Lain daripada yang lain. Team Uncle Kentang sanggup sediakan khidmat ambilkan air untuk mereka yang sakit. Lagi mengejutkan ia diberi secara percuma

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang sudah tidak asing lagi sebagai aktivitis masyarakat yang sering menghulurkan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.

Lain daripada yang lain. Team Uncle Kentang sanggup sediakan khidmat ambilkan air untuk mereka yang sakit. Lagi mengejutkan ia diberi secara percuma
Terbaru, beliau menawarkan pula pertolongan kepada rakyat Selangor yang kini sedang terjejas akibat masalah bekalan air.

ARTIKEL MENARIK:Gara gara 4 individu ini habis 1.2 juta rakyat terpaksa terima padah. Ketua Polis Selangor akhirnya dedahkan punca berlakunya pencemaran air
loading...


Menurut beliau, pasukannya akan turun membantu mengambil air bagi mereka yang tidak berupaya kerana sakit atau uzuuur dengan menghubungi talian 018 2683999. Sesiapa yang tak larat ambil air yang uzuur dan sakit boleh call kami tolong ambil air untuk kamu. 018 2683999. ADA YANG DAH UZUUR DAN TAK.LARAT. BALDI MESTI ADA. KAMI TAK SEDIAKAN BALDI. KAMI SEDIAKAN KUDRAT AJA. Sumber: Kuan Chee Heng


Masalah Bekalan Air. Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Umumkan Bekalan Air Berlarutan Sehingga Ke Satu Tempoh Ini Dan Harap Penduduk Yang Terjejas Ambil Perhatian

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Lembah Klang terpaksa berdepan masalah ketiadaan air sekurang-kurangnya empat hari lagi. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata, ianya susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang masih tercemar.

“Setakat pukul 2.30 petang hari ini pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji tersebut dan berada pada tahap 1 ton. “Kami memandang serius isu ini kerana telah menyebabkan LRA tersebut diberhentikan operasi sehingga 30 jam,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Suhaimi, kesemua loji rawatan air tersebut hanya akan mula beroperasi jika bacaan 0 ton. “Air Selangor tidak dapat mengagihkan air sebanyak 2,767 juta liter air kepada 1,292 kawasan pengguna di Kuala Lumpur, Petaling, Klang / Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang terjejas.

“Justeru itu, khidmat bekalan air akan terus diagihkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas,” ujarnya. Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi selama 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya. – K! ONLINE

Air Selangor nafi mesej tular LRA beroperasi malam ini

KUALA LUMPUR- Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menafikan mesej tular yang menyatakan Loji Rawatan Air telah beroperasi semula malam ini. Ketua Komunikasi Korporat syarikat itu, Elina Baseri berkata, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi semula.

“Ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk sehingga jam 8.30 malam ini masih mengesan pencemaran pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON. “Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran-saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gngguan ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang menyatakan Pencemaran berbau di Sungai Gong telah diselesaikan dan LRA dijangka akan beroperasi semula sepenuhnya pada pukul 8 malam. Tambah Elina, Air Selangor akan mengemaskini maklumat gngguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman web di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. -K! ONLINE

Empat LRA masih dihenti tugas

KUALA LUMPUR – Empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP 2 dan SSP 3 serta Rantau Panjang yang dihenti tugas sejak pagi tadi ekoran pencemaran bau masih belum beroperasi sehingga pukul 6.30 petang tadi. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kesemua LRA berkenaan tidak dapat beroperasi kerana pencemaran masih dikesan di muka sauk loji berkenaan dan bacaanya adalah pada tahap tiga ton.

Katanya, menurut laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pencemaran berpunca dari premis perindustrian di kawasan Sungai Gong yang melepaskan bau seakan bahan pelarut ke dalam sungai. “Sungai Gong merupakan anak Sungai Sembah yang merupakan anak sungai utama kepada Sungai Selangor. Notis penutupan premis di kawasan perindustrian itu telah dilakukan pukul 2.30 petang tadi.

“Walaupun premis ini telah ditutup, tetapi pencemaran bau masih dikesan di dalam sungai terbabit. Ekoran itu, Air Selangor tidak dapat menghasilkan kira-kira 2,700 juta liter sehari air kepada pengguna di 1,292 kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


loading...


Menurut Elina, gngguan bekalan air tidak berjadual akan mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya kerana keempat-empat LRA telah dihenti tugas sejak 10 jam lalu. “Air Selangor menyarankan pengguna supaya mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam kerana bantuan menerusi lori tangki akan diutamakan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis,” ujarnya. Tambahnya, maklumat terkini berhubung gngguan bekalan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui laman Twitter, Instagram, Facebook, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com. – K! ONLINE

Penduduk Bukit Rimau mula simpan bekalan air

SHAH ALAM – Para penduduk di sekitar Bukit Rimau, Seksyen 32 yang merupakan antara kawasan terjejas akibat gngguan bekalan air mula menyimpan stok bekalan air bermula hari ini. Tinjauan Kosmo mendapati sebahagian penduduk di beberapa pangsapuri di kawasan itu telah menggunakan tong dan baldi bagi menyimpan air di kediaman masing-masing.

Seorang penduduk Pangsapuri Kenangan di sini yang ditemui, Muhammad Haziq Othman, 31, memberitahu mengetahui berhubung gngguan bekalan air itu menerusi radio dan media sosial petang semalam. “Selepas pulang bekerja, saya segera mengisi air ke dalam beberapa baldi yang diharap mencukupi untuk beberapa hari sekiranya bekalan terjejas.

“Bekalan air setakat ini masih ada dan saya difahamkan gngguan akan berlaku mulai esok,” katanya. Bagi penduduk Pangsapuri Idaman, Gopal Riddy, 50, pula, kawasan perumahan itu kebiasaannya tidak mengalami gngguan bekalan kritikal kerana mempunyai tangki simpanan bersaiz besar.

“Namun, segala kemungkinan boleh berlaku dan simpanan air perlu disimpan lebih banyak berbanding biasa. “Saya berharap gngguan itu tidak berlarutan lama dan bekalan air yang disimpan mencukupi untuk kegunaan seharian,” jelasnya.

Terdahulu, Air Selangor Sdn. Bhd. dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 1,292 kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bakal mengalami gngguan bekalan air.

Ini berikutan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) susulan berlaku pencemaran yang dikesan di dalam sumber air mentah di Sungai Selangor. LUAS pula memaklumkan pencemaran bau itu disyaki berpunca daripada pelepasan pelarut di kawasan industri di Sungai Gong di sini. – K! ONLINE

Tujuh wilayah alami gngguan air bermula 10 pagi

KUALA LUMPUR – Tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang akan mengalami gngguan air hari ini selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas sejak pukul 7.15 pagi tadi.

“Tiga lagi LRA turut dihenti tugas iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 SSP3 bermula pukul 9 pagi. “Ekoran henti tugas ini, tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur; Gombak, Petaling; Klang/Shah Alam; Kuala Selangor; Hulu Selangor dan Kuala Langat akan mengalami gngguan air bermula pukul 10 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Elina, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimuat naik menerusi laman media sosial Twitter, Instagram, Facebook, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com. Jelasnya, Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi kejadian pencemaran ini dengan segera. “Pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah,” nasihatnya.-K! ONLINE

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم