KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Selangor mengarahkan 12 hospital di negeri itu meningkatkan mod kesiapsiagaan masing-masing untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari Hospital Sungai Buloh (HSB).
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata ia berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh negara sejak kebelakangan ini terutama di Selangor. Sehubungan itu, beliau meminta HSB bersiap sedia bagi penukaran status dari hibrid kepada hospital penuh COVID-19.
ARTIKEL MENARIK:Pecah rekod. Terkini 432 kes positif covid 19 disahkan hari ini. Mengejutkan KKM tampil bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.
“Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di seluruh Malaysia sejak akhir-akhir ini dan khususnya di negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memohon meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB pada bila-bila masa. “Ini adalah selaras dengan Edaran Garis Panduan Preliminari Pelaksanaan Perkhidmatan Hospital Pasca Perintah Kawalan Pergerakan, Perkara 5.3.1 (iv) dengan jelas menyatakan bahawa hospital bukan COVID-19 perlu sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.
“Jabatan memohon pihak HSB untuk bersiap sedia bagi penukaran status dari ‘Hybrid COVID-19 Hospital’ ke ‘Full COVID-19 Hospital’ mengikut arahan dari semasa ke semasa,” katanya kepada BH, hari ini. Dalam satu surat edaran dalaman mengenai pemakluman kesiapsiagaan hospital di Selangor untuk menerima pesakit selain COVID-19 dari HSB bertarikh 2 Oktober 2020, ia menyenaraikan edaran untuk rujukan 12 pengarah hospital di negeri itu. Ia membabitkan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Selayang; Hospital Serdang; Hospital Ampang; Hospital Ampang; Hospital Sungai Buloh; Hospital Kajang; Hospital Banting; Hospital Tanjong Karang; Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dan Hospital Orang Asli Gombak.
Kes jangkitan COVID-19 di negara ini kembali merekodkan tiga angka sejak tiga hari lalu menyaksikan kemungkinan tercetus gelombang baharu. Berdasarkan taburan kes COVID-19 Jabatan Kesihatan Selangor setakat semalam, 15 daripada 41 mukim di negeri itu dilabelkan zon kuning kerana mempunyai tidak lebih 40 kes aktif. Tiada mukim merekodkan lebih 41 kes aktif di negeri berkenaan sehingga menjadikan kawasan terbabit zon merah.
Sumber: BHONLINE
Semalam direkodkan kes tertinggi dalam sejarah. Terkini kes baharu covid 19 masih kekal 3 angka. Ini punca yang dibongkarkan buat orang ramai tak senang duduk.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 293 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 12,381 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah kes import.
Katanya, seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain tiada pemergian dicatatkan, hari ini. Semalam, jumlah kes positif harian COVID-19 merekodkan 317 kes, satu angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara.
Sumber: BH Online
Kes paling tinggi dalam sejarah Malaysia. 317 kes positif dan 121 kes sembuh serta 1 pemergian direkodkan pada 3 Oktober.
Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes. Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes. Manakala 29 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. 1 kes pemergian baru menjadikan jumlah pememrgian adalah sebanyak 137 kes.121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.
Hampir menang tapi ini yang terjadi. Dr Noor Hisham beri kata kata semangat kepada Frontliners yang kini bersedia selepas kes semakin meningkat. Ini pesanannya.
Kadar jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat sejak
akhir-akhir ini. Semalam adalah hari kedua mencatatkan kes tertinggi
negara dengan 317 kes dan kesemuanya adalah penularan tempatan. Boleh
dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin memberi pelbagai bayangan yang
tidak menentu kepada orang awam. Sebelum ini, kita hampir menang apabila
kes harian yang dilaporkan hanya satu angka dalam masa beberapa hari.
Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kes didapati merebak akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menitipkan sedikit kata-kata semangat buat anak buahnya yang sedang berjuang di barisan hadapan. Kepada semua petugas barisan hadapan kita, kita ada pertempran besar di depan kita. Negara kita bergantung pada kita walaupun banyak malam tidak tidur dan keletihan yang kronik. Sapulah air matamu, pandang ke depan, mari ratakan lekuk sekali lagi.- SiakapKeli
Gempar kes makin tinggi setiap hari. Akhirnya KP Kesihatan dedahkan punca peningkatan kes Covid 19 yang naik secara mendadak sehingga mengejutkan orang ramai.
KUALA LUMPUR: Tindakan aktif dan agresif petugas barisan hadapan di lapangan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 menjadi faktor peningkatan trend jumlah kes harian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend jumlah dan pecahan kes baharu positif COVID-19 semalam adalah hampir sama seperti yang dilaporkan akhir-akhir ini. Perkembangan ini adalah kerana masih berlaku peningkatan kes di Kluster Tembok, Kedah yang mencatat 97 kes dan juga kes-kes di negeri Sabah yang mencatat 155 kes.
“Antara tindakan yang telah dijalankan termasuk Pengesanan Kontak Rapat (ACD) bagi kes-kes positif COVID-19; Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan tamat pada 25 September 2020, di mana seramai 18,701 orang telah disaring, meliputi 18,614 penduduk warganegara Malaysia dan 87 orang bukan warganegara. Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 44 orang telah dikesan positif; iaitu 43 orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. Manakala sebanyak 18,657 lagi adalah negatif COVID-19; 18,571 warganegara dan 86 bukan warganegara.
“Saringan Bersasar di empat daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah; saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap pintu masuk (antarabangsa dan domestik) iaitu sejumlah 13,032 individu telah disaring dan 176 kes telah dikesan COVID-19,” katanya. Selain itu, pihaknya juga telah membuat saringan ke atas kumpulan berisiko tinggi, di mana antara saringan dijalankan termasuk terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen dan saringan petugas kesihatan. Pihaknya pada masa sama turut melakukan aktiviti survelan melalui pemantauan kes-kes Influenza-Like Illness (ILI), Severe Acute Respiratory Illness (SARI), saringan pra operasi dan lain lain aktiviti survelan di lapangan.
Sumber: AstroAwani
إرسال تعليق