Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia beri kenyataan baru mengenai penutupan sekolah ketika musim pandemik covid 19 yang semakin menular. Syarat syarat itu dikemukakan disini.

Kuala Lumpur: Pentadbiran sekolah seluruh negara diberikan kuasa untuk menutup operasi persekolahan jika terdapat kes positif kes Covid-19 membabitkan penghuninya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, tindakan tutup sekolah untuk tempoh tujuh hari boleh dilakukan tanpa menunggu analisa risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia beri kenyataan baru mengenai penutupan sekolah ketika musim pandemik covid 19 yang semakin menular. Syarat syarat itu dikemukakan disini.

 


“Mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM. “Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). “Dalam hal ini, sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 perlulah mematuhi garis panduan yang akan dikeluarkan oleh KPM,” katanya.

ARTIKEL MENARIK:Ramai yang tak senang duduk bila individu ini tiba tiba disahkan positif covid 19 tapi dia tak jalan mana pun. Akhirnya Jabatan Kesihatan tampil jelaskan puncanya buat warganet terkedu.
loading...


Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin. Katanya, keputusan adalah susulan trend peningkatan kes di seluruh negara sejak kebelakangan ini. Kenyataan itu juga berkata, murid sekolah berasrama di dalam zon merah perlu kekal di hostel masing-masing.

“Perintah ini turut terpakai ke atas murid sekolah berasrama di zon hijau, tetapi memiliki keluarga yang menetap di zon merah,” kata kenyataan berkenaan. Menurutnya, semua kebajikan murid akan diuruskan pihak sekolah yang berkenaan. Dalam perkembangan lain, Sekolah Kebangsaan Bangsar diarah tutup selama seminggu bermula, apabila dua muridnya disahkan positif Covid-19.

Sumber: HMETRO

Banyak tanda tanya mengenai penutupan sekolah selepas kes semakin meningkat setiap hari. Terbaru ini jawapan PM bagi isu penutupan sekolah itu.

PUTRAJAYA: Setakat ini kerajaan hanya memutuskan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang peka dengan kebimbangan ibu bapa di kawasan lain yang tidak terbabit dengan penutupan sekolah, memberi jaminan Kementerian Pendidikan sentiasa memantau keadaan COVID-19 di sekolah di seluruh negara.

“Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, Kementerian Pendidikan akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menanganinya. “Dalam hal ini, KKM akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah. “Jika perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menegaskan sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan rentas negeri, Sidang Khas MKN akan berbincang dan membuat keputusan mengenainya. “Saya memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan supaya tidak ada sesiapa yang terkandas.

“Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menghadkan majlis dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak COVID-19. “Ini termasuk persidangan besar, kenduri kahwin serta majlis perhimpunan orang ramai,” ujarnya.Bagitupun, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mendapatkan input daripada KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk cadangan mengadakan SOP tambahan jika perlu.

Dah baca? Jangan lupa Like & Share Page Kami KUCINGASM MEDIA.

Sumber: Awani

Sekolah di empat daerah ini ditutup mulai 8 Oktober hingga ke tarikh ini. Penutupan ini melibatkan hampir 400 buah sekolah.


Semua sekolah yang berada di zon merah Covid-19 di seluruh negara akan ditutup mulai 8 Oktober. Ini termasuklah sekolah di empat daerah – Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran – yang akan dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan petang semalam, sekolah-sekolah di daerah itu akan ditutup sehingga 23 Oktober. Penutupan sekolah itu akan melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my. Sementara itu sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa. Sumber: Awani

Keputusan KPM Tutup Sekolah Berdasarkan Penelitian Data Dan Perbincangan – Radzi

KUALA LUMPUR, 7 Okt  — Sebarang keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan penutupan sekolah dibuat berdasarkan penelitian mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata KPM menghargai saranan dan sedar kegusaran serta kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.“Saya menerima banyak pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak mengenai keperluan menutup sekolah apabila terdapat peningkatan kes penularan COVID-19.

 

loading...


Kami di KPM sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya malam ini.Radzi juga berkata kemungkinan terdapat pihak mendakwa KPM seolah-olah lambat membuat keputusan namun hakikatnya ia tidak begitu kerana negara tidak pernah berpengalaman menangani masalah seumpama ini.

“Ianya tidak pernah berlaku. Namun kita (KPM) mula belajar beberapa bulan kebelakangan ini mengenai pendekatan sesuai dalam keadaan tertentu,” katanya.Katanya lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas, operasi  institusi pendidikan di bawah KPM tetap berjalan lancar.“Kita belajar bahawa ketelitian adalah penting dalam melahirkan keputusan yang tepat dan jitu,” kata Radzi.

Mengulas penutupan sekolah di kawasan Klang di Selangor, Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah  bermula esok, beliau berkata keputusan diambil setelah mendapat pengesahan daripada KKM bahawa kawasan terbabit adalah kawasan Zon Merah.

“Sepertimana yang dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam, sebarang keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara sekiranya perlu akan dibuat di peringkat sidang khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19  setelah menerima nasihat KKM,” katanya.Justeru, beliau mengajak semua pihak termasuk rakyat negara ini untuk bekerjasama dalam menangani cabaran pandemik tanpa vaksin ini.— BERNAMA

Semua sekolah di kawasan PKPB ditutup: KKM

Semua sekolah di daerah Klang, Selangor; daerah Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah ditutup bermula 8 hingga 23 Oktober.KUALA LUMPUR – Semua sekolah di daerah Klang, Selangor; daerah Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah ditutup bermula 8 hingga 23 Oktober. Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan. Penutupan sekolah di daerah-daerah terlibat itu susulan tindakan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan berkenaan bermula 9 Oktober ini akibat peningkatan kes koronavirus (Covid-19).-inarharian

Terbaru terdapat pelajar disahkan positif covid 19 di satu sekolah Labuan. Kini sekolah tersebut yang berada di Labuan itu terus ditutup untuk proses sanitasi.

LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di sini, diarah tutup sementara untuk proses sanitasi setelah seorang pelajarnya disahkan positif COVID-19. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata pelajar yang disahkan positif itu, tinggal di rumah kongsi di tapak pembinaan (rumah setinggan) didiami lebih 40 orang. “Dia dan tujuh individu lain yang tinggal di sana didapati positif, manakala ibu bapa pelajar itu belum mendapat keputusan ujian saringan.

“Dia (pelajar) ke sekolah sejak beberapa hari lepas sebelum kami mendapat keputusan awal bahawa dia disahkan positif pagi ini dan sekolah ditutup sementara untuk sanitasi,” katanya. Dr Ismuni berkata, semua guru di sekolah itu termasuk guru di seluruh Labuan menjalani ujian swab COVID-19 di Pusat Kokurikulum Labuan. Beliau berkata, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah itu pada 29 September hingga 2 Oktober lepas juga diarah menjalani ujian saringan.

Sementara itu, SMK Mutiara dalam kenyataan dikeluarkan kepada ibu bapa awal pagi, memaklumkan ibu bapa supaya mengambil anak mereka yang bersekolah pada jam 9.30 pagi berikutan arahan penutupan segera. Semua guru sekolah itu diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan dinasihatkan untuk membawa pulang bahan mengajar untuk melaksanakan pengajaran dalam talian. – BERNAMA



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم