KUALA LUMPUR, 17 Nov — Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka mendapat reaksi positif pelbagai pihak.
Tidak terkecuali, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang berharap pihak berwajib tegas dalam melaksanakan langkah pengharaman penjualan arak.
ARTIKEL MENARIK:Dikecam Gara-Gara Langgar PKPB, Young Syefura Akui Telah Didenda Dan Akan Membayar Dalam Masa Terdekat
Jelasnya, langkah tersebut adalah suatu yang perlu dipuji bukan sahaja demi menjaga kemaslahatan umat Islam tetapi mengelak daripada berlaku insiden tidak diingini termasuk kemalangan jalan raya.
“Alhamdulillah, kita memuji langkah ini. Semoga Allah merahmati mereka yang memutuskan hal ini.
“Tindakan ini mungkin akan dibantah oleh sesetengah yang ‘pro minuman keras’ namun saya percaya ia baik di sudut kemaslahatan awam dan kehidupan beragama,” katanya di media sosial hari ini.
Alhamdulillah, Kita memuji langkah ini. Semoga ALLAH merahmati mereka yang memutuskan hal ini. Tindakan ini mungkin akan…
Posted by Drmaza on Monday, November 16, 2020
Semalam, DBKL memaklumkan akan menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka bermula Oktober 2021.
DBKL berkata, sekatan berkenaan dikenakan ke atas kedai serbaneka dan kedai runcit bermula 9 malam.
Sebelum ini, kemalangan membabitkan pemandu mabuk semakin membimbangkan selepas ramai yang menjadi korban angkara kecuaian mereka.
Kebimbangan ini disuarakan masyarakat malah kerajaan dalam usaha mengenakan hukuman lebih keras terhadap pemandu mabuk.
kredit projekmm
Kredit -
إرسال تعليق