Milan: Pelik tapi benar namun itu yang berlaku kepada lelaki di Itali ini yang nekad berjalan kaki sejauh 420 kilometer (km) kerana mahu mencari ketenangan selepas bergaduh dengan isterinya.
Lelaki berusia 48 tahun dari bandar Como di utara Milan itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya akhir bulan lalu sebelum memutuskan berjalan sejauh itu tujuh hari.
ARTIKEL MENARIK:Kalini kecantikan isteri Menteri Kewangan pulak tarik perhatian rakyat. Mengejutkan rupa rupanya isteri Tengku Zafrul bukan calang calang orang.
Peliknya, dia nekad berjalan tanpa henti dan hanya berhenti selepas polis menemuinya seminggu kemudian.
Polis peronda menemuinya di Gimarra di kawasan pantai Adriatic, kira-kira 418km dari rumahnya.
Pasukan polis itu membuat rondaan di sekitar Gimarra untuk memastikan orang ramai patuh perintah berkurung Covid-19 sebelum terserempak dengan lelaki itu berjalan kaki jam 2 pagi.
Mereka memberhentikan kenderaan dan bertanyakan beberapa soalan sebelum akhirnya lelaki itu dibawa ke balai polis berhampiran apabila menyedari dia dilaporkan hilang oleh isterinya.
Lelaki itu menjelaskan, dia berjalan kaki sejauh itu kerana mahu mententeramkan diri selepas bertengkar dengan isterinya.
“Saya terus berjalan sepanjang jalan. Saya tidak menaiki apa-apa kenderaan.
“Selama tempoh itu, saya hanya bergantung ihsan makanan dan minuman yang diberikan orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanan saya.
“Saya baik saja, cuma sedikit keletihan,” katanya dalam portal Oddity Central.
Polis melepaskan lelaki itu selepas mendengar penjelasan luar biasanya, namun lelaki itu tetap didenda 400 Euro (RM1,968) kerana melanggar peraturan perintah berkurung.
Malah, polis menempatkannya di sebuah bilik hotel untuk berehat sehingga isterinya tiba untuk mengambilnya.
kredit harian metro
Kredit -
إرسال تعليق