BEKAS isteri penceramah bebas Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi meminta mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya agar membatalkan niat tersebut. Jelas Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin, 40, tidak ramai lelaki yang mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua dalam keluarganya.
ARTIKEL MENARIK:Setelah sekian lama menyepi kali ni Eira Aziera tampil kembali buat live bongkarkan apa yang jadi kat dia buat ramai yang terkejut. Rupa rupanya ini keadaan terkini beliau.
Kata Erin dia juga sudah penat untuk membalas mesej-mesej daripada lelaki yang mahu mengenalinya menerusi laman sosial. “Saya ni seorang wanita umur 40, mak dan ayah kepada lapan orang anak yang saya perlu bagi segala-galanya. Sakit demm pun saya seorang je yang perlu fikir dan jaga sebab saya tiada adik-beradik, tiada saudara-mara tiada orang tua mahu pun pembantu yang boleh tolong saya lakukan 1001 macam kerja.
Erin akui banyak tanggungjawab yang perlu dipikulnya.
“Orang luar nampak saya ni macam best je hidup dan ramai sangat nak cuba mengenali saya, maaf saya kena bagi tahu dekat sini… tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ni. “Saya dah penat sangat nak bagi respons kepada yang DM tu. Maaf bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang. Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab,” tulisnya.
Dalam pada itu Erin berkata, kesenangan dan kemewahan hidup yang dilaluinya sekarang memerlukan dia untuk memikul tanggungjawab besar terhadap kebajikan keluarga dan pekerja.
Katanya, hanya lelaki yang betul-betul kuat fizikal dan ment4l sahaja mampu menjadi pasangannya.
“Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang-lenang dan bukan setakat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi. “Jadi takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan mental saja mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya.
“Maaf sangat tak dapat nak respons kepada semua… Janganlah IG call sebab saya memang tidak akan jawab,” ujarnya. Erin berkahwin dengan Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, di Makkah pada November 2019.
Bagaimanapun Erin memberitahu bekas peserta program Da’i itu sudah melafazkan talak dan ikatan perkahwinan itu berakhir pada April lalu. Perkahwinan Da’i Farhan dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.
Nik Farhan melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Da’i Farhan sudah lepaskan Dr Erin
ATAS alasan tidak boleh berjauhan dengan anak dan syarat yang ditetapkan bekas madu, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin mengesahkan sudah ditalakkan suaminya pada 27 April lalu.
Berita perpisahan yang dikongsikan Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, 40, di Instagram itu adalah keputusannya sendiri demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain. “Untuk pengetahuan semua, ustaz sudah melafazkan talak terhadap saya pada 27 April lalu selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Saya juga tahu pihak sana (bekas madu) tak boleh ‘move on’.
“Perpisahan ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak lepaskan saya. Kemudian tak jadi lepas saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya. Selepas itu nak berpisah balik. Saya tahu ustaz pun serba salah. Disebabkan itu saya memilih untuk dilepaskan dengan rela,” katanya.
Menurut Erin, dia mengizinkan Farhan untuk kembali kepada pangkuan bekas isterinya kerana suaminya tidak boleh berpisah lama dengan anak-anak. Katanya, antara syarat yang ditetapkan isteri Farhan adalah dia perlu melepaskan kerana keluarganya tidak merestui anaknya hidup bermadu.
“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas pulang dari berjumpa anak-anaknya, dia cakap pada saya dia tak boleh berjauhan daripada anak-anak. Dia kata pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh, tapi kena lepaskan saya sebab ibu bapanya takkan bagi anak dia bermadu.
“Sebab terlalu sayangkan bekas suami, saya cakap kepadanya bawa saya balik berjumpa mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan dia semula. Biarlah asalkan dia dapat bersama anak-anaknya,” katanya. Menurutnya, jika diikutkan Februari lalu dia sudah minta untuk dilepaskan , namun ada sahaja halangan sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru- baru ini.
“Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Lebih baik saya mengalah. “Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa daripadanya dan hanya tunggu masa nak dilepaskan saja. Sejak bulan Februari nak pisah ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula. Namun saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya,” katanya.
Dalam masa sama, Erin meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah bebas itu dan memohon maaf kepada mana-mana yang pernah terluka sepanjang perkahwinannya dengan Farhan. “Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan dia dengan saya. Apa-apa saya yang saya kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri. Saya yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.
“Biarlah dia jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengannya. Saya terima lamarannya dulu sebab ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam dirinya ketika itu. Saya sangat harap dia boleh bawa saya ke syurga,” katanya.
Pernikahan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan Erin yang juga ibu tunggal anak lapan di Makkah pada November tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.
Bagaimanapun, Farhan kemudian mengambil keputusan melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. talak itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.
Erin tak tahu perkahwinannya tak dapat restu isteri Farhan
BEKAS isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, bersetuju untuk menjadi isteri kedua Farhan kerana menyangka dia sudah mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada isteri pertamanya ketika itu, Fatin Nurul Ain.
Noorainul Naqim atau dikenali sebagai Dr Erin tidak menyangka pernikahan mereka itu sebenarnya tidak direstui Fatin. “Saya terima pinangan Farhan kerana saya diberitahu dia sudah dapat persetujuan daripada isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat untuk menyembunyikan pernikahan kami.
“Dia menghantar permohonan berpoligami pada 10 Oktober tahun lalu. Dalam fail itu permohonan untuk kebenaran berpoligami juga sudah lengkap. Dia juga berulang-alik ke Kedah berjumpa ayah saya untuk mengisi segala borang yang diperlukan bagi permohonan pernikahan. Ujian HIV juga sudah dibuat,” katanya.
Melihat kesungguhan Farhan melengkap permohonan itu membuatkan Erin percaya ia sudah mendapat restu isteri pertamanya ketika itu. “Saya langsung tidak terfikir Fatin sebenarnya tidak merestui pernikahan itu kerana Farhan bersungguh-sungguh melengkapkan segala borang dan menghantarnya. Bagi saya, jika dia tak dapat kebenaran atau restu isterinya, takkanlah dia akan menghantar permohonan berpoligami kerana ia akan membuang masa,” katanya.
Erin berkata, Farhan memang akan ke Makkah setiap bulan atas urusannya sebagai mutawif. Menurut Erin, dia mengambil keputusan mengikut Farhan yang menjadi mutawif untuk rombongan jemaah umrah pada 13 Oktober tahun lalu dan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan mereka di Makkah keesokannya.
Dalam pada itu, Erin mendakwa dia hanya mengecap kebahagiaan bersama Farhan selama dua bulan saja sebelum masalah mula timbul. “Dalam tempoh itu kehidupan saya sebagai isteri kedua sangat harmoni kerana Farhan menjalankan tanggungjawab dengan adil. Dia akan tidur bergilir-gilir di rumah saya dan rumah madu selang sehari. Selama dua bulan itu saya langsung tak tahu jika ada masalah di pihak madu kerana dia tak pernah bercerita.
“Saya ingat semuanya okey dan aman damai. Mereka sekeluarga juga pernah bercuti ke Melaka walaupun waktu tu adalah giliran saya. Saya mengalah kerana faham keadaan madu masa tu. Untuk jadi perampas jauh sekali nak buat orang berpisah memang tak terlintas di fikiran,” katanya.
Erin berkata, masalah bermula apabila Farhan mula rindukan keluarga dan anak-anaknya bersama bekas isteri. “Dia kata tak boleh berjauhan dengan anak-anaknya. Dia juga diberi syarat supaya melepaskan saya jika mahu tinggal bersama anak-anaknya kerana mentuanya tidak mahu anak mereka bermadu. Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada melihat dia susah hati rindukan anak,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Farhan dan Fatin bagi mendapatkan reaksi mereka berhubung dakwaan ini tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab dan mesej WhatsApp tidak dibalas. Terdahulu, Erin mengaku sudah dilepaskan Farhan pada 27 April lalu atau kerelaannya. Ia dibuat berikutan Farhan tidak boleh berjauhan dengan anak-anak bersama Fatin selain syarat yang ditetapkan bekas isterinya itu.
Perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai apabila Farhan mendakwa Erin yang juga ibu tunggal anak lapan adalah wanita ke-19 yang berjaya membuka hatinya untuk bernikah selepas menolak lamaran 18 wanita sebagai isteri keduanya. Perkahwinan itu turut menjadi bahan kritikan warganet terutama apabila Farhan bertindak melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sarat hamil anak kedua.
‘Anak gembira dapat ayah baru’ – Erin
“SAYA mula tidak keruan selepas perjalanan menuju ke Makkah dan ketika tidur sering mimpi rindukan seseorang. Apabila saya melakukan solat dan berdoa minta petunjuk Allah, terpancar jelas wajah ustaz Farhan,” kata Dr Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin.
Erin, 40, yang juga isteri kepada pendakwah kontroversi, Da’i Nik Farhan berkata, pertemuannya dengan Farhan ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini ada sebab yang sudah ditetapkan Allah SWT. “Saya yakin ada sebab mengapa Allah pertemukan saya dengan Farhan sedangkan ketika pergi ke sana saya bersama calon suami lain dan apabila pulang saya bersama suami lain pula,” katanya.
Memetik temu bual bersama Astro Gempak, Erin berkata, sebagai seorang wanita tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin dengan suami orang apatah lagi isteri lelaki berkenaan sedang hamil. “Sebolehnya saya elak berkahwin dengan suami orang tetapi Allah sudah atur itulah jodoh saya sekarang dan saya tidak mampu menjawab pertanyaan daripada warganet mengapa memilih suami orang.
“Saya tidak marah dengan warganet malah kritikan mereka tidak memberi apa-apa kesan langsung dalam kehidupan saya. Apa yang penting keluarga dan anak-anak lebih kenal siapa saya,” katanya. Mengulas mengenai bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, Erin berkata, antara sebab dia menerima lamaran lelaki itu selepas mendapat persetujuan daripada wanita terbabit.
“Ketika Farhan hendak melamar saya memang rasa tidak percaya kerana kami belum mengenali diri masing-masing sepenuhnya, malah selepas tiga hari di Makkah baru dia tahu saya janda anak lapan dan sudah pernah berkahwin sebanyak dua kali.
“Saya berani menerima lamaran Farhan kerana katanya Fatin memberi kebenaran dia berkahwin dua. Namun, selepas lama berdiam diri saya lihat seperti ada komplot untuk membuka aib Farhan. “Sebagai isteri semestinya saya akan menentang dan mempertahankan maruah suami dan kerana itulah saya mula bersuara serta kembali aktif di laman sosial,” katanya.
Erin berkata, dia juga bersyukur lapan anaknya menerima baik kehadiran Farhan dalam keluarga mereka. “Anak-anak sangat menyokong perkahwinan saya dengan Farhan malah apabila saya beritahu mereka akan dapat ayah baru semua gembira,” katanya. Kisah pasangan ini mulai menjadi perhatian apabila Farhan didakwa berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah tanpa pengetahuan Fatin yang ketika itu masih isteri Farhan dan sarat hamil anak kedua.
Benda boleh bincang, kenapa nak gdh
“BENDA boleh pikul, buat apa kita nak lepas. Benda boleh bincang, kenapa kita nak brblah. Benda boleh sepakat, kenapa kita nak akhiri dengan berpisah,” kata Fatin Nurul Ain. Isteri pertama juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad itu mengulas kontroversi yang melanda suaminya gara-gara berkahwin dengan janda anak lapan tanpa pengetahuannya ketika sarat hamil anak kedua.
Fatin menerusi kenyataan di Facebook berkata, dia terpanggil untuk membuat kenyataan sendiri, memandangkan ramai yang tertanya-tanya serta silap membuat penilaian kerana mendengar kenyataan daripada pihak ketiga dianggap sudah basi.
“Suami saya memaklumkan dari awal hasrat dia untuk berkahwin. Akad nikah yang diadakan di Makkah saya tahu daripada ibu mentua. Tipulah kalau tak kecewa, tipulah kalau tak marah, tipulah kalau tak stres. “Saya manusia biasa. Bila tahu saja berita tu, terasa macam hilang arah. Keluarga juga sudah maklum dan kami cuba merahsiakan hal ini.
“Dan saya maklum pada Kak Ches yang bukan ahli keluarga saya sendiri kerana percaya pada dia sebagai sahabat baik dan saya tahu tindakan suami itu tidak betul. Tapi apa yang saya perlu pada ketika itu adalah teman berbual dan telinga yang mendengar,” tulisnya.
Perkongsian yang dibuat oleh wanita dikenali sebagai Ches Al Maliki menerusi Facebook itu turut menyebabkan warganet mengatakan Fatin ‘lembik’ kerana membiarkan suaminya memperlakukannya sedemikian serta melabel Farhan sebagai penunggang agama serta menganiaya isteri pertamanya itu.
Kata Fatin, dia pada mulanya reda dalam paksa tetapi kini mampu melaluinya dengan baik. Dia bersyukur diberikan kekuatan dan mampu menjalankan kehidupan seperti biasa. “Soal rumah tangga, sebenarnya kami dah bertemu mata, bercakap dari hati ke hati, saling bermaafan, benda ni dah dua bulan berlalu dah pun. Saya bahagia dengan anugerah permata hati kami sekarang. Saya pun serah pada takdir apa yang terbaik.
“Keadaan yang keruh, tidak akan jernih sekiranya kita berterusan begini. Saya ada pendirian sendiri dan minta kalian semua hormat. “Terima kasih berada di belakang saya beri sokongan yang tiada henti. Kata semangat yang tak putus. Saya terharu,” tulisnya.
Fatin turut meminta rakan baiknya, Ches untuk memadamkan perkongsian yang dibuatnya namun tidak diendahkan. Dia juga memohon supaya orang ramai menghentikan tohmahan kepada mereka sekeluarga. “Pada saya tidak adil anda semua menilai kami sekeluarga begitu. Suami sudah pun mengambil pengajaran atas tindakannya sebelum itu. Jika tidak keberatan, padamlah apa pun yang dah tersebar mengenai kami demi privasi hidup kami,” tulisnya.
Sementara itu, semalam, Farhan menerusi Instagram turut membuat kenyataan dakwaan yang dibuat oleh Ches adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya reda hidup bermadu. “Astagfirullah, mungkin kerana dendam saya tak izin isteri ambil skim pinjaman dengan dia, tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dengan tularkan perkara ftnah yang sudah berlalu,” tulisnya.
إرسال تعليق