Masih tidak sedarkan diri. Bella perjelaskan keadaan dan punca berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggakam Sandra Dianne dikejarkan ke wad

Sama-sama mendoakan keadaan Sandra yang masih tidak sedarkan diri. HINGGA kini penyanyi dan peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kejadian yang tidak diingini pada Sabtu masih dalam keadaan kr1t1kal dan tidak sedarkan diri.

Masih tidak sedarkan diri. Bella perjelaskan keadaan dan punca berlakunya kejadian yang tidak diingini sehinggakam Sandra Dianne dikejarkan ke wad
Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai situasi Sandra masih tidak dapat dipastikan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Bella. Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

ARTIKEL MENARIK:Sandra Dianne dikatakan mengalami luka di kepala dan masih tidak sedarkan diri. Superintendan Azman dedahkan kesan daripada kejadian tersebut
loading...




“Keadaan Sandra masih kr1t1kal dan tidak sedarkan diri. Dia masih dirawat di ICU sejak semalam (Sabtu). Sehingga kini, kami belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor. Keadaan di bahagian hadapan kereta yang dipandu Sandra.


“Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra,” katanya kepada mStar.Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Sandra dikejarkan ke wad kecemasn di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kejadian tersebut ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.

Difahamkan ketika itu Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Dalam pada itu, Bella memberitahu sepupu Sandra yang turut terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama.Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan Sandra sehingga kini.


“Ketika kejadian itu berlaku, Sandra bersama sepupunya nak ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage. Sandra yang memandu kereta ditemani sepupunya.”Sepupu Sandra hanya mengalami keceederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama,” ujarnya.
loading...


Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini.-mstar

Sandra jual ikan masin

KUALA LUMPUR: Selepas populariti lagu Hey Kau! yang meraih tujuh juta tontonan di YouTube, nama penyanyi kelahiran Sabah, Sandra Dianne seolah-olah lnyap dari persada muzik tanah air.Penyanyi yang bakatnya dicungk1l melalui program realiti Mentor Legend 2014 itu menafikan tidak lagi aktif. Sebaliknya, selepas kejayaan single pertamanya itu, dia masih ligat merakamkan lagu.

Sandra berkata, dia sudah memiliki empat single dan masih bernaung di bawah Sony Music.”Saya tidak pernah menghilang. Sebenarnya, saya masih aktif dalam dunia seni dan belakang tabir. Saya aktif menulis lagu dan masih berkarya.”Pada masa sama, saya sibuk menguruskan perniagaan ikan masin,” katanya yang turut bersaing dalam musim ketiga program realiti, Big Stage.

Sandra memberitahu, perjalanan lima tahun membina nama sebagai penyanyi bukanlah mudah.”Sejujurnya, saya nampak pendakian dari tahun pertama sehingga sekarang. Semuanya dianggap perubahan yang cukup ketara. Memang mula-mula dahulu agak payah untuk mengekalkan kedudukan dalam bidang ini.

“Tapi saya tetap berusaha dan tidak mahu hanya bergantung kepada nyanyian. Sebaliknya, saya cuba mencari alternatif mendapatkan duit lebih hingga tercetus idea menjual ikan masin,” katanya. Sandra berkata, dia mahu membuat penjenamaan semula dan tampil lebih matang. Mungkin dahulu dia terlalu muda dan tidak bijak berinteraksi dengan peminat.

Sekarang, pada usia 26 tahun, Sandra mengaku lebih matang. Malah, dengan adanya media sosial, lebih mudah untuk dia berkongsi perjalanan seni dengan peminat.Sandra mengaku artis generasi baharu sangat beruntung kerana mempunyai platform media sosial untuk berkongsi aktiviti mereka. Malah, dia juga cuba menyesuaikan diri dengan rutin norma baru itu.

“Saya mahu peminat tahu saya penyanyi serba boleh. Saya boleh membawa apa sahaja rentak lagu. Ketika muncul dengan lagu Hey Kau!, saya masih terlalu muda. Lagu ini juga sesuai dengan selera muzik saya ketika itu.”Sekarang, saya suka muzik yang lebih matang. Saya sudah terjemahkan dalam single Tulus yang dihasilkan sendiri.”Memang menjadi impian saya untuk mencipta lagu sendiri. Saya sangat bersyukur salah satu impian tercapai,” katanya.-bh

Biodata Sandra Dianne Peserta Big Stage 2020

Biodata Sandra Dianne Peserta Big Stage 2020. Anda kenali siapakah Sandra Dianne? Alessandra Dianne Ampuria atau lebih dikenali sebagai Sandra Dianne adalah merupakan seorang penyanyi baru dari Malaysia. Beliau berkelulusan dalam bidang Architectural Drafting dan popular dengan single lagu berjudul ‘Hey Kau’. Selain itu, Sandra Dianne pernah terlibat dalam program Mentor Legend 2014. Kini, Sandra Dianne merupakan antara peserta yang terpilih dalam program realiti Big Stage 2020. Jom kenali biografi Sandra Dianne!

BIODATA SANDRA DIANNE PESERTA BIG STAGE 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sandra Dianne termasuk memaparkan nama penuh, umur, pendidikan, kerjaya dan laman sosial :Nama Penuh : Alessandra Dianne Ampuria.Nama Popular : Sandra Dianne.Asal : Sabah.Umur : 26 tahun (2020)Pendidikan : Berkelulusan dalam bidang Architectural Drafting.Penglibatan : Peserta Mentor Legend 2014, Big Stage 2020.Kerjaya : Penyanyi.Single Lagu : Hey Kau

Nakaaal, riuh Aidilfitri Eleena, Sandra

Berbeza pengalaman raya bagi dua penyanyi muda, Eleena Harris dan Sandra, namun tidak membataskan komunikasi serta kemesraan di antara mereka dalam satu sesi fotografi yang disusun khas Kosmo! bersempena dengan Aidilfitri tahun ini.

Cukup dikenali menerusi lagu Terlalu Rindu, Eleena atau nama lengkapnya, Wan Eleena Wan Harris, 21, sangat teruja apabila datangnya Syawal yang disifatkan sebagai bulan untuk merapatkan ukhwah sesama manusia terutama dalam kalangan sanak saudara.

“Apabila Syawal, saya sangat teruja untuk berjumpa dengan rakan-rakan serta sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu disebabkan perubahan dan komitmen hidup. Paling menarik, disebabkan saya masih bergelar pelajar bertubuh genit, saya masih berpeluang untuk diberi duit raya,” katanya yang merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perakaunan.

Sementara itu, bagi penyanyi yang terbang jauh ke Sabah untuk bersama dengan keluarga tersayang sempena Aidilfitri, Sandra, 22, selain mengeratkan hubungan sesama Muslim, perkara lain yang sangat digemari pelantun lagu Hey Kau! itu adalah pilihan makanan yang pelbagai.

“Saya membesar di kawasan kampung. Banyak perkara lucu yang ingin saya ceritakan. Sudah tentu apabila Syawal menjelang, kita akan bertemu dengan sanak saudara yang kita sendiri tidak begitu kenal. Akhirnya, ia akan mengeratkan lagi silaturahim. Selain itu, saya akan ‘kejar’ makanan. Saya memang suka makan walaupun badan saya kecil,” ujar pemilik nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria itu.

Pertama kali digabungkan bersama dalam sesi fotografi, dua belia tersebut mempunyai cerita yang bertentangan tentang Aidilfitri.Bibir Eleena kena bunga api.Walaupun tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung, Eleena memberitahu, suasana raya keluarganya masih meriah dan riuh.

“Ibu saya berdarh Inggeris, manakala ayah orang Melayu. Sejak kecil sehingga hari ini, saya tidak pernah merasai pengalaman beraya di kampung. Kalau dulu waktu nenek masih ada, saya dan keluarga akan beraya di kediamannya iaitu di Taman Tun Dr. Ismail.

“Jadi, kalau orang bertanya sama ada saya pernah merasai pengalaman malam raya misalnya, jawapan saya adalah tidak. Memang teringin untuk beraya di kampung tapi bagi saya beraya di mana-mana pun sama sahaja, apa yang penting adalah keberadaan bersama keluarga tersayang,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.

Diajak bercerita tentang pengalaman raya, Eleena tidak boleh melupakan kenangan beraya sewaktu di bangku sekolah rendah apabila dia mendapat kecederaaan disebabkan kenalannya.“Kejadian berlaku ketika saya berusia tujuh tahun. Biasalah, walaupun ditegur oleh ibu bapa untuk tidak berlari-lari di kawasan rumah, saya tidak mengendahkan nasihat mereka. Akibatnya, sedang asyik berlari-lari sambil memegang bunga api, kaki saya tersaduung dan saya terjtuh.

“Bunga api yang saya pegang terkena pada bahagian bibir. Sehingga hari ini ia masih berbekas. Nasib baik ia (bunga api) tidak mencedeerakan bahagian lain seperti mata, kalau tidak habislah saya,” kata Eleena bersahaja.Sandra si tomboi kampung

Berbeza kisah dengan Eleena, anak gadis kelahiran bandar Tuaran, Sabah iaitu Sandra mengecapi pengalaman raya sama seperti kanak-kanak tipikal lain yang membesar di kampung.Katanya, sewaktu kecil, Syawal adalah bulan yang paling ditunggu olehnya kerana dapat beraya tidak ingat dunia bersama rakan-rakannya yang kebanyakan adalah lelaki.

“Waktu kecil saya memang suka bergaul dengan golongan lelaki. Jadi, saya memang tidak malu untuk pergi rumah orang beraya walaupun saya tidak kenal tuan rumah.“Apa yang penting adalah dapat duit raya. Saya dan rakan-rakan akan meruungut kalau dapat duit raya sedikit. Masakan tidak, rumah mewah dan besar, duit raya bagi sedikit sahaja. Tidak berbaloi,” ceritanya sambil membuahkan tawa.

Sambungnya lagi, dia mempunyai satu perangai iaitu suka memberikan duit raya terkumpul kepada orang lain terutama adik-beradik dan sepupu.“Walaupun saya disifatkan sebagai kaasar oleh rakan-rakan, saya suka ‘menderma’ duit raya kerana duit raya yang terkumpul pun saya tidak banyak gunakan selain untuk tujuan membeli alat permainan seperti piistol dan boneka adi wira,” ujarnya menutup bicara.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم