Saksi Lihat Kejadian Mengerikan, Lelaki Lempar Kotak Dalamnya Ada Kepala Manusia Berdarah
loading...

Paris: Seorang lelaki di Perancis ditahan, petang Isnin lalu selepas pihak polis menemui kepala manusia dalam kotak kadbod dilemparkan dari tingkap sebuah unit flat.

Saksi Lihat Kejadian Mengerikan, Lelaki Lempar Kotak Dalamnya Ada Kepala Manusia Berdarah



Sumber polis bagaimanapun menolak penemuan mengerikan di Toulon, sebuah bandar di selatan Perancis itu, ada kaitan dengan serangan pengganas.

ARTIKEL MENARIK:Remaja Koma 10 Bulan Tak Tahu Covid19 Sedang Melanda, Sukar Percaya Apa Yang Berlaku
loading...


Jurucakap polis memaklumkan, saksi kejadian melihat kotak kadbod itu terjatuh daripada tingkat atas sebuah flat di kawasan berhampiran pelabuhan, jam 2.30 petang.

Sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dan melihat seorang lelaki di tingkap dengan darah di tangannya.

Lelaki itu pada mulanya mengurung dirinya di dalam unit flat itu, tetapi dia ditangkap selepas polis memecahkan pintu rumah suspek.

Tiada pegawai polis cedera dalam operasi itu dan lelaki ditahan juga tidak mengalami kecederaan.



loading...


“Tiada bukti untuk mengaitkan insiden itu dengan kegiatan pengganas,” kata pejabat pendakwa tempatan kepada AFP.

Sumber polis lain mengatakan bahawa kepala yang terdapat di dalam kotak itu adalah salah seorang daripada dua gelandangan yang bermalam di unit flat itu.

Menurut sumber sama, polis di bandar itu juga meleraikan satu pergaduhan di flat berkenaan berkenaan pada malam sebelumnya.

Difahamkan, ketika pergaduhan itu, hanya mangsa dan suspek berada di dalam unit flat berkenaan.

kredit harian metro via Kartel Dakwah



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم