Foto dan video pelakon Atikah Suhaime bercuti di Langkawi bersama kekasihnya, Datuk Lokman Teh mendapat perhatian warganet.
Melihat percutian mewahnya bersama kekasih dari foto dan video yang dimuat naik ke Instagram (IG) , rata-rata turut bertanya bila dia bakal menamatkan zaman bujang.
ARTIKEL MENARIK:Selepas pemergian bekas pekerja Datin Shahida semalam Bonda Rozita tiba tiba respon di ruangan komen ig Datin Shahida. Terkedu sampai macam ni sekali Bonda Rozita punya komen.
“Kalau lelaki itu kaya kenapa tak kahwin cepat daripada pergi sana sini menambahkan dosa buat apa,” tanya warganet. Atikah tidak mendiamkan diri malah menjawab persoalan tersebut. “Nak kahwin, (tapi) wali semua di Singapura. Kena tunggu MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) di Singpuara tamat. Ke ada cara FaceTime?,” jelasnya.
Pun begitu, ada juga yang turut mendoakan kebahagian mereka. “Semoga ke jenjang pelamin. “Bestnyer honeymoon,” komen pengikutnya. Menerusi foto dan video percutian tersebut, Atikah bukan sahaja bersama kekasihnya malah bersama rakan-rakannya yang lain. Terdahulu, Atikah mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan.
Nampak macam ada isi. Penampilan terkini Atikah Suhaimie buat ramai terkejut. Mengejutkan ini respon mengejut dari Atikah bila warganet cakap dia berisi.
Pelakon Atikah Suhaime menerima kr1itikan daripada warganet selepas memuat naik sebuah video yang memaparkan bentuk badannya yang kelihatan agak bvncit di Instagram. Bahkan, disebabkan keadaan perutnya yang kelihatan berisi itu juga, terdapat netizen yang mempersoalkan sama ada dirinya berbadan dua.
“Adakah awak mengandung? “Haah, lama perasan, macam ada isi, tak ada bentuk,” tulis sebahagian warganet. Komen tersebut kemudian mendapat perhatian Atikah Suhaime yang kemudian mengakui akan kekurangan bentuk badannya.
“Bagaimana saya boleh (meng4ndung)? Saya hanya gemvk dan bun1cit.” jawabnya. Menurut Atikah, dia akui komen-komen negatif tersebut yang mengkrit1ik dirinya sedikit sebanyak turut mengganggu emos1inya. “Tiba-tiba pagi ni saya emosional. Saya ada perasan. Perempuan kalau orang cakap gemvk, mesti rasa down.
“Ya, saya bunc1it gemuk. Nantilah saya bersenam,” katanya. Pada masa sama, katanya, dia tidak menjadikan isu fizikal luaran sebagai perkara penting yang perlu diambil pusing. “Tak apalah saya gemuk dan buncit, janji hati saya bersih ikhlas dan boy friend (teman lelaki) saya kaya. Alhamdulillah, syukurlah,” luahnya menerusi satu entri di Insta Story miliknya. Difahamkan, Atikah kini sedang bercuti di Langkawi bersama teman lelakinya, Datuk Lokman Teh.
Sumber : GEMPAK
Kehangatan cinta Atikah dan Datuk Lokman
PELAKON Singapura yang mencipta nama di Malaysia, Atikah Suhaime yang sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh, mengakui belum melakukan sebarang persediaan untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Perkara itu dikongsi menerusi pengurusnya, Nia Adlina Aishah yang menguruskan kerjaya seni pelakon itu di sini. “Setakat ini, dia sedang hangat bercinta. Namun, belum ada sebarang persediaan untuk berkahwin dilakukan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Adlina, Atikah yang kini berada di Singapura menantikan ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan Malaysia untuk membenarkan orang luar masuk ke negara ini. “Buat masa sekarang, dia masih berada di Singapura. Jadi, tak boleh nak buat sebarang persediaan apa-apa. Apa yang dia nantikan adalah pintu sempadan dibuka semula kerana dia nak kembali bekerja.
“Masih ada satu drama terbitan Radius One berjudul Dendam Cinta Aryssa tergendala proses penggambaran yang berbaki 10 episod,” katanya. Sebelum ini, Atikah pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi yang juga berasal dari Singapura, Awi Rafael sebelum putus tunang pada 14 Mac 2019, iaitu tiga hari sebelum majlis pernikahan berlangsung. Dia kemudiannya berkenalan dengan Lokman pada Julai 2019.
Atikah Suhaime ‘berkawan’ dengan Datuk
PELAKON, Nur Atikah Mohd Suhaime, 28, atau Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh selepas putus tunang dengan penyanyi, Awie Rafael, 33, pada 14 Mac lalu.
Atikah berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang juga anak kepada pengasas produk mandian sejak beberapa bulan lalu. Katanya, buat masa ini mereka dalam proses mengenali hati budi dan perkenalan itu melalui rakannya.
“Perkenalan kami terlalu singkat iaitu dalam tempoh beberapa bulan. Buat masa ini kami sedang berkawan tambahan pula saya gemar mengenali ramai orang,” katanya. Dalam perkembangan seni, pelakon kelahiran Tampines, Singapura itu berkata, dia sedang menjalani penggambaran drama Tuan Danial bersama pelakon, Idris Khan dan Intan Najuwa.
Katanya, dirinya kini teruja untuk siaran travelog Busana Asia dan drama terbaru lakonannya, Memoir Karmila tidak lama lagi. “Selain itu saya juga membintangi filem dari Indonesia iaitu My Stupid Boss 2 yang akan menemui penonton di pawagam pada 29 Ogos depan,” katanya.
Atikah sebelum ini mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac lalu. Mengikut perancangan mereka sepatutnya bernikah pada 17 Mac lalu. Spekulasi mengatakan Atikah dan Lokman bercinta timbul apabila mereka sering berkongsi foto di lokasi, tarikh dan masa yang sama di Instagram (IG). Dalam pada itu lelaki terbabit juga dikatakan mengikuti Atikah ketika menjalani penggambaran drama di luar negara.
via Era Kini
إرسال تعليق