Pelakon Puteri Aishah sebelum ini ada berkongsi tentang operasi yang dilakukan kerana terputs arteri jari.
Terbaharu pada 8 Disember 2020, Puteri telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang menunjukkan dirinya berada di atas katil sebuah hospital.
ARTIKEL MENARIK:Baru baru ini Noraniza Idris dikritik kerana suara teruk. Sekali Aishah bagi komen lagi padu selepas sahaja isu ini tular di kalangan warganet
Melalui caption:-“Alhamdulillah.. selesai dah operation buang imp4cted tooth and cy5t. Tahun ni banyak kali keluar masuk hospital It’s okay, ada orang kata I’m strong girl p/s: gelang pink tu bukan gelang qvarantine ye. Tu gelang ward utk day care. #gambarbeforemasukOT”
Menurut Puteri, kali ini dia ke hospital kerana menjalani operasi yang dilakukan untuk membuang imp4cted tooth dan cy5t. Be strong Puteri!Banyak kali masuk hospital pun tidak mengapa, asalkan dapat hilangkan rasa a atau ketidakselesaan.Kami di Hot FM mendoakan semoga Puteri cepat sembuh!Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral Sumber : Hot.fm
Pernah Disahkan Positif COVID19. Ashraf Muslim Dan Puteri Aishah Bongkarkan Perasaan Mereka Dan Cerita Keadaan Sebenar Yang Berlaku Ke Atas Diri Mereka
“Adakah saya akan pergi buat selamanya?” Siapa saja yang tak cuak kalau tiba-tiba doktor mengesahkan dijangkiti COVID-19! Sudah tentu akan risau dan takut. Macam tu lah perasaan beberapa individu yang pernah dijangkiti wabak pandemik ini.
Tak terkecuali dua rakan artis kita iaitu Ashraf Muslim dan Puteri Aishah yang turut dijangkiti dan berkongsikan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus ini pada April lalu. Alhamdulilah sekarang dah sembuh sepenuhnya. Walaupun dah sembuh, tapi pengalaman yang mereka lalui takkan dapat dilupakan. Puteri Aishah pernah berkongsi pengalaman dia semasa dirawat di Hospital Sungai Buloh. Doktor dan nurse yang melayan sangat baik.
Macam tu juga dengan Ashraf Muslim yang dirawat di hospital sama. Layanan yang doktor dan nurse berikan sangat baik dan dia bersyukur wabak itu hilang selepas dirawat di sana. Malah dia rasa sayu nak tinggalkan rakan-rakan yang ada di sana yang dianggap macam keluarga dah.
Komitmen Doktor & Nurse A++
Kalau kita nak tengok komitmen yang frontliner bagi pada kita sejak COVID-19 ni terjadi, memang tak terungkap dengan kata-kata. Semangat mereka dan tanggungjawab yang mereka bagi pada pesakit COVID-19 tak pernahnya kurang walau sikit pun.
Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, ni kan pula mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama. Mau berbekas gais. Anda tengok sendiri berapa lapis yang mereka perlu pakai.
Satu lagi, mereka pun menggadaiikan nyawa dengan tugas berbaahaya itu. Dalam pada mereka dok uruskan pesakit COVID-19 tu tak mustahil kalau mereka tak mudah dijangkiti. Sebab tu mereka kena sentiasa dalam mod berwaspada dan hati-hati.
Macam Puteri Aishah pernah cakap, dia rasa insaf bila tengok mereka ni depan mata. Jadi, kita patut patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuat kuasa kerajaan hingga Disember ni okay. Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini. Kita jangan pula dok tambah bilangan pesakit tu.
Sebenarnya ramai pesakit yang dijangkiti dengan COVID-19. Ada yang sudah tiada dan ada yang sembuh sepenuhnya. Bagi mereka yang pernah dijangkiti dan sembuh, tak mudah juga nak kembali pada kehidupan normal. Ada jer yang pandang serong pada mereka. Ye lah, takut dijangkiti sedangkan mereka dah pulih sepenuhnya. Jadi, kalau anda ada teman-teman rapat dengan bekas pesakit COVID-19 ni jangan pandang serong pada mereka, tapi bagi semangat untuk mereka ni teruskan hidup macam biasa okay.
Follow 6 Langkah Ini Kalau Tak Nak Dijangkiti COVID-19
Okay gais, kalau anda nak jadi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, anda kena ikut 6 langkah ni untuk membasmi penularan wabak COVID-19 ini. Beri masa pada geng frontliner untuk rehat dan tak busy untuk jaga ‘pendatang baru’ pesakit COVID-19.
1. Lakukan Saringan. Jika anda ada gejala tidak sihat seperti simptom-simptom seperti demam, batuk, sesk nafas, sesak nafas, kesukaran bernafas, sakit otot, menggiigil dan keletihan, anda perlu pergi membuat saringan kesihatan. Bantu diri anda dan juga kerajaan untuk datang dengan sukarela dan bukannya mengharapkan kerajaan yang dapat ‘detect’ anda untuk datang buat saringan.
2. Kuarantin Diri. Kalau anda baru balik dari luar negara, anda perlu ke pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut. Jangan degiil dan pentingkan diri.Jadikan kes kluster Sivagangga yang berlaku di Kedah sebagai satu pengajaran. Jangan ‘biakkan’ virus COVID-19 ini okay! Pergi ke klinik atau hospital terdekat kalau anda mendapat gejala simptom COVID-19.
3. Memakai Topeng Muka. Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali. Anda perlu kerap tukar topeng muka dari masa ke semasa. Jangan ‘kedekut’ duit untuk belikan mask yang baru. Biar habis duit untuk mencegah daripada anda kena tanggung kos yang lebih tinggi jika dijangkiti wabak ini.
4. ‘Stay at Home’. Kalau anda kekal berada di rumah, ianya dapat mengelakkan anda dari dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Mungkin sebelum ni kita sibuk dengan kerja sampaikan tak sempat nak luangkan masa dengan keluarga, jadi inilah peluang itu. Walaupun dalam tempoh PKPP, kita dilonggarkan untuk bergerak, namun anda kena sentiasa patuhi SOP yer.
5. Tingkatkan Kebersihan Diri. Jangan malas mandi! Anda perlu kerap mandi dan cuci tangan dengan cara yang betul. Ataupun anda boleh jer gunakan hand sanitizer untuk cegah daripada virus COVID-19 ini. 6. Jaga Jarak 1 Meter. Ini sangat penting. Sentiasa jaga jarak 1 meter antara satu sama lain kalau anda berada di luar. Penjagaan dan langkah-langkah ini dapat mengelakkan anda daripada senang dijangkiti COVID-19.-rotikayya
Ashraf Muslim positif COVID-19
KUALA LUMPUR: Pelakon, Ashraf Muslim mengesahkan positif COVID-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu. Sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi luahan hati menerusi entri Instagram (IG), tengah hari ini.
Ashraf memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan. “Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian COVID-19. “Ya, saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.
“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans. “Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya. Dalam entri itu, Ashraf turut memohon doa orang ramai untuknya dan mereka yang disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun, Ashraf tidak mendedahkan secara terperinci lokasi hospital menjalani rawatan dan kuarantin. “Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit COVID-19. Semoga Allah jauhkan wabak ini, tidak berterusan dan menyihatkan semua.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan wartawan yang menghubungi saya. Harap faham dengan situasi saya sekarang. “Tak lupa kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan mereka yang terbabit. Terima kasih, kalian adalah hero kami,” tulisnya.
Pelakon filem Aku Masih Dara dan Bukan Cinta Malaikat itu berkata, dia berharap keluarganya mendoakannya dijauhi segala kesulitan. “Kepada Mama, Ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah, doakan ayah supaya pulih daripada virus ini dengan cepat. Supaya kita dapat berjumpa beramai-ramai.
“Ayah rindu sangat, tetapi jangan risau ayah okay, sihat, boleh solat dan baca al-Quran seperti biasa.“Berprasangka baik pada Allah. Hanya Allah memberikan sakit dan memberikan kesembuhan,” tulisnya.Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.
Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama 26 episod siaran RTM itu tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu. Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.-bh
Puteri Aishah positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland 31 Mac lalu
Puteri Aishah baru pulang dari menjalani penggambaran di Scotland. SELEPAS pelakon dan pendakwah PU Riz disahkan positif Covid-19, kali ini aktres Puteri Aishah turut dijangkiti virus bahaaya itu. Menurut pengurusnya, Iman Tang, Puteri Aishah menerima panggilan pengesahan daripada pihak hospital pada petang Selasa.
“Assalamualaikum… Puteri Aishah telah diuji positif Covid-19 beberapa jam lalu. “Dia pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu dan telah menjalani kuarantin sendiri. Perkongsian pengurus Puteri Aishah di Instagram mengejutkan peminat.
“Sekarang menunggu pihak hospital mengambilnya di rumah. Tolong doakan supaya dia cepat sembuh. Stay strong Puteri,” katanya kepada mStar. Difahamkan Aishah bersama beberapa pelakon lain dan kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu.
Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa. Sementara itu, menerusi ruangan komen di foto terakhir yang dimuat naik di Instagram, rata-rata pengikut mendoakan kesihatan pelakon drama Terima Aku Seadanya ini.
Ini termasuklah rakan artis antaranya Lisa Surihani, Sherry Ibrahim dan Adeline Tsen.Pengarah drama Rahila Ali.Dalam perkembangan lain, pengarah drama tersebut iaitu Rahila Ali mengesahkan dirinya termasuk pelakon dan kru produksi disahkan positif Covid-19.Rahila memberitahu, dia berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bersama 18 orang kru termasuk pelakon. Bagaimanapun, penggambaran terpaksa dihentikan dan mereka pulang ke Malaysia selepas diarahkan berbuat demikian. Drama berjudul Demi sebanyak 26 episod itu untuk siaran RTM.-mstar
Kredit -
إرسال تعليق