Penampilan terbaharu balu kepada pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali mendapat perhatian warganet. Hidayah dilihat tampil makin bergaya dengan gaun bunga-bunga serta solekan yang cantik dalam foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, @hidayah_abam, semalam.
Penampilan yang berbeza dan lebih ceria itu membuatkan ramai wargamaya memuji dan memberi kata-kata semangat supaya dia terus melangkah lebih kuat sebagai ibu tunggal. “Makin cantik! Moga jadi wanita yang kuat. Saya juga ibu tunggal,” komen seorang warganet.
ARTIKEL MENARIK:Lama menyepi tiba tiba Hidayah muncul dengan penampilan terkini sampai dapat pujian dari warganet. Terkedu bila tengok perubahan Hidayah sampai macam ni sekali.
“Cantik awak, semakin tabah semakin ceria hidup. Moga terus kuat,” kata seorang wargamaya “Semakin hari semakin cantik,” puji seorang pengikutnya. Pun begitu, abang kepada Hidayah iaitu Azmier tampil menjelaskan penampilan itu hanya untuk khidmat review berbayar.
“Adik saya hanya buat review baju orang bagi. Service paid review,” jelasnya. Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.
WARGANET DEDAH SESUATU
Instagram: @hidayah_abam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK
Lama Menyepi Tiba Tiba Hidayah Muncul Dengan Penampilan Terkini Sampai Dapat Pujian Dari Warganet. Terkedu Bila Tengok Perubahan Hidayah Sampai Macam Ni Sekali.
Terbaru, Balu kepada Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nur Hidayah Mohd Ali dapat bangkit dari kesedihan yang dialaminya setelah kehilangan suaminya. Dia juga mampu memajukan diri dengan mencari pendapatan sendiiri.
Seperti kita semua tahu, jualan cempedak goreng yang dilaksankan olehnya teelah menndapat sambutan ramai, dan seterusnya menjadikan dia seorang yang berjaya sehingga mampu mmbuka kedai sendiri. Alhamdulillah.. bila dilihat rezekiinya semakin bertambah dan juga mendapat pujian warganet kerana ramai yang kagum akan kebolehan dan kesungguhan Hidayah untuk sara diri sertan anaknya.
Baru-baru ini, Hidayah jadi prhatian warganet apabila memuatnaik gambar terbarunya di Instagram miliknya. Penampilannya dilihat berlainan dari sebelumnya dan kelihat sangat cantik dengan dress yang labuh.
Daripada prkongsian tersebut, ramai warganet yang turut tinggalkan komen positif serta memuji penampilan trkini Hidayah yang kelihatan semakin ccantik. Ada juga yang turut mendoakan Hidayah trus tabah dan kuat mgharungi khidupan yang akan datang sbg seorang ibu tunggal serta kuat bersama anaknya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media
Sumber : IG Hidayam, OMM
Pihak Sana Tak Datang Ke Mahkamah. Noor Hidayah Puas Hati Dengan Keputusan Mahkamah Tentang Tuntutan Faraid. Terkedu Rupanya Ini Keputusan Yang Mahkamah Tetapkan.
BALU Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu. Hidayah, 28, berkata, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Abam.
“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak. “Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan Abam seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan,” katanya.
Ditanya mengenai soal berapa banyak wang peninggalan Abam, Hidayah enggan mendedahkannya. “Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah,” katanya.
Ia sekali gus menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik Abam suaminya itu sudah ditarik. “Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya. Berkenaan dakwaan adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau pelawak
Ali Puteh yang mana wang RM10,000 dikeluarkan dari akaun Abam, Hidayah enggan mengulas lanjut sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan. “Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun,” katanya.
Dalam masa sama, Hidayah berkata, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntuhan hadanah. Ia berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah. “Saya harap selepas ini pihak sana akan hadir untuk kes hadanah,” katanya.
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada Ali Puteh tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon. Terdahulu, pada Isnin lalu, Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap ibu mentuanya.
Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sabariah yang menfailkan saman terhadap Nor Hidayah pada Julai lalu. Sebelum ini menerusi siaran langsung di Facebook sebuah portal berita, Ali Puteh menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Hidayah kepada ibunya.
Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris. Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tiga bulan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.
Bila Dah Jadi Macam Ni Ramai Yang Ambil Kesempatan. Peguam Dedahkan Ramai Ejen Takaful Buat Duit Dengan Cerita Noor Hidayah.
KEMELUT membabitkan Nor Hidayah Mohd Ali dan keluarga mentuan terutamanya berkaitan isu tuntutan harta peninggalan Abam menarik perhatian ramai pihak. Namun gara-gara isu tersebut, ada segelintir pihak terutamanya ejen insurans mengambil kesempatan dengan menjadikan kes tuntutan berkenaan sebagai modal rujukan bagi melariskan produk mereka.
Justeru, peguam syariah yang dilantik Nor Hidayah iaitu Fadhlina Siddiq menegur sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyedia perkhidmatan insurans menggunakan kes anak guamnya sebagai modal pemasaran mereka. “Ejen-ejen takaful dan hibah, jangan ambil kesempatan atas kes-kes begini! Buat marketing tak ada asas dan fakta… menggunakan kesusahan dan penderitaan orang lain.
“Apa yang mereka lakukan ini tak baik dan salah daripada segi moral… hentikan tindakan tersebut dan beri ruang untuk proses keadilan semua pihak yang terlibat,” katanya kepada mStar. Antara paparan skrin ejen insurans menjadikan kes Abam sebagai modal pemasaran.
Menerusi carian di Facebook, ternyata dakwaan peguam berkenaan adalah berasas apabila sememangnya terdapat beberapa ejen insurans menjadikan kes Nor Hidayah sebagai rujukan bagi memancing pelanggan. Tindakan mereka mempromosikan produk dengan memuat naik kapsyen bersama paparan berita membabitkan Abam dilihat kurang beretika dan menyentuh sensitiviti keluarga.
Dalam pada itu, Fadhlina turut meminta warganet tidak menyebarkan berita tidak sahih mengenai tuntutan membabitkan Nor Hidayah dan keluarga mentuanya. Peguam, Fadhlina (kanan) menegur sikap jurujual insurans guna kes Nor Hidayah untuk menarik pelanggan.
“Saya nasihatkan orang awam jangan sebar atau komen jika tidak pasti kerana segala fakta hanya akan dibentangkan dalam mahkamah, jadi jangan buat andaian liar. “Serahkan pada pihak mahkamah untuk menilai dan menjaga kepentingan serta keadilan semua pihak. Prosiding sudah bermula dan jangan ada mana-mana pihak mengganggu proses mahkamah itu,” ujarnya.
Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi pada usia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Februari lalu. Abam tinggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Ramai Yang Kritik Gara Gara Saman Ali Puteh. Sekali Tiba Tiba Datuk Fizz Fairuz Datang Untuk Ini. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Noor Hidayah Dedahkan Sesuatu.
Balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, berkongsi momen berharga apabila anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pandai berjalan buat pertama kali. Hidayah melahirkan rasa syukur selepas melihat pencapaian Hamzah yang kini berusia setahun tiga bulan.
“Momen anak kesayangan saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hamzah sudah tahu berjalan. “Jatuh dan bangun adalah perkara biasa, proses pembelajaran. Teruskan dan anda boleh melakukannya,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Rakaman video yang berdurasi 2:26 saat itu menunjukkan Hamzah sedang berjalan di dalam rumah. Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh. “Semoga Tuhan memberkati anda dan membesar menjadi anak yang baik,” tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Hidayah tumpang gembira melihat perkembangan Hamzah. “@nadia.fitriah: Alhamdulillah, anak soleh dah boleh berjalan. “@sutera.b: Besar dah duhai anak. Membesar dengan sihat ye sayang. Ramai sayang kamu nak. “@mama_puspa: Alhamdullah, dah pandai jalan, comel lah Hamzah.“@mk_tayu: Eh eh ehhhh kemain. Ye dapat kaki. Jenuh laa mama nak ligan pasni,” antara komen-komen yang ditulis.
TERBARU HIDAYAH KONGSI FOTO BERSAMA FIZZ FAIRUZ TARIK PERHATIAN
KOMEN WARGANET:
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demm panas.
“Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Bocey Komen Isu Samn Ali Puteh
Balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh. Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.
“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya ketika dihubungi Gempak Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya lagi. Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.
Sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan samn terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online
Sumber : GEMPAK
Kecoh Tentang Kes Ali Dan Balu Hidayah. Sekali CEO Mypusaka Tampil Bersuara Bongkarkan Waris Faraid Sebenar Abam. Rupa Rupanya Ini Waris Dia.
Nampaknya kemelt antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah. Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan samn balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan samn terhadap dia dan keluarganya. Samn tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).
Berikut Posting dari TN KA sebgai perkongsian kita bersama. Assalamualaikum semua, Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.
Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum. SIAPAKAH WARIS FARAID ABAM? 1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24
2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24. 3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24. 4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24. Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.
APAKAH TANGGUNG JAWAB WARIS ABAM? 1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh Abam dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka. 2. Jika ada sebarang harta yang Abam pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka
3. Jika ada sebarang kos pengkbmn, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll. Dan sekiranya ada ahli keluarga yang dahulukan pembayaran kos kebmi, boleh tuntut dari pusaka tunai Abam.
4. Jika ada sebarang hutang kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arwah untuk lunaskan. 5. Jika ada sebaran hutang Abam kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)
6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara. a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240). b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240). c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka 7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh Abam kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan, maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An Nisa ayat 11 dan 12)
HAK WARIS
Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid. Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At Taharuj). Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.
1. Melepaskan hak mereka dengan redha kepada waris lain. Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala 2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui
3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu[. 4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid. Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta. CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA
1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka. Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.
2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar. Membuat kenyataan di media social dan tindakan sam4n menyam4n tidak akan menyelesaikan masalah 3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan mti, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.
ANALISA PERIBADI SAYA
Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka Abab, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang yang dh pergi masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang mti dan banyak kes perblhan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai
SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH Pandangan ikhlas dari KAMARUL AZMAN. CEO Mypusaka Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)
sumber: Aida Mypusaka
Saya tidak menyesal – Ali Puteh
“Saya tidak menyesal” itu kenyataan Ali Puteh ketika diminta mengulas tindakannya menfailkan samn terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 31, memberitahu, apa yang dilakukan ini dilihat sebagai satu tindakan yang betul dalam mengembalikan maruah keluarganya.
“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikritik dengan pelbagai kata-kata tidak benar. “Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan samn seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.
Sementara itu, Ali juga memberitahu laman sosialnya kini juga dibanjiri pesanan warganet yang ingin meminta maaf. “Yang masih mengkritik itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengkritik ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta Abam saya tahu hukum.
“Tapi sebenarnya lebih ramai yang tinggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku. “Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.
Sebelum ini Ali memaklumkan dia menerima surat samn daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Sam4n itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. “Aku xde masalah ngn ali atau dayah ni , dgn kuasa allah kes ni akan terungkai , yg aku geram kat warganet ni maki melampau mcm 100% dia betul , betul la apa benda yg paling tajam dlm dunia ni adalah lidah , harap dpt bersabar bg dua2 belah pihak” tulis seorang warganet
p/s: Apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada diri kita serta keluarga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://trendingsangat.pw/
إرسال تعليق