PENYANYI Siti Sarah Raisudin tampil membuat permohonan secara terbuka berhubung isu mengkritik rambut rambut orang asli yang dilakukannya tanpa sengaja menerusi sebuah video promosi shampoo yang tular beberapa hari lalu.
Sarah, 36, mengharapkan permohonan maaf tersebut diterima baik dan tidak diperbesarkan lagi selepas ini. “Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.
ARTIKEL MENARIK:Sekadar kongsi momen manis bersama suami. Gara gara satu gambar Ain Edruce dan suami terus terima kritikan warganet
“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir daripada saya,” ujar Sarah menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Indigital Music.
Tambah Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu, selama lebih dua dekad dalam industri seni, dia sedar kedudukannya sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian masyarakat. “Saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat.
“Namun susulan kejadian yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.“Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya Siti Sarah Raissuddin tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.
“Bagaimanapun sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.“Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular,” jelasnya.Terdahulu Sarah menerima kritikan hebat selepas kenyataan yang dibuat menerusi video terbabit dikatakan menghiina rambut Orang Asli.(FOTO: Instagram Siti Sarah)
Dikatakan Sentuh Hal Sensitif. Siti Sarah Terus Dikritik Oleh Warganet Bila Dia Menyentuh Isu Fizikal Seseorang Ini
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjadi perhatian wargamaya selepas dirinya menjadi sasaran kritikan di media sosial gara-gara sepot0ng video yang mendkwa dirinya ada menyentuh mengenai rambut masyarakat Orang Asli mencetuskan tular.
Menerusi video yang diperkatakan itu, Sarah awalnya dipuji kerana mahir berbisnes dan kemudiannya dilihat cuba mempromosikan produk rambut di sebuah salon yang dikunjunginya. Bagaimanapun, Sarah antara lain membayangkan andai buka tudung, seolah-olah seperti rambut Orang Asli.
Lalu, ia sekali gus membuatkan sebahagian warganet tidak berpuas hati sebagaimana yang dikongsi pada ruangan komen entri tersebut. Namun begitu, ada juga yang memberikan pandangan bahawa kenyataan itu bukanlah dikatakan dalam suatu bentuk yang idan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.
Ada Masalah Penglihatan Mata Kanan. Alina Hassan Dedahkan Siti Sarah Bantu Dia Untuk Terima Rawatan Mata Dan Ini Reaksi Alina Selepas Terima Mesej Dari Pihak Pengurusan Sarah
Penyanyi Alina Hassan, 52, tidak dapat menahan sebak selepas bertemu dengan penyanyi, Siti Sarah yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan kerana selaput mata atau katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, pada Khamis.
Alina ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berikhtiar mengumpul wang demi menyelesaikan mata mata yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.“Saya tidak percaya dan tidak terkata-kata. Bila dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.
“Ya Allah… Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah meski hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu. “Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira sebab… Memang saya ada perancangan untuk ubati masalah katarak mata,” jelasnya.
Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menambah, dia mengalami masalah tersebut pada kedua-dua belah bahagian mata dan sudah pun melakukan rawatan pembuangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.
“Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.“Ketika itu baru perasan mata saya macam ada selaaput. Makin lama makin teruk sehinggalah sertai program Kilauan Emas.“Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di sebelah mata kiri pada tahun 2017,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Sarah yang turut setia menemani Alina pada sesi awal rawatan turut mendoakan agar proses tersebut dipermudahkan.Dalam sebak, isteri kepada Shuib Sepahtu itu turut menyatakan akan kepentingan menjaga pancaindera.
“Semoga urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.
“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-quran bersama segala kebaikan yang lain.“Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” harap Sarah.Proses rawatan untuk membuang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu hadapan.
Siti Sarah Kena Marah Dengan Usahawan Wanita Dan Dikatakan Sengaja Tutup Periuk Nasi Orang. Ini Penjelasan Dari Siti Sarah Sendiri Supaya Ramai Tak Salah Faham
Sarah hanya menyuarakan pendapatnya mengenai trend pemasaran.GARA-GARA meluahkan rasa kesal terhadap trend pemasaran mengaibkan diri demi melariskan produk, penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima mesej berbaur mak1an daripada seorang usahawan wanita.
Menurut Sarah, 36, biarpun dia tidak menyebut sebarang nama namun wanita tersebut menganggap kenyataan itu seakan-akan ingin menutup pintu rezekinya.Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia hanya menyuarakan pandangannya dan bercakap benar mengenai isu trend pemasaran tersebut.
Sarah berkongsi perkara itu di Instagram.”Ada usahawan wanita ini DM (mesej langsung) Sarah… makii hamun Sarah. Dia kata Sarah ini nak tutup pintu rezeki dia… nak tutup periuk nasi dia. Tapi Sarah tak sebut nama dia.”Sekarang ini ceritanya… siapa makan cili dia terasa pedas. Sarah bukan manusia yang sempurna. Sarah masih buat dosa, hari-hari buat dosa.”Kalau ada yang terasa, Sarah minta maaf. Dalam keadaan macam ini saya harus berkata benar. Kalau satu hari nanti saya disoal, sekurung-kuranya saya dah lakukan sesuatu,” kata Sarah menerusi Instagram.
Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki.
Menerusi laporan mStar pada 14 Ogos lalu, Sarah meluahkan rasa kesal dengan trend pemasaran tersebut dan membuat teguran secara terbuka.Kata Sarah, biarpun bukan seorang Muslim sempurna namun dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah seorang wanita.
Dalam pada itu, Sarah mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk mempromosikan satu produk namun menolak tawaran tersebut kerana ia mengaibkan kaum hawa.”Ini ada satu cerita, ada brand ni nak minta tolong saya promosikan barang dia. Bila dia DM, saya beri salam dan dia cakap ‘hi’ kepada saya. Dalam hati saya tertanya dia Islam ke?
Sarah tolak tawaran untuk promosikan produk yang menjatuhkan maruah wanita.”Saya tanya la dia Islam ke dan dia jawab ya. Dekat situ dah nampak macam adab sebagai Iam tak ada. Lepas itu minta promote barang dan saya tak kisah tapi… produk itu agak mengaibkan wanita.
“Bagi gambar yang memalukan dan mengaibnkan wanita. Tak boleh macam ni. Dia bagi lagi gambar, jenis tak faham bahasa. Awak kena faham yang saya beri makan anak-anak.”Dia perempuan dan akan ada anak. Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki. Saya doakan satu hari awak berubah dan buka pintu hati dapat idea lain untuk cari rezeki,” ujarnya.-mstar
via Era Kini
Post a Comment