Pakaian Dr Mahathir ketika ziarah Tun Rahah mula jadi pertikai4n. Ini penjelasannya
loading...

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang tiba di Masjid Ar-Rahah, di Kampung Kerinchi, di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Pakaian Dr Mahathir ketika ziarah Tun Rahah mula jadi pertikai4n. Ini penjelasannya

 


Dr Mahathir yang menaiki kereta Mercedes berwarna biru gelap, tiba sekitar jam 9.05 pagi bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

ARTIKEL MENARIK:[Video] Demi menyakinkan rakyat, Perdana Menteri tawar diri jadi org pertama terima vaksin
loading...


Beberapa Ahli Parlimen turut kelihatan tiba untuk menziarah jenazah balu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu.

Antaranya Ahli Parlimen Baling daripada UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, serta tiga wakil rakyat DAP, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Pakaian Tun M jadi pertikaian

Namun begitu, timbul pertikaian mengenai pakaian yang di pakai oleh Tun M ketika melakukan ziarah Tun Rahah.Seorang pemilik akaun Hamizura Osman pada mulanya mempersoalkan kenapa Tun M tidak mengucapkan takziah dan hanya menghantar isteri sahaja untuk melawat

“Tahun 87 arwah Tun Rahah pujuk DSN sokong Tum M…DSN waktu itu cenderong sokong Tengku Razaleigh…ini fakta dan sejarah.Ada Tun M kenang jasa arwah Tun Rahah ni? Tiba masa nya..melawat dan ucap takziah pun tak ada..hantar isteri je melawat..tu pun tanpa pengetahuan keluarga arwah..kata nya la…entah ye entah kan tidak

Tapi bila tycoon m4ti..tak cukup surat..siap ucap takziah kat personal FB!!! Tun M..berubahlah…usia sudah menganjak ke senja..hari sudah semakin gelap”

Namun selepas Tun M hadir, Hamizura Osman mempersoalkan pula cara Tun M berpakian kerana menurut beliau Tun M tidak mengikut protokol majlis

|”Semua yg hadir datang mengikut protokol Pengeumian Negara termasuk Tresa Kok berbaju kurung hitam . Datang ziarah jenazah di masjid pakai kain pelikat mcm ziarah di kampung seperti tak setuju je dgn penghormatan negara itu? Sultan2 dtg pun pakai baju melayu bersampin .Entah la…tak tau nak kata apa..”

Namun begitu, ramai tidak setuju dengan Hamizura Osman

Puan Hamizura Osman perlu faham, di dalam urusan melawat jenazah, memadailah berpakaian sopan dan menutup bahagian yang dianjurkan oleh agama. Dan kalau masih nak bertegang urat



loading...


soal protokol, Puan Hamizura perlu tahu Tun M hadir di Masjid Ar Rahah bukan Masjid Negara. Guidelines yang dikeluarkan JPM itu ialah protokol pengkebumian di Masjid Negara. Bukankah berbeza tempatnya.

Berbaliklah kepada agama, Allah tidak melihat bentuk rupa, jenis pakaian. Yang dinilainya ialah siapa paling bertaqwa. Berhentilah dari taksub dan memalukan diri. Dalam soal kematian, adalah

lebih baik jika kita mendoakan roh arwah ditempatkan bersama mereka yang dikasihi dan doakan kebaikan buat keluarga si m4ti.

“Baju putih, selendang putih, mari dibawa pergi sembahyang, Allah kasih, Muhammad kasih, Rasulullah terlalu sayang” Tutup cerita.

Pesanan Bonda Buat Najib Mahu Lawan Sampai Dapat

KUALA LUMPUR: Najib Razak berkongsi pesanan ibunya Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah supaya sentiasa menjaga nama baik keluarga.

Bekas perdana menteri itu berkata, nasihat itu akan sentiasa diingati beliau dalam menempuh hari-hari mendatang, termasuk di arena dunia politik.

“Sebelum ini bonda memang sentiasa ingatkan saya untuk kerja dengan sebaiknya dan penuh dedikasi.

“Pada bonda saya, nama keluarga amat penting untuk terus dipertahankan walaupun dalam politik yang memang tidak dapat elak menjadi k3caman, tapi kebenaran akan muncul lambat laun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai istiadat pengebumian negara ibunya di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.

Najib berkata, banyak kenangan indah beliau bersama ibunya sejak mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun.

“Berusia 23 tahun, bonda beri sokongan dan serah pada saya apa jua keputusan. Bonda akan sokong dan memberi segala bantuan moral dan kasih sayang untuk saya berjaya.

“Bonda saya seorang yang cukup penyayang dan baik hati. Beliau telah mendidik kami semua dengan sempurna sehingga kelima-lima adik beradik mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

“Walaupun Tun Razak sudah tiada, tapi bonda memang jadi tumpuan kami. Amat sukar kehil-angan seorang ibu. Tentu kami semua rasa amat sedih, tapi ini ketentuan Ilahi.

“Bonda telah lalui kehidupan selama 87 tahun dan sampai kemuncak hidupnya dan menyaksikan anaknya membesar dan sedikit sebanyak saksikan kepuasan atas apa yang kami lakukan,” katanya.

Najib merupakan anak sulung daripada lima beradik, iaitu Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.

Allahyarhamah dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah yang juga ibu kepada Menteri Luar, Hishammuddin Tun Hussein di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada jam 3.45 petang ini.

Rahah, 87, yang merupakan balu perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court petang semalam.

Kebenaran akan muncul lambat laun, InsyaAllah.

Lawan tetap lawan. Lawan sampai dapat.

Ini ikrar saya pada bonda tersayang.

h-1.jpg

 

Sumber: trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم