Terkejut bila tiba tiba Memey Suhaiza umumkan baru kehilangan orang tersayang. Mengejutkan ini kata kata terakhir dari Memey. Warganet terkedu sampai macam tu sekali Memey muat naik status.

Pelakon Memey Suhaiza berkongsi khabar duka pagi ini dengan berita pemergian doktor kesayangannya, Dr. Zarina Bibi yang banyak berjasa kepadanya. Menurut Memey, doktor tersebutlah merupakan individu yang menyambut kelahiran kesemua anaknya setiap kali bersalin.

Terkejut bila tiba tiba Memey Suhaiza umumkan baru kehilangan orang tersayang. Mengejutkan ini kata kata terakhir dari Memey. Warganet terkedu sampai macam tu sekali Memey muat naik status.




“Assalammualaikum. Saya mulakan update pagi ni dengan berita ni. Doktor kesayangan saya dah pergi menghadap illahi. “Semua anak saya Dr. Zarina yang sambut, yang jaga setiap condition (keadaan) sepanjang saya mengandung,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

ARTIKEL MENARIK:Pelik suara dekat tv tiba tiba jadi kuat. Anak Idris tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar bila dapat tahu Idris pergi menghadap illahi. Rupa rupanya ini punca.
loading...


Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Norman Hakim itu turut memuat naik gambar kenangan dirinya bersama doktor tersebut. Bahkan, katanya, sekalipun doktor tersebut berpindah lokasi bertugas, dia tetap akan pergi mendapatkan khidmat di hospital berkenaan.

“Suami sanggup ikut hospital mana pun yang Dr Zarina bertugas sebab dah rasa selesa dijaga kita macam anak. “Mengenalinya seorang yang sangat baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu. Apapun masalah dalam bilik bersalin, Dr Zarina sentiasa tenang, buat kita rasa sentiasa selesa, tak risau,” katanya yang turut melayangkan salam takziah kepada keluarga doktor tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengakui terkejut dengan berita pemergian doktor tersebut. Bahkan, ramai juga yang berkongsi pengalaman ketika menggunakan khidmat doktor yang sama ketika bersalin. “Alfatihah. Dr Zarina jugalah yang sambut kelahiran anak kedua saya, menjaga saya seperti seorang anak sepanjang kehamilan.

“Doktor ni juga jaga dari mengandung hingga bersalin dua anak saya. Sesungguhnya kami menjadi saksi atas kebajikan beliau pada manusia-manusia lain. “Lima orang anak saya disambut Dr. Zarina,” komen sebahagian pengikutnya.

Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada September 2011. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink Media

Sumber : GEMPAK

Percutian keluarga Memey, Abby

Keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah. Itu yang cuba diterapkan dalam keluarga besar pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi. Lupakan apa yang pernah terjadi antara mereka, kini segala-galanya bertukar menjadi lebih indah. Malah, tidak ramai mampu menjalani perhubungan seperti yang terjalin di antara Memey dan Abby sekarang.

Menurut Memey, 31, atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, percutian bersama kedua-dua keluarga sedikit sebanyak mengeratkan lagi silaturahim antara mereka. Aktiviti seumpama itu mula dipraktikkan tahun lalu malah ia acara wajib setiap kali musim cuti sekolah.

“Idea percutian bersama ini daripada Kak Abby dan saya. Kami akan pilih tarikh yang semua anak-anak lapang. Ini kerana jadual cuti persekolahan berbeza. Selepas itu, baru kami pilih lokasi. “Abang Norman dan Abang Jaie (suami Abby) ikut saja. Jadi, untuk kali ini kami memilih Pulau Redang kerana anak-anak sukakan pantai dan laut. Dalam masa sama, mereka dapat snorkeling dan cari makanan sedap.

“Sekiranya bawa ke tempat yang lebih kepada membeli-belah, takut mereka bosan pula. Kalau saya dan Kak Abby saja mungkin okay tapi kami mahu dahulukan apa yang anak-anak suka. Mereka jadi keutamaan kami,” katanya.

Menurut Memey, sejak tahun lalu hampir setiap bulan mereka bercuti bersama. Malah, kebanyakan lokasi percutian menarik di Semenanjung Malaysia sudah dilawati. “Ini percutian pertama kami tahun ini. Insya-Allah, selepas ini kami merancang ke Pulau Sibu, Johor. Selepas itu, mungkin ke Sabah dan Sarawak pula.

“Apa boleh dikatakan, sebagai ibu bapa kami seronok melihat semua anak gembira. Kami ingin mereka tahu, kami sentiasa ada bersama mereka. Malah, mereka juga sedar bila-bila masa kami ada untuk mereka. “Macam sekarang, tidak wujud istilah giliran siapa menjaga anak. Ini kerana, dalam diri kami tanggungjawab menjaga dan mengurus anak adalah milik bersama,” katanya.

Memey berkongsi, biarpun percutian mereka pada awalnya tidak disertai suami kerana menunaikan umrah, sebaik tiba di tanah air pada Khamis, Norman terus bergegas ke Pulau Redang. Percutian ini disertai Memey bersama tiga anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhrisz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha Hakim, lapan bulan. ementara keluarga Abby disertai lima anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, Maria Danisha Hakim, 11, Muhammad Dayyan Fayyad, sembilan bulan dan Dayana Fathia, lapan bulan.


loading...


Tak tunjuk kebahagiaan

Memey berkata, apa yang dibuat sekarang bukan bertujuan untuk memperagakan kebahagiaan. Sebaliknya, dia berharap perkara itu memberikan kesan positif kepada semua. Malah, Memey bersyukur sekiranya keakraban bersama Abby dijadikan inspirasi dan ikutan wanita lain yang pernah melalui situasi sama seperti mereka.

“Kami sudah lalui pelbagai perkara. Allah tunjukkan ruang untuk sama-sama positif. Jadi, kami mahu sesiapa saja terutama peminat untuk melihat perkara ini secara positif. “Kalau ada yang menjadikan kisah kami ini sebagai inspirasi untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik, ia sesuatu yang bagus.

“Sebenarnya, ramai hantar mesej peribadi (DM) di IG bertanyakan macam mana saya dan Kak Abby boleh melalui fasa kehidupan seperti sekarang,” katanya. Dalam perkembangan lain, Memey berkongsi keluarga besarnya itu bakal melancarkan akaun Facebook dan YouTube, Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah.

Menerusi akaun itu, mereka akan berkongsi secara langsung mengenai topik kekeluargaan seperti yang sering diminta peminat. “Insya-Allah, akaun ini akan diaktifkan tidak lama lagi. Ia lebih menjurus perkongsian mengenai hubungan kekeluargaan. Sebagai permulaan, kami buat di Facebook dan YouTube dulu. “Ini pun atas permintaan peminat yang sentiasa bertanya dan inginkan kami bercerita. Saya berharap, perkara ini akan menambah dan memberikan lebih banyak manfaat buat semua orang,” katanya.

‘Norman ubah saya’

PELAKON Memey Suhaiza menyifatkan suaminya yang juga pelakon Norman Hakim sebagai suri teladan untuknya berubah ke arah lebih baik. Memey, 30, atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berkata Norman tidak pernah memaksa sebaliknya sentiasa memberi contoh yang baik menerusi amalan dan solat.

“Sejak kecil saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat penyayang. Alhamdulillah, antara nikmat terbesar saya adalah apabila dapat bersama keluarga ini. “Selepas berkahwin dengan suami tidak pernah paksa saya bertudung. Dia masih beri kelonggaran kerana ketika itu saya masih fikir nak berlakon.

“Namun, suami membimbing dan tunjukkan contoh kepada saya. Dia tidak pernah tinggal solat malah sentiasa melakukan solat sunat Dhuha, Tahajud dan lain-lain. Semua itu jadi amalan harian dan saya nampak,” katanya. Memey yang berkongsi perkara itu menerusi program Seminar Keluarga Sunnah bersama pendakwah bebas Ebit Lew berkata, bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi juga antara individu yang banyak beri tunjuk ajar.

“Saya masih ingat, detik sebelum saya dan kak Abby jadi baik macam sekarang. Kali pertama jumpa, di peluk saya dan cakap kalau saya sayangkan suami pakai tudung. “Ketika itu kami belum bertegur lagi, masih dalam situasi dingin. Apa diperkatakan kak Abby tinggalkan impak besar hingga asyik terfikir mengenainya. “Di sebalik apa berlaku dalam kehidupan, saya dipertemukan dengan kak Abby yang sangat baik. Malah, saya bersyukur ada orang yang sentiasa jadi suri teladan buat diri ini,” katanya.

Tumpang rezeki anak

ANAK adalah rezeki buat setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Tentunya, setiap rumah tangga akan lebih meriah dengan kehadiran cahaya mata. Bagi mereka yang bergelar selebriti yang sentiasa sibuk dengan jadual kerjaya padat namun, itu bukan halangan untuk mereka berkeluarga ‘besar’.

Jika diamati, rata-rata selebriti yang memiliki ramai anak ini sebenarnya menamatkan zaman bujang ketika masih dalam usia muda sekali gus bergelar ibu bapa muda tatkala mendapat cahaya mata. Bagi pelakon dan pengacara, Norman Hakim, 44, kehadiran enam cahaya mata dalam kehidupannya membawa rezeki yang melimpah ruah.

Walaupun nampak mencabar, itu tidak pernah menjadi beban buat dirinya, malah mengukuhkan lagi hubungan setiap anggota keluarga yang memainkan peranan masing-masing. Norman dikurniakan enam anak hasil perkahwinan bersama Abby Abadi, 42, dan Memey Suhaiza, 32.

Hasil perkongsian hidup dengan Abby, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim,17, Marissa Dania Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 12. Bersama Memey pula mereka dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5, dan Mikayla Delisha Hakim, 2.

Walaupun nampak mencabar, itu tidak pernah menjadi beban buat dirinya, bahkan mengukuhkan lagi hubungan setiap anggota keluarga yang memainkan peranan masing-masing. “Apa yang boleh saya katakan, saya memiliki satu ‘pasukan’ mantap dalam keluarga dan masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Demi anak-anak, semua berikan yang terbaik dan sejujurnya, kalau saya perlu melakukannya secara sendirian, ia akan menjadi sangat berat. Tapi, dengan adanya setiap anggota keluarga, semuanya jadi ringan,” katanya. Bercerita mengenai rezeki, Norman mengakui bahawa keluarga adalah hakikat sebenar kehidupan.

“Di luar, saya keluar mencari rezeki. Tapi, apabila pulang ke rumah, saya akan melihat sendiri hakikat sebenar kehidupan iaitu keluarga dan itulah dunia kami sekeluarga. “Saya percaya bahawa kami ibu bapa menumpang rezeki anak-anak. Setiap kali dikurniakan cahaya mata, ia bukan beban, tetapi satu cara untuk kita bekerja lebih keras bagi mencari rezeki dan menampung keluarga,” katanya.

Menurut Norman, dia bersyukur kerana dikurniakan isteri serta bekas isteri yang saling bantu-membantu antara satu sama lain. “Memey dan Abby memang sangat rapat dan peranan mereka adalah sebagai perancang, manakala saya dan Jai (suami Abby) pula bertindak sebagai pelaksana yang merealisasikan rancangan mereka.

“Contohnya, kalau ada sebarang percutian atau acara keluarga, merekalah yang akan merancang segala-galanya dari segi tema, makanan, aktiviti dan sebagainya,” katanya. Mengimbau kisah pertama kali bergelar bapa pada usia 26 tahun, Norman mengakui sudah merancang untuk menjadi bapa di usia muda.

“Di awal perkahwinan, kalau boleh nak dapat anak dalam usia saya masih muda, jadi bila anak dah membesar, saya dapat jadi ‘kawan’ mereka. “Jadi, 17 tahun lalu, saya dikurniakan anak sulung kami, Mohamed Danish Hakim dan apa yang dirancang, kini mula jadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, jarak usia antara dia dengan anaknya tidak menjadi penghalang untuk dia menjadi tempat anaknya berkongsi pendapat. “Hubungan antara saya dengan anak bukan sekadar antara bapa dengan anak, tetapi juga sebagai kawan baiknya. Kami berkongsi ilmu dan pengetahuan. “Mereka adalah generasi millenium. Jadi, pendekatannya juga sudah berbeza dan saya sendiri sentiasa belajar benda baru untuk disesuaikan dengan cara penerimaan anak-anak,” katanya.

 via apampink


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم