Nafi Tular Kompaun Sebab Tidak Pakai Mask Untuk Minum Air, Ini Penjelasan Polis

Semalam telah tular satu dakwaan di mana kononnya dua remaja lelaki telah dikenakan kompaun RM1,000 disebabkan tidak memakai pelitup muka untuk minum air di Taman Wawasan di Parit Buntar.

Nafi Tular Kompaun Sebab Tidak Pakai Mask Untuk Minum Air, Ini Penjelasan Polis

 


Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kompaun itu dikeluarkan setelah mendapati dua remaja berusia 17 dan 18 tahun itu tidak memakai pelitup muka sambil berbual dengan mengadap satu sama lain, lapor Kosmo Online.

ARTIKEL MENARIK:Isteri Sarat Anak Sulung, Posmen Maut Dalam Perjalanan Kerja
loading...



Pemerhatian dalam 10 minit

Menurutnya lagi, tindakan ke atas mereka juga hanya diambil setelah pemerhatian selama 10 minit dilakukan anggota bertugas ketika itu.

Rondaan SOP telah dilakukan pada jam 12 tengah hari apabila anggota ternampak dua lelaki tersebut sedang berbual di atas motor.

“Semasa rondaan Op Cegah Jenayah/Op Covid-19 SOP PKPB Parit Buntar di jalankan di kawasan berkenaan pada pukul 12 tengah hari, pihak polis telah ternampak dua lelaki duduk di atas motosikal masing-masing sambil berbual mengadap satu sama lain.

Malah, menurutnya lagi kedua-dua remaja tersebut tidak memakai pelitup muka selama pemerhatian dilakukan oleh anggota.


loading...


“Kedua-dua mereka didapati tidak memakai pelitup muka walaupun selepas pemerhatian dijalankan dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazuki berkata, seorang pegawai polis kemudiannya menghampiri remaja terbabit dan memperkenalkan diri sebelum menjelaskan kesalahan yang telah dilakukan mereka.

Katanya, kedua-dua remaja itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan kompaun kerana melanggar Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sebelum tindakan kompaun diambil, kita telah membuat pemerhatian lebih kurang 10 minit di tempat tersebut.

Gambar dan video jelas

“Malah, di dalam gambar dan video yang diambil juga jelas menunjukkan kedua-dua remaja itu bukan sahaja tidak memakai pelitup muka malah tidak mematuhi penjarakan sosial iaitu satu meter,” katanya.

Sebelum ini, menerusi laporan akhbar berbahasa Cina, dua remaja itu masing-masing dikenakan kompaun kononnya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika mahu minum air.


Kredit - 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم