‘Bertaubatlah Kepada Yang Makan Rasuah’, Bila Permaisuri Agong Kongsi Pantun. Memang Makan Dalam

” Raja sudah bertitah, Sudah sudahlah bertelingk4h, Rakyat sedang susah, Belum masa keluar memangkah”

‘Bertaubatlah Kepada Yang Makan Rasuah’, Bila Permaisuri Agong Kongsi Pantun. Memang Makan Dalam

 


Itu antara mesej yang disampaikan oleh Istana Negara yang sangat jelas melalui empat rangkap pantun yang dikongsikan melalui Instagram Raja Permaisuri Agong.

ARTIKEL MENARIK:‘Air mata seorang ibu’ lihat keadaan ibunda Almarhum Pengiran Muda Azim buat ramai luluh dan sebak
loading...


Selain itu, baginda juga berkongsi mesej video itu agar rakyat negara ini jangan terlibat dengan rasvah di mana petikannya berbunyi, “bertaubatlah kepada yang makan rasvah”.

Mesej-mesej ini ini disampaikan oleh Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar melalui empat rangkap pantun.

Pantun dalam bentuk video itu dibacakan oleh dua kanak-kanak bermula dengan gambar buku “Kurik Kundi Merah Saga” iaitu Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Berikut adalah empat rangkap pantun tersebut:

Tiga wilayah Selangor dan Sabah
Sudah diarah kerja dari rumah
Orang poIitik sedar sedarlah
Ini bukan masa untuk berbal4h

Raja sudah bertitah
Sudah sudahlah bertelingk4h
Rakyat sedang susah
Belum masa keluar memangkah

Buah cempedak di luar pagar
Jangan ambil orang punya
Titah raja jangan dil4nggar
Kalau dilanggar bvruk pad4hnya



loading...


Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bukan sahaja terhibur dengan pantun yang dikongsikan oleh Permaisuri, malah percaya ahli poIitik seharusnya mengambil iktibar.

” Malu je dah tua bangka kalau tak reti bahasa lagi. Budak2 baya cicit diorang pun tahu suruh duduk diam2. Alhamdulillah malaysia ada YDPA dan Institusi Raja..,” tulis Mira

” Ampun Tuanku. Daulat Tuanku Permaisuri. Patik bersyukur Allah kurniakan Raja dan Permaisuri yang cakna rakyat. Semoga Allah kurniakan kemakmuran pada negara Malaysia,” komen Arif

” Betol sangat ni. Rakyat dah fed up. Tadi baru tengok cara pengebvmian mngsa COVlD di sabah. Ya Allah menangis tengok,” komen Misha

Pemimpin tak kira parti mana sibuk berebut kuasa

Terdahulu, cerita berkenaan perebutan kuasa di kalangan pemimpin poIitik di Malaysia seakan tiada berkesudahan.

Tidak kira parti yang mengemudi kerajaan mahupun parti pembangkang, masing-masing menunjukkan sisi sebenar yang berebutkan jawatan.

Malah ramai pihak berpendapat peningkatan kes COVlD yang berlaku sekarang berpunca dari sikap pemimpin poIitik yang berebut kuasa sehingga memaksa pilihanraya dibuat sebagaimana di Sabah.

Selain itu imbul juga beberapa ins1den ahli poIitik yang tidak mematuhi arahan kuarantin.

Baru-baru ini pula ketua pemimpin pembangkang tampil mengumumkan mendapat majoriti sokongan dan mahu membentuk kerajaan.

Kemudian diburukkan lagi dengan pemimpin parti komponen kerajaan yang mengugvt menarik diri dari pakatan kerajaan sekiranya tidak diberi jawatan seperti mereka mahukan.

Semua keadaan yang berlaku di atas adalah contoh sebenar sikap pemimpin yang sebenarnya bukanlah mahu membela nasib rakyat sebaliknya mahu berebut kuasa semata-mata.

 

Sumber: IG Airtangan_tunkuazizah dan malaysiadateline



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم