Drama Bukan Gadis Biasa diterajui Ayda Jebat dan Remy Ishak menjadi bualan hangat penonton atas beberapa isu antaranya komen warganet berkenaan kualiti suntingan dan pemilihan pelakon tidak realistik. Turut terkena tempi4s adalah watak antag0nis lakonan Nazim Othman sebagai Amer. Siap sanggup mesej Nazim lagi tu!
Didoakan menerima balasan kejah4tan
ARTIKEL MENARIK:Ada warganet yang tanya fasal hijab. Bukan main padu Scha Elinnea jawab susulan soalan yang diajukan meraih perhatian orang ramai
Nazim berkongsi satu mesej diterimanya menerusi direct message (DM) Instagram yang mendoakan supaya dia menerima balasan atas ‘kej4hatan’ dilakukan dalam drama berkenaan. Tambah individu itu lagi, walaupun hanya drama, Nazim tetap telah meluk4kan dan meny4akiti hati penonton.
Selain meminta aktor tersebut bertaubat, individu itu juga mempersoal jika Nazim tidak terdetik rasa kesal kerana telah membuatkan penonton s4kit dan sedih.Nazim turut bertanya pandangan pengikutnya sama ada pelakon perlu melakonkan watak baik semata untuk dihargai penonton. Setakat ini pos berkenaan meraih lebih 16 ribu likes dan tidak kurang 1 ribu komen.
Watak Amer dipuji berkesan
Walaupun didoakan sedemikian rupa, tidak sedikit peminat drama ini yang memuji lakonan Nazim. Mereka berpendapat mesej tersebut adalah bukti watak Amer yang penuh tipu muslihat itu berjaya disampaikan dengan baik olehnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : OHBULAN
Tak Jumpa Kunci Rumah. Nazim Othman Sanggup Buat Macamni Sehinggakan Dia Keluarkan Kenyataan Yang Dia Memerlukan PA Atau Mungkin Seorang Isteri Dan Ternyata Terus Raih Perhatian Warganet
Kesian Nazim Othman. Pelakon Nazim Othman mendedahkan yang dia terpaksa berdepan kejadian yang tidak jangkakan berlaku selepas pulang dari menjalani penggambaran pada lewat malam Jumaat. Nushrul Alif Othman, #6 atau lebih dikenali sebagai Nazim Othman berkata dia yang ketika itu dalam keadaan penat terpaksa memikirkan jalan untuk masuk ke dala rumahnya gar gara kehilangan kunci rumahnya, Menganggap buka n kejadian yang kelakar,Nazim akhirnya dapat idea dengan memasuki rumahnya melalui tingkap bilik air.
Akhirnya dapat juga masuk umah… ikut tingkap bilik air.
“Smpah tak kelakar. Balik dari penggambaran pada tengah malam. Lepas parking, cari kunci rumah… tak ada. Punggah satu kereta cari pun tak jumpa.”Dah la tengah penat, mengantuk dan lepas itu berpeluh-peluh badan kat kawasan parking yang panas tu. Nasib baik masa kecil dulu selalu tengok cerita #MacGyver.
“Terus sel-sel otak berhubung dengan kelajuan cahaya. Akhirnya dapat juga masuk umah… ikut tingkap bilik air. Nasib baik aku kurus,” kata Nazim. Nazim berkongsi perkara itu laman Instagram miliknya.Nazim berkongsi kejadian tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat dan rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama.
Lantaran, Nazim secara berseloroh memberitahu kejadian yang berlaku itu menyebabkan dia memerlukan seorang pembantu peribadi atau lebih baik sekiranya ada isteri.”Saya perlukan PA (pembantu peribadi)… atau mungkin seorang isteri. Eh? Tiba. Okey bye,” ujarnya.Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun sahaja.-mstar
Nazim Othman Sanggup Belanja RM15000 Semata Untuk Sesuatu Ini. Nazim Jelaskan Ada Satu Sebab Yang Membuatkan Dia Bertindak Untuk Berbelanja Besar
Mengagumkan, Nazim cipta sendiri penampilannya untuk watak Zahred dalam drama Pengantin Satu Malam.PELAKON Nazim Othman sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sentiasa menjaga penampilan ketika berada di sebuah acara mahupun dalam drama-drama lakonannya.
Menurut Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 36, dia sanggup menghabiskan wang hampir RM15,000 semata-mata untuk penampilan sebagai Zahred dalam drama Pengantin Satu Malam.Nazim berkata, apa yang dilakukan itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.Nazim membalas salah satu komen warganet yang memuji penampilannya dalam drama tersebut.
“Sebagai pelakon, saya ambil berat soal karakter lakonan saya termasuk cara berjalan, bercakap, renungan dan lain-lain. Saya belanjakan hampir RM15,000 untuk beli baju-baju Zahred.”Ya, pelakon Malaysia memang kena sediakan baju-baju sendiri. Ini bukan sejenis complaint, ini adalah hakikat… saya okey saja.”Walaupun ada yang kritik dengan kata-kata sinis kat saya… sebagai pelakon, saya biarkan saja sebab saya tahu komitmen yang saya bagi atas tanggungjawab yang digalas,” kata Nazim.
Saya cipta sendiri stail dan penampilan untuk watak Zahred lepas baca skrip.
Nazim memberitahu perkara itu menerusi ruang komen di Instagram miliknya selepas mendapat pujian daripada warganet mengenai penampilannya dalam drama tersebut.Selain Nazim, drama yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu turut dibintangi oleh Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir.
Dalam pada itu, Nazim memberitahu dia sendiri yang mencipta penampilan untuk watak tersebut selepas membaca skrip dan bersyukur ideanya turut diterima oleh pengarah drama itu.Selain Nazim, drama tersebut turut dibintangi oleh Amelia, Afifah Nasir dan Fizo Omar.
“Saya cipta sendiri stail dan penampilan untuk watak Zahred lepas baca skrip… syukurlah pengarah pun setuju dengan idea saya. Zahred ini sebenarnya mat bunga, romantik dan happy go lucky.“Jadi di peringkat awal cerita, saya pakaikan dia baju-baju berwarna terang. Selepas dia kecewa, mood ke laut setelah dikhiaaanati kekasih dan papanya. Zahred jadi kemurungan, tercmpak dalam ‘u’.
“Sejak itu saya gelapkan baju-baju dia juga, seiring dengan perubahan perangai dia yang bertukar kaku. Nampak macam tak ada perasaan dan serius sentiasa.”Stail dan pemilihan warna baju dan cara hidup Zahred juga akan bertukar mengikut plot selepas dia kenal Zulaikha,” ujarnya.-mstar
Warganet Minta Nazim Othman Untuk Taubat. Ini Jawapan Dari Nazim Sendiri Bila Warganet Tersebut Keluarkan Kenyataan Yang Tidak Masuk Akal
Drama Bukan Gadis Biasa diterajui Ayda Jebat dan Remy Ishak menjadi bualan hangat penonton atas beberapa isu antaranya komen warganet berkenaan kualiti suntingan dan pemilihan pelakon tidak realistik. Turut terkena kesan adalah watak antag0nis lakonan Nazim Othman sebagai Amer. Siap sanggup mesej Nazim lagi tu!
Nazim berkongsi satu mesej diterimanya menerusi direct message (DM) Instagram yang mendoakan supaya dia menerima balasan atas ‘kejaahatan’ dilakukan dalam drama berkenaan. Tambah individu itu lagi, walaupun hanya drama, Nazim tetap telah melukakan hati penonton.
Selain meminta aktor tersebut bertaubat, individu itu juga mempersoal jika Nazim tidak terdetik rasa kesal kerana telah membuatkan penonton sakit dan sedih. Nazim turut bertanya pandangan pengikutnya sama ada pelakon perlu melakonkan watak baik semata untuk dihargai penonton. Setakat ini pos berkenaan meraih lebih 16 ribu likes dan tidak kurang 1 ribu komen.
Watak Amer dipuji berkesan
Walaupun didoakan sedemikian rupa, tidak sedikit peminat drama ini yang memuji lakonan Nazim. Mereka berpendapat mesej tersebut adalah bukti watak Amer yang penuh tipuuuu muslihat itu berjaya disampaikan dengan baik olehnya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:OHBULAN
Pernah Diuji Dengan satu sakit. Nazim Othman Dedahkan Sesuatu Yang Dia Belum Kongsikan Bersama. Ternyata Perkongsian Tersebut Meraih Perhatian Warganet
Pelakon, Nazim Othman ada berkongsi perihal doa serta meminta pertolongan dari Allah S.W.T jika ditimpa kesusahan. Menurut Nazim, dirinya tidak pernah berhenti berdoa kepada Yang Maha Esa meski diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup. “Tiap-tiap hari berdoa Allah ampunkan dosa-dosa diriku , permudahkan hidup yang penuh ranjau ini, supaya dilindungi daripada keburukan ( sebab hati kita sebagai manusia ni memang mudah berbolak balik ). “dikurniakan kesihatan yang baik, diberi ketenangan dalam hati, dilancarkan rezeki dan lain-lain ( bahagian lain tu biar Dia je yang tahu )
“Hari ni, I feel so blessed, getting almost everything I’ve been praying for.,” tulisnya. Dalam pada itu, bintang drama bersiri Cindai ini memberi nasihat kepada peminatnya untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolong kepada Yang Maha Pencipta. “Kawan-kawan, kita solat bukan sebab kita baik, tapi kerana kita hmba. Jadi kalau nak kan sesuatu mintalah dari Yang Maha Pencipta. Have a great day!,” tulisnya menerusi entri berkenaan. Lantas, perkongsian Nazim tersebut telah mendapat perhatian daripada peminat. Malah, rata-rata peminat bersetuju dengan perkongsian bintang berusia 35 tahun itu. Foto: Instagram Nazim Othman-mh
‘Bukan saja-saja jadi wanita’ -Nazim
NAZIM tidak mahu menjadi pelakon stereotaip. “SAYA bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syrik,” kata pelakon popular, Nazim Othman mengenai gambar dan video yang dimuat naik di Instagram memaparkan dirinya menjadi wanita.Nazim, 35, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, itu adalah uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah kehidupan seorang . Menurut Nazim, dia tidak mahu menjadi pelakon stereotaip dengan melakonkan watak sama. “Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper d0ll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru.
“Ia bukan watak wanita, tetapi orang yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung. “Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja,” katanya kepada Harian Metro. Video yang dimuat naik sejak kelmarin itu mencecah lebih 300,000 tontonan, mendapat lebih 31,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen. Menurut Nazim, dia masih menunggu keputusan daripada pihak produksi sama ada dia berjaya diterima melakonkan watak itu atau tidak.
“Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon. “Sekurang-kurangnya saya sudah menunjukkan inisiatif awal kepada pihak terbabit. Saya tak ambil mudah apabila mendapat sesuatu tawaran lakonan. Saya komited dengan kerjaya saya,” katanya.-mymetro
Nazim Othman pernah tidur di kaki lima KLCC
PELAKON, Nazim Othman berkongsi pengalaman hidup ketika kali pertama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk hidup berdikari. Nazim, 36, berkata dia pernah tidur di kaki lima, tempat letak kereta dan menyewa bilik. “Daripada zaman mentah datang KL seorang diri konon nak berdikari. Pertama kali masuk KLCC gembira yang tak tahu macam nak gambarkan. “Teringat kenangan menyewa bilik setinggan di belakang Hotel Istana. Setiap hari berjjalan kaki empat kilometer nak pergi kerja hotel di depan kelab Zouk yang lama (Hotel Maya dulu nama Park Plaza).
“Pengalaman tidur di ‘basement’ BSN depan hotel sampai polis kejutkan jam 3 pagi. Mula-mula mereka ingat ‘Mat Pit’, akhirnya mereka belanja Teh Tarik di kedai mamak. Tak campur lagi pernah tidur di kaki lima KLCC. Itu semua zaman dulu. Memang banyak lagi kenangan hidup di KL,” katanya. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Nazim berkata apa yang dikecapi hari ini segalanya bermula dengan kesusahan. “Orang nampak senang kita saja. Susah payah kita mendaki gunung kehidupan ini orang tidak tahu. “Sebab itu aku sejenis tak kuasa nak fikir apa orang kata belakang aku. Apa yang aku tau, aku gigih. Walaupun zahirnya aku di mata mereka sekadar mat bunga acah-acah KPOP,” katanya.-mymetro
‘Bukan saja-saja jadi wanita’ – Nazim Othman
“SAYA bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syirik,” kata pelakon popular, Nazim Othman mengenai gambar dan video yang dimuat naik di Instagram memaparkan dirinya menjadi wanita.
Nazim, 35, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, itu adalah uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah kehidupan seorang mak nyah. Menurut Nazim, dia tidak mahu menjadi pelakon stereotaip dengan melakonkan watak sama.
“Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper doll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru.
“Ia bukan watak wanita, tetapi mak nyah yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung. “Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja,” katanya kepada Harian Metro.
Video yang dimuat naik sejak kelmarin itu mencecah lebih 300,000 tontonan, mendapat lebih 31,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen. Menurut Nazim, dia masih menunggu keputusan daripada pihak produksi sama ada dia berjaya diterima melakonkan watak itu atau tidak.
“Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon. “Sekurang-kurangnya saya sudah menunjukkan inisiatif awal kepada pihak terbabit. Saya tak ambil mudah apabila mendapat sesuatu tawaran lakonan. Saya komited dengan kerjaya saya,” katanya.
Nazim dah terbuka hati nak kahwin lagi…
SELEPAS dua tahun menduda, pelakon Nazim Othman mengakui hatinya kini kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas kecundang pada perkahwinan terdahulu. Nazim atau nama sebenar Nushrul Alif Othman, 36, berkata dia berharap akan bertemu jodoh tepat selain menerima segala kekhilafannya yang lalu.
“Di usia sekarang ini, tiada apa yang terbaik boleh diminta selain dibawa dekat kepada ‘zaujah’ saya. Selepas dua tahun solo, akhirnya saya kembali membuka hati untuk berkahwin. “Beberapa perkara dalam hidup perlu diteladani dalam cara yang sangat sukar dan saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekhilafan serta menerima teladan daripadanya. Saya bukan muda lagi, masa untuk berhenti bersukaria.
“Saya sudah 36 tahun dan masa semakin suntuk. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,” katanya. Pelakon drama Bukan Gadis Biasa di TV3 ini juga memikirkan apakah lambatnya dia bertemu jodoh terbaik disebabkan banyak berbuat silap pada masa lalu.
“Sudah dua tahun bujang. Sampai kadang-kadang tertanya pada Allah, apakah terlalu besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain minta ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.
“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima,” katanya. Nazim turut berharap perkongsian berkenaan tidak menyentuh sensitiviti sesiapa dan terbuka menyerlahkan sisi rapuhnya.
“Saya mohon maaf jika ada yang tidak berkenaan dengan perkongsian ini. Kebanyakan orang terlalu takut untuk menunjukkan sisi rapuh kepada orang lain mungkin sebab mereka melihatnya satu kelemahan. “Dari sudut kontranya,
pendapat saya menjadi rapuh sehingga ke satu tahap yang kita sedia terima adalah satu kekuatan. Tolong doakan saya. Terima kasih,” katanya. Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 namun berpisah pada 2 Mei 2018. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Post a Comment