Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 segera. LHDN seru peniaga yang untuk memohon bantuan ini sebelum terlambat dan berikut cara untuk memohon

Permohonan GKP ini akan dibayar secara one-off berjumlah RM 3,000. Pemohon boleh layari laman web KitaPrihatin bagi membuat permohonan bagi melayakkan anda menerima bantuan tersebut. GKP ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam membantu peniaga-peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 segera. LHDN seru peniaga yang untuk memohon bantuan ini sebelum terlambat dan berikut cara untuk memohon



Antara syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu untuk memohon bantuan GKP adalah seperti yang berikut:Bukan penerima GKP sebelum ini.Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000

ARTIKEL MENARIK:‘Bertaubatlah Kepada Yang Makan Rasuah’, Bila Permaisuri Agong Kongsi Pantun. Memang Makan Dalam
loading...


Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.


Cara pembayaran

Pembayaran ini akan dikreditkan terus kepada akaun berdaftar pemohon GKP. Tambahan pula, pembayaran ini akan dibuat bermula 25 November 2020 bagi meringakan beban para peniaga. Tarikh akhir untuk membuat permohonan GKP 2.0 ini adalah 31 Oktober 2020.Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Ramai Rakyat Masih Terkesan Akibat Pandemik. Tarikh BPN 2.0 Dimaklumkan Dan Ini Cara Untuk Memohon Sekiranya Ada Yang Masih Buntu Dalam Hal Ini

Baru baru ini, Inisiatif kerajaan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.Terkini, bayaran BPN 2.0 akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM 7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang. Untuk kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 yang akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bayaran BPN ini akan dibayar secara ansuran iaitu pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Jadual pembayaran


Cara permohonan rayuan

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Permohonan ini dibuka kepada golongan yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, termasuk golongan yang terjejas akibat penularan Covid-19. Bagi proses rayuan yang telah diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.Sumber: Bernama 

Ramai Yang Masih Terpinga Pinga Bagaimana Cara Memohon BPN 2.0. Ini Cara Untuk Buat Permohonan Baharu Bagi Mereka Yang Tidak Pernah Memohon Lagi.

Bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan bakal menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 secara berperingkat kepada golongan yang layak bermula hujung bulan ini sehingga Januari 2021. Bantuan akan dimasukkan secara automatik kepada individu yang pernah memohon sebelum ini tanpa perlu membuat permohonan baru.

Namun, bagi individu yang belum pernah menerima bantuan BPN 1.0, anda perlu membuat permohonan baru di laman web rasmi bpn.hasil.gov.my atau menghantar borang permohonan kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan anda. Permohonan baru dibuka bermula hari ini, 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan melalui laman web rasmi BPN.

1. Semak permohonan. Masukkan nombor kad pengenalan 12 digit dan tekan butang .. untuk membuat semakan. Jika maklumat anda tiada di dalam sistem, anda perlu membuat permohonan baru. 2. Isi maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat waris. Anda hendaklah mengisi maklumat dengan betul dan pastikan ruangan wajib diisi dengan lengkap. 3. Anda perlu mengesahkan Captcha dan maklumat diri.

4. Hantar permohonan dan semak status dari masa ke masa. Permohonan akan diproses sebaik sahaja tamat tempoh permohonan pada 15 November ini. Sebaik menekan butang ‘Hantar’, anda akan diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan log masuk. Jika tidak mahu mendaftar akaun, anda boleh memilih butang ‘Tidak’.



Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori:

B40: RM1,000
B40 Bujang: RM500
M40: RM600
M40 Bujang: RM300

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan baru, anda boleh layari laman rasmi BPN atau rujuk soalan lazim di sini.Sumber: SiakapKeli


loading...


BPN 2.0 dah boleh disemak hari ini. Terkini kerajan dedahkan apa yang perlu buat kalau nama tak ada dalam senarai.

Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan C0VID 19.Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN. Sekiranya tidak tersenaral sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua fasa. Pertamanya pada penghujung Oktober 2020 dan keduanya, pada Januari 2021. Bagi permohonan baharu, ianya akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup iaitu 15 November 2020. Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantvan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021. Untuk membuat permohonan baharu atau rayuan BPN 2.0, layari portal rasmi BPN 2.0.

Komen Orang Ramai

Semoga TSMY kekal sebagai PM hingga PRU nanti..tiada lg pengantlnya yg nampak sepertinya yg mengambil berat pada rakyat semasa dlm keadaan pandemik covid masih lg jauh untuk pulih.

Saya masih menharapkan kerajaan rm30 henggit memerintah, dengan rm30 henggit saya dapat beli tanah tanam cabai lam pasu, boleh saya pasarkan cabai keseluruh pelvsuk dunia. Alhamdulillah… Dlm byk2 pemerlntahan. This is the 1st time in my life dpt merasa bantvan & pemberlan dr kerajaan. Terima kasih. Alhamdulillah.

Sumber : Wiser

Terkini pemohon baharu digalakkan untuk buat permohonan BPN 2.0 secara dalam talian. Rupanya ini punca dan cara untuk memohon secara atas talian.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai info terkini tentan permohonan BPN 2.0 yang jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

Cyberjaya: Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan dalam talian lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan. “Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November depan dan penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” katanya.

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September lalu mengumumkan BPN 2.0 dengan jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang. Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada hujung bulan ini dan pada Januari depan.- HMETRO

via Era Kini


Dah baca? jangan lupa like dan share page kami Kucing Media Online untuk lebih info yang menarik!!! Terima kasih.


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم