Ada warganet yang tanya fasal hijab. Bukan main padu Scha Elinnea jawab susulan soalan yang diajukan meraih perhatian orang ramai

Baru baru ini pelakon Scha Elinnea ada menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peminatnya di Instagram melalui aplikasi Ask Me Question pada Khamis. Dalam banyak banyak persoalan,satu soalan ini menarik minat orang ramai untuk mengetahui reaksi selepas ditanya sama ada dia mahu cuba mengenakan tudung.

Ada warganet yang tanya fasal hijab. Bukan main padu Scha Elinnea jawab susulan soalan yang diajukan meraih perhatian orang ramai

 


Dia berkata, impian untuk berhijab itu selalu ada, cuma dia tidak mahu untuk berubah penampilan demi memuaskan hati orang lain semata-mata.“Saya selalu tanam impian untuk mengenakan hijab. Saya seorang Muslim dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk menutup aurat dengan sebaik-baiknya.“Insya-Allah saya kini sedang cuba untuk menjadi Muslim yang baik.

ARTIKEL MENARIK:Tak sedia kongsi wajah penuh cahaya mata pertama. Fattah Amin dan Fazura hanya kongsi nama anak sulung mereka sahaja dan ini sebab utama mereka tak kongsikan bersama
loading...


“I juga tidak mahu untuk berubah demi memuaskan hati orang lain, tetapi biarlah ia secara ikhlas dari hati,” tulisnya dalam bahasa Inggeris. Scha juga turut mengucapkan terima kasih atas peringatan yang baik itu.Dalam perkembangan lain, Scha yang pernah meraih perhatian peminat kerana berpenampilan dari di media sosial kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Hatimu Sedingin Salju.Sumber:MH


Terpaksa Tangguhkan Kerja Gara Gara Ini. Perkongsian Scha Elinnea Raih Perhatian Warganet Dengan Satu Gambar Yang Menunjukkan Sesuatu Terjadi Pada Mata Kirinya

Malang tidak berbau apabila Scha Elinnea mengalami jangkitan kuman pada bahagian mata kirinya gara gara mengenakan kanta mata lekap melebihi tempoh kebiasaan. Scha jelaskan ada beberapa komitmen seninya juga terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang dialaminya.

Bintang drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini menzahirkan rasa syukur selepas keadaan mata kirinya kini beransur pulih. “Sejujurnya saya memang alami masalah rabun dan lazimnya, saya lebih selesa mengenakan kanta lekap berbading memakai kaca mata. “Namun ketika mengikuti satu kelas lakonan baru-baru ini, mata kiri saya seakan berdenyut-denyut dan rasa sakit. Bila buka kanta lekap, air mata terus keluar.


“Lalu saya lakukan pemeriksaan dan doktor memberitahu ada jangkitan pada bahagian mata kiri. “Jelasnya, jika rasa sakit masih lagi berterusan dalam tempoh tiga hari selepas rawatan, saya disarankan untuk ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut. “Alhamdulillah, semuanya sudah okay dan saya sudah mula bekerja macam biasa,” katanya.

Mengakui kurang memberi perhatian terhadap soal penjagaan mata sebelum ini, pelakon berusia 21 tahun ini mulai peka dan tidak mahu lagi ambil sikap sambil lewa.“Nasihat saya, kalau tidak ada hal yang penting tidak perlulah mengenakan kanta lekap kalau tidak boleh menjaganya dengan baik.

“Bimbang kerana hal itu mungkin boleh beri kemudaratan kepada si pemakai. “Paling penting, pastikan anda mengenakannya mengikut masa yang disarankan selain menjaga kebersihan tangan serta kanta lekap sebaiknya,” akhiri Scha.-mediahiburan



loading...


Keluarga tak kisah Scha Elinnea pakai pakaian terdedah

KUALA LUMPUR 2020. Selebriti, Scha Elinnea yang menaung di bawah syarikat Absolut Talemts & Management pada majlis mou perjanjian diantara pihak pengerusan, selebriti dan rakan penaja. PELAKON Scha Elinnea yang kerap berpenampilan terdedah dalam media sosial mengakui keluarganya tidak kisah dengan tindakannya itu kerana mereka lebih terbuka dalam soal itu.

Scha yang dikenali menerusi drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, Tuan Danial, Cik Reen & Encik Ngok Ngek berkata, dia ada menerima komen daripada warganet yang mempersoalkan penerimaan keluarga terhadapnya.Scha berkata, tiada sebarang isu membabitkan penampilan dirinya dengan ahli keluarga kerana mereka bersikap terbuka dan mengikuti perkembangannya di sosial media.

“Keluarga saya jenis tak kisah dan mereka tahu saya kerap berpenampilan macam tu, malah ibu saya sendiri mengikuti saya di media sosial. “Keluarga saya bersikap terbuka, asalkan saya tak buat perkara yang boleh menjathkan maruah keluarga seperti mengambil barang tidak dibenarkan, berkhlwat atau hamil anak luar nikah.


“Malah peminat juga tiada masalah apabila melihat saya memakai pakaian sebegitu. Mereka menyokong penampilan yang saya gayakan,” katanya. Menurut Scha, walaupun dikritik berpenampilan terdedah, namun dia tidak cepat melatah sebaliknya lebih selesa menjadi diri sendiri.

“Buat apa saya nak kawal penampilan disebabkan orang lain. Bagi saya, kalau saya nak tutup, biarlah ikhlas dari dalam diri sendiri.”Bagaimanapun, ia tidaklah bermakna saya akan sentiasa berpakaian terdedah. Kalau saya ke pantai dan memakai bikini, maka dengan bikinilah gambar saya,” katanya-mymetro

Kerap kongsi gambar terdedah, Scha Elinnea akui sering dignggu lelaki berstatus suami orang

KERAP berkongsi foto sksi di laman sosial, pelakon baharu Scha Elinnea mengakui menerima mesej dan foto tidak elok daripada lelaki berstatus suami orang. Menurut Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen, 21, biarpun menganggap komen tersebut belum ditahap melampaui batas namun dia tetap lebih berhati-hati ketika berada di luar.”Tidak dinafikan saya kerap dapat gngguan. Boleh katakan setiap minggu saya dapat gambar tidak elok di Instagram daripada orang yang berkahwin dan ada juga yang masih bujang.

Ramai lelaki berstatus suami orang pun ajak saya keluar.

“Ramai lelaki berstatus suami orang pun ajak saya keluar. Tapi buat masa sekarang, saya tak pernah lagi dapat mesej yang melmpau sangat. Pernah juga dapat komen yang kata kalau kena rgl, sia-sia sahaja. “Bila saya tengok mesej macam itu saya akan lebih berhati-hati bila keluar. Saya akan keluar dengan kawan-kawan atau keluarga. Jadi, akan rasa lebih selamat,” kata Scha kepada mStar.

Scha ditemui di sidang media memperkenalkan barisan artis di bawah pengurusan Absolut Management di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.Selain Scha, antara selebriti bernaung di bawah syarikat yang sama seperti Nadiyah Shahab, Oktovia Manrose, Ikmal Amry bersama tunangnya, Najla, Harris Anuar dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini menegaskan pakaian yang terdedah bukan menjadi punca utama kes rgl berleluasa namun ia berlaku disebabkan masalah mntal seseorang.”Sejujurnya saya tak rasa berpakain terdedah itu mendorong ke arah kes rgl. Benda ini atas individu itu sendiri sebab kes rgl ini ada saja melibatkan wanita yang menutup aurat sepenuhnya.”Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya, ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing. kalau seseorang itu hati dan nafsu dia tak boleh kawal, itu yang terjadinya kes rgl,” ujarnya-mstar

“Takut Orang Kritik Lakonan Babak Panas, Tapi Kat IG Gambar Macam…”

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan telah melaporkan berita tentang luahan kebimbangan oleh pelakon dalam drama bersiri 4 episod, ‘V0icenote’. Kebimbangan itu dirasai oleh pelakon muda Scha Elinnea dan Ikmal Amry gara-gara babak p4nas yang perlu dilakonkan mereka atas arahan pengarah meskipun tahu ia tidak akan lepas untuk ditayangkan. Manakala jika ia melepasi tapisan, mereka risau bakal menerima kritikan ramai.  

Melalui ruangan komen berita tersebut di Facebook, ada individu yang mendedahkan keburukan pelakon wanita ini yang sering tampil berkongsi gambar-gambar terdedah di Instagram. Susulan itu, ramai yang mula mengunjungi IG pelakon ini dan melmparkan kritikan terhadapnya. -es

“Kuatkan Iman, Jangan Bersendirian Ketika Sedih” – SCHA ELINNEA

Kes ini bagai tiada kesudahannya apabila sering berlaku dalam masyarakat kita. Apatah lagi ada sesetengah kes cubaan untuk tamatkan hidup tidak direkodkan. Pelakon muda Scha Elinnea mengaku turut berasa bimbang kerana kebanyakan kes melibatkan golongan muda.

“Tidak dinafikan, saya pernah dengar kes cubaan ini dalam kalangan orang muda yang tertekan kerana masalah yang dihadapi.“Tekanan yang mereka hadapi disebabkan masalah ekonomi, keluarga, akademik, cinta dan sebagainya, tidak boleh dipandang remeh. Ia tidaklah semudah yang disangka. 

“Cubaan ini bukanlah satu jawapan atau cara penyelesaian kepada setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan,” katanya kepada Wilayahku.SCHA Elinnea berharap setiap orang memainkan peranan dalam mengurangkan kes cubaan aktiviti ini.

Bagi Scha, pasti ada cara tertentu yang boleh membantu mereka daripada terfikir untuk tamatkan hidup. “Paling penting, kuatkan iman dengan mendekatkan diri kepada Allah. Dialah sebaik-baik tempat kita mengadu.“Selain itu, setiap daripada mereka memerlukan pendengar yang baik untuk menjadi tempat meluahkan perasaan. 

“Pendengar yang baik boleh terdiri daripada orang yang mereka percaya seperti ahli keluarga, teman, rakan sekerja, kekasih dan sebagainya. “Bukan itu sahaja, sesiapa yang tertekan jangan bersendirian ketika sedih. Lakukanlah apa sahaja aktiviti positif untuk meringankan tekanan tersebut.

“Misalnya cari satu hobi baharu yang boleh mengurangkan tekanan seperti menonton filem di platform digital, karaoke, bercuti dan banyak lagi. Buatlah apa pun asalkan hati bahagia,” jelas Scha Elinnea atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen,21. Scha akan muncul dalam drama bersiri Juliet, Cinta Yang Pulang, Cinta 24 Jam dan Dayang Senandung. – WILAYAHKU

 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post