Yamani akui pada mulanya dia berasa tertekan kerap dibandingkan dengan bapanya. ANAK kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah mengakui dia pernah berasa tertekan kerana kerap dibandingkan dengan bapanya.Yamani, 19, berkata, biarpun kini sudah lali dengan perkara itu, namun dia memilih untuk tidak lagi membawa nama ‘Abdillah’.”
Masa awal-awal tu, saya ada rasa tertekan dan s3rabut juga tapi lama-kelamaan saya sudah lali. Orang tetap akan kaitkan juga selagi nama saya ada ‘Abdillah’.
ARTIKEL MENARIK:Kali Terakhir Jumpa Masa Pada Majlis Perkahwinannya. Kali Ni Farah Nabila Pula Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Sandra Buat Ramai Yang Terkejut.
“Insya-Allah kali ini, saya tidak akan gunakan nama itu lagi. Saya akan gunakan nama Yamani saja.”Mungkin orang nak tengok saya berubah. Jadi, saya akan lakukan benda itu (tidak menggunakan nama bapa),” kata Yamani kepada mStar.Yamani ditemui ketika sidang media selepas tamat konsert Big Stage 2020 minggu keempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.
Dah memang saya dari kecil sampai besar menyanyi macam ini.
Pada malam konsert mingguan tersebut, Yamani yang menyanyikan lagu Mimpi Laila mendapat markah paling rendah menyebabkan dia tersingkir. Menurut juri tetap iaitu penyanyi Dayang Nurfaizah, Yamani perlu mencari identiti sendiri memandangkan segelintir pihak gemar membandingkan antara dia dan bapanya.
Dalam pada itu, Yamani memberitahu dia tetap akan menghasilkan lagu seperti bapanya namun membuat perubahan dari segi muzik yang lebih moden. Tidak mempunyai identiti sendiri menyebabkan Yamani tersingkir pada konsert Big Stage 2020 minggu keempat.“Saya dah cuba cari identiti sendiri… tak tahu nak cakap macam mana. Dah memang saya dari kecil sampai besar menyanyi macam ini.”Tapi saya lebih kepada genre rock dan bermain gitar. Mungkin selepas ini saya akan hasilkan lagu seperti ayah saya tapi susunan muzik yang moden,” ujarnya.Untuk rekod, Yamani merupakan anak Jamal menerusi perkahwinan keduannya dengan Noraina Mohd. Yusof pada 2001 dan bercerai pada 2002.-mstar
“Dia Perlu Cari Identiti Tersendiri“ – Walaupun Tersingkir, Jamal Abdillah Bangga Dengan Persembahan Yamani
Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa bangga apabila melihat anaknya, Yamani Abdillah berjaya bertahan sehingga konsert keempat sebelum namanya diumumkan tersingkir pada konsert Big Stage 2020 (BS2020) sebentar tadi. Menurut Jamal, dia menasihati Yamani untuk mencari identiti tersendiri kerana orang ramai masih membandingkan persembahan anaknya itu dengan gaya nyanyiannya. “Dia perlu mencari identiti tersendiri dan genre yang sesuai dengan dia, sesuatu yang sesuai dengan umur dia.
“Kalau dia ikut genre yang saya nyanyikan, orang tetap akan bandingkan sebab kayu pengukur dah ada depan mata,” ulas Jamal. Jamal ditemui ketika hadir menyaksikan persembahan Yamani yang membawakan lagu Mimpi Laila nyanyian asal Yassin Sulaiman pada konsert keempat BS2020. Bagi Yamani, dia tidak berpuas hati dengan persembahannya namun sudah bersedia apabila langkahnya dalam pertandingan BS2020 terhenti di konsert keempat. “Pitching saya lari tadi sebab saya terlalu kawal diri daripada emosi apabila kawan kami, Sandra Dianne terlibat dalam kejadian yang tidak diingini
“Tapi saya tidak menyalahkan keadaan tersebut, saya akui salah dan cuba memeriahkan diri sendiri atas pentas sampai saya sendiri terlari pitching. “Saya dah cuba mencari identiti tersendiri cuma gaya nyanyian dari kecil sampai besar memang macam ni, orang tetap kaitkan selagi nama saya Yamani Abdillah. Lepas ni saya nak cuba tak gunakan nama Abdillah dan hanya guna nama Yamani sahaja,” jelasnya lagi.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.-gmpk
Biodata Penyanyi Yamani Abdillah, Anak Jamal Abdillah (Abang Zaki Yamani) Siapa Osama Yamani? Beliau adalah seorang penyanyi remaja Malaysia yang merupakan anak kepada penyanyi lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah dan juga abang kepada penyanyi remaja, Zaki Yamani.
Biodata Dan Latar Belakang.
Nama sebenarnya, Osama Yamani bin Jamal Ubaidillah. Menggunakan nama pentas, Osama Yamani. Berumur 19 tahun (2020). Lahir pada 23 November 2001. Kediamannya terletak di Ipoh, Perak (menetap bersama ibu). Mendapat pendidikan di Sekolah Seni Malaysia KL, Bukit Jelutong, Selangor. Kini menyambung pengajian dalam pengkhususan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Anak sulung kepada penyanyi lagenda negara, Dato’ Jamal Abdillah, manakala ibunya, Noraina Mohd Yusof merupakan bekas isteri Jamal daripada perkahwinan keduanya.
Bergiat dalam bidang seni sebagai seorang penyanyi menerusi single solo sulung berjudul Bunga Seroja, selain lagu kolaborasi raya bersama Jamal berjudul Hari Raya Menjadi Saksi. Bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman MVM Production. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @yamaniabdillah sehingga kini mencatatkan lebih 31,000 pengikut.
Fakta Menarik
Mula meminati bidang seni suara sejak usia kecil, selepas sering mengikuti bapanya dalam menjayakan pelbagai tawaran persembahan. Pernah menyatakan minat untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian seperti Ceria Pop Star, namun dihalang Jamal kerana bimbang pembabitannya akan dikaitkan dengan populariti beliau.
Beberapa konsert besar pernah dijayakan Osama termasuk Konsert Duo Lagenda di Istana Budaya. Jamal asalnya ingin melihat beliau bergelar peguam, namun akur dengan minatnya yang lebih terarah kepada bidang muzik. Menyifatkan bapanya sebagai seorang yang bersikap serius dan tegas, serta kurang bersuara.
Mula menetap bersama Jamal ketika usia 10 tahun sebelum berenggang ketika memasuki asrama sekolah menengah. Mereka bagaimanapun kembali rapat selepas Osama menamatkan zaman persekolahannya.Memanggil Jamal dengan nama samaran ‘Baba’. Selain menyanyi, beliau turut menanam impian untuk bergelar pengarah muzik. Adiknya, Zaki Yamani juga merupakan seorang penyanyi remaja. Zaki adalah anak daripada perkahwinan ketiga Jamal dengan bekas isterinya, Fatimatuzahra Samat.Jamal menyimpan impian untuk berkolaborasi bersama Osama dan Zaki menerusi sebuah lagu duet susulan single duet dihasilkan bersama Osama sebelum ini.
Jamal pilih nama El Isaac Yamani untuk anak
AZURA sudah ada, kini penyanyi legenda tanah air Datuk Jamal Abdillah, 61, menunggu kehadiran ‘Zack’ pula dalam keluarganya.Menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp, Jamal tidak merahsiakan nama anak keduanya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang akan lahir tidak lama lagi.
Menurut Jamal, dia bersama isteri sudah membuat keputusan memilih nama, El Isaac Yamani untuk bayi mereka yang dijangka jantinanya lelaki. “Saya memang pilih ejaan, Isaac itu tetapi sebutan Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi. Pun begitu, banyak juga pendapat dilontarkan kepada saya. “Apabila saya pilih nama El Isaac ini, ada yang kata El itu dari perkataan Yahudi, manakala Isaac (Ishak) dari Kristian. “Kenapa saya pilih nama itu, kerana panggilan hari-hari nanti adalah ‘Zack’ sempena watak pernah saya lakonkan dalam filem Azura,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya lagi, pemilihan nama berkenaan tidak perlu dipertikai kerana ada banyak nama nabi dan tokoh Islam digunakan oleh masyarakat barat mengikut keperluan mereka. “Sebutannya sahaja yang lain. Macam Isaac, nama ini ramai yang sedia maklum sebenarnya untuk Nabi Ishak, tapi orang barat sebut sebagai Isaac. Begitu juga dengan nama lain seperti Daud yang jadi David, Yusuf (Joseph), Mariam (Merry) dan banyak lagi.
“Apa yang pasti, niat sebenar saya untuk pilih nama Nabi Ishak ini biarlah hanya Allah yang tahu. Tak perlu saya perjelaskan panjang lebar. “Tujuan utama saya ialah nak cari nama yang sesuai dengan panggilan Zack. Malah, saya dapati nama Isaac itu lebih dekat dan kena dengan panggilan Zack,” katanya.
Ujar Jamal, kenapa dia tidak memilih nama Zakaria kerana Ishak atau Isaac lebih dekat di hatinya. Apatah lagi, dirasakan sangat sesuai.Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Azura Yamani yang lahir pada 10 Oktober tahun lalu. Kini, kandungan Zai Izzati sudah mencecah usia enam bulan. Bagaimanapun, Jamal memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.-mymetro
via Era Kini
إرسال تعليق