KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal tanah air, Nora Ariffin yang baru-baru ini diuji dengan tindakan anak gadisnya terpalit dalam rakaman video bercumbu dengan teman lelakinya berkata, sudah menasihatu anaknya mengikut syariat agama.
Tegas penghibur itu, biarlah kesilapan yang dilakukan anak ketiganya ditebus dengan bertaubat dan memohon keampunan daripada Yang Maha Esa. Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, dia juga sudah mendengar pengakuan daripada anak serta remaja lelaki dalam video yang tular itu.
ARTIKEL MENARIK:Masa kerja tak jaga postur kedudukan leher. Naz Rahman terpaksa jalani operasi bila dia disahkan untuk menerima rawatan ini dan mengejutkan sudah 15 tahun dia alami sakit itu
“Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan Saya juga sudah memaafkan semua orang. Saya juga sudah menasihati anak saya mengikut hukum agama . Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada kepada Allah SWT,” kata Nora dalam hantaran di Instagram sebentar tadi.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan mendoakan apa yang terjadi akan memberi pengajaran dan iktibar buat semua.
Baru-baru ini, tular di media sosial video sepasang remaja sedang bercumbuan yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan warganet.
Ekoran itu, warganet bukan sahaja mula mengkritik remaja berkenaan, bahkan penyanyi terkenal itu juga tidak terlepas daripada menjadi kritikan. Nora pula secara terbuka mengakui, remaja perempuan yang dikaitkan dalam video itu adalah anaknya.
Penghibur berusia 47 tahun itu juga mengambil sikap bertanggungjawab mengakui, remaja itu adalah anak perempuannya. “Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… saya mengaku itu anak saya. Sebagai seorang ibu, kita telah mencuba melakukan yang terbaik untuk mengajar, membimbing dan mendidik, memberikan apa yang terbaik dalam kapasiti yang terbatas.
“Namun, sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. dia masih muda… dan dia perlu belajar banyak perkara dan kehidupan yang harus dilalui,” kata Nora. Sementara itu, remaja lelaki berkenaan yang wajahnya tertera dalam adegan bercumbu dengan anak Nora itu tampil memohon maaf kepada penyanyi berkenaan atas kesilapannya. Remaja berkenaan mengaku melakukan kesilapan dan bertanggungjawab terhadap penularan video itu.
“Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Nora dan keluarga saya sendiri. Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Nora untuk dijadikan tular. Saya juga amat menyesali atas apa yang telah saya lakukan,” kata remaja itu lagi.
Berikut reaksi dari warganet :
“Ok tuan punya diri dh buat pengakuan dan meminta maaf, jadi hentikan cerita aib ini, masing2 punya keluarga, jaga keluarga masing2 pulak selepas ini, yg lain kita serah pada allah untuk menghukum, tp bkn kita
” Tabik hormat kak nora.Ibu yg sangat baik,ujian yg amat berat hanya wanita yg hebat sangup memikulnya.Semoga Allah sentiasa memberi kelapngn disetiap kesulitan yg Dia beri.
” For me.. Kak Nora Dan ibu budak lelaki tu dalam hal ini x salah. Yg bersalah adalah mereka berdua yg bercium Dan merakam. Ini perkara suka sama suka. Dan perkara inilah yg kebiasaanya akan berakhir dgn perbuatan tak senonoh tapi mujur Allah buka Awal2 Dan mereka terhindar dari perbuatan terkutuk. Mereka patut di didik dgn ajaran agama yg kukuh agar menjauhi perkara yg dilarang. Jika x kenapa terlalu byk kes buang bayi bersepah sbb perbuatan terkutuk.
“Nikahkan keduanya or bg bertunang dulu sampai umur sesuai utk dikahwinkan..rakyat malaysia dah kenal diorang..maruah seorang muslimah berhijab dah hilang..kena ada yg bertanggungjawab..nasib baik tak kena tangkap dgn pejabat agama..ini bukan kes paksa tapi suka sama suka
“Dia Naif, Tolonglah Tutup Aib Kami” – Ibu Zuher Menangis-Nangis Minta Maaf
Ibu kepada remaja lelaki yang bercumbu dengan anak perempuan Nora Ariffin turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Rayu wanita yang dikenali sebagai Maya itu agar warganet memahami situasi Zuher dan berhenti menghukum keluarganya.
“Mungkin ramai yang tak mengenali saya tapi berdasarkan video yang viral baru-baru ini mungkin ramai yang mengenali Zuher. Saya sebagai seorang ibu telah berikan penuh didikan, kasih sayang, tunjuk ajar pada dia. Tak kurang juga ilmu agama dan memenuhi keperluan dia sebagai seorang anak.
“Tapi sebagai seorang manusia kita tak lari daripada melakukan kesilapan. Dia naif, pelajar lagi, dia remaja yang lupa apa yang dia buat itu memberikan impak dan kesan yang sebesar ini. Di sini saya nak mohon maaf atas kesilapan anak saya. Saya nak mohon maaf kepada keluarga belah perempuan yang sama-sama malu atas perbuatan ini,” katanya.
Maya yang difahamkan bertugas sebagai seorang pendidik memohon warganet untuk menghentikan penyebaran video bercumbu anaknya itu. “Saya memohon kepada warganet dan warga Internet supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
“Tolonglah hentikan tularkan video itu. Saya mohon sangat tutuplah aib anak saya itu. Saya harap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk dia untuk jadi lebih baik pada masa akan datang,” tambahnya. Memohon empati terhadap nasib keluarganya, Maya turut merayu warganet untuk tidak campur tangan dalam urusan keluarganya dan berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.
“Kepada ibu-ibu di luar sana mungkin apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih memberi perhatian kepada anak kita. Kita buat yang terbaik untuk mereka supaya perkara begini tidak berulang lagi.
“Kepada Nora sekeluarga saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya minta maaf kerana tak muncul sehingga hari ini, saya baru dapat kekuatan dan bersedia hadapi semua orang. Jadi saya harap kepada warganet semua hentikan video itu, ini hal dalaman keluarga bagi kami yang selesaikan.
“Hal ini tak terjadi kepada kalian, kalian boleh kecam komen macam-macam. Tapi kalau jadi pada keluarga kalian baru tahu apa yang kami rasa. Jadi saya minta tolong sangat jauh daripada hati saya, tolonglah tutup aib saya,” getusnya. Sebelum ini tular sepotong video memaparkan aksi bercumbu Zuher dan anak gadis Nora Ariffin, Putri Nor Dahlia di media sosial.
Remaja Tampil Buat Permohonan Maaf Terhadap Keluarga Nora. Ini Respon Dari Anak Sulung Nora Sendiri Terhadap Isu Yang Tular Sejak Kebelakangan Ini
ANAK sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 27, sedia memberi peluang kedua kepada remaja lelaki yang terbabit dalam isu video tular dengan adiknya, Putri Nor Dahlia, baru-baru ini. Mohd Syakir dalam hantaran di Instagram berkata semoga peluang diberi kepada remaja lelaki itu dapat membantu memulihkan semula nama baik keluarganya yang tercemar.
“Assalammualaikum semua. Hantaran video dimuat naik ini sudah menjelaskan segala isu yang terkait dengan keluarga saya.”Alhamdulillah, selepas beberapa hari kami terpaksa menanggung malu yang sangat besar akibat perbuatan dua anak muda masih mentah dan alpa, kami sudah bertemu dengan remaja lelaki itu dan ayahnya di Petaling Jaya semalam.
“Sebagai wakil keluarga, saya akui yang adik saya, Putri Dahlia sudahpun melakukan satu kesilapan dan dosa yang besar apabila dia bersama dengan remaja lelaki itu.”Mereka masih mentah dan tidak matang dalam membuat keputusan apabila berdua-duaan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk mendidik adik dengan lebih baik supaya dia dapat bertaubat dan berubah,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Syakir Iman mengakui tindakan dilakukan remaja lelaki itu untuk merakam dan memuatnaik video-video itu di laman sosial adalah suatu keputusan yang sangat besar kesannya terhadap kedua buah keluarga.”Ibu bapa remaja lelaki itu juga akui kesilapan anak mereka dalam hal ini. Oleh itu, kami cuba mengambil langkah secara teratur dan tidak terbuuru-buuru dengan harapan masa depan dua anak kecil ini tidak terjejas dengan lebih teruk.
“Kami memberi peluang kepada remaja lelaki itu dan keluarganya untuk bantu memulihkan nama baik keluarga kami, dengan usaha mereka untuk tularkan video permohonan maaf ini supaya semua rakyat Malaysia dapat menerimanya dengan hati terbuka,” katanya. Menurut Mohd Syakir, dia berdoa dan berharap semoga semua penyebaran video yang mengaibkan itu dapat dihentikan oleh orang ramai.
“Ingatlah, jika hari ini anda buka dan sebar aib orang lain, mungkin hari aib anda disebar akan tiba juga. Allah itu Maha Adil.”Saya mewakili keluarga ingin mohon jasa baik anda semua untuk bantu kami lindungi masa depan mereka dan berikan juga peluang yang kedua. Mereka masih lagi anak bawah umur (15 tahun) dan jika anda sebar video berkenaan, itu adalah sangat tidak bermoral,” katanya.
Justeru, Mohd Syakir Iman meminta masyarakat memaafkan dua remaja itu. Katanya, kita sebagai manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan Allah SWT Maha Pengampun.Menerusi perkongsian itu, kebanyakan warganet menyambut baik saranan daripada Mohd Syakir. Malah, rata-rata menganggap pasti ada hikmah di sebalik dugaan menimpa kelurganya.
Semalam, Mohd Syakir mendedahkan dia sekeluarga bersedia membawa individu yang menyebarkan video adiknya ke muka pengadilan.Hari ini, remaja lelaki itu yang memuat naik video di Twitter tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Nora di atas tindakan dilakukannya.-mymetro
Tular Video Anak Nora Ariffin. Terkini Anak Sulung Penyanyi Tersebut Bertindak Mahu Menyaman Penyebar Video Tersebut Dan Ini Penjelasan Lanjut Berkenaan Hal Itu
Kuala Lumpur: Anak sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 27, mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya, Putri Nor Dahlia atau Putri bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadilan.
Syakir berkata perbuatan individu terbabit yang menggunakan nama @danicah6299811 di Twitter sememangnya cukup melmpau apabila berkali-kali memuat naik video dengan tujuan mengeruhkan keadaan. “Insya-Allah kalau disabitkn kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak ‘post’ video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?” katanya turut sertakan pautan akaun yang sudah dipadam di Twitter itu.
Syakir turut mengakui dia agak terkilan apabila warganet cuma menghntam ibu serta adiknya, sedangkan kesalahan itu patut diletakkan pada remaja lelaki terbabit. Menurutnya lagi, keluarga juga mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan pihak keluarga remaja lelaki itu, hari ini.
“Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu. “Walaupun ada yang sudah membnci dan mengkritik adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya Allah,” katanya.
Terdahulu, Nora membuat pengakuan gadis yang berchuu dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah anak perempuannya, Putri. Mengakui terkilan Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik anak perempuannya menjadi insan berguna.
Turut bersuara mengenai isu itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia dipaksa. Bagaimanapun, percubaan Harian Metro menghubungi penyanyi Nora untuk mengulas tindakan susulan pihaknya terhadap isu terbabit, sama sekali tidak berbalas.-mymetro
Dengan Penuh Rasa Terkilan Akhirnya Nora Ariffin Tampil Mengaku Itu Ank Dia. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Dalam Video Tu.
Penyanyi Nora Ariffin mengakui gadis yang tular videonya bercmbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis merupakan anak perempuannya. Terkilan dengan kejadian tersebut kata Nora dia telah melakukan yang terbaik untuk mendidik drh dagingnya ke jalan yang betul.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkil4n. I admit, it is her………………… “Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. “Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya menerusi sebuah entri di Instagram.
Tambah Nora, dia berharap anak perempuannya itu akan belajar daripada kesilapan dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang. “Saya berdoa semua dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik insya-Allah.
“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” tambahnya. Terdahulu tular sepotong video mirip anak gadis Nora yang kelihatan berchuu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.
Turut menjelaskan situasi sebenar, kata Putri Nor Dahlia, dalam video terbabit dia telah dipaksa dan cuba mengelak daripada dichuu “Saya dipksa, dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak.
“Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa. “Saya tak sanggup nak tmbuk dia ke apa, tapi saya mrah dia selepas video itu, kitorang dah break,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia. Nora sebelum itu telah berkongsi khabar pilu setelah ibu mertuanya, Nora Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.
Sumber: Gempak via apampink
إرسال تعليق