Pelajar serta YouTuber, Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan mengatakan video dia mengambil peperiksaan di atas pokok Jun lalu adalah palsu. Luahan tersebut dibuat menerusi satu posting terbaru di Facebooknya.
Menurut Veveonah, dia agak sedih kerana telah sedaya upaya berusaha untuk menjawab peperiksaan secara atas talian ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu. “Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik.
ARTIKEL MENARIK:Syukur kaki dah boleh lurus dan otot paha hidup balik. PU Amin dedahkan perkembangan dia terkini dan punca dia berehat daripada membuat aktiviti fizikal
“Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan. Tambah Veveonah, dia juga tidak menyimpan dendm kepada orang ramai yang selama ini memberi komen berbaur penghinaan. “Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri.
“Terima kasih kepada mereka yang masih sokong,” katanya. Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mendoakan supaya Veveonah terus cekal untuk berkongsi video menarik di YouTube. Untuk rekod, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah menjadi tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube, Jun lalu.
Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan disebabkan capaian internet yang lemah. Walaubagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul mendakwa video tersebut adalah palsu.
Menteri minta maaf salah cakap Veveonah Belajar atas pokok untuk naikkan ‘viewer’ Youtube
Rakaman video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin didakwa terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah sebenarnya sekadar dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan ‘viewer’ rancangan YouTubenya.
Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menjelaskan hasil siasatan kementeriannya mendapati Veveonah yang juga merupakan seorang Youtuber, sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.
“Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.
“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita sebagai Yang Berhormat jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang bertanyakan tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet antara bandar dan luar bandar serta mengaitkan isu video tular Veveonah dengan perkara itu.
Sehubungan itu, Zahidi meminta semua wakil rakyat di kawasan tidak ada liputan atau berada di lokasi titik buta untuk memaklumkan permasalahan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penyelesaian segera.
“Jadi, kita minta Yang Berhormat di kawasan yang tidak ada line atau blind spot (titik buta), maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.
Sementara itu, Zahidi turut menjelaskan kerajaan sedang meningkatkan taraf capaian internet 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus namun masih ada beberapa kawasan titik buta termasuk di bandar. Beliau turut mendedahkan vandalisme juga turut berlaku menyebabkan kerajaan sukar untuk menaik taraf capaian internet khususnya di luar bandar.
“Sesetengah kawasan luar bandar ada titik buta perlu segera kita tangani dan tambah alat pemancar. Banyak kawasan tersebut wujud di negara kita. “Ada menara kita pakai set jana kuasa elektrik namun kena ambik, ada kawasan kita tanam fiber turut diambil. Ini antara masalahnya,” katanya.
Dalam perkembangan terkini, Zahidi tampil memohon maaf dan memperbetulkan semula kenyataan sebelum ini kerana memperolehi maklumat yang salah. Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.
Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti. Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi. Zahidi Zainul Abidin. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Rata-rata warganet mengkritik kenyataan menteri tersebut. “Selidik dulu lain kali. Pergi tengok balik kenyataan kamu semula.. cara kamu cakap tu.. sangat berkeyakinan. “dia tak da exam, dia youtuber” berapa kali kamu tekankan ?Ada exam ke tak da ke.. rakyat berhak dapat fasiliti dan kemudahan. Bukan tunggu ada exam ke nak mti ke nak terberanak ke baru nak sediakan.
“kesian adik vevonah…tapi elok la dia viral sekurang2nya di kampungnya ada capaian internet…tak kira la semenanjung atau sabah atau sarawak…harap teknologi dapat dirasai oleh semua… ” Encik Zahidi… 1. Kamu telah memaluk4n Vevonah.
2. Kamu telah memaluk4n diri sendiri kerana tidak menyiasat hal yang sebenarnya. 3. Orang yang bagi maklumat salah itu kepada kamu juga telah mempermalukan kamu. 4. Orang tunggu kamu minta maaf (mereka tak lupa, apatahlagi orang Sabah dan keluarga Vevonah).
5. Untuk membersihkan nama kamu kembali, akui kesalahan dan perbetulkan kisah sebenar. 6. Vevonah akan merasakan kesan dari tuduhan itu utk masa yg lama, kesian dia. Dia tak kacau/kenal kamu pun, Encik Zahidi. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink Media
Sumber : TerengganuTv
Satu Malaysia Tertipu, Gadis Tular Jawab Peperiksaan Atas Pokok, Menteri Tampil Dedah Sesuatu Mengejutkan. Ini Cerita Sebenar
Gadis yang pernah tular menjawab peperiksaan di atas pokok kerana mendkwa mencari sambungan internet, Veveonah Mosibin disahkan hanya melakukan cabaran tersebut sebagai hiburan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.Menurut Zahidi, gadis berkenaan berbuat demikian bagi menaikkan nama Youtube miliknya dan tidak menduduki peperiksaan seperti mana didkwa sebelum ini.
“Untuk pengetahuan YB juga, adik Youtuber (Veveonah) tidak ada peperiksaan. Kita dah cek dah. Kita sebagai YB jangan mudah tertipu oleh kadang-kadang Youtuber dan orang yang membuat isu.“Dia tiada peperiksaan, hanya Youtuber yang nak ambil nama. Dia terkenal sekejap, tapi dia tak ada peperiksaan pun. Bermakna dia hanya nak buat hiburan.
“Kita minta YB di kawasan yang tiada line tersebut boleh maklumkan pada SKMM dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutama dari segi pendidikan untuk kita bantu rakyat,” katanya ketika menjawab soalan YB Senator Datuk Donald Peter Mojuntin mengenai inisiatif kerajaan mengatasi masalah capaian Internet di beberapa kawasan di Sabah. Jawapan beliau boleh didengar bermula minit 9:50.
Sumber: Bernama TV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media.
Sumber: Transformasi
Video tular pelajar UMS jawab peperiksaan atas pokok
KUALA LUMPUR: Video tular seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah demi mendapatkan talian Internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian mendapat reaksi positif warganet.
Veveonah M memuat naik video itu pada 12 Jun lalu di YouTube, dan tidak menyangka menerima lebih 150,000 tontonan dan dibanjiri reaksi serta komen positif selain turut dikongsi oleh UMS. Menerusi video terbaharu dimuat naik pada 14 Jun lalu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, turut gembira dengan sokongan dan motivasi yang diterimanya susulan perkongsian video tersebut.
“Hari ini adalah antara hari paling bersejarah, sebenarnya hari ini saya berasa sangat gembira dan teruja kepada semua subscribers … saya telah mempunyai lebih 1,330 subscribers. “Saya sangat menghargai sokongan anda. Terima kasih sebab sokong saya punya video termasuk pihak universiti sendiri yang berkongsi video saya … saya akan cuba untuk balas komen dan hasilkan lebih banyak video yang menarik,” katanya.
Sebelum ini, Veveonah memuat naik video berdurasi 11 minit bertajuk “24 hours on tree challenge” (cabaran 24 jam di atas pokok) memaparkan pengalaman dirinya yang perlu memanjat pokok demi mendapatkan capaian Internet yang cukup kuat untuk menjawab peperiksaan dalam talian.
Pada awalnya, pelajar Asasi Sains itu membina sebuah pondok kecil berhampiran rumahnya untuk tujuan tersebut, namun pondok itu rosak disebabkan hujan beberapa jam sebelum peperiksaan bermula. Berbekalkan kelambu, dua telefon bimbit, powerbank, alat tulis serta nasi dan minuman, Veveonah berjaya menjawab dua kertas peperiksaan sepanjang berada di atas pokok itu.
Video itu turut memaparkan detik cemas Veveonah berdepan dengan tebuan ketika sedang menjawab peperiksaan serta keputusannya untuk bermalam di atas pokok berikutan cuaca yang semakin gelap. Sebelum ini Veveonah turut memuat naik beberapa video mengenai kehidupannya di kampung, antaranya cara membina telaga bawah tanah secara tradisional dan mengopek kelapa tanpa menggunakan peralatan. – BERNAMA
Pelajar jawab ‘exam’ atas pokok dijemput ke Istana Negeri. Ini hadiah yg dia dapat
Kesungguhan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin dalam menuntut ilmu sehingga terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan dalam talian, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, mendapat perhatian Yayasan Nur Jauhar.
Dapat Wang Tunai
Yayasan itu memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir, Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.
Dapat Biasiswa
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Taufiq berkata pihak pengurusan UMS telah bersetuju menyediakan biasiswa sekiranya Veveonah ditawarkan melanjutkan pengajian dalam program ijazah sarjana muda di universiti berkenaan.
“Kita harap beliau akan mengharungi cabaran menuntut ilmu dengan baik dan semoga dia cemerlang dalam akademik sekali gus mendapat pekerjaan baik kelak,” katanya.
Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, tular di media sosial apabila video yang menceritakan pengalamannya memanjat pokok di kampungnya demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat tontonan ramai serta reaksi positif warganet.
Menara Telekomunikasi akan dibina
Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengumumkan rancangan untuk membina menara telekomunikasi di Kg Bilangau Kecil, Pitas untuk menambah baik liputan internet di kawasan sekitar selepas tersiarnya video berkenaan.
Sementara itu, Veveonah, 19, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan itu yang disifatkannya sebagai pembkar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Mengenai video pengalaman menjawab peperiksaan di atas pokok seperti dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Veveonah berkata, dia sendiri tidak menyangka video itu akan tular. Namun dia merasa gembira dan berterima kasih atas perhatian pihak berkaitan yang mengambil tindakan susulan menyediakan kemudahan internet di kampungnya.
Kata2 Veveonah,
“Pertama sekali saya buat video itu hanya sekadar suka-suka selain ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya menjawab peperiksaan dalam talian. Saya berterima kasih sekiranya ada pihak mengambil tindakan untuk kemajuan
di kampung saya dengan membina menara telekomunikasi dan ini adalah harapan saya kerana internet sangat penting pada masa sekarang,” katanya. Dalam pada itu, Veveonah yang bercita-cita menjadi seorang guru atau pensyarah itu menjadikan ibu dan bapanya, yang bekerja sebagai petani sebagai pendorong untuk terus berjaya, selain berharap bidang pendidikan akan mengubah kehidupannya bersama keluarga. Selain Veveonah, Yayasan Nur Jauhar turut menyampaikan sumbangan kepada seorang lagi pelajar Sabah yang menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu Mohd Hainif Alimanja.
Terpaksa panjat pokok untuk jawab peperiksaan, siap bina kawasan tempat tidur di hutan
Salah satu contoh terbaik yang kita boleh ambil adalah video tular seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang panjat pokok di Pitas, Sabah untuk dapatkan Internet. Oleh sebab KPT dah keluarkan arahan untuk pembelajaran dilakukan di dalam talian, dia perlu menduduki peperiksaan dalam talian.
Malangnya liputan Internet di kawasan rumahnya tak mengizinkan dia untuk jawab dari rumah, jadi dia kena pergi cari tempat yang Internet stabil. Veveonah muat naik video itu pada 12 Jun lalu di YouTube, dan tak menyangka akan terima lebih 150,000 tontonan dan dibanjiri komen positif selain turut dikongsi oleh UMS.
Menerusi video terbaru dimuat naik pada 14 Jun lalu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, turut gembira dengan sokongan dan motivasi yang diterimanya susulan perkongsian video tu. “Hari ini adalah antara hari paling bersejarah, sebenarnya hari ini saya berasa sangat gembira dan teruja kepada semua subscribers … saya telah mempunyai lebih 1,330 subscribers.
Saya sangat menghargai sokongan anda. Terima kasih sebab sokong saya punya video termasuk pihak universiti sendiri yang berkongsi video saya … saya akan cuba untuk balas komen dan hasilkan lebih banyak video yang menarik,” – Veveonah, seperti yang dilaporkan BERNAMA
Sumber : Bernama , Korporat UMS , Jabatan Penerangan Negeri Sabah via apampink
إرسال تعليق