawa dia adalah kawan baik kepada tunang aku.Dia dikatakan sruh rosakkan hubungan kami supaya tunang aku dapat tinggalkan aku dengan alasan aku ni perempuan selingkuh.Zahir mengaku kekhilafan dia memohon maaf atas apa yang berlaku.
Aku bagai pijak langit tidak rasa kaki lagi bila Zahir membuat pengakuan seperti itu.Hina sangatkah aku ni.Teruk sangatkah aku ini.Dalam sekelip mata kami putus tunang bila Zahir menceritakan keadaan sebenar yang tunang aku ni kemaruk cinta dengan perempuan a.k.a pelajar dia sendiri berasal dari Indnesia.Dan mereka dalam diam bercinta sewaktu tempoh kami bertunang. Allahu….. Sedihnya.
Aku kumpulkan semangat baru,aku mula tarik nafas baru agar melupakan segala cerita sedih aku dan dia ini.Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?Aku mcm dah serik. 5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa mempermainkan cinta aku yang ikhlas ini.
Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap “takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga.”Buat bekas tunang aku tersayang . Aku doakan kau bahagia bersama si dia,aku doakan kau peroleh kebahagiaan dengan apa yang telah kau lakukan pada aku,aku redha dengan ketentuan ini,aku pasrah aku akur,Jodoh kita sampai disini sahaja.Salam sayang dari NITA.
via apampink
Post a Comment