London: Seorang remaja lelaki dari Staffordshire, United Kingdom (UK) yang baru tersedar daripada koma, tidak tahu mengenai Covid-19, walaupun sudah dua kali dijangkiti dan pulih daripada virus berkenaan.
The Guardian melaporkan, ia berikutan kecederaan otak dialami Joseph Flavill, 19, selepas terbabit kemalangan akibat dilanggar kereta.
ARTIKEL MENARIK:Gara-gara mahu jadi cantik, gadis 16 tahun ini sanggup jalani 100 pembed4han pl4stik
Ketika kejadian, dia berjalan di Burton Trent, Staffordshire pada 1 Mac tahun lalu iaitu tiga minggu sebelum UK melaksanakan sekatan pergerakan.
Kesannya, Joseph tidak sedarkan diri hampir setahun, tetapi dia kini semakin pulih.
Ibu saudaranya, Sally Flavill Smith berkata, Joseph tidak tahu apa yang berlaku termasuk wabak Covid-19 kerana koma sejak 10 bulan lalu.
Katanya, keadaan Joseph kini bertambah baik.
“Jika seseorang memberitahu dia yang akan berlaku sepanjang tahun lalu, saya tidak fikir dia akan mempercayainya.
“Saya tidak tahu bagaimana Joseph akan memahami apa yang sudah kita lalui,” katanya.
Menurut Flavill Smith, keluarga sudah berusaha menjelaskan kepada Joseph melalui panggilan video bahawa mereka tidak dapat bersamanya kerana kekangan berikutan Covid-19.
Tetapi, mereka belum dapat memberitahunya mengenai skala pandemik berkenaan
“Dia (Joseph) tidak tahu mengapa dia ada di sana (hospital) sebaik terjaga daripada koma.
“Kami bercakap mengenainya di telefon dan berusaha meyakinkannya bahawa kami benar-benar ingin berada di sana memegang tangannya, tetapi tidak dapat melakukannya kerana Covid -19.
“Namun, kami berusaha sebaik mungkin dan apabila bersemuka nanti, kami pasti berusaha menjelaskan kepadanya apa yang telah terjadi,” katanya.
Joseph sebelum ini dirawat di Hospital Besar Leicester dan sudah dipindahkan ke pusat jagaan Adderley Green di Stoke-on-Trent untuk meneruskan rawatan pemulihan.
Flavill Smith berkata, anak saudaranya itu juga sudah dapat mengikut arahan seperti menyentuh telinganya.
Selain itu, remaja itu sudah boleh menggerakkan kakinya, menjawab ya dan tidak dengan isyarat mata.
Katanya, senyuman pertama remaja itu membuatkan mereka menangis.
“Perjalanan masih jauh, namun perubahan ditunjukkannya dalam tiga minggu kebelakangan ini sangat luar biasa,” katanya.
Sementara itu, ibu Joseph, Sharon berkesempatan melawat anaknya itu pada hari ulang tahun remaja itu yang ke-19, pada Disember lalu.
Tetapi dia terpaksa mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pakaian perlindungan diri (PPE), sepanjang masa.
kredit harian metro via Kartel Dakwah
Post a Comment