Pencinta Ikan Laga Panas Hati Tengok Ikan Itu Dijadikan Santapan Goreng Celup Tepung

Ramai antara kita yang obses dengan ikan, seperti ikan laga yang dijadikan perliharaan, hingga ia boleh mencecah ratusan ringgit.

Pencinta Ikan Laga Panas Hati Tengok Ikan Itu Dijadikan Santapan Goreng Celup Tepung

 


Sebagai pencinta ikan, sudah pasti anda sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan jenis ikan yang anda suka.

ARTIKEL MENARIK:Nafi Tular Kompaun Sebab Tidak Pakai Mask Untuk Minum Air, Ini Penjelasan Polis
loading...


Namun, apa agaknya anda rasa bila terlihat ikan yang kita suka itu menjadi salah satu bahan dalam masakan?

Menerusi laman Instagram dari Indonesia, sebekas ikan laga yang menjadi kesayangan peminatnya, digoreng dengan ramuan serta adunan tepung jenama Indonesia.





loading...



Hantaran itu nyata tidak disenangi oleh orang ramai, khasnya buat pencinta ikan laga.

“Pencinta ikan betta (ikan laga) menangis tengok ni, terutamanya saya”, tulis salah satu komen dalam hantaran tersebut.

Tidak dapat dipastikan lokasi asal gambar itu diambil, namun yang pasti peminat-peminat ikan laga pasti tumpang bersedih melihat hantaran ini.

Beberapa bulan lalu, tular kisah seorang lelaki memasak ikan arowana yang dipeliharanya, juga membuatkan ramai tidak senang duduk.

kredit era


Kredit - 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم