Mengejutkan Indonesia catat kes positif Covid 19 dalam masa sehari sebanyak ini. Dan pemergian sebanyak ini dalam tempoh 24 jam. Rupa rupanya sampai macam ni sekali keadaan disana.

AKARTA, 27 Sept (Bernama) — Indonesia mencatatkan 3,874 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 275,213. Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 129,553 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Mengejutkan Indonesia catat kes positif Covid 19 dalam masa sehari sebanyak ini. Dan pemergian sebanyak ini dalam tempoh 24 jam. Rupa rupanya sampai macam ni sekali keadaan disana.

 


Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 78 lagi pemergian berlaku, menjadikan jumlah pemergian kumulatif kini 10,386 orang. Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 70,441 kes, dengan tambahan 1,217 kes baharu. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah pemergian keseluruhan tertinggi iaitu 3,118 orang, diikuti Jakarta (1,686), Jawa Tengah (1,389) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

ARTIKEL MENARIK:Seramai 100 doktor muda pergi buat selamanya. Indonesia dedahkan punca berlakunya pemergian yang berlaku di kalangan barisan hadapan
loading...


SUMBER : BERNAMA

Mengejutkan Lepas Je Diisytiharkan Zon Hitam Covid 19 Di Indonesia Sekarang Org Ramai Pulak Berkhemah Atas Bukit. Rupanya Ini Yg Mereka Lakukan Kt Atas Bukit Tu.

Baru-baru ini tular gambar yang menyaksikan keadaan Bukit Alas Bandawasa di Bogor, Indonesia dipenuhi dengan orang ramai yang mendirikan khemah di kaki bukit tersebut. Menerusi akaun Twitter Pendakilawas, dia telah memuat naik gambar itu pada 31 Mei tahun ini. Apa yang paling mengejutkan mereka duduk disitu ketika negara tersebut sedang mengalami masalah serius tentang COVID-19.

Eh udah pada camping aja nehh.. Lok : Bukit Alas Bandawasa, Bogor, Hari ini

Difahamkan, bukan rakyat Indonesia sahaja di bukit itu, malah adalah pelancong dari negara luar juga. Dorang ni nak menyorok dari Coronavirus ke apa sebenarnya? Tweet ini telah mendapat tarikan warganet di negara sana dengan jumlah 7.4K Retweet. Atas dasar kebimbangan, isu ini telah menarik perhatian Ketua Kementerian Komunikasi Teknologi Maklumat, Agustini Rahayu.

Menurutnya, melancong sememangnya adalah aktiviti yang akan dilakukan selepas tamatnya penularan COVID-19, tetapi mereka perlu juga melihat arahan negara tersebut bagi masuk ataupun tidak. Berkaitan dengan isu tersebut, badan kerajaan disana telah sediakan SOP baharu untuk pelancong yang berada di bukit tersebut.

SOP yang baru itu akan fokus pada 3 faktor iaitu kebersihan, kesihatan, dan keselamatan. Ianya juga termasuk panduan dalam pengaturan pelancong. Sebelum diguna pakai, terdapat beberapa protokol yang perlu mereka cuba dahulu sebelum melaksanakan SOP ini. 

Jadi, pelancong disana ada SOP mereka sendiri ye…

Tergamam Indonesia Diumumkan Zon Hitam Covid 19. Mengejutkan Ini Rupanya Punca Negara Itu Diisytiharkan Zonnn Hitam. Sampai Mcm Ni Sekali Keadaan Disana.

Jawa Timur, 4 Jun – Ibu kota Jawa Timur, Surabaya dilaporkan menjadi zon hitam COVID-19 di wilayah ini. Menurut ahli epidemiologi dari Universiti Griffith, Dicky Budiman berkata, zon hitam berlaku apabila kes sudah melangkaui 2,000 kes, sekaligus menjadikan sesebuah kawasan darurat.

Jawa Timur mencatatkan 437 kes pemergian akibat COVID-19 dengan kes tertinggi semalam (3 Jun) dengan 11 pemergian. Dari keseluruhan 5,310 kes COVID-19 di wilayah tersebut, sebanyak 2,803 kes dicatatkan berlaku di Surabaya.

Angka itu menghampiri jumlah keseluruhan kes pemergian COVID-19 di Jakarta yang mencecah 529 pemergian dari 7,539 kes setakat ini. Sementara itu menurut BBC Indonesia, kelemahan penguatkuasaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) merupakan antara faktor penularan serius COVID-19 di sana.

Surabaya dilaporkan melaksanakan PSBB bermula 28 April dan dilanjutkan sebanyak dua kali. Fasa ketiga PSBB di sana dijangka berakhir pada 8 Jun ini. Walaubagaimanapun, ahli epidemiologi dari Universitas Airlangga, Windhu Purnomo berkata PSBB tidak mencapai matlamat dan Surabaya masih belum aman.

“Penyebabnya kenapa masih belum aman ialah sikap masyarakat kerana pemerintah tidak melakukan pengawalan ketat. Tidak ada saringan di jalanan di Surabaya, hanya di checkpoint-checkpoint di bandar,” katanya. “Ya sudahlah, sekarang ini seperti tiada PSBB,” katanya.

Pemerhatian wartawan BBC juga mendapati trafik sibuk di beberapa jalan utama di Surabaya. Malah, kegiatan ekonomi penduduk tempatan masih dilihat berlaku seperti biasa dengan hanya sebahagian premis ditutup manakala sebahagian lain masih dibuka seperti biasa.

Sumber: KompasCNBC IndonesiaSurabaya Tribun NewsCorona JakartaInfo COVID Jawa Timur

Tak Sangka Mamat Ni Rupanya Punca Dunia Darurat Covid 19. Mengejutkan Akhirnya Individu Pertama Yg Dijangkiti Telah Berjaya Dijejaki. Rupa Rupanya Dia Berasal Dari Sana.

Penul4ran wab4k C0vid-19 kini semakin menjadi-jadi. Beberapa negara telah isytih4r darvrat. Sudah tentunya sejak keluar berita tentang wab4k ini, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya orang pertama yang dij4ngkiti virvs tersebut. Menurut SCMP, data ker4jaan Ch1na akhirnya berjaya menjej4ki ind1vidu pertama yang dij4ngkiti C0vid-19 dan sebenarnya ind1vidu tersebut telah dis4hkan pos1tif seawal November 2019 lagi.

Indiv1du pertama dij4ngkiti virvs ini dikatakan seorang warga emas berusia 55 tahun yang ber4sal dari wil4yah Hubei, Ch1na, pusat bermulanya wab4k C0vqid-19 ini. Bagaimanapun, media dilap0rkan tidak mended4hkan nama serta ident1ti indiv1du terbabit.

Beberapa d0ktor di Ch1na juga berkata mereka hanya menyedari tentang penul4ran wab4k ini pada akhir Disember. Bermakna, penemuan ini bukanlah benar-benar konklusif kerana beberapa k3s posit1f dis4hkan sebelum wab4k ini dik3san. Ketika itu, pihak perub4tan telah pun menjalankan uj1an kepada beberapa indiv1du yang disy4ki dij4ngkiti.

Dengan pemahaman bagaimana virvs ini mereb4k serta mengetahui bagaimana k3s-k3s tidak dik3san dan dicatat dalam penul4ran C0vid-19, penyelidik berharap mereka dapat menentukan skala sebenar kepada tahap bahaya virus ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber: LM

Terkini Alhamdullilah Akhirnya Vaksin Covid 19 Yg Pertama Dah Tercipta. Mengejutkan Ini Nama Yg Diberikan Untuk Vaksin Yg Dinantikan Seluruh Dunia.

Moscow: Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Cov-19 dan menamakannya sebagai Sputnik V, sempena nama satelit Soviet. Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 percubaan dilakukan hari ini dan pengeluaran dijangka bermula September nanti. “Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos,” katanya.

Malaysia sedia beli vaksin dari China, Russia atau UK

Malaysia bersedia membeli vaksin COV-19 dari mana-mana negara yang berjaya membangunkan rawatan itu terlebih dahulu termasuk dari China, Russia dan United Kingdom. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.

“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan v4ksin yang sedang dibangunkan.

“Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana v4ksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat berhubung soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) sama ada pihak kementerian ada membuat kerjasama strategik dengan negara di rantau ASEAN untuk mendapatkan vaksin mampu milik di negara ini.

Ahmad Amzad berkata, kementerian melalui di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menubuhkan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi membantu negara ketika berdepan cabaran COV-19.

Katanya, melalui NTIS ia berperanan menjadi platform membolehkan syarikat permulaan, penyelidik, penggerak inovasi, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan usahawan berteknologi tinggi menguji produk, perkhidmatan, model perniagaan dan mekanisme penyampaian dalam persekitaran yang sebenar.

“Selain itu, agensi di bawah kementerian turut melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk memasang lapan unit ‘COV-19 screening booths’ menggunakan teknologi ‘nano-coating’ nyah-kuman di beberapa hospital dan pusat kesihatan daerah (PPD).

“Kita juga menyelaras makmal diagnostik saringan dan pengesahan COV-19 untuk meningkatkan kapasiti makmal yang terbabit dalam pengesanan virus ini. Sebanyak 10 makmal diagnostik bergerak aktif menjalankan ujian saringan COV-19 sejak 30 Mac lalu, ” katanya.

Beliau berkata, kerjasama strategik dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu KKM melalui Pasukan Khas Saringan COV-19 yang terdiri daripada saintis pakar dalam bidang virologi, mikrobiologi, biologi molekul dan penyakit berjangkit turut dilaksanakan untuk menjalankan saringan COV-19.

Katanya, juga dilaksanakan ialah kerjasama dengan rakan strategik dalam pembangunan beberapa penyelesaian digital untuk kerajaan, contohnya Pusat Maklumat COV-19 Malaysia (MyC19) bagi penjejakan kontak dan analisis sentimen melalui sistem analisis teks berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Sumber : HMETRO ONLINE / BHARIAN ONLINE



loading...


Terkini Mengejutkan Hanya 1 Kes Positif Covid 19 Dikesan Harini. Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Apa Yang Mereka Lakukan Sampai Kes Positif Covid 19 Boleh Capai Satu Angka Hari Ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 16 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan hanya 1 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (4 Ogos 2020). Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,684 kes secara keseluruhannya.

1 kes baharu yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan bertambah kepada 9,002. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 193 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menerusi maklumat tersebut juga, 1 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini adalah merupakan kes tempatan. KKM juga memaklumkan bahawa tiada kes yang dirawat di unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan pada hari ini.

KKM sukacitanya memaklumkan bahawa tiada pemergian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif pemergian berkaitan COVID-19 kekal sebanyak 125 kes atau pun bersamaan dengan 1.39% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Terkini Mengejutkan Hanya 2 Kes Positif Covid 19 Dikesan Hari Ini. Tergamam Bila Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Punca Tiba Tiba Kes Positif Covid 19 Kembali Menurun.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 2 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Ogos 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,001 kes. Kedua-dua merupakan kes tempatan dikalangan warganegara Malaysia.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 208 kes. Manakala 1pesakit berada di unit rawatan rapi dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan. TIADA kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 125 kes. 4 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 8,668 kes.

Terkini Kes Positif Covid 19 Naik Lima Kali Ganda. Mengejutkan Dr Noor Hisham Bongkarkan Ini Yang Akan Diisytiharkan Nanti Jika Kes Positif Covid 19 Naik Mendadak Setiap Hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 39 kes baru telah dilaporkan hari ini (28 Julai 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 8,943 kes. 11 kes import dan 28 kes tempatan dikalangan warganegara Malaysia.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 212 kes. Manakala 1pesakit berada di unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan pernafasan. TIADA kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 124 kes. 6 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 8,607 kes.

PKP Kembali. Dr Noor Hisham Bongkarkan Petanda Yang Sudah Ada. Akhirnya Terbongkar Sama Ada PKP Akan Diisytiharkan Atau Tidak. Rakyat Harus Siap Sedia.

MALAYSIA mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab ‘saya tidak peduli’.

Petandanya sudah pun ada, dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini, manakala perintah kuarantin mandatori 14 hari di stesen yang ditetapkan bagi mereka yang pulang dari luar negara diwajibkan semula, sejak Jumaat.

Lebih buruk lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata Kuching, Sarawak diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baharu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, kerajaan semalam bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan PKP yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dan dijangka akan membuat pengumuman mengenainya selepas mesyuarat menteri-menteri Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak menghairankan apabila 2,897 individu di bawah kuarantin mandatori di rumah masih belum melakukan ujian saringan kedua Covid-19 selepas 13 hari pulang dari luar negara. Secara statistik, kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan semalam berbanding 21, sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 167 kes. Dua hari lalu, beliau berkata, Malaysia mungkin berdepan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 dalam tempoh terdekat jika kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) naik lebih 1.6.

Semasa menyatakan kebimbangan itu, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini kadar R0 naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lalu. Katanya, jikalau R-naught (R0) meningkat, ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6.

Kes 3 angka

Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik.

Terkini Akhirnya DS Ismail Sabri Bongkarkan Syarat Untuk Rentas Negeri Balik Kampung Sambut Hari Raya Aidiladha. Rakyat Terkejut Dengan Syarat Yang Diberi.

Melalui sidang media secara langsung sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa tuan rumah yang ingin mengadakan jamuan ketika Hari Raya Aidiladha Jumaat ini perlu patuhi SOP iaitu, hanya 20 tetamu dibenarkan berada di dalam rumah pada satu-satu masa.

Ketika ditanya wartawan tentang merentas negeri, beliau menjawab rakyat Malaysia masih dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, setiap individu haruslah mendisiplinkan diri untuk mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan.

Sebenarnya tiada sekatan perjalanan, masih boleh balik kampung cuma patuhi SOP. Walau kerajaan benarkan balik kampung, kita kena pastikan diri terjaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.”

Terkini Lagi 16 Kes Positif Covid 19 Dikesan Harini Dan Terdapat Lagi 2 Kluster Baru Diisytiharkan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Punca Kes Positif Covid 19 Naik Semula Kepada Dua Angka.

Setakat hari ini 22 Julai 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa pertambahan seramai 16 kes baharu positif Covid-19 di negara ini. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 8831. Daripada jumlah tersebut, seramai 142 jkes masih aktif.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya sebentar tadi. Seramai 4 orang sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 8566 (96.9%) dengan cacatakan pemergian sifar setakat hari ini.

Jumlah kumulatif untuk kes pemergian kekal kepada 123 (1.39%). Namun, daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19, terdapat 5 pesakit yang masih dirawat di unit rawatan rapi dan seorang memerlukan bantuan penafasan. Bagaimanapun, KKM mengesahkan bahawa terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park iaitu sebuah kapal di Pelabuhan Klang. Selain itu, Kluster PUI Melbourne.

Sumber: Dr Noor Hisham

Terkini Satu Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Yang Libatkan Petugas Kesihatan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Puncanya Buat Warganet Terkedu.

utrajaya, 21 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebuah kluster baru (Kluster Sentosa) melibatkan sebuah hospital di Sarawak. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-8773 itu melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak. “Petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai 2020,” katanya.

Susulan itu, pengesanan kes aktif telah dijalankan. ”Sehingga 21 Julai 2020, 61 orang telah diasingkan dan disaring. Hasil saringan mendapati 5 kes positif dan 56 negatif. ”Ini menjadikan kluster ini mempunyai 5 kes petugas kesihatan dan 1 kes syarikat pembersihan,” kata Dr Noor Hisham. Kesemua kes sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Tambah beliau lagi, perkhidmatan hospital tersebut masih diteruskan, tetapi pesakit dalam tidak diterima manakala pesakit luar dirujuk ke hospital lain. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: KKM

Takut Dengan Kewujudan 13 Kluster Baru. Akhirnya PM Bongkarkan Punca Dari Mana Datang Kluster Baru Covid 19 Buat Warganet Terkedu.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes positif Covid-19 dan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, walaupun kes di negara ini kekal rendah tetapi masyarakat tidak boleh leka sekiranya tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. “Saya agak bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP. Contohnya Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai lalu dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai.

“Selain itu, terdapat empat kluster baharu yang dikesan berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara iaitu Kluster di Sarawak sebanyak tiga kes, Kluster di Melaka lima kes, Kluster di Terengganu tiga kes dan Kluster di Kuala Lumpur dua kes.

“Lebih membimbangkan saya, kes positif Covid-19 kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam perutusan khas perkembangan terkini PKPP yang disiarkan secara langsung hari ini. Muhyiddin turut tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan akan melaksanakan semula PKP jika kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan.

“Situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua. Saya pasti kita tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan ‘lock down’ sekiranya kes-kes Covid-19 meningkat mendadak. “Saya juga berdoa dan berharap agar kita tidak perlu sampai ke tahap itu. Cukuplah tiga bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. “Ekonomi negara kita terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang hilang pekerjaan. Sudah tentu kita tidak mahu kembali hidup dalam kedaan lock down seperti itu,” katanya.

 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post