Dalam pada wabak Covid-19 melanda dunia ketika ini, kita kena menerima satu norma baharu bagi menghapuskan rantaian pendemik yang kian berleluasa iaitu dengan cara memakai pelitup muka.
Pun begitu, angkara sifat pentingkan diri, seorang wanita Taiwan, yang sengaja bersin di hadapan seorang pengawal keselamatan setelah dia dihalang masuk ke pusat membeli-belah Ion Orchard oleh petugas dimasukkan ke tirai besi selama 11 minggu.
ARTIKEL MENARIK:Mamat dan isteri macam langit dan bumi. Mamat tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya. Terkedu rupa rupanya ini yang terjadi.
Menurut StraitsTimes, Sun Szu-Yen, 46, tidak memakai pelitup muka, telah tiba di pusat beli belah itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan mengisi borang.Timbalan Pendakwa Raya, Deborah Lee menyatakan bahawa petugas mengingatkan Sun untuk memakai pelitup muka sebelum memasuki pusat membeli-belah.
Namun, Sun menggunakan selendangnya untuk membungkus mulutnya sebagai gantinya. Eh boleh pulak macam tu?Sumber: Straits TimesAkibat berang ditahn, Sun kemudian bersin ke arah Cik Devika Rani iaitu pengawal keselamatan yang enggan membiarkannya masuk.
Setelah bersin, Sun Szu-Yen berkata “faham? dah faham ,belum?!” dan kemudiannya mengeluarkan pasportnya dan berkata “Saya orang Cina. Saya orang Taiwan”.Sun, yang dilaporkan akan berada di Singapura dalam jangka panjang, mengaku bersalah di sebuah mahkamah daerah pada bulan Jun atas satu kes melakukan tindakan yang melulu dan tudhn mengnggu keteteraman awam.
Sun yang tidak diwakili penguam menyatakan bahawa dia ingin tinggal di Singapura di mana anaknya bersekolah.Kerana tindakan melulu yang dilakukan itu, Sun sebenarnya boleh dikenakan maksimum dimasukkan ke tirai besi 6 bulan dan $2,500 Dollar Singapura. Dan bagi untuk tindakan gngguan yang telah dilakukan, Sun boleh dikenakan maksimum dimasukkan ke tirai besi 6 bulan dan $5,000 Dollar Singapura.Nasib baiklah kedalam tu 11 minggu je… kalau tak..-lobakmerah
“Dunia makin canggih weyh” – Gempak! Ini Idea Unik Singapura Dalam Atasi Covid-19, Robot Anjing Jadi ‘Pemerhati’
Baru-baru ini, Singapura telah menggunakan idea yang agak unik dalam memerhatikan rakyat di negara itu supaya sentiasa mematuhi arahan penjarakkan sosial. Hal ini tercetus selepas negara tersebut menyaksikan jumlah kes positif yang semakin hari semakin meningkat.
Menerusi worldometer, sejak semalam Singapura mencatatkan kes keseluruhan positif Covid-19 sebanyak 23,822, dengan kes terbaru sebanyak 486 kes.Sumber: Worldometers Susulan daripada keadaan yang mendesak, Singapura menggunakan robot anjing yang diberi nama ‘SPOT’ dalam menguatkuasakan garis panduan COVID-19 di negara itu, lapor Complex
Lihat pada video percubaan ini, robot anjing kuning tersebut sedang berkeliaran di Bishan-Ang Mo Kio Park, Singapura sambil memberi peringatan tentang positif Covid-19 ini. Mari kita pastikan Singapura kekal sihat
Apa yang lagi menarik tentang robot ini, ia juga akan memperingatkan rakyat tentang penjarakkan sosial.Untuk keselamatan anda dan bagi orang di sekeliling anda, sila jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter. Terima kasih
Robot ini dicipta oleh Boston Dynamic dan telah diuji di taman tersebut selama 2 minggu yang bermula pada 8 Mei lalu.Robot anjing ini dilengkapi dengan camera yang akan merekod berapa banyak rakyat yang hadir di kawasan pengawasannya, lapor Global News.Sumber: Global News
Jika robot ini berjaya memberi kesan kepada rakyat, pihak berkuasa Singapura akan meletakkan lebih banyak lagi robot anjing ini di beberapa kawasan hijau semasa mereka menjalani tempoh kuarantin.Singapura telah diisytiharkan lockdown sehingga 1 jun. Mengikut peraturan mereka, rakyat disana hanya boleh keluar jika ada urusan penting dan harus memakai mask. Aktiviti senaman di taman juga dibenarkan, tetapi mereka harus mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu bersendirian dengan penjarakkan yang selamat.Kalau robot ni ada kat Malaysia bagus juga kan.-lobakmerah
“Habislah yang deegil tu” – Kerajaan Singapore Pantau Ketat Kuarantin Di Rumah Siap Kena Snap Gambar Tunjuk Bukti
Seperti yang diberitahu, orang-orang yang baru pulang ke tanah air dikehendaki untuk kuarantinkan diri di rumah selama 14 hari untuk memastikan kalau terkena jangkitan Covid-19, wabak ini tak menular ke orang lain. Kuarantinkan diri di rumah ni dah tentulah atas effort dan keprihatinan sendiri. Kita tengok juga, ramai yang ingkar dengan arahan ini dan selamba je keluar rumah sebab tak ada orang tahu kan?
Namun di Singapura lain pula cerita dia, seorang warganet menceritakan di Twitter, sepupunya yang tinggal di Singapura sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah kerana keluarga sepupunya itu baru tiba dari luar negara. Bila ditanya, “Siapa je yang tahu kalau kau keluar juga?”.Sepupu wanita ini menghantar syarat-syarat yang perlu dipatuhi rakyat Singapura sekiranya dorang perlu jalani kuarantin di rumah.
Notis tinggal di rumah. Setiap orang yang mendapat notis duduk di rumah, perlu duduk di rumah setiap masa selama 14 hari. Dorang akan dapat notis ni masa sampai di chekpoint Singapura. Macam mana pihak berkuasa pastikan dorang ikut arahanPihak berkuasa akan hantar mesej banyak kali setiap hari mengingatkan yang dorang kena duduk di rumah.
Kena bagi GPS location kepada pihak berkuasa.Dorang akan dapat panggilan dan lawatan ke rumah secara rawak.Kalau dapat panggilan telefon, dorang kena ambil gambar sekeliling untuk buktikan yang dorang memang betul-betul dekat rumah.
Kalau ingkar arahan ni, dorang boleh dikenakan tindakan undang-undang dan untuk rakyat Malaysia yang dapat jadi penduduk tetap di sana, PR dorang akan dilucutkan dan dorang tak dibenarkan untuk masuk ke Singapura sampai bila-bila. Peh dahsyat!
Dikatakan juga, Korea Selatan dan Taiwan juga gunakan cara yang sama untuk pastikan rakyat dorang akur dengan perintah kerajaan.Tapi, KKM pun ada juga effort yang sama. Sesiapa yang kena kuarantin, dorang akan call hari-hari untuk check. Tapi takdelah sampai kena ambil gambar dan hantar location bagai.Sebenarnya apa yang penting adalah kesedaran dalam diri sendiri. Tak gitu?-lobakmerah
Sebab tu orang suruh duduk rumah!” – Tak Kuarantin Diri, Lelaki Positif Covid-19 Naik Bas Dari JB Ke Kuantan
Seorang penumpang bas telah disahkan positif Covid-19 membuatkan pejabat kesihatan menggesa penumpang-penumpang lain yang ada bersama lelaki ini untuk laporkan diri di klinik berdekatan bagi menjalani pemeriksaan. Menurut FMT, kejadian ini berlaku selepas bepuluh ribu rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang ke kampung awal minggu ini walaupun kerajaan telah merayu supaya mereka duduk di rumah.Sumber: FM
Difahamkan, penumpang ini telah menjalani pemeriksaan Covid-19 di Johor Bahru, tapi tanpa kuarantinkan dirinya, dia telah menaiki bas untuk ke Kuantan sebelum keputusan pemeriksaannya dikeluarkan.Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, bas yang dinaiki lelaki tersebut merupakan bas ekspress Plusliner dengan plat nombor VDJ 2367 yang membuat perjalanan pada 16 Mac sehari sebelum Perintah Kawalan Bergerak dilaksanakan.
Bas ini telah tinggalkan stesen Sentral Larkin, Johor Bahru pada 7.35 malam dan menuju ke Terminal Sentral Kuantan.Dikatakan, semua penumpang yang menaiki bas ini telah pun menjalani pemeriksaan Covid-19.Bayangkan kalau bas dari JB ke Kuantan, berapa kali dorang berhenti? Berapa ramai yang ada potensi nak kena?-lobakmerah
“Aku marah kaw kaw depan bapak dia!” – Sanggup Bohong Doktor, Mengaku Ada Kawan Positif Covid-19 Sebab Nak MC
Rakyat disarankan untuk segera lakukan pemeriksaan kalau mula bergejala Covid-19 supaya tindakan selanjutnya dapat diambil dengan segera oleh pihak perubatan.Tapi, siapa sangka ada yang sanggup berbohong mereka ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.Melalui perkongsian di Facebook, seorang individu tidak bertanggungjawab didapati bohong doktor demi untuk mendapatkan MC!
Tolong jadi rakyat yang bertanggungjawab, janganlah macam ni.”Pergi klinik sebab batuk, mula-mula cakap lain, bila jumpa doktor…Individu itu pergi untuk dapatkan rawatan kerana batuk namun di kaunter saringan dia maklumkan tidak pergi melancong, tidak pergi ke perhimpunan tabligh dan paling penting, tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.Eh! Ada doktor. Kawan saya positif Covid-19.”Semua cuak, ada seorang doktor pregnant pulak tu!
Yela, kita mana boleh berdepan dengan virus ini tanpa memakai hazmat suit kan? Jadi semua yang ada dalam bilik tu terkejut bila dia cakap ada kontak rapat dengan kawan yang positif Covid-19. Lebih membimbangkan, salah seorang doktor di situ sedang mengandung!
Individu terus dibawa ke bilik isolasi tapi harus menunggu jururawat yang ketika itu baru selesai solat.Menyusahkan orang lain, kelam kabut bersiap sedia!Lepas solat, jururawat yang bertugas rushing untuk pakai hazmat suit tapi bila tiba di bilik isolasi, tiba-tiba individu tu hilang!
Setengah jam semua staff di klinik cari dia dan doktor terus call penghulu kampung untuk minta cari individu tersebut. Kalau tak jumpa juga, mereka terpaksa buat laporan polis untuk cari dia.Kitorang kena cari juga la budak ni. Kalau berjangkit habis satu pekan ni kena.”
Klinik dah nak tutup, dia sampai tersengih-sengih.Bila klinik dah almost tutup, individu itu sampai dengan bapanya dengan raut wajah yang tersenyum. Kelam kabut doktor tu pakai balik suit.Sekali bila tanya, dia boleh rileks je kata dia bohong pasal ada kawan positif Covid-19 semata-mata sebab nak MC!Sy nak MC start lusa sebab cuti saya smpai esok je. Penat la balik KL nak terus kerja.”Nak tahu apa individu tu kena dengan doktor ni? Kena marah, tak dapat MC. Padan muka Tolonglah jangan jadi macam ni. Sangat teruk!-lobakmerah
إرسال تعليق