Tular video Nabila Huda menangis gara gara didatangi individu yang mencurigakan. Ini kebenaran di sebalik apa yang berlaku dan Nabila harap semua maklum dengan kejadian tersebut

Pasti ramai masih ingat lagi bulan lalu pelakon Nabila Huda ada memuat naik videonya berdepan kejadian mencemskan dan menangis ketakutan apabila rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan.

Tular video Nabila Huda menangis gara gara didatangi individu yang mencurigakan. Ini kebenaran di sebalik apa yang berlaku dan Nabila harap semua maklum dengan kejadian tersebut
Bagaimanapun, Nabila berkata dia tidak menyangka lakonannya itu keterlaluan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak. Difahamkan, Nabila juga merupakan salah seorang juri tetap rancangan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Datin Shahida muatnaik bekas PA baru je pergi menghadap illahi. Sekali mak mertuanya Bonda datang komen bongkarkan sesuatu. Warganet terkejut dgn apa yg dibongkarkan.
loading...


“Sebenarnya itu lakonan semata-mata ianya merupakan sebahagian teaser untuk promo program baharu. Video itu bukanlah gimik sangat pun, hanya tugasan biasa sahaja, konon-kononnya saya nampak kelibat mask misteri di rumah.


“Memandangkan saya ni pelakon yang memang beri 100 peratus komitmen, itu pasal nampak macam over pula,” katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Nabila berkata gara-gara lakonannya itu dia menerima pelbagai mesej dan panggilan daripada keluarga dan kawan-kawan yang risaukan keadaan dirinya.

“Saya rasa bersalah pula. Tak tahu nak buat apa lepas video itu tular sampai saya rasa over sangat ke lakonan tu?“Salah saya juga tak maklumkan pada orang terdekat mengenai perancangan video teaser itu dan memang semua orang tak tahu kecuali suami yang ada di rumah,” katanya.-mstar

Video menangis ketakutan, Nabila Huda akhirnya ‘update’ status terkini – “Salam semuanya, saya okey… jangan risau”


Nabila memberitahu dia kini dalam keadaan bak.PERKONGSIAN video pelakon Nabila Huda menangis teresak-esak apabila mendapati rumahnya dipercayai didatangi individu yang mencurigakan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Rata-rata rakan selebriti meluahkan rasa bimbang dengan Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 36, namun ada juga segelintir warganet yang beranggapan ia sekadar lakonan atau gimik semata-mata. Selepas beberapa jam mendiamkan diri, Nabila atau lebih mesra disapa Abil akhirnya tampil berkongsi keadaan dirinya dan memohon agar semua orang tidak berasa risau.

Nabila berharap semua orang tidak bimbang dengan keadaan dirinya.”Salam semuanya. I’m ok… jangan risau,” tulis Nabila secara ringkas di laman Instastory miliknya pada Khamis.Bagaimanapun, Nabila tidak berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang sebenarnya terjadi kepada dirinya.

Pada malam Rabu, Nabila berkongsi video dia tidak dapat mengawal perasaan takut apabila ternampak bayang individu berbadan besar memakai serba hitam. Kejadian tersebut berlaku ketika suaminya, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila tidak berada di rumah.


loading...


Video Nabila di Instastory mengundang kebimbang dalam kalangan warganet .Perkara itu turut mendapat reaksi pelakon Datuk Fizz Fairuz yang meluahkan rasa bimbang jika sesuatu perkara buruk terjadi kepada kawan baiknya itu.Dalam pada itu, Fizz ketika dihubungi mStar memberitahu dia masih belum kesempatan nak hubungi anak kepada penyanyi rock Amy Seach itu kerana sibuk dengan penggambaran.

“Saya belum dapat hubungi dia lagi… saya pun tengah sh0oting nanti-nantilah saya hubungi dia. Lakonan atau betul jangan buat main-main… bahaya tau,” ujarnya.Usaha mStar untuk menghubungi Nabila dan ahli keluarganya masih belum berjaya apabila kesemua mereka enggan memberikan sebarang komen.-mstar


Ibu tiri Nabila Huda lega sengketa berakhir… “Maaf kurang beri perhatian dan dengar masalah kamu”

ISTERI kepada penyanyi rock terkenal Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish menganggap hubungan keruuh yang melanda antara dia dan anak tirinya, Nabila Huda sebelum ini sebagai suatu ujian buat dirinya dan keluarga.

Malah Nourish berkata, hubungannya yang kian pulih bersama Nabila merupakan hadiah paling berharga yang diterimanya apabila doanya itu dimakbulkan.”@aku.amysearch Selepas 16 tahun, akhirnya untuk hadiah yang terindah. Terima Kasih untuk kejutan hari lahir ini, sangat bermakna buat saya.

“Doa yang terjawab. Aku reda dan ikhlas segala dugaan dan ujian buat kami.”Alhamdulillah… terima kasih banyak untuk mereka yang tidak putus-putus mendoakan kami sekeluarga,” tulisnya.Antara catatan yang dimuatnaik Nourish di laman Instagram miliknya.Nourish meluahkan rasa gembiranya itu menerusi laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi lagu Isabella ini juga turut meluahkan rasa kesal apabila gagal memberi perhatian terhadap anak tirinya itu.”Terima kasih kakakku, my superwomen @ermafatima tidak terbalas jasa kakak. We love you as always. Abil @kupu_kupu kami mohon maaf selama ini kami kurang beri perhatian dan mendengar masalah kamu.

“Terima kasih Bert kerana menjadi menantu yang baik dan banyak bersabar.Nourish meraikan sambutan hari jadi bersama keluarga.“Alhamdulillah semoga segala sengketa ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga. Semoga ini akan mematangkan kita semua untuk hari yang lebih baik. Aminnn. We love you too,” katanya.

Terdahulu, hubungan dingin antara Nabila dan Amy Search serta Nourish berjaya dipulihkan apabila pelakon itu datang beraya ke rumah penyanyi rock itu di Denai Alam pada malam Khamis lalu.Segala-galanya bermula selepas pengarah Erma Fatima yang bertindak menjadi orang tengah membantu agar hubungan anak-beranak itu kembali pulih.-mstar

5 Pengakuan Berani Nabila Huda Tentang Sisi Gelap Ibu Tirinya

Sejak tahun lalu, pelakon Nabila Huda akui hubungannya bersama bapa tercinta, Amy Search renggang dipercayai akibat pihak ketiga yang merujuk kepada ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Norish.

Beberapa pendedahan telah dibuat Nabila mengenai ibu tirinya sejak tahun lalu yang mana akui Nabila sudah beberapa tahun tidak dapat berjumpa bapanya kerana sikap Norish. murai.my rangkumkan kembali 5 kontroversi tersebut!

Pernah Dihalau Ibu Tiri

Tahun lalu, Nabila mendedahkan bahawa suatu ketika dahulu dia pernah dipkl dan dihalau keluar rumah oleh ibu tirinya itu. Menerusi pendedahan hampir 20 status di laman InstaStory nya, Nabila akui dia pernah dihalau pada jam 2 pagi yang mana kisah itu tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun.

Nabila memberitahu pendedahan tersebut dibuat kerana menganggap sikap Norish terlalu melmpau.“Walaupun kau pernah halau aku buang barang-barang aku ke luar rumah jam dua pagi, aku budak lagi angkut barang, menumpang rumah orang satu benda pun aku tak cerita, tapi sebabkan aku rasa kau dah melampau, adil kan?”

Simpan Kisah ‘Hitam’ Demi Bapa

Menurut Nabila, selama ini dia berdiam diri kerana mengenangkan kasih sayangnya terhadap Amy. Selepas selama 18 tahun menyimpan rahsia tersebut, Nabila akhirnya mendedahkan segala apa yang dilakukan oleh Norish dan mengambil keputusan untuk mendedahkan segala tingkah laku dan perbuatan ibu tiri itu terhadapnya selama ini.

3 4 Tahun Tidak Berjumpa Amy Search

Sebelum ini, Nabila akui sudah lama tidak bertemu dengan bapanya apatah lagi di Aidilfitri. Sebagai anak sulung, Nabila beranggap Amy tidak akan sesekali melupakannya biarpun tidak dapat beraya bersama selama hampir 4 tahun.“Dan bertahun aku tak okey dengan bapak aku, berjauhan, aku simpan sahaja rasa sedih ini. Rindu semua aku tahan, kalau engkau isteri yang baik, kau akan cuba kembalikan hubungan itu”

Anggap Ibu Tiri Raih Simpati

Tidak berdiam diri, terdahulu Norish menerusi laman Instagram nya turut mendedakan sikap Nabila sebelum ini. Biarpun begitu, Nabila beranggapan ibu tirinya itu sengaja membuat kenyataan untuk meraih simpati.Pelakon itu turut menafikan dkwaannya terhadap ibu tirinya adalah bagi menutup kesalahan diri. Nabila itu turut memberikan nasihat buat ibu tirinya itu agar menghormati orang lain dan perbetulkan diri sendiri sebelum menganggu kerjaya orang lain.

Perli Nabila Gara-Gara Ucapan Hari Bapa

Bersempena dengan hari bapa, Nabila telah mendedikasikan ucapanya buat Amy namun tidak lama kemudian isteri penyanyi rock lagenda itu dikatakan seperti menyindir ucapan Nabila.Berang dengan sindiran tersebut, Nabila menmpelak ibu tirinya itu dan mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini. Apa pun diharap hubungan anak-beranak ini akan kembali pulih seperti biasa kerana air yang diciincang tidak sama sekali akan putus.-murai

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post