Penyanyi Wany Hasrita berkongsi langkah yang diambil untuk meneruskan kehidupan selepas mengharungi fasa putus cinta. Kata Wany, dia tidak lagi mengikuti individu tersebut di media sosial. “Saya akan ‘unfollow’ dia di media sosial sebab dekat situ akan nampak setiap aktiviti yang dikongsikan.
“Sedih memang sedih. Tapi selepas sebulan saya akan okey dan meneruskan kehidupan macam biasa,” katanya. Dalam pada itu, pelantun lagu Terlalu Memuja menyatakan perkahwinan adalah sebuah perkara yang perlu dititikberatkan.
ARTIKEL MENARIK:Terkejut dengan pemergian Sandra tiba tiba Neeta muatnaik sesuatu di ig nya mengejutkan orang ramai. Rupa rupanya sampai macam tu sekali yang jadi.
“Kahwin tu bukan benda kecil. Untuk golongan wanita dia adalah 1su yang besar. Sebab bila dah kahwin, dia akan jadi hak suami sepenuhnya. Bagi saya, perempuan yang paling m4lang adalah bila dia tersalah pilih suami. Jadi bila tersalah pilih suami semuanya berakhir,” katanya lagi.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah program gaya hidup, Trek Selebriti yang dimuat naik di Youtube Kaki Sembang Studios. Trek Selebriti yang dihoskan oleh Alif Farhan itu ditayangkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria (123).
Sumber : GEMPAK
Artikel sebelum : Tak Sangka Wany Hasrita Pernah Gagal Dalam Percintaan. Ini Perkongsian Dari Wany Untuk Maju Kehadapan Selepas Putus Cinta.
Wany positif saja.
GAGAL membawa pulang sebarang trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) lalu bukan sesuatu yang perlu ditangisi. Sebaliknya, bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita menganggap ia bukan rezeki.
Paling penting bagi Wani, 27, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah adalah perlu sentiasa positif kerana ia kunci kepada kebahagiaan. “Menang atau kalah adat pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain. Mungkin tahun depan rezeki saya semula
“Mungkin juga tahun ini tak menang sebab ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah. Saya percaya, Tuhan ambil sesuatu sebab nak bagi lebih baik, jadi saya positif saja. “Kalau kita macam ini, pasti akan berasa bahagia saja. Jangan terlalu difikirkan kekalahan. Sebaiknya kita jalani kerja dan rutin harian seperti biasa,” katanya.
Wany yang kini muncul dengan single Belenggu Rindu bersama Datuk Jamal Abdillah berkata, dia tidak meletakkan sebarang harapan ketika menghadiri acara itu. Menurut Wany, dia tidak mahu lagi kecewa sekiranya tewas seperti yang dilalui pada beberapa acara sebelum ini.
“Saya datang untuk bergembira dan menikm4ti persembahan. Sebab saya pernah letak harapan tapi tak dapat apa-apa. Jadi, memang sedih. “Jadi, bermula tahun lepas saya sudah tidak letakkan harapan. Tapi, alhamdulillah, rezeki saya menang. Tahun ini pun saya buat cara sama. Apabila tak menang, tak rasa apa-apa
“Insya-Allah, tahun depan pun cara sama dan kalau boleh sampai bila-bila,” katanya. Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular, Wany menyifatkan pelakon drama Sweet Dreams itu layak. “Mira layak menang sebab nampak dia banyak produk drama dan filem selain mengacara. Lagipun, setiap orang Tuhan dah tetapkan rezeki dan ini rezeki dia.
“Terima kasih peminat, saya tak dapat balas apa yang anda buat. Macam biasa, ada yang tak tidur sebab undi. Tapi rezeki tak menyebelahi kita. Tak apa, nanti kita cuba lagi,” katanya. Ditanya adakah selepas ini dia akan mengatur strategi baru dengan terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan secara serius, Wany berkata, dia mahu fokus kepada nyanyian saja.
“Susah juga peminat nak kena undi banyak. Tapi tengok kalau ada rezeki. Sekarang ini saya memang nak memberi fokus menyanyi dulu. Menyanyi pun saya masih perlu belajar banyak perkara. “Kalau ada rezeki lain, kita cuba. Tapi kalau boleh tak nak tambah. Saya buat apa yang termampu,” katanya.
Wany teroka dunia fesyen
HAMPIR lima tahun menceburi industri hiburan tanah air, penyanyi, Wany Hasrita menyatakan keinginannya mahu mengorak langkah lebih jauh, dengan menyusun strategi lebih mantap bagi mengembangkan lagi karier seninya.
Masih lagi bernaung di bawah syarikat rakaman FMC, penyanyi lagu Terlalu Memuja itu mengambil inisiatif mengatur semula pengurusan kerjanya ke arah lebih baik. “Kalau sebelum ini, saya diuruskan sepenuhnya oleh FMC. Tapi sekarang selepas perbincangan diadakan, mereka bersetuju untuk menguruskan kerjaya muzik saya sahaja, manakala untuk urusan kerja lain akan dikendalikan oleh saya sendiri.
“Dalam kata lain, kalau sebelum ini, mereka yang uruskan 100 peratus, tapi kini akan dibahagikan sama rata dan pasti memberi manfaat untuk kedua-dua pihak,” katanya. Bagi mengukuhkan lagi namanya dalam industri, Wany memaklumkan dia mahu meneroka dunia fesyen sekali gus mendedahkan dirinya dalam cabang seni itu.
“Bermula sekarang, saya nak lebih mendalami dan menonjolkan diri dalam dunia fesyen pula. Jadi, saya akan banyak muncul di pelbagai acara berkaitan fesyen serta cenderung melakukan kerja untuk kempen produk. “Sedikit sebanyak, kalau saya dapat sertai acara-acara dianjurkan jenama terkemuka, secara tak langsung dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas,” katanya.
Bercerita mengenai fesyen dan penampilan, Wany menjadi antara selebriti pada kalangan ‘budak baru nak up’ (BBNU) yang sering menerima kritikan pedas di awal kemunculannya. “Selepas beberapa tahun berada dalam industri, saya sekarang lebih terbuka melabur dan melantik penata gaya terutama untuk membantu menyesuaikan gaya bagi menghadiri acara hiburan tertentu.
“Setakat ini, ada beberapa penata gaya yang saya selesa bekerjasama dan mereka juga faham kehendak saya untuk disesuaikan dengan konsep gaya diilhamkan mereka,” katanya. Berkongsi juga perkembangan terbaharunya, Wany masih lagi teruja dengan kejayaan lagu, Canggung yang menjadi tumpuan ramai sehingga jumlah tontonan video muziknya mencecah lebih enam juta di YouTube.
“Saya sendiri tak menjangkakan sambutannya begitu menggalakkan untuk lagu Canggung ini. Walaupun sudah lebih tiga bulan dilancarkan sejak Mac lalu, ia masih lagi mendapat tempat di hati peminat dan tersenarai dalam carta lagu popular radio.
“Bagaimanapun, kini fokus saya adalah untuk menyusun dan menyelesaikan segala kerja yang tergendala kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Pada masa sama, alhamdulillah rezeki sebagai duta untuk beberapa jenama juga mengisi jadual saya,” katanya.
Selain itu, Wany juga baharu sahaja selesai merakamkan lagu baharunya hasil ciptaan gandingan mantap, penyanyi dan komposer Amylea Azizan bersama Farouk Roman. “Judulnya masih belum ada lagi tapi apa yang boleh saya kongsikan, ia adalah lagu baharu berentak balada yang lari sedikit daripada lagu-lagu pernah dinyanyikan sebelum ini.
Kiranya, ia lagu balada yang ada identiti Amylea dan Farouk. Malah, saya juga dapati ia sangat sesuai dijadikan lagu OST drama,” katanya. Tidak cukup dengan itu, Wany juga kini giat berusaha mencari material sesuai untuk menambahkan koleksi lagu untuk dirakamkannya.
“Saya ada minta satu lagu daripada komposer dan penyanyi rap, Altimet untuk projek seterusnya. Apatah lagi, kali ini saya mahu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa serta menyampaikan lagu yang mempunyai elemen rap,” katanya.
Menurut Wany lagi, dia mahu mempelbagaikan kemampuan nyanyiannya dan secara tak langsung, dapat memberi alternatif lain yang lebih segar kepada pendengar.
“Saya sendiri yang nak pelbagaikan lagu-lagu saya. Sebelum ini, saya dah cuba nyanyikan lagu balada ala ‘Leman’, Irama Malaysia dan Pop. Termasuk, menyanyi duet dengan idola saya, Datuk Jamal Abdillah pun sudah dilakukan.
“Jadi, saya kena cari kelainan dan sentuhan karya lagu baharu yang segar buat peminat. Ini bagi membuktikan kepada mereka (peminat) bahawa saya boleh pelbagaikan nyanyian dan pada masa sama, mengukuhkan lagi penjenamaan nama sendiri,” katanya.
Cari peluang jadi pengacara
Ditanya mengenai bidang lakonan, Wany juga terbuka untuk menerima tawaran berlakon sekiranya dia mendapat peluang. “Dulu, saya pernah berlakon dalam telefilem dan jika ada tawaran yang bersesuaian, saya sedia pertimbangkan. Sejujurnya, saya sendiri pun masih teragak-agak dengan kemampuan lakonan sendiri kerana tak pernah membawa karakter yang berat dan bermain dengan emosi.
“Tapi, yang mula menjadi minat saya sekarang adalah untuk cuba melangkah masuk ke dalam bidang pengacaraan. Kalau ikutkan minat, saya selesa mengendalikan program santai kerana kalau rancangan berkonsep formal, tentunya banyak yang perlu saya pelajari,” katanya.
Terbaharu, Wany akan berganding dengan rakan karibnya iaitu penyanyi, pelakon dan pengacara Amira Othman bagi menjayakan satu karya berjudul ICU terbitan platform digital patuh syariah, Nurflix Original. “Ia adalah satu program baharu yang mungkin akan ada elemen drama mengenai individu-individu yang pernah berdepan situasi genting, yang secara tak langsung membuka mata mereka dengan kekuasaan Allah SWT.
“Terus-terang, sedikit sebanyak platform patuh syariah sebegini membuat saya berasa lebih selesa untuk bekerja dalam bidang lakonan berikutan semua prosesnya mengikut apa yang dituntut agama dan ada kawalan batasan pergaulan,” katanya.
via apampink
إرسال تعليق