Elizad Sharifuddin Ditimpa Dugaan Pada Kandungannya. Dia Juga Mengatakan Dia Tetap Bersangka Baik Dan Tidak Akan Berputus Asa

Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin mendedahkan dia sempat merasai nikmat menjadi ibu sebelum alami kegugurn.

Elizad Sharifuddin Ditimpa Dugaan Pada Kandungannya. Dia Juga Mengatakan Dia Tetap Bersangka Baik Dan Tidak Akan Berputus Asa

 


Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat.

ARTIKEL MENARIK:Disebalik kegembiraan antara Neelofa dan Pu Riz tengah jadi buah mulut ramai tiba tiba ada warganet yang selongkar ig ex Pu Riz. Tapi apa yang dia jumpa buat ramai yang sayu.
loading...


“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.

“Tapi kandungan tak kuat. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya.

Elizad berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.

“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.

Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Rasa Gemuruh Dan Lapar. Siti Elizad Dedahkan Dia Harus Jalani Satu Rawatan Ini Dalam Usahanya Mendapatkan Zuriat Dan Harap Doakan Yang Terbaik Buat Dirinya

Hari ini,pelakon Siti Elizad Sharifuddin,36, menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usahanya untuk mendapatka zuriat. Menerusi IG,Elizad berkongsi rasa gemuruh dan mengharapkan supaya hasilnya adalah yang terbaik..

“Salam dan selamat pagi kesayangan semua. Pagi ini, ‘egg pick up’ (pengambilan telur) bersama Dr Azlin dan pasukan Sophea Fertility. Bukan main gemuruh dengan rasa lapar. Harap-harap, telur yang keluar (diambil) semua yang baik-baik dan cantik-cantik. Moga dipermudahkan,” tulisnya. 

Eizad juga mendoakan supaya dikurniakan zuriat serta keturunan yang baik. “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan,” tulisnya. Sebelum ini, Elizad dikhabarkan akan menjalani rawatan IVF selepas Aidilfitri, namun ditunda kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri Jalan Sesat ke Syurga.


Tiada Lagi Aktiviti Lasak. Siti Elizad Bongkarkan Dia Sedang Mulakan Satu Rawatan Ini Untuk Dapatkan Cahaya Mata Dan Dia Harap Warganet Titipkan Doa Dan Kata Kata Positif Buat Dirinya

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Siti Elizad mendedahkan dia sudah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.Pemilik nama Siti Elizad Sharifuddin, 36, berkongsi perkara berkenaan menerusi satu hantaran dalam Instagramnya semalam.

Menurut pelakon Jalan Sesat ke Syurga itu, gambar tersebut merupakan momen rakaman ketika dia menjalani sesi rawatan IVF yang pertama.“Bismillahirahmanirrahim. Kembali untuk menjalani rawatan IVF. Ini baru sesi pertama.“Selepas dua minggu lagi, doktor pesan tiada lagi vroom vroom (motosikal) dan aktiviti lasak. Doakan kami ya.


“Jadi dua minggu dari sekarang masih boleh jalan-jalan, naik motosikal cuti sana-sini lagi. Lepas ini kena simpan motor buat perhiasan,” katanya.Dalam pada itu, rata-rata warganet menitipkan doa dan kata-kata positif kepada penyampai radio Sinar FM itu.Terdahulu, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Siti Elizad Naik Angin Dengan Pelakon Baharu

Penyampai radio Sinar dan aktres Siti Elizad, 36, bengang apabila terdapat seorang pelakon baharu yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran.Kata Elizad, bukan soal baru atau lama yang jadi persoalan tetapi masalah yang dilakukan itu telah mengganggu kerja orang lain. “Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal dengan datang lambat. 

“Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain. “Kamera dah pacak dah siap semua lepastu kena menunggu berjam-jam. Dah la dia datang dengan belum bersiap, bazir masa lagi,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu menegaskan dia bukan ingin berlagak seorang diva atau senior.Namun, perkara itu harus disedari kerana berpunca dari diri yang tidak berdisiplin.”Masa jawab dalam group WhatsApp orang tanya kat mana, dia macam tak bersalah. Tapi sebab saya dah berbunyi baru dia minta maaf. Saya memang geram betul.

“Masalah sekarang saya bukan nak tunjuk diva, cuma saya ada nasihat dia. “Nak jadi pelakon tak boleh ada alasan datang lambat walau dari pelosok negeri mana. Saya tak boleh terima.”Takda alasan untuk dua jam lambat! Itu bukan lambat, itu masalah diri sendiri. Sebab bila lambat dah membabitkan team produksi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengingatkan kepada semua orang supaya menghormati masa orang lain. “Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja.”Saya sendiri amalkan kalau masa kerja saya mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum,” kata Elizad.Sebelum ini, Elizad ada memuat naik sebuah entri yang berbau marah pada Jumaat lalu.-gmpk“



loading...


Lebih Afdal Letak Phone Luar Pagar!” – Elizad Sharifuddin Kongsi ‘Trick’ Khatam Al-Quran Dalam Sebulan

Pelakon tinggi lampai dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin baru-baru ini mendedahkan beliau dan suaminya telah berjaya menghabiskan khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini!Oleh itu, beliau telah berkongsi rahsia atau ‘trick’ mudah khatam Al-Quran dalam masa sebulan di bulan Ramadan.

4 Halaman Bagi Setiap Solat Fardhu

Kongsi Elizad di laman Instagram Stories, untuk satu kali khatam, baca 4 halaman selepas setiap kali mengerjakan solat fardhu.Tambahnya, beliau juga menjauhkan telefon bimbitnya supaya fokusnya tidak terganggu!“Macam mana boleh khatam sebulan? Kebiasaannya, family kami ikut trick ini. Cuma, untuk isteri dan wanita-wanita kena lebihkan sikit halaman sebab kita kan ada ‘ bulan mengambang’ 7 hingga 8 hari, jadi kena extra sikit.

Tips dia jangan letak telefon dekat sebelah time mengaji dan selesai solat sebab korang confirm kejap-kejap nak check telefon. Sila LETAK KAT LUAR. Lebih afdhol letak luar pagar,” tulisnya.Menarik juga perkongsian yang diberikan Elizad ini. Jom sama-sama kita raikan bulan barakah dengan meningkatkan amalan ibadat.Selamat beramal!Kredit: Instagram Elizad Sharifuddin

Elizad Terkejut Bila Dengar Suara Datuk Jalaludin Menjrit ‘Allah’ Sekuat Hati

MALANG tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon Datuk Jalaludin Hassan yang terjatuh ketika hendak turun tangga di set lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada malam, Jumaat. Menurut pelakon Elizad, dia yang baharu sampai ke set penggambaran itu terkejut apabila terdengar suara Jalaludin yang tiba-tiba menjerit sekuat hati.

“Waktu itu saya baru sahaja sampai di set penggambaran dan ins1den itu berlaku dalam rumah. Mungkin keadaan di tangga itu agak gelap sebab tak buka lampu lagi.“Tiba-tiba saya dan semua yang ada di luar rumah itu terdengar suara Datuk Jalal menjerit ‘Allah’ sekuat hati. Memang terkejut, kami berlari masuk ke dalam rumah dan lihat ibu jarinya berdar4h.Elizad kongsi perkara itu di Instastory miliknya.

“Datuk Jalal jth sebab terlepas nak langkah tiga anak tangga. Tapi saya pun tak berapa pasti macam mana insi1den itu berlaku,” kata Siti Elizad ketika dihubungi mStar pada Sabtu.Sebelum ini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, berkongsi video ambulans di Instastory miliknya dengan memberitahu Jalaludin jath tangga ketika penggambaran.Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Jalaludin gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej.

Elizad dan Aaron Aziz antara pelakon yang bekerjsama dengan Jalaludin dalam drama tersebut.Dalam pada itu, Elizad berkata, Jalaludin tidak mengalami keced3raan yang teruk dan dia hanya diminta pulang ke rumah untuk berehat sebaik sahaja mendapat raw4tan.“Selepas melihat ibu jari dia berdar4h, kami pun terus la hubungi ambulans. Datuk Jalal tak dibawa ke hospital tapi terus diraw4t di lokasi kejadian.“Tapi saya tak pasti macam mana keadaan dia sekarang ini tapi semalam Alhamdulillah dia nampak okay sahaja selepas diraw4t,” ujarnya.

“Saya Tak Ada Zuriat, Sedih…,” – Ramai Tanya Bila Nak Ada Anak, Elizad Sharifuddin Respon ‘Saya Bukannya Tuhan’

Baru-baru ini, pelakon jelita Elizad Sharifuddin telah diundang sebagai tetamu jemputan sebuah rancangan Curhat yang membincangkan topik Zuriat Syurga telah disiarkan di Astro Prima.Meski belum dikurniakan cahaya mata, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin akui sering menerima persoalan mengenai hal anak.

“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan warganet cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.

“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan. Kalau ditanya, tentu saja saya nak anak. Ya Allah, tolong bagi saya satu,” katanya.Dalam pada itu, bintang berusia 36 tahun ini turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” jelasnya lagi.

Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.Foto: Harian Metro Online, Instagram Elizad Sharifuddin



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post