“Ditduh murt4d” ini kronologi sebenar perkahwinan Illi Najwa bersama Manpreet Singh
1. Pada 16 Disember, beberapa portal media India dan tempatan melaporkan perkahwinan Illi Najwa 27 tahun, bersama Manpreet Singh 28, yang berlangsung di Jalandhar, Punjab.
ARTIKEL MENARIK:1. Pada 16 Disember, beberapa portal media India dan tempatan melaporkan perkahwinan Illi Najwa 27 tahun, bersama Manpreet Singh 28, yang berlangsung di Jalandhar, Punjab.
2. Apa yang membuatkan ianya kecoh di Malaysia apabila rakaman video upacara perkahwinan itu tersebar di sosial media.
3. Ritual tersebut tidak memaparkan adat perkahwinan orang Islam sebaliknya menyerupai agama Sikh. Illi dan Manpreet berkahwin dengan mengenakan pakaian lengkap Punjabi, disempurnakan Anand Karj di GTB Nagar Gurudwara.
4. Illi Najwa dan Manpreet dilaporkan telah bertunang selama 6 tahun, iaitu pada 26 Februari 2014.
5. Illi Najwa dan Manpreet pertama kali bertemu pada tahun 2012, sewaktu Sultan Johor Cup, ketika itu Manpreet bermain untuk pasukan Hoki Junior India. Illi Najwa juga dilaporkan berasal dari Johor.
6. Menurut ibu Manpreet, Illi Najwa merupakan seorang peguam, tetapi beberapa portal tempatan melaporkan Illi Najwa bekerja di sebuah Universiti swasta di Malaysia sebagai perancang perniagaan bagi pasaran Asian Selatan.
7. Pada awalnya perkahwinan mereka dijadualkan berlangsung pada April 2020, bagaimanapun disebabkan covid19, maka ianya ditangguhkan ke hujung tahun.
8. Selepas rakaman perkahwinan Illi Najwa dan Manpreet tular di laman sosial, netizens mula mempersoalkan beberapa perkara;
– Status agama Illi Najwa dan pasangannya, Manpreet.
– Identiti Najwa yang dikaitkan dengan Halimah Sadique, Menteri Perpaduan Malaysia. Najwa disahkan adalah anak saudara kepada Halimah Sadique.
– Portal The Star melaporkan Illi Najwa mendapat kebenaran khas untuk berkahwin di India, disebabkan itu netizens turut mempersoalkan ketelusan kebenaran khas itu, memandangkan Najwa ada hubungan kekeluargaan dengan Menteri. Tambahan pula, jangkitan covid19 di India sedang tinggi pada ketika itu.
– Netizens juga mendesak agar Illi menyebarkan gambar pernikahannya dengan Manpreet.
Sebagai rekod, dalam video yang tular, ketika ditemubual wartawan berhubung perkahwinannya, Manpreet dilihat seperti menyebutkan perkataan “Nikah” (minit ke 45 ke atas).
9. Tular juga penjelasan dari Illi Najwa di laman sosial;
10. Menurut Illi Najwa;
– Manpreet sudah pun memeluk agama Islam pada tahun lepas.
– Illi Najwa tidak menukar nama dan agamanya. Namanya kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga Manpreet memangil Najwa sebagai Navpreet sejak 2012 kerana sukar nak memanggil nama asalnya.
– Mereka sudah bernikah pada 16 Disember tetapi ianya dijalankan secara rahsia. Sijilnya akan dikeluarkan kemudiannya.
– Penyebaran rakaman upacara perkahwinan adalah diluar jangkaan dan bukan dalam pengetahuan pasangan itu, mereka berdua juga tidak bersetuju dengan penyebaran rakaman tersebut.
– Pasangan itu mengakui mereka melakukan perkara salah (ritual), Manpreet tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sensitif.
– Illi Najwa juga mengesahkan beliau mematuhi semua prosuder semasa memohon kebenaran ke luar negara. Tak ada permohonan khas tetapi nampaknya ada pihak lain beranggapan sebaliknya.
– Illi Najwa juga tidak mengetahui bagaimana umum mengetahui beliau adalah anak saudara kepada Halimah Saddique. Inilah sebabnya beliau enggan melibatkan ibunya.. apa-apa pun beliau memohon maaf kerana melibatkan dan memalukan keluarga.
11. Penjelasan Illi Najwa dianggap sahih walaupun berdasarkan semakan di Facebooknya, tak ada kenyataan seperti di atas. Samada ianya dipadamkan ataupun hanya untuk rakan yang bersahabat di Facebook.
12. Netizens juga melakukan semakan berita mengenai Manpreet yang memeluk Islam. Bagaimanapun tak ada berita yang boleh mengesahkan dakwaan Illi Najwa. Terdapat tanggapan, ia mungkin disorokkan dari pengetahuan umum kerana dianggap isu sensitif di India.
13. Di sosial media, bertali arus serangan ke atas kerajaan Perikatan Nasional disebabkan perkahwinan tersebut membabitkan anak saudara kepada Menteri PN.
14. Selain itu terdapat netizens yang troll kerajaan PN, khususnya PAS yang seringkali menjadi juara agama Islam – kenapa berdiam diri dalam isu yang membabitkan anak saudara menteri dan memilih bersangka baik. Andaikata ia membabitkan lawan sudah pasti dianggap musuh Islam dan dikecam teruk.
15. Bagaimanapun selepas 3 hari berlalu, Timbalan Menteri Agama ada membuka mulut bagi menjawab dakwaan itu.
16. Menurut Ahmad Marzuk Shaary kerajaan akan merujuk JAIJ bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama dan perkahwinan Illi Najwa bersama pasangannya, Manpreet pada 16 Disember lepas.
17. Kerajaan juga akan menunggu kepulangan Illi dari India bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
18. Ahmad Marzuk juga mengesahkan tiada permohonon kebenaran kahwin di luar negara oleh Illi Najwa.
19. Berdasarkan apa yang tular di sosmed, Illi mendakwa Manpreet telah memeluk Islam pada tahun lepas dan kerajaan menunggu kepulangan Illi Najwa bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.
20. Selain kebenaran berkahwin, JAKIM juga tidak menerima sebarang permohonan dari Illi untuk meninggalkan agama Islam.
21. Netizens juga mempersoalkan dimanakah ahli keluarga Illi Najwa ketika berlangsungnya majlis perkahwinan tersebut.
22. Sementara itu, berdasarkan pemerhatian netizens;
– Di semua akaun media sosial Manpreet, tak ada berita dan hebahan mengenai majlis perkahwinannya, samada nikah ataupun upacara Sikh.
– Bagaimanapun upacara perkahwinan memang masuk portal-portal berita India, Malaysia dan antarabangsa.
– Illi Najwa juga tidak memuatkan gambar-gambar perkahwinannya dengan Manpreet di Facebook dan Twitternya. Sementara IG nya telah diprivatekan.
23. Portal The Tribune, yang berpengkalan di India;
– Illi Najwa tidak akan pulang ke Malaysia sebaliknya akan tinggal bersama keluarganya di Jalandhar.
– Illi Najwa sudah biasa dengan adat dan kebudayaan Punjabi.
– Illi Najwa juga sudah mempunyai nama Punjabi iaitu Navpreet Kaur.
24. Ini pula apa yang tular di media sosial;
– Menurut Ustazah Asmak Husin, Illi dan suaminya adalah penganut agama Islam dan membuat sambutan resepsi di India.
– Menurut Sue Kaur, nama Kaur akan diberikan kalau sudah melakukan baptisan, tidak boleh diberikan nama Kaur sesuka hati.
– Netizens beranggapan di Facebook Manpreet Singh, membayangkan lelaki
itu masih menganuti agama lamanya. Post pada 13 April 2020 ini
disebarkan oleh netizens bagi menguatkan hujah mereka.
25. Sehingga ke hari ini keluarga Illi Najwa belum lagi tampil
memberikan apa-apa kenyataan berhubung perkahwinan anaknya itu di India.
26. Datuk Seri Halimah Saddique juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
27. Demikian juga Manpreet Singh dan keluarganya dalam menjawab isu berkaitan Manpreet Singh telah memeluk agama Islam. – 21 Disember 2020.
Berikut pula pandangan dan kenyataan dari beberapa Tokoh Agamawan di Malaysia. Sultan Johor juga ada menyuarakan kebimbangan baginda
“Antara Illi Najwa dan Navpreet Kaur; sebagai mualaf, izinkan saya berbicara”-Prof Redhuan Tee Abdullah
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Buang emak buang saudara (buang emak buang agama),
Kerana kasih saya turutkan.
Hebat orang Melayu dahulu berseloka. Melangkaui zaman. Ternyata sudah menjadi realiti. Ini yang diketahui, yang tidak diketahui, bagaimanalah keadaannya. Buang emak buang agama, kerana kasih, saya turutkan.
Masih terbayang kisah Aishah Bukhari dan Lina Joy. Sebagai mualaf, terpanggil saya. Izinkan saya untuk berbicara. Tidak usahlah berdolak-dalih lagi. Jika sudah sebegitulah upacara perkahwinannya. Lupakanlah buat sementara bahawa beliau masih lagi beragama Islam.
Masih Islam atau tidak, tidak perlu tunggu permohonan untuk murt4d. Melihat kepada tingkah laku, sudah dapat diketahui, sama ada sudah murt4d mahu pun belum. Jika pasangan tersebut masih berada di Malaysia, mungkin senang untuk diuruskan, tetapi jika sudah terlepas ke Punjab, gigit jarilah jawabnya.
Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini?
Semakin hari, semakin hilang pedoman dan identiti dirinya. Jika di hospital, wad bersalin, boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja anak luar nikah dilahirkan. Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak diketahui, sejauh mana ser1us, ada atau tidak kekerapan permohonan untuk keluar Islam. Cuma berdasar kes di mahk4mah, memang ada.
Ini belum lagi pendedahan, anak-anak perempuan India Muslim bercinta dengan anak-anak lelaki Hindu. Terselamatkah akidah kita? Kepada ultra k1asu, perkara ini tidak ada apa-apa, atas dasar hak asasi manusia. Inilah pun yang mereka perjuangkan selama ini. Dah tentu mereka gembira. Precedent demi precedent bagi memudahkan tugas mereka.
Kepada kita bagaimana? Maruah kita? Perlembagaan kita?
Tak usahlah terlalu defensif dalam perkara ini. Sedarlah, ini semua kelemahan kita. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem pendidikan keluarga, kelemahan media yang sentiasa mensensasikan cerita-cerita cinta seperti pantun di atas dan sebagainya.
Kalau dah sampai tunduk kepada berhala, tukar nama, nak bersangka baik lagi bagaimana?
Katakanlah keluarga lelaki sudah biasa panggil dengan panggilan Navpreet Kaur, kenapa biarkan. Katakan dengan tegas, nama saya Illi Najwa Anuar. Panggil Illi atau Najwa, kenapa mesti dibiarkan, dipanggil Navpreet Kaur. Kaur dan Singh, itulah identiti agama Sikh.
Islam memang agama hikmah (wisdom) tetapi bukan berhikmah selamanya. Perlu ada penegasan terutama hal-hal berkaitan, akidah, nikah kawin cerai dan sebagainya. Ia tidak boleh dilakonkan atau olok-olok.
Dalam keadaan itu, kita diminta bertegas…
Sama seperti kedudukan kami sebagai mualaf, tidak ada masalah untuk berbaik dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang belum Islam, setelah memeluk Islam. Malah, dituntut bertambah baik, eratkan hubungan sebaik mungkin.
Tetapi jika mereka paksa kita menyembah berhala, maka penegasan ketika itu amat perlu, kecualilah antara hidup dan mati. Rasanya kita belum berada dalam situasi antara Mashitah (bersama anak) dan Firaun, memilih untuk menyembah Allah atau menyembah Firaun.
Ketika itu, boleh dibenarkan pilih, bertegas, terjun ke dalam kawah panas atau menyamar ikut Firaun. Mashitah bersama anaknya memilih penegasan daripada menyamar menyembah Firaun, walaupun menyamar itu tidak salah, kerana darurat.
Isunya adakah kita berada dalam situasi antara hidup dan m4ti? Sudah tentu tidak…
Saudaraku, Islam bukan agama main-main? Kemuliaan dan kehebatan Islam kerana penegasan. Apabila perkara berhubung dengan akidah, kita mesti bertegas, tidak boleh tidak. Bukan perkara main-main. Pemimpin negara perlu bertegas, seperti mana kita bertegas mempertahankan Zakir Naik.
Bawa balik Illi Najwa. Buat penegasan, sama ada dia Illi Najwa atau Navpreet Kaur…
Begitu juga dengan suaminya, Manpreet Singh. Dilaporkan telah memeluk agama Islam. Tidak diketahui sama ada namanya sama Manpreet Singh atau ada sedikit tambahan (ubah) dengan identiti nama-nama Arab. Tetapi itu bukanlah suatu yang penting. Ada apa dengan nama. Nama Ridhuan pun, kalau perangai macam mangkok hayun tak guna juga.
Justeru, penjelasan dan pengakuan itu yang lebih penting. Jika Manpreet Singh yakin dengan Islam. Maka selamatlah Illi Najwa. Jika sekiranya Manpreet bertindak sebaliknya. Maka hilanglah Illi Najwa, yang ada hanya Navpreet Kaur.
Pilihan seterusnya, jika Illi Najwa bertegas bahawa dia bukan Navpreet Kaur, dia boleh bertegas untuk meninggalkan Manpreet Singh, sebelum keadaan jadi lebih rumit, apabila melahirkan anak nanti. Islamkah anaknya atau sebaliknya?
Persoalannya, mampukan beliau melakukan sedemikian? Mampukah beliau ubah pantun Melayu, demi emak, demi saudara, kerana Islam aku turutkan? Sama-sama kita mendoakan.
Kredit; Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
JAINJ sedang siasat isu perkahwinan Illi Najwa
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang menyiasat secara terperinci isu perkahwinan Illi Najwa Saddique dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, yang dikatakan menimbulkan kontroversi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata bukti sahih dan lengkap termasuk berhubung dakwaan pernikahan wanita itu sudah dilangsungkan di negara ini, sedang dikumpulkan JAINJ.
“JAINJ sedang menyiasat isu perkahwinan wanita berkenaan dengan teliti termasuk menunggu laporan dan pengesahan daripada Kementerian Luar.
“Semua siasatan dibuat dengan penuh teliti dan berhati-hati berikutan ia adalah isu besar yang membabitkan akidah apatah lagi berkait agama kaum lain.
“Selepas semua laporan sudah diperoleh, JAINJ akan menyembah maklum semua maklumat berkenaan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
“Apabila Sultan Johor sudah memperkenankan laporan penuh berkenaan isu itu, barulah kenyataan media akan dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan,di Pusat Islam Iskandar, hari ini.
Semalam, kerajaan dilaporkan akan memanggil Illi Najwa yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, dilaporkan berkata wanita itu akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.
Beliau dilaporkan berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada JAINJ berhubung status agama wanita berkenaan.
Sultan Ibrahim hari ini turut menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan.
Ditanya sama ada JAINJ ada menghubungi keluarga Illi Najwa bagi membuat penjelasan, Tosrin berkata, pihaknya masih belum memanggil keluarga wanita berkenaan.
“Kita akan panggil mereka dalam masa terdekat apabila tiba masanya nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Tosrin menyeru umat Islam supaya bersabar dan jangan timbulkan tafsiran negatif berhubung isu itu.
“Biar JAINJ siasat secara menyeluruh isu ini sebelum apa-apa kesimpulan dibuat, ” katanya.
Rujukan;
https://www.indiatoday.in/sports/hockey/story/manpreet-singh-wedding-illi-siddique-malaysia-photos-punjab-marriage-ceremony
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/20/govt-probes-religious-status-of-malaysian-who-married-indian-hockey-star/
Manpreet kali pertama bertemu Illi Najwa yang menyaksikan perlawanan ketika dia mengetuai pasukan remaja India pada saingan Piala Sultan Johor 2012.
Difahamkan mereka kerap berhubung apabila Manpreet kembali mengetuai pasukan kebangsaan India pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.
“Manpreet tertarik dengan kecantikan dan tingkah laku sopan Illi Najwa, ketika dia menikmati hidangan capati di rumah keluarga wanita itu pada tarikh kedua mereka bertemu.”
Manpreet dilahirkan pada 26 Jun 1992 dilantik sebagai kapten India sejak Mei 2017.
Pemain yang beraksi di barisan pertahanan itu melakukan penampilan pertama untuk pasukan India pada 2011 ketika berusia 19 tahun dan dinamakan Pemain Remaja Terbaik Asia pada 2014
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
إرسال تعليق