Gara-Gara Mengidap Kanser Dan Positif Covid, Warga Emas Ini Cuba Bunuh Diri Tetapi Beliau Cedera Parah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang menerima rawatan akibat menghidap kanser dan positif Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di sini, sejak beberapa hari lalu, dilaporkan terjun dari tingkat enam hospital berkenaan, malam ini.

Gara-Gara Mengidap Kanser Dan Positif Covid, Warga Emas Ini Cuba Bunuh Diri Tetapi Beliau Cedera Parah

 


Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa berusia 64 tahun terbabit terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Hairan Rakan Lama Saya Dari Pekan Ada Dendam Kesumat Terhadap Saya, Saya Rela Mati Dalam Gelanggang Politik”
loading...


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditempatkan di hospital berkenaan selepas didapati menghidap penyakit kanser dan positif Covid-19.

Katanya, mangsa dipercayai tertekan sebelum mengambil keputusan berkenaan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Mangsa yang parah akibat kejadian itu kemudian dibawa turun oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.22 malam berhubung kejadian itu.



loading...


Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Lintas dan Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan operasi menyelamatkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

kredit harian metro



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم