Instafamous dan pengasas produk Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook (FB) Suharnizan Md Sidek, selepas menyamakan bentuk tubuh wanita tersebut dengan haiwan
Eira telah memuat naik sebuah hantaran video membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu tersebut, di laman sosial FBnya, awal pagi tadi. Pengasas produk yang tular sejak beberapa hari ini itu mengakui telah melakukan penghinaan terhadap bentuk tubuh (body shaming) serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemilik kedai 35 dan Suharnizan, ketika membuat ‘live’ di FB.
ARTIKEL MENARIK:Lepas je Eira Aziera buat video permohonan maaf peguam dedahkan pula ini tindakan yang bakal diambil pada Eira Aziera. Sampai macam ni sekali peguam tu nekad nak buat.
“Pertama sekali, permohonan maaf secara terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat dua kejadian yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira. “kejadian pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan kejadian kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu body shaming terhadap individu/ pemilik akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek,” katanya.
Eira turut mengakui ketika kejadian tersebut berlaku, dia gagal mengawal emosi sehingga gagal menjaga tutur kata dan menyebabkan ramai pihak tersinggung. “Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.
“Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk,” katanya.Tambahnya lagi, insiden tersebut tinggalkan kesan terhadap kehidupan peribadi memberi impak kepada seluruh ahli keluarga, terutama suami dan anak-anak serta agen produknya.
Kesal dengan keterlanjuran diri, Eira memohon diberi ruang untuk memperbaiki diri dan tutur katanya pada masa akan datang. “kejadian yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, sahabat-sahabat, terutamanya suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta agen-agen Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.
“Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. “Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.
“Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini.
“Eira berharap agar pemilik Restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook terlibat,” katanya.
Di tamatkan kontrak jadi duta produk?
Mengikut status terbaru dari jenama produk Klubna Lelah yang sedang di promosi oleh seorang influencer, pihak mereka telah menamatkan kontrak selaku duta produk dengan serta merta “Checkmate untuk influencer terkenal”
Puan Suharnizan sudah serahkan kes kepada peguam
Menurut perkongsian dari peguam Nor Zabetha, tindakan samann bakal di ambil terhadap Eira kerana penghinaan melampau ” Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya. Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam.
” Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata makian ini sejak bulan lepas lagi. Hanya dimuatnaik semula dan menjadi viral setelah kes duta produk ini memviralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka. ” Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam. Lawan jangan tak lawan.
” Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team. Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.” akhiri Nor Zabetha Eira Azira baru-baru ini menjadi tular selepas meluahkan rasa tidak puas hati kepada pemilik restoran 35 dan mendakwa dihalau ketika sedang melakukan reviu produk serta kedai makan popular berkenaan secara live, di FB.
Tidak berakhir di situ, Eira sekali lagi menjadi kritikan warganet selepas video lamanya dikongsi semula oleh warganet di media sosial. Menerusi video tersebut Eira dilihat mengeluarkan kata-kata kesat seperti anak haram, babi dan bangsat kepada Suharnizan yang menegur mengenai produk pelangsingan badan yang sedang dipromosikan secara langsung di FB.Tengah Syok Buat Live Makeup Tiba Tiba Ada Warganet Komen Minta Dia Ubah Perangai. Terkejut Ini Respon Dari Eira Aziera Bila Warganet Cakap Macam Tu.
Menerusi facebook eira, beliau ada membuat permohonan maaf pagi tadi kepada pihak yang berkenaan dan berharap agar dimaafkan. Menerusi video terkini yang dimuatnaik di ruangan facebook beliau, ketika beliau sedang live sambil mekap, kebetulan satu komen masuk meminta eira untuk mengubah sikap.
“Ye kak, saya akan ubah sikap saya. Saya akan pastikan mulai hari ini, esok lusa sampai selamanya. Saya ada ka, saya takdak ka saya tetap akan buat yang terbaik untuk hampa”. “Terima kasih sebab yang sudi menasihatkan eira, terima kasih pada semua yang menyedarkan eira supaya takut eira hanyut lebih jauh lagi”
“Nak kata apa, terpulang. Nak percaya atau tak tapi pegang, start hari ini eira akan buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Pegang kata-kata eira, orait. Jangan hukum eira lagi, pegang dulu dan eira tak salahkan ampa, kalau ampa marah. Eira tak salahkan ampa kalau tak mau maafkan eira dan eira tak salahkan ampa”
“Sebab eira tau, sapa eira untuk dimaafkan dan eira tau, eira sedar kesilapan eira ini buatkan ramai pihak terasa hati, tetapi bagi eira, eira dah melunaskan kenyataan, bukan senang nak keluarkan perkataan maaf dari mulut, tapi saya buang ego saya , saya rendahkan diri saya, letak 10 jari dan mohon maaf pada semua yang ada dalam live saya, yang kenai saya” “Orang tak kan percaya saya ni minta maaf, orang akan rasa saya ni hipokrit, orang kata saya berlagak, itu terpulang”.
Permohonan Maaf Secara Terbuka Pagi Tadi
Assalamualaikum. Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira di mana kejadian pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan kejadian kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.
Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.
Kejadian tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk. kejadian yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.
Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah. Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.
Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah.
Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.
Akhir kata dari Eira, “…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..” Admin berharap agar isu ini selesai dengan baik untuk semua pihak.
Sumber : FBEira/OM
Peguam ‘angin’ tengok influencer hamun makcik, risau tindakan mki orang lain dianggap hebat – “Berhenti popularkan mereka ni”
Dalam video yang sama, wanita berkenaan yang ketika itu sedang membuat siaran live di Facebooknya, turut membuat komen balas selepas dia mengangkat kaki dari premis tersebut. Video berkenaan mengundang perhatian warganet yang memberikan komen pelbagai, namun rata-ratanya mengkrtik wanita berkenaan kerana menggunakan perkataan kesat, selain didakwa sengaja mengaibkan pemilik restoran berkenaan.
Lebih hangat, video lamanya yang memki seorang warganet dan melakukan ‘body shaming’ turut mengundang krtikan ramai. Selepas kejadian di restoran asam pedas, video lama wanita ini turut tular di mana dia dikritik kerana menggunakan perkataan berbaur makian.
Terpanggil untuk mengulas mengenai isu yang sama, seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor berpendapat tindakan wanita berkenaan sememangnya tidak wajar kerana menggunakan kata-kata kesat apatah lagi menyamakan warganet yang mengkritiknya dengan haiwan.
“Apabila menonton video kata-kata maki hamun oleh seorang social media influencer terhadap seorang wanita, saya yang jadi naik angin.“Setiap patah perkataan penuh dengan kata-kata mkian, hnaan, crcaan. Mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Fahaman yang salah pada generasi muda. Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini.
“Disamakan dengan seekor bbi, ditunjukkan gambar yang diviralkan beserta keluarga wanita itu. Dihina wanita itu sehina-hinanya. Saya cuba mesej peribadi sasaran untuk sama-sama ambil tindakan. Bagus untuk pengajaran.
“Bagaimanalah orang begini masih lagi diangkat? Kalau beginilah ikon di sosial media, bagaimana pula pengaruh yang dibawanya itu?” tulisnya pada perkongsian tersebut. Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan apabila mkian dan carutan yang dihamburkan menjadi ikutan dan akhirnya menjadi satu normalisasi dalam masyarakat.
Wanita dikenali sebagai Ceknon dilihat memaki hamun pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah gedung perabot popular selepas adiknya tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai topeng muka. “Dek kerana ramai ikon sosial media yang diangkat sehingga boleh menyebabkan normalisasi budaya memaki hamun dan mencarut begini. Mereka rasa maki hamun itu hebat dan berani.
“Saya teringat video seorang wanita yang dikenali di sosial media, yang memaki hamun pengawal keselamatan kerana tidak dapat pelitup muka percuma. Sudah puas mengamuk dan menympah srnah, akhirnya dia dapat pelitup muka.
Nor Zabetha sering mengulas isu semasa dan isu berkaitan perundangan di Facebook. “Adik wanita ini memuat naik di sosial media, rasa bangga ada kakak seperti ini. Betapa perbuatan wanita itu menyebabkan mereka memperoleh pelitup muka di akhirnya.
“Mesej yang saya lihat di sini, mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Fahaman yang salah pada generasi muda. Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini,” katanya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih 275 perkongsian dan ratusan komen warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran yang disuarakan peguam berkenaan.
Baru Je Settle Isu Restoran 35 Eira Aziera Buat Hal Lagi. Buat Live Tapi Marah Org Dgn Kata Kata Kesat. Mengejutkan Sampai Macam Tu Sekali Dia Cakap Kat Org Tu. Akhirnya Ini Yang Terjadi.
Sebelum ini KECOH di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular. Influencer ini buat hal lagi bila buat Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.
Belum reda isu restoren 35, muncul lagi satu video. Video yang dimuat naik di halaman facebook Makcik Bawang Channel menunjukkan Eira menggunakan kata-kata yang agak kasar kepada seseorang. Tidak cukup dengan kata-kata kurang enak didengar, dia juga menunjukkan gambar gambar orang yang dikatakan di dalam video tersebut.
“Kiriman follower Makcik Bawang, tengoklah cara dia marah follower dan body shaming follower, ckp badan follower gemuk babi1 kuning sampai tunjuk gambar anak beranak tak bertapis” Padahal follower tu bertanya tanpa mencarut dan maybe influncer ni sentap sampai memarahi mencarut dan tak boleh nak handle emosi serta percakapan”
Inilan Melayu kebanggaan tuan puan sekalian, moga mendapat hidayah Allah swt. Video Makcik Bawang. Rata-rata warganet marah dengan tindakan beliau. Punca kenapa Eira bertindak begitu tidak dapat dipastikan lagi.
Antara komen-komen warganet
Allahuakbar…nagis tgok dia ckp mcm tu..b0dy shaming sis ni…tak sangka perangai dia macam ni..aku doakan moga Allah tarik nikmat rezeki kat dia..tak baiknya ya Allah…sampai macam ni sekali…betapa sombongnya dia..
Ya Allah Ya Tuhanku berilah taufiq dan hidayah supaya dia berubah dari ckp begitu..sang suami mohon lah ajar isteri tu berkata-kata yg elok…jgn nnt sampai ke tua dan nyanyuk masih berckp mcm tu..kasihani keluarga dan anak2 nya
Subhanallah mengata org mcm lah diri tu sempurna.Nasib lah Allah tak bagi dia cantik putih melepak mcm emma maembong ka uqasha ka..Kalau dak lagi riak.Betui2 buat malu org kedah. Kite semua x sempurna kak.. Dia pon manusia jgk.. Ingat kak kerana mulut badan binasa.. Akak ddk kt atas jgn selesa sgt.. Karma Allah tu ade.. X perlu nk ckp mcm tu sungguh pon dia bt silap.. Allah ada kak..
Memang org kedah cakap kasaq.. tp sekasaq kasaq org kedah kami x la marah org menghi1na org melahanat kan org sesuka hati.. malu la sis.. cakappp x dak sopan langsunggg.. bg ada adab sama.. menghina ckp mcm tu org.. mana p adab sis? malu kaum hawa, malu mak bapak kita sis.. allahuakbar…
apabila kemewahan menguasai diri mulalah kita lupa asal usul kita..nikmat yg allah bagi itu hanyalah pinjaman sementara..janganlah menghina sesama manusia… Dulu elok je niage psar mlm dh naik tetibe mcmni jdik pulak . Sygnyea kwn die kt blakg tu baikla diamm je tak trase ke kwan die bdan beso kt blakg tu. Mintak sgt suami dia ni baca komen aku.. Bang, kasi azan 1 kali kat tlinga dia. Nasihat skit sruh jaga bahasa dan adap. Memalukan Melayu perempuan isteri.. Ke ko suka bini ko perangai cmni bang? Maaf.. Kesian!
Mengejutkan Zarina Anjoulie Tampil Bersuara Lantang Tentang Eira Aziera Yang Tularkan Restoran 35. Akhirnya Zarina Anjoulie Tampil Bongkarkan Sesuatu Yg Buat Orang Ramai Terkedu.
‘Kenapa yang kaki tular tular ini kebanyakkannya founder produk, instafamous, influencer?’ Belum habis lagi kisah tentang seorang influencer/founder produk bernama Eira Aziera dengan Restoren 35. Video yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini mengundang pelbagai kritikan dari warganet.
Pada awalnya ramai juga yang menyokong Eira Aziera kerana dia dikatakan dihalau keluar dari Restoren ketika sedang membuat LIVE Facebook. Tetapi tidak lama selepas itu warganet mula buka mata dan teliti video yang telah dirakamkan itu dan ternyata pemilik Restoren 35 bukanlah menghalau dan memarahi Eira Aziera tetapi hanya menyuruh untuk berhenti buat LIVE dan tidak dibenarkan promote produk di Restoren beliau.
Sampai hari ini masih ada yang katakan Eira tidak salah dan ada yang kata Restoren 35 juga tidak salah tetapi ada yang cakap sebenarnya dua dua salah kerana dua dua kurang adab. Jika anda buat carian google atau carian Facebook terdapat pelbagai review negatif terhadap Restoren 35 tersebut. Kami tidak akan siarkan, anda cari lah sendiri.
Eira Aziera juga dikritik kerana cepat terasa hati dan lebih sedih apabila dia sebagai influencer yang mempunyai lebih dari 500 ribu pengikut di Facebook mengajak untuk memboikot Restoren tersebut. Jadi siapa yang salah sebenarnya?
Zarina Anjoulie Tidak Puas Hati Kenapa Mesti Nak Viral
Anju memuat naik 1 video di instagram tentang isu Eira dan Restoren 35 dan jelas dia menyebelahi Restoren 35. Anju berkata kenapa mesti dia (Eira Aziera) buat review di restoren. Anju beritahu bahawa Eira adalah ‘low class malay’. Sekiranya restoren tidak minta buat review atau tidak beri kebenaran janganlah kita buat review.
Zarina Anjoulie mengaku dia sendiri mulut pedas tetapi mestilah tahu adab. Pernah nampak selebriti lain seperti Neelofa atau Dato Siti Nurhaliza buat review begitu? Anju beritahu mereka yang terlibat dalam media seperti instafamous dan influencer memang akan mencari peluang untuk fame (viral) walaupun sekejap. Zarina juga buat rujukan tentang isu viral seorang founder produk kecantikkan yang memarahi pengawal keselamatan hanya kerana diminta memakai topeng muka (facemask).
via apampink
إرسال تعليق