Sekadar kongsi momen manis bersama suami. Gara gara satu gambar Ain Edruce dan suami terus terima kritikan warganet

KUALA LUMPUR: Niat pelakon dan pengacara, Ain Edruce memuat naik foto suami menciuuum pipi di Instagram sekadar berkongsi momen manis dan mengabadikan kenangan sempena hari jadinya, baru-baru ini.

Sekadar kongsi momen manis bersama suami. Gara gara satu gambar Ain Edruce dan suami terus terima kritikan warganet
Namun, tanpa diduga, foto yang memaparkan kemesraan mereka menjadi bualan hangat di laman Twitter.

ARTIKEL MENARIK:Datin Shahida muatnaik bekas PA baru je pergi menghadap illahi. Sekali mak mertuanya Bonda datang komen bongkarkan sesuatu. Warganet terkejut dgn apa yg dibongkarkan.
loading...


Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce terkejut membaca komen netizen yang mengecamnya. Ini kerana kebanyakan warganet menyangka lelaki yang mengucup pipi adalah kekasihnya. “Saya ada muat naik gambar suami menciuum pipi ketika meraikan ulang tahun, baru-baru ini. Saya menulis kapsyen ‘I have the best boyfriend ever’ pada gambar berkenaan.


“Tak sangka ramai warganet mengkritik dengan mengatakan saya tak tahu soal halal dan haram apabila berkongsi gambar mesra dengan teman lelaki. “Saya pelik apabila membaca komen. Adakah mereka tidak tahu lelaki berkenaan adalah suami saya? Apabila ada warganet menjelaskan, ada pula yang mengkritik tak perlu tunjuk kebahagiaan dalam laman sosial.

“Setahu saya, selama ini saya tidaklah kerap muat naik gambar bersama suami. Sesekali nak ‘belanja’ gambar mesra dengan suami pun boleh jadi isu,” luah pelakon sitcom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini. Tidak mahu terus melukai perasaan sendiri, pengacara tinggi lampai itu mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen.

“Selalunya, kalau apa sahaja yang saya muat naik menjadi tular dan orang sudah mula memperkatakannya, saya tak akan layan. Saya elak baca komen. Buat apa nak baca benda yang boleh melukakan hati,” tegas wanita berusia 29 tahun itu.


Bercerita kehidupannya selepas bergelar isteri, Ain berkata, dia teruja apabila dapat melakukan kerja rumah seperti wanita lain yang berumah tangga. “Saya sibuk kerana terbabit banyak program seperti penggambaran drama dan pengacaraan, sejak bulan lalu. Selepas berkahwin, saya mahu fokus kepada dunia pengacaraan kerana tidak mahu berpisah lama dengan suami.

“Rasa rindu pula kalau asyik berjauhan. Apabila berada di rumah, dapat saya belajar serba sedikit menguruskan rumah tangga seperti membasuh dan cuci pinggan. Apa yang melucukan, apabila melihat saya kerap berada di rumah, suami jadi pelik dan bertanya apakah saya tidak bekerja?

“Malah, suami suruh saya pergi bekerja. Terkejut juga apabila dia memberikan reaksi begitu. Kita beriya-iya mahu menjadi isteri mithali, tetapi sudahnya suami suruh pergi kerja,” katanya.Pengacara program realiti, Immortal Songs itu berkata, dia reda kerana suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa bukanlah insan romantis.

“Sejak zaman bercinta lagi, suami bukanlah seorang lelaki yang romantik. Jangan harap nak dengar dia lafazkan kata-kata puitis. Dia hanya akan bercakap perkara yang logik sahaja.”Ada kala sebagai wanita, saya hendak juga bermanja macam dalam drama Korea yang sering ditonton. Cuma, suami buat kejutan dengan memberikan saya sejambak bunga sempena ulang tahun kelahiran, baru-baru ini. “Apapun, saya bersyukur walaupun suami kurang daripada segi itu, tetapi Amirul adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab dan suka memasak. Sukar hendak cari lelaki sepertinya,” katanya.-bh

Baru Aktif Dengan Perlumbaan Kereta Bersama Toyota. Ain Edruce Terus Terang Bila Ada Saudara Mara Persoalkan Tentang Anak Dan Ini Jawapan Padu Dari Ain Sendiri

KUALA LUMPUR – Tidak sampai tempoh setahun berumah tangga, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui sering diasak persoalan mengenai cahaya mata oleh keluarga terdekat.Pemilik nama Nurulain Edrucce, 29, itu berkata, dia dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 27, bagaimana tidak pernah berasa tertekan setiap kali diajukan dengan soalan cepumas tersebut.

“Pada awalnya saya terfikir juga, memang normal ke orang baru kahwin terus ditanya pasal anak, sebab boleh tertekan juga kalau soalan sama ditanya berulang kali.“Tetapi jawapan saya mudah. Saya jawab, insya-Allah dan minta mereka doakan agar rezeki untuk menimang cahaya mata termakbul,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Immortal Songs baru-baru ini.
loading...




Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu memberitahu, dia juga tidak pernah menetap sebarang tempoh untuk menimang cahaya mata dan sentiasa bersedia untuk mendapat zuriat pada bila-bila masa.“Saya dan suami tak buat perancangan pun bila ingin timang cahaya mata tetapi kalau ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima.

“Malah, sekarang pun saya aktif dengan perlumbaan kereta bersama Toyota GAZOO Racing, jadi risau juga kalau disahkan mengandung, takut akan membahayakan bayi dalam kandungan pula,” ujarnya.Terdahulu, Ain selamat bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan bertunang. – K! ONLINE

Suami Pandai Memasak. Warganet Mula Mempersoalkan Kehebatan Ain Di Dapur. Jawapan Akhir Ain Edruce Ini Akhirnya Membuat Warganet Terdiam

AIN bersama suaminya, Amirul. PENGACARA dan pelakon Ain Edruce, 28, mengaku dia tidak malu belajar memasak daripada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, 27. Ain yang baharu tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Amirul berkata suaminya tahu dia tidak mahir dengan kerja dapur terutama memasak seperti wanita lain. “Sebelum bernikah lagi, Amirul memang tahu saya tak pandai sangat memasak. Namun, ia bukan isu kerana saya boleh belajar. “Alhamdulillah, selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, saya guna peluang tak kerja dan duduk di rumah dengan belajar memasak bersama Amirul,” katanya kepada Harian Metro. Ain berkata suaminya yang juga ahli perniagaan sudi berkongsi resipi dan mengajarnya sehingga boleh memasak hidangan menu untuk mereka berdua. “Soal memasak ini, antara nak belajar dengan tidak sahaja. Saya gembira belajar memasak daripada suami berkaitan menu kegemarannya.

“Saya bukan isteri sempurna, tetapi di antara kami berusaha untuk saling melengkapi. Alhamdulillah, saya sedia memperbaiki kekurangan diri,” katanya. Menurut Ain lagi, dia dan suami kini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Apapun, ujarnya dia bersyukur suaminya rajin dan sangat memahami. Ujar Ain, suaminya cekap mengurus diri sendiri. Malah, Amirul juga menyokong dia sepenuhnya dalam kerjaya. Katanya dia sangat bersyukur. Megulas soal cahaya mata, Ain berkata dia dan suami menyerahkan pada ketentuan Allah. Jelasnya, urusan zuriat adalah rezeki Allah yang tidak dirancang Kembali aktif mengacara, Ain kini sibuk menyiapkan rakaman program terbaharu, Immortal Song untuk TV3. Selain, dia juga akan ke set penggambaran sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim baru-hmetro

Ramai Persoal Transformasi Ketara Ain Edruce, Ini Jawapan Tuan Punya Badan!

Hos dan pelakon, Ain Edruce memberi penjelasan tentang perubahan fizikal ketara dalam foto transformasinya yang dikongsi baru-baru ini. Menurut Ain, sejak foto itu dikongsi, ramai yang mempersoalkan tentang transformasi dirinya itu. “Ramai tanya gambar transformasi tu berbeza sangat, contoh soalan : macam mana muka boleh kurus? Macam mana boleh putih?” tulis Ain di Twitter. Ain juga menjelaskan transformasi ketara dirinya itu adalah disebabkan senaman yang dilakukan secara berterusan. “Jawapan dia, WORK OUT. WORK OUT. WORK OUT,” tulisnya lagi. Perkongsian Ain itu kemudiannya mendapat perhatian dari wargamaya. Rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat Ain dan percaya senaman berterusan mampu mencantikkan bentuk badan dan kulit wajah. Terdahulu, Ain ada berkongsi foto menunjukkan perbezaan dirinya dahulu dan sekarang bagi menyahut cabaran #untiltomorrow yang sedang menjadi tren di media sosial. Foto itu tular selepas mendapat lebih 100,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen.-gmpk

Kahwin enam bulan, Ain Edruce dkwa isteri mithali (VIDEO)

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Enam bulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon Ain Edruce kini mengakui bergelar isteri mithali. Ain, 27, berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga membuka ruang untuk mengenali suami Amirul Hafiz Mustaffa dengan lebih dekat. “Seperti semua tahu Ain baru kahwin, jadi bulan puasa lepas, saya sudah pandai masak dan jaga suami. Saya sudah menjadi isteri mithali. “Kalau ikut saya, banyak juga yang masak tidak jadi. Mereka yang mahu berikan resepi pun tidak mengapalah asyik tidak jadi saja tetapi saya bersyukur kerana mendapat suami yang pandai masak. “Jadi Amirul banyak ajar saya masak. Dia masak di dapur saya ikut. Tidak kiralah setakat cuci pinggan tetapi saya tengok macam mana dia masak,” katanya. Pelakon Jawatankuasa Kampung Kalut disatukan dengan Amirul, 26, yang juga seorang ahli perniagaan pada 13 Disember lepas-projrkmm

 via Era Kini
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post