Micheal Ang lantang kritik persembahan Noraniza Idris di GV7 , sekali penyanyi ini mahu bersemuka
loading...

” Kalau sekalipun dia tak suka saya, sekurang-kurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertandingan GV ini.”

Micheal Ang lantang kritik persembahan Noraniza Idris di GV7 , sekali penyanyi ini mahu bersemuka

 


Itu luahan bintang Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris yang kesal dengan sikap pengarah drama Michael Ang yang sering kali memberikan kritikan pedas terhadap persembahan sepanjang program itu berlangsung.

ARTIKEL MENARIK:Otot paha penyanyi Amira Othman koyak dan berdrah “warna air k3ncing bertukar hitam, drah itu kacau buah pinggang dan hati”


Noraniza atau nama sebenarnya, Nor Aniza Idris, 52, berkata, biarpun dia langsung tidak membaca komen negatif netizen namun cemuhan yang dilontarkan pengarah tersebut cukup membuatkan emosinya terganggu.

” Saya tidak akan baca komen ngatif ditulis netizen, pihak pengurusan selalunya akan sekat komen sebegitu daripada semua platform media sosial saya.

” Tapi saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan perkara itu dengan saya.

Malah, katanya, apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa D0sa itu telah menggores hati ahli keluarganya.

” Saya boleh terima komen ngatif tapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh mencalarkan mruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam,” katanya kepada mStar.

Michael sebelum ini dilihat lantang memberikan komen dalam setiap persembahan peserta program realiti GV7 di laman Twitternya dan nama Noraniza di antara penyanyi yang sering mendapat kri1tikan ngatif daripada pengarah tersebut.


Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.



loading...


” Saya bukan jenis yang akan berdiam diri atau mnangis (bila diri dicemvh). Lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia!

Saya mahu bersemuka dengan awak!

” Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak. Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Truk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang?

” Walaupun saya tahu saya tidak la bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan membina yang boleh bantu saya untuk mengangkat genre irama Malaysia.

” Saya memang rasa terkilan sebab Michael Ang satu nama besar, dia bukan netizen dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam itu.

” Kalau nak tahu, hati saya cepat rapuh sebab kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa. Bila saya baca komen ngatif macam itu, saya akui ada kalanya saya tak boleh nak fokus dalam memberikan persembahan,” ujarnya.

Sementara itu, Noraniza melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya melangkah ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung pada Ahad depan.

Kata Noraniza, walaupun pada awalnya dia tidak berniat untuk menyertai program ini namun hatinya terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuk penyanyi lama.

” Saya melihat program GV ini seperti satu akademi inisiatif untuk penyanyi-penyanyi lama sebab kami banyak belajar benda-benda baru pada setiap minggu,” katanya lagi.

Selain Noraniza, enam lagi bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir GV7 ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Umar.

 

SUMBER

 

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم