Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Asid folik penting bagi wanita yang ingin berkahwin, terutamanya mereka yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata.Menurut Pusat Kawalan Dan Pencegahan Pnyakit (CDC), wanita perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil.
Hal ini kerana asid folik berfungsi untuk membantu pembentukan sel drah merah, sekaligus membantu perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Ia juga boleh didapati secara semulajadi dalam sayuran berdaun hijau gelap dan buah-buahan sitrus.Kekurangan asid folik dalam tubuh boleh menyebabkan komplikasi kepada bayi dan ibu hamil antaranya masalah kehilangan kandungan, kcctn saraf dan kehilangan sebahagian struktur tengkorak, anencephaly.
ARTIKEL MENARIK:Isteri tinggal tunggu hari je nak bersalin tiba tiba dapat tahu laki sendiri tengah bersuka ria kahwin dengan perempuan lain. Akhirnya ini yang isteri pertama buat sampai suami menyesal seumur hidup.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman sedihnya apabila terpaksa berpisah dengan bayi yang berusia 18 minggu dalam kandungan.Kongsi Siti Solehah, bayinya yang telah diberi Umairah itu mengalami masalah cy5tic hygroma, iaitu keadaan di mana wujudnya kantung cecair pada bahagian leher atau kepala akibat penymbatan sistem limfa. Pun begitu, ia boleh wujud di mana-mana bahagian badan.
Berikut adalah perkongsiannya.Pada hari Selasa, 22 September 2020, merupakan mimpi buruk buat mama dan ayah.Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby (cy5tic hygroma) semasa scan.
Cy5tic hygroma adalah baby yang terbentuk mempunyai beberapa cyst di leher baby. Perut dan paru-paru penuh dengan air. Baby tidak akan boleh lahir hidup. Hanya 10% jangka hayat dalam rahim.Hal ini terjadi pada awal persenyawaan. Kromosom terlebih atau terkurang semasa persenyawaan, ataupun ada yang rosak. Allahualam.
Masa imbasan, pakar hanya terdiam dan menjelaskan kepada kami. Tiga orang doktor pakar imbas baby untuk sahkan baby cy5tic hygroma.Doktor pakar bagi Mama dan Ayah tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami samaada nak biarkan kandungan atau sebaliknya.Doktor Pakar memberitahu sekiranya tidak dibuang terlebih dahulu, baby akan hembuskan nafas sendiri dalam perut.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 4 bulan 2 minggu. Pembentukan baby sudah hampir sempurna.Susah untuk terima semua ini, Mama dan ayah seakan tidak percaya.Selama 4 bulan lebih ibu langsung tiada alahan. Hanya mengidam makanan biasa-biasa yang senang dicari.Mama dan ayah terkilan kerana tidak dapat menjaga Umairah sehingga besar. Terima kasih ya Allah bagi pinjam baby dalam rahim ibu selama 18 minggu ini.
Pada 23 September 2020, Mama serah diri untuk ditahan di wad dan dimasukkan ubat bagi keluarkan baby.Doktor scan menyatakan baby dah sudah tiada dalam perut. Doktor meminta Mama balik dulu, untuk bagi baby keluar sendiri namun sehingga 27 September, baby masih tak mampu keluar.
Mama menyerah diri dan setelah 2 hari berada di wad baby baru keluar. Pada 28 September tepat jam 4.25 petang, baby dilahirkan. Alhamdulillah Mama dah redha dengan pemergian baby.Ayah bersyukur Allah uji mama dan ayah. Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal ayah dan mama pernah dapat iaitu anak syurga.
Semoga kesedihan mama dan ayah pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari mendatang.Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu pasti.Sekadar nak kongsikan, berdasarkan apa yang berlaku pada saya, doktor sarankan kalau dah sedia mengandung untuk seterusnya, terus ambil asid folik (Folic Acid).
Salah satu sebab mungkin, tapi Allah sebaik-baik perancang.Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan kehamilan tidak dirancang yang menjurus kepada komplikasi. Mungkin salah Mama dan ayah tak sedia dulu sebelum mengandung.
Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini.Saya mohon anda kongsi dan tag untuk bakal-bakal ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.
Sumber: Siti Solehah, Webmd (CDC)
Geng Gelang Pink. Ketua Polis Dedahkan Punca Tiga Anggota Tentera Ini Dikenakan Tindakan Susulan Aktiviti Mereka Yang Tidak Sewajarnya Mereka Lakukan
SIBU, 18 Ogos — Tiga anggota tentera dari kem tentera di sini ditahan kerana didapati tidak mengikuti perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 23 dan 28 tahun, masing-masing berasal dari Kelantan, Melaka dan Johor, didapati tidak mematuhi perintah itu semasa beradai di Jalan Channel pada pukul 3.00 petang semalam.
“Orang awam yang melihat ketiga-tiga mereka di dalam sebuah kereta Proton Saga berwarna putih, masing-masing memakai gelang tangan (tanda perlu kuarantin) di Jalan Channel. Kehadiran mereka di kawasan awam kemudiannya dilaporkan ke ibu pejabat polis di sini, yang kemudiannya menghantar satu pasukan petugas untuk mengesan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya semasa diperiksa, anggota tentera yang dipercayai baru kembali ke Sibu itu didapati memakai gelang tangan berwarna putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dan siasatan lanjut mendapati mereka telah diarah menjalani kuarantin di berek, namun sebaliknya tidak dipatuhi mereka. Beliau berkata anggota tentera itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Kesksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. — BERNAMA
Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka. DS Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai
TANJUNG MALIM – Kerajaan tidak bercadang meminda hukuman denda RM1,000 bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang pindaan akan memakan masa kerana perlu dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan.
Menurutnya, kompaun RM1,000 itu merupakan maksimum namun masih boleh merayu untuk mendapatkan pengurangan di mahkamah. “Saya rasa tak perlu kita pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa sedangkan kes sedang berlaku. Tindakan perlu dilakukan sekarang, jadi kalau nak pinda memakan masa dalam sesi Parlimen kali ni dah tak sempat. Kena tunggu sesi Parlimen yang akan datang.
“Berapa lama lagi nak tunggu? Jadi kita teruskan apa yang ada, tapi budi bicara boleh digunakan untuk mengurangkan kompaun yang dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke program Santai Melukis Mural di Pekan Slim River di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan pembangkng agar kerajaan meminda Akta 342 untuk mengurangkan kompaun RM1,000 kepada RM250. Hadir sama program tersebut, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.
Ismail Sabri berkata, dalam mahkamah, hakim mempunyai budi bicara untuk mengurangkan hukuman begitu juga dengan kompaun RM1,000. Katanya, walaupun dikenakan kompaun RM1,000 mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kompaun berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengulangi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa penularan virus koronavirus (Covid-19) di Kedah dan Perlis masih terkawal. Beliau berkata, dengan tindakan pantas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di beberapa kampung, penyebaran virus tersebut dapat dikawal.
Menurutnya, keadaan itu tidak akan menjejaskan proses kempen dan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Namun begitu, beliau menasihatkan jentera yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Saya faham kita nak bekerja pastikan calon kita menang bergaya tetapi dalam masa sama jaga kesihatan dan keselamatan diri. Kalau di tempat sesak pakai pelitup muka dan cuba penjarakan fizikal di tempat yang boleh dilakukan. Kalau gagal pakai pelitup muka boleh diambil tindakan,” katanya. Beliau turut mengharapkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas petugas kempen PRK DUN Slim ini kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.-sinarharian
Ramai Masih Tak Peka Akan Hal Ini Walaupun Sudah Berkali Kali Diingatkan. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dedahkan Kesemua Tempat Yang Wajib Pakai Pelitup Muka
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:Masjid, surau dan rumah ibadat,Majlis sosial,Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah. Hospital dan klinik,Pasar awam dan pasar tani,Pawagam,Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak,Restoran,Bengkel,Kedai gunting rambut dan salun kecantikan,Pusat hiburan keluarga,Mana-mana tempat awam yang sesak.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jnyh Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut. Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.— BERNAMA
Pelitup muka ‘fancy’ dibenarkan, tetapi…
KERAJAAN masih membenarkan pemakaian pelitup muka jenis fabrik ‘fancy’ yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun akan mengumumkan mengenai perincian spesifikasi dan jenis yang boleh dipakai, selain garis panduan pemakaiannya serta cara pelupusan pelitup muka pakai buang.
“Apa yang jelas, bermula 1 Ogos nanti pelitup muka tiga lapisan seperti yang dipakai umum dibenarkan, namun bagi jenis lain termasuk fabrik, KKM akan memberikan perincian jenis apa yang boleh dipakai atau tidak dalam masa terdekat iaitu sebelum penguatkuasaan bermula.
“Sebenarnya perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Ahmad Saidi Mohamad.
Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos depan.
Semalam, Pakar Epidermiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan dilaporkan berkata, pelitup muka jenis fabrik hanya sekadar menapis bau dan partikel kasar daripada dihidu susulan tiada penapis khas sekali gus tidak mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19.
Noor Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan termasuk menaikkan hukuman serta denda terhadap individu yang tak ikut arahan pemakaian pelitup muka seperti yang dilakukan di Eropah bagi membendung wabak itu.
“Jangan leka dan sengaja (tak ikut peraturan), KKM bersama-sama polis akan mantapkan penguatkuasaan dan siasatan dengan lebih serius terhadap SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 selepas ini,” katanya.Dalam pada itu, Dr Noor Azmi turut menafikan dkwaan tular mengatakan termometer penmbak suhu yang menggunakan cahaya inframerah bah4ya kepada otak.
Katanya, spesifikasi peranti penmbak suhu yang digunakan hendaklah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).”Walaupun pada dasarnya catatan suhu badan manusia yang diambil menerusi telinga atau dubur lebih tepat berbanding di dahi, namun setakat ini tiada lagi kajian mengenai bahaya termometer ini,” katanya.
Ramai Yang Keliru. Ismail Sabri Dedahkan Tempat Yang Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Dan Diharap Semua Maklum Dengan Perkara Ini
KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan ke atas orang ramai semasa mereka berada di rumah atau dalam kenderaan sendiri.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka tidak diwajibkan kepada mereka yang melakukan aktiviti fizikal.
“Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.“Pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai berasa keliru dengan arahan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos lalu.Mereka menyambut baik arahan tersebut, namun berharap satu garis panduan yang jelas mengenainya diwujudkan.Ia termasuk berhubung kewajipan memakai pelitup muka di kawasan riadah yang kurang sesak, dalam kenderaan persendirian serta di kedai makan. – K! ONLINE
Tular Tentang Lelaki Bergelang Pink Dikatakan Punca Balai Polis Sentul Tutup. Rupa Rupanya Ini Identiti Sebenar Tentang Lelaki Itu.
Gempar tengah hari tadi berita mengenai seorang lelaki yang dipercayai memakai gelang kuarantin telah hadir ke Balai Polis Sentul untuk membuat aduan. Selepas kejadian tersebut, operasi di Balai Polis Sentul ditangguhkan sementara atas saranan pasukan kesihatan. Notis arahan penutupan balai polis itu juga telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.
Sumber: Facebook
Walau bagaimanapun, kemas kini terbaharu daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) melaporkan bahawa lelaki berusia 81 tahun itu bukan pesakit Covid-19. Namun, dia pernah dimasukkan ke wad dan mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Balai Polis Sentul kembali beroperasi petang ini. Selepas laporan itu diterima, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah memaklumkan bahawa Balai Polis Sentul akan beroperasi seperti biasa bermula 4 petang hari ini selepas proses sanitasi kedua.
Terkini kkm sahkan kluster Tawar dah masuk generasi ke 3. Sampai ada sekolah di Kulim diarahkan tutup lepas cikgu dan murid disahkan positif covid 19. Mengejutkan rupa rupanya ini punca.
Nampaknya penularan wabak COVID 19 di Kedah semakin memburuk selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah sekolah di Kulim, Kedah ditutup selepas ia dikaitkan dengan penularan jangkitan COVID 19 daripada Kluster Tawar.
Menurut Berita Harian, infografik KKM mendedahkan 4 kes baharu di Kulim semalam membabitkan seorang guru dan 3 murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti COVID 19. Difahamkan juga, mereka ini ialah ahli keluarga kepada kes indeks 9,113.
Dengan ini juga, Kluster Tawar juga telah memasuki generasi ketiga. Uish laju sungguh wabak ni merebak! Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi terhadap sekolah berkenaan bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.
“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan COVID-19 ke atas semua muridnya. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini. “Saya harap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media semalam. Dalam apa jua keadaan, ingat… patuhi SOP dan jangan lupa pakai mask ye! Harap kluster ni tak merebak dengan lebih teruk lagi.
Jangan takut. Terkini Who dedahkan covid 19 tidak boleh tersebar melalui makanan. Rupa rupanya ini punca yang ramai tak tahu.
Menurut Medical Xpress, setakat ini tiada sebarang bukti bahawa jangkitan itu boleh disebarkan menerusi makanan. Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata — orang ramai sudah terlalu takut dengan pandemik tersebut, justeru mereka tidak perlu ditakutkan lagi dengan kebimbangan berlakunya gelombang penularan baharu melalui makanan.
Sebelum ini media melaporkan, pihak berkuasa China menemukan COVID-19 pada sampel makanan sejuk beku dalam rutin pemeriksaan harian mereka. Susulan penemuan itu, ujian saringan dijalankan ke atas setiap petugas yang bersentuhan dengan produk berkenaan — namun semua hasil ujian didapati negatif.
Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove pula berkata — pihaknya sedia maklum mengenai rutin pemeriksaan yang dilakukan China dan kemungkinan untuk COVID-19 dikesan dalam ratusan pemeriksaan sampel itu adalah sangat rendah.
Terkini Kpak Ayaam Yang Dibawa Masuk Dari Brazil Ke China Disahkan Positif Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Terkedu.
Kepak ayam sejuk beku yang diimport dari Brazil ke China telah disahkan positif dengan virus COVID-19, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, petik laporan CBS News. Menurut Reuters, sampel yang diambil daripada permukaan kepak ayam itu telah diambil dan disahkan positif, ini menjadikan kes tersebut sebagai makanan import terbaru yang disahkan positif mengandungi virus covid 19 itu.
Selain kepak ayam sejuk beku yang diimport ke Shenzhen, pek bungkusan udang sejuk beku daripada Ekuador yang dijual di Xian juga turut diuji positif dengan virus terbabit pada Khamis, lapor Reuters memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. Pada Rabu lalu, virus COVID-19 telah ditemui pada bungkusan udang sejuk beku di wilayah Anhui. Udang itu juga turut datang daripada Ekuador.
Walaupun CDC menyatakan tidak ada bukti yang dapat menunjukkan bahawa memakan atau mengendalikan makanan boleh dikaitkan dengan COVID-19, China telah meningkatkan ujian saringan di tengah-tengah kebimbangan berkenaan makanan import ini.
COVID-19 lazimnya didapati tersebar pada kebanyakan orang melalui titisan, ujar CDC. Walau bagaimanapun, “ada kemungkinan seseorang itu terjangkit dengan virus COVID-19 melalui sentuhan pada permukaan atau objek, termasuk makanan atau bungkusan makanan yang mempunyai virus padanya dan kemudiannya terus menyentuh mulut, hidung serta mata mereka,” kata CDC.
Ini bukanlah cara utama virus tersebar, dan risiko untuk terjangkit dengan COVID-19 daripada makanan adalah sangat rendah, tambah CDC. “Virus yang menyebabkan COVID-19 tidak dapat hidup pada makanan. Walaupun bakteria mampu untuk hidup pada makanan, namun virus memerlukan perumah yang hidup seperti manusia atau haiwan untuk membiak,” ujar CDC.
CDC mengesyorkan orang ramai supaya mencuci tangan dengan sabun dan air selepas mengendalikan makanan, atau sebelum memasak dan selepas makan. Sungguhpun begitu, kesemua daging dan makanan laut yang masuk ke pelabuhan utama di China terus disaring. Pada Jun, China telah menggantung beberapa makanan yang diimport termasuklah yang datang daripada Brazil, lapor Reuters.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sesiapa sahaja yang mungkin bersentuhan dengan produk makanan yang tercemar di Shenzhen akan dikesan dan disaring oleh pihak kesihatan di sana. Walaupun begitu, Kesemua yang disaring telah disahkan negatif, kata wakil kerajaan bandar itu, menurut Reuters. Ujian saringan turut dilakukan pada mereka yang mungkin bersentuhan dengan udang yang tercemar, termasuk mereka yang berada berhampiran dengan pasar di Xian itu.
Lepas Tular Negara Russia Dah Jumpa Vaksin Covid 19. Kali Ini Giliran Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Tentang Malaysia Akn Membeli Vaksin Tersebut Atau Tidak.
Pada sidang media perkembangan terkini PKPP oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan hari ini, Ismail sabri ditanya soalan oleh pengamal media mengenai adakah kerajaan akan menempa vaksin dari negara russia. Rujuk pada Sidang Media Minit 26
Dilaporkan russia telah berjaya menemui vaksin C0vid 19, dan 20 negara telah dilaporkan menempah vaksin itu, adakah malaysia juga akan mengambil langkah yang sama untuk menempah vaksin tersebut. Kenyataan Dari Ismail Sabri
“Saya percaya kementerian kesihatan pastinya akan menelititi dahulu perkara tersebut, sebab banyak negara sekarang telahpun claim bahawa mereka juga telah menjumpai vaksin. Tapi sejauh mana boleh digunakan, sejauh mana berjaya dan sebagainya saya percaya kementerian kesihatan akan membuat kajian sebelum kita nak tempah, kementerian akan melihat dari segi boleh digunakan atau pun tidak. Masih terlalu awal, katanya lagi”.
Sebelum ini, Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Cov-19 dan menamakannya sebagai Sputnik V, sempena nama satelit Soviet. Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 percubaan dilakukan hari ini dan pengeluaran dijangka bermula September nanti.
“Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos,” katanya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.
“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan.
“Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana vaksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.
Sumber : SidangMediaMKN/Bernama/OM
Post a Comment