Pelakon cantik Wanna Ali dikatakan sedang bercinta, sekali ibu dia kata ‘no money no cinta’
loading...

Mungkin ramai tidak mengenali siapa Datuk Normashayu Puteh, beliau merupakan penerbit dan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.

Pelakon cantik Wanna Ali dikatakan sedang bercinta, sekali ibu dia kata ‘no money no cinta’

 


Lebih dikenali sebagai Datuk Ayu Puteh, namanya tular baru-baru ini selepas memfailkan sam4n terhadap sebuah platform jualan dalam talian atau e-dagang yang menjual filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) dengan harga RM1.

ARTIKEL MENARIK:Pengantln Iemas Sehari Sebelum Akad Nlkah , Noraniza Idris Hrap Bertemu Naim Hariri Di Syurga
loading...


Sementara itu, siapa sangka anak gadisnya, Wanna Ali kini turut bergelar pelakon.

Keserasian Wanna Ali bersama pasangan pelakon Hun Haqeem dalam drama Angkara Cinta menerima pujian penonton sehinggakan ada yang berharap mereka menjalinkan hubungan cinta luar lokasi.

Melihat keterujaan peminat mahu mereka disatukan sebagai pasangan kekasih, Datuk Ayu Puteh berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menentukan masa depan mereka termasuklah soal jodoh.

” Biasalah gosip… tak tahulah sebab yang nak memilih tu nanti Wanna. Saya serahkan sepenuhnya pada Wanna, biarlah mereka fikir apa yang terbaik.

” Sebelum ini pun pernah timbul gosip Wanna dengan PU Riz kerana bergandingan dalam filem Ada Apa Dengan Dosa, tapi sebenarnya mereka dah macam adik-beradik… tak bercinta pun.

” Tentang jodoh, kita tak tahu… mungkin artis atau bukan artis, saya sedar artis pun ramai cuba-cuba nak dekati Wanna.



loading...


” Kalau Wanna tu bukan anak produser sekalipun ramai yang gilakan dia,” katanya kepada mStar.

Selain Wanna dan Hun Haqeem, Angkara Cinta turut dibintangi oleh Meerqeen, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Alif Muhaimin dan Nina Juren.

Angkara Cinta arahan Michael Ang ditayangkan di Astro Prima pukul 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.


Sementara itu, Ayu berkata dia percaya anak gadisnya berusia 23 tahun itu mampu berfikir secara matang dalam mencari teman hidup.

Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung?

” Kalau tanya saya sebagai ibu semestinya saya nak anak berkahwin dengan orang yang ada kerja tetap, ada gaji supaya masa depan anak kita terjamin.

” Bidang perniagaan ini ada turun naik, masa kita susah nanti tak ada orang nak tolong.

” Kalau suami pun susah, takkan Wanna pula nak tanggung? Zaman sekarang ni no money no cinta!

” Saya percaya Wanna lebih pintar dan bijak menentukan pilihan hatinya, dia melihat sendiri perjalanan hidup saya sebelum ini.

” Apa-apa pun semuanya berbalik pada jodoh… kalau dah tertulis dia bercinta dengan artis, itu jodoh dia. Cuma setahu saya Wanna mungkin akan cari orang yang ada masa depan yang cerah,” ujarnya.

 

Sumber: limauais



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم