Anak sanggup pesan kat mak ayah pakai baju sama seperti 5 tahun yang lalu. Tak sangka perkongsian yang dibuat raih perhatian ramai
loading...

Baru baru ini tular foto tahun 2016 dan 2021 yang telah dikongsi di Twitter. Sudah tentu setiap insan yang bergelar pelajar pastinya menyimpan seribu satu kenangan pada zaman persekolahan. 

Anak sanggup pesan kat mak ayah pakai baju sama seperti 5 tahun yang lalu. Tak sangka perkongsian yang dibuat raih perhatian ramai

 


Terbaru seorang remaja ini bettindak untuk berkongsi foto hari pertama dan terakhir dia bersekolah. Perkongsian yang dikongsi di Twitter,Ishqi Azrai Mustaffa berkongsi beberapa foto memaparkan dia dan ibu bapanya di asrama Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak, pada 2016 dan 2021.

ARTIKEL MENARIK:Ramai yang sangka makcik marah sebab tak tahan dengan bunyi azan yang terlalu kuat. Tak boleh berdiam akhirnya jiran tampil jelaskan perkara sebenar yang ramai tak tahu.
loading...


Ujarnya “Gambar pertama dirakam ketika hari pertama saya masuk asrama pada tahun 2016. Gambar kedua pula dirakam pada Rabu lalu, hari terakhir saya di sekolah itu.”Sebelum mak ayah datang jemput ke asrama, saya juga minta mereka pakai pakaian dan tudung sama yang dipakai pada tahun 2016.”Nasib baik baju dan tudung masih ada, cuma ayah kata bajunya ketat sedikit. Yang pakaian sama tu memang saya rancang,”

Lebih gemar disapa Ishqi, dia yang menduduki kertas peperiksaan terakhir bagi subjek Biologi pada Selasa lalu dedahkan perjalanannya di sekolah bukanlah satu proses yang mudah untuknya. Tambahan pula dia juga merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di institusi pengajian terkemuka itu.”Kalau tengok gambar hari pertama pada tahun 2016 tu, nampak muka saya macam tak rela. Saya ambil masa sehingga tingkatan empat barulah dapat sesuaikan diri.


Ceritanya lagi “Masa tingkatan satu, setiap malam saya hubungi mak. Saya alami homesick. Setiap minggu mak ayah datang melawat, mereka pujuk saya jangan keluar sekolah tu.”Masa tingkatan dua dan tiga juga pernah nak tukar sekolah, tapi tak jadi sebab sekolah yang saya nak masuk tu dah penuh.”Memang takdir untuk saya kekal di MCKK. Tingkatan empat baru saya sesuaikan diri dan mula mengenali alam persekolahan sebenar. Baru rasa seronok duduk asrama,”

Kembali imbas Ishqi yang menetap di Sri Iskandar, malam terakhir dia di sekolah itu turut menjadi kenangan cukup indah buat dirinya.Dia dan rakan-rakan yang selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal menahan sebak mengenangkan perpisahan yang akan berlaku.”Masa habis last paper, kami ramai-ramai menjerit. Pergi berendam dalam kolam pakai baju sekolah, main bola pakai baju sekolah.

“Malamnya kami ada menyanyi bersama-sama, memang tak tidur. Kemudian kami bersembang, semua menangis.”Saya pun sedih, rasa menyesal sebab lambat untuk betul-betul hargai setiap saat di sekolah dan asrama,” ujarnya.Menurut Ishqi, dia berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan menyimpan impian bergelar peguam suatu hari nanti.Sehingga kini, posting gambar kenangan Ishqi bersama bapa, Mustaffa Mohsin, 63, dan ibunya, Rozita Mat Zahari, 53, di laman Twitter meraih lebih 3,600 ulang kicau (Retweet).


Pelajar Cemerlang Bakal Terima Tajaan Hampir RM40 Ribu Dari Ustaz Ebit Lew Untuk Lanjutkan Pelajaran. Mengejutkan Sampai Kos Ni Pun Ustaz Ebit Nak Tanggung.

Sebelum ini, menjadi perbualan ramai mengenai seorang pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi dia terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana punyai kekangan kewangan. Kisah Nurul Asma Alya ditawarkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang perakaunan itu

bagaimanapun telah jadi perhatian pendakwah bebas iaitu Ebit Lew bagi menghulurkan bantuan. Ebit Lew menerusi postingnya di laman Facebook memaklumkan akan menaja kos pengajian sepenuhnya kepada pelajar dari Tumpat, Kelantan itu termasuk juga kos penginapan.

Pelajar cemerlang MRSM

Ebit Lew berpeluang menziarahi kediaman keluarga pelajar berkenaan di Tumpat. Sebelum ini, dia mengambil maklum bahawa Nurul Asma Alya merupakan salah seorang pelajar cemerlang ketika menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat dan mendapat keputusan cemerlang ketika melanjutkan pelajaran peringkat diploma ke Kolej Profesional Mara.

Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya terkabulkan. Saya terbaca kisah adik ini pelajar MRSM Tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting KPM dapat 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants (ACCA).

Taja RM40 ribu termasuk penginapan

Selain itu, Ebit Lew turut akan menaja kos pembelajaran pelajar ini dengan anggaran sebanyak RM40 ribu termasuk penginapan bagi tempoh dua tahun setengah. Urusan kemasukannya juga sudah dibincang dengan pihak universiti dan dia bakal melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pada bulan April 2021 ini.

Saya akan taja penuh RM 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop dan router serta WiFi.

WiFi oleh Digi free setahun. Berita sedikit duit sumbangan buat mak adik ini. Saya jadi sedih sebab keluarga ni asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang di luar sana ye.

Sebelum ini, media melaporkan keluarga Nurul Asma Alya mengalami masalah berdepan ketiadaan beras dan lauk di rumahnya. Tambahnya, penutupan kantin sekolah pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ibunya tidak dapat bekerja.

Dia juga tidak dapat menduduki peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) yang perlu dibayar dengan harga RM800 pada Oktober tahun lepas. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Oh Bulan

Sebelum Ni TMJ Hadiah Kan RM200 Ribu Untuk Misi Bantuan Yang Dijalankan Oleh Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit Nekad Beli Lagi 500 Tab Untuk Diedarkan Pada Pelajar.

Umum sedia maklum bahawa sebelum ini pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew telah menghadap DYMM Tengku Mahkota Johor (TMJ). Dalam pertemuan tersebut, baginda TMJ telah berkenan menghadiahkan RM200,000 bagi misi bantuan yang dijalankan oleh Ebit Lew.

Akan edar 500 Tab belajar

Oleh hal yang demikian, beliau telah menggunakan sebahagian daripada sumbangan tersebut dengan membeli 500 buah Tab belajar untuk diedarkan kepada para pelajar yang memerlukan. Menurut pendakwah itu lagi,

500 Tab yang sudah dibeli akan diedarkan pada hari ini juga kepada mereka yang memerlukan bagi tujuan kelas secara online. Di akhir perkongsian tersebut, Ebit Lew menzahirkan rasa syukur kerana sebahagian Tab yang dibeli telah sampai dan sebahagian lagi akan menyusul.

Terus berjuang untuk masyarakat

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet seperti biasa berasa terharu dengan sikap pendakwah itu kerana terlalu prihatin dengan rakyat Malaysia. Mereka juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada TMJ kerana memberikan hadiah berupa wang ringgit yang sekali gus membantu misi bantuan dijalankan oleh Ebit Lew.


Sumber: Ebit Lew

 

loading...


Ramai Yang Terkejut Bila Tmj Terima Kunjungan Ustaz Ebit Lew. Rupa Rupanya Ada Hadiah Yang Ustaz Ebit Lew Bagi Pada Tmj.

Ebit Lew satu nama yang bukan calang calang dan dikenali seluruh rakyat Malaysia. Beliau menjadi terkenal bukan kerana terlibat dalam nyanyian atau pun seorang selebriti tetapi beliau terkenal kerana keikhlasan beliau membantu orang susah.

Dimana ada orang susah atau memerlukan bantuan sudah pasti Ebit Lew akan sampai untuk membantu. Ebit Lew dan ahli pasukan beliau telah merantau seluruh pelusuk Malaysia untuk membantu orang orang yang memerlukan. Dari menghadiahkan wang ringgit, membeli motorsikal baru, mencari rumah kediaman untuk yang tidak berkemampuan dan macam macam lagi usaha yang Ebit Lew buat untuk membantu orang susah.

EBIT LEW BERJUMPA TMJ

Usaha terakhir Ebit Lew adalah membantu orang susah yang berada di Sabah. Ianya berakhir dengan satu kesedihan apabila ada isu dimana Ebit Lew tidak dibenarkan berada di kawasan tersebut atas faktor keselamatan. Melalui laman rasmi TMJ, @HRH Crown Prince of Johor satu posing telah dimuat naik dimana TMJ menerima kehadiran Ebit Lew. Ini kata kata TMJ.

“Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas. Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya. Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah”

Di dalam gambar tersebut kelihatan Ebit Lew telah menghadiahkan sehelai baju kepada TMJ. Umum sedia maklum, nama TMJ sering menjadi bualan hangat warganet. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

TMJ hadiahkan RM200 ribu, taja pergi umrah

Ebit Lew dalam perkongsian di laman Instagramnya turut berkongsi bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah terkenal itu. ”Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

” Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia. ” Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan naikkan institusi pendidikan,” tulisnya. Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail kerap memberi semangat kepadanya sejak mula melakukan kerja kebajikan.

Ebit Lew malu sangat, TMJ layan dia macam kawan

” Saya malu sangat. Terharu akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa. ” Dari awal lagi masa beri bantuan TMJ selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau yang paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tetapi berjaya,” katanya.

” Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. ” Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” tulis Ebit Lew.

“ALLAH SAYANG TMJ”

Sememangnya unik pemberian Ebit Lew kepada TMJ. Alhamdullilah.. Semua mengucapkan syukur Alhamdullilah apabila 2 ikon mereka bertemu. Ada yang tinggalkan komen meminta negeri Johor menganugerahkan Ebit Lew dengan pangkat.

TMJ BERI SUMBANGAN KEPADA EBIT LEW. Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tuanku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan. Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa.

Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. RAJA JOHOR. Menjunjung kasih Tuanku. InsyaAllah Tuanku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami.


Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat pertemuan kedua-dua individu yang sentiasa berada di hadapan dalam membantu golongan kurang bernasib baik ini. Ebit Lew pastinya akan dikenang sebagai individu luar biasa dalam menyalurkan bantuan kepada setiap golongan susah di seluruh pelusuk negara.

Sementara TMJ pula pastinya akan diingati sebagai seorang anak raja yang sering menyantuni rakyatnya terutama di negeri Johor dan menghulurkan sumbangan peribadi. ” Ustaz telah buka ramai mata pemimpin. Harap lepasni ramai ahli politik, menteri2 boleh bekerja sama dgn ustaz. Tahniah ustaz. Kami sayang ustaz” tulis Safiq.

Sumber:k0smo dan IG Ebit Lew

Jangan Ingat Selamat Walaupun Dikelilingi Komando. Ustaz Ebit Lew Tak Dibenarkan Untuk Teruskan Misi Sekali Tiba Tiba Ada Individu Dedahkan Pasal Benda Ni Buat Ustaz Ebit Terdiam.

Perkongsian pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew di Instagram yang memaklumkan beliau tidak dibenarkan meneruskan misi menghantar bantuan makanan ke pulau-pulau di Semporna menarik perhatian ramai. Pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew turut memberitahu, antara hkman boleh dikenakan didnda 100 ribu atau ditahan 3 tahun sekiranya ingkar.

Susulan dari itu, pelbagai pihak telah tampil memberi kenyataan termasuk pihak polis dan kerajaan negeri Sabah yang menafikan mereka menghalang Ebit Lew menyalurkan bantuan. Namun apa yang difahami, pihak polis antara lain mengatakan perkara itu melibatkan isu keselamatan Ebit Lew sendiri.

Sementara itu, seorang penulis terkenal, Syahril A. Kadir menerusi satu perkongsian di Facebook berkongsi pengalaman beliau ketika bertugas di Lahad Datu sewaktu pencerobohan tentera Sulu. Syahril antaranya mendedahkan ‘kecekapan’ puak-puak itu dalam melakukan jnyah tidak harus dipandang remeh.

”Aku dah lihat sendiri kkjman puak-puak tntera Sulu masa pncerbhan Lahad Datu dulu. ”Aku dah lihat sendiri bagaimana mereka menggunakan segala teknik dan kemahiran yang mereka miliki untuk ambil, membahayakan anggota pasukan keselamatan kita. ” Sepanjang berada buat liputan di sana, walaupun dikelilingi anggota komando tentera dan unit khas polis, kami wartawan sendiri sedaya mungkin memakai jaket kali peluru dan helmet untuk keselamatan diri.

Amal ilmu mistik

” Kecekapan ‘puak-puak’ ini jangan pandang rendah, dengan kemahiran menyelam, kemahiran snjta api, kemahiran tipu muslihat dan dengan segala ilmu mistik yang mereka miliki, dengan petik jari saja mereka boleh ambil dan sampai ke tahap membahayakan jika mereka mahu.

” Justeru bila polis bagi ‘hint’ tertentu maka paham-paham sendirilah. ” InsyaAllah, takde siapa nak halang kita buat kebajikan, tetapi pada masa yang sama jangan ambil mudah soal nywa dan keselamatan. ” Kita mungkin tak sedar, tetapi tak mustahil ada mata yang sedang memerhati dan menunggu masa untuk membuat angkara!” tulis Syahril.

Terdahulu Ustaz Ebit meraih perhatian ramai apabila kisahnya yang berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam tular di media sosial. Tidak terhenti di situ, Ebit juga berikrar yang beliau akan terus membantu penduduk di kawasan tersebut dan kini sedang berikhtiar untuk membina sekolah serta menyediakan ustaz untuk mengajar penduduk di sana.

Namun hari ini berita menyedihkan dikongsi beliau apabila menyatakan misi bantuannya untuk membantu penduduk kepulauan tersebut terpaksa dihentikan. ” Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

” Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan diminta untuk berhentikan bantuan di sekitar kepulauan ini kerana ia menyalahi undang-undang. ” Saya juga dimaklumkan yang saya bakal berdepan dnda RM100,000 atau ditahan tiga tahun.

” Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. ” Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” tulisnya lagi dengan penuh kesal.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw/2021/02/03/walaupun-dikelilingi-komando/

Ramai Yang Pelik Kenapa Bantuan Amal Ustaz Ebit Lew Dihentikan. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Bantuan Tu Terpaksa Dihentikan Buat Ramai Yang Terkedu.

Kecoh di media sosial selepas pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terpaksa menangguhkan misi-misi bantuan termasuk membina sekolah untuk orang Bajau Laut di pulau-pulau berdekatan perairan Semporna, Sabah. Menurutnya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya atas sebab-sebab tertentu dan boleh berdepan dnda sekiranya ingkar arahan tersebut.

Kini, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan tertanya-tanya kenapakah beliau harus menghentikan misi mulia itu sedangkan niatnya hanya untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk-penduduk di sana yang memerlukan bantuan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali telah memberi penjelasan berikut ramai warganet seakan marah apabila Ustaz Ebit Lew terpaksa menghentikan bantuan seperti barangan keperluan harian, pakaian, duit, membina sekolah dan sebagainya. Menurut Datuk Hazani, semua ini adalah kerana isu keselamatan Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit Lew dikategorikan sebagai seorang Very Very Important Person (VVIP) yang bukan sahaja dikenali ramai malahan mempunyai pengaruh yang sangat besar. Keselamatannya di sana membimbangkan pihak polis apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi pulau-pulau dan perkampungan sebelum ketahui status penduduk di situ.

Untuk pengetahuan anda, lokasi pulau-pulau yang terletak di perairan Semporna sebenarnya merupakan kawasan ‘Rdzone’, berbahaya dan berisiko tinggi yang terletak di bawah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). Ada beberapa tempat yang dikunjungi Ustaz Ebit Lew berisiko tinggi dan kebarangkalian sesuatu yang tidak diinginkan boleh berlaku sekiranya ada yang terleka.

Walaupun, ada yang sentiasa mengiringi Ustaz Ebit Lew seperti APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan 69 Komando, PGA dan Angkatan Tentera Malaysia namun apa sahaja perkara ‘di luar jangkaan’ mungkin boleh berlaku. Ramai penduduk Sabah sendiri mengakui mereka takt untuk ke kawasan seperti perairan Semporna kerana khuatirkan keselamatan mereka.

Oleh itu, langkah terbaik adalah dengan menghentikan sementara segala misi-misi bantuan ini demi kebaikan semua. Rata-rata masyarakat di sana adalah bukan berstatus warganegara malah majoriti mereka juga tidak mempunyai identiti pengenalan diri.

Usaha keras Ustaz Ebit Lew amatlah dihargai dan kami berharap semoga impian beliau untuk membantu mereka di sana akan dapat diusahakan dan diteruskan di masa akan datang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HMetro

Lepas Tular Tentang Ustaz Ebit Lew Terpaksa Balik Dan Hentikan Program Sekali Tiba Tiba Pdrm Tampil Bersuara Lantang Buat Penjelasan. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Pdrm Punya Penjelasan.

Hari ini dalam satu posting di media sosial Ustaz Ebit Lew ada memuat naikkan satu luahan dan mohon maaf kerana tidak dapat lagi membantu penduduk di pulau-pulau di Semporna. Ustaz diberitahu bahawa antara hkman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau ditahan 3 tahun jika meneruskan misi bantuan berkenaan. Petang ini, Pesuruhjaya Polis Sabah menjelaskan bahawa tiada halangan kepada sesiapa untuk menjalankan aktiviti bantuan atau sebagainya

Kota Kinabalu: “Polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustad Ebit Lew di kawasan itu,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali hari ini.

Malah beliau berkata, polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana pert.ubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan. Bagaimanapun, menurut Hazani, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Kes.elamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas fakt0r keselamatan semata-mata.

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang pr0gram yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew. “Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan perlntah berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran,” katanya dihubungi.

Hazani berkata, perintah itu dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh penggns yang mengkritik keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah. “Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

“Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit,” katanya.Terdahulu, kenyataan Ustaz Ebit Lew tular di media sosial yang mendkwa dirinya terpaksa menghentikan misi bantuan kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna. Malah katanya, beliau turut diminta supaya menghentikan bantuan di sekitar daerah berkenaan.

Ebit Lew Minta Maaf Pada Penduduk Pulau Semporna Yang Di Islamkan, Bantuan Terpaksa Dihentikan

PENDAKWAH bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih mesra dikenali ustaz Ebit baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila kisahnya yang berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam tular di media sosial.

Tidak terhenti di situ, Ebit juga berikrar yang beliau akan terus membantu penduduk di kawasan tersebut dan kini sedang berikhtiar untuk membina sekolah serta menyediakan ustaz untuk mengajar penduduk di sana. Namun hari ini berita menyedihkan dikongsi beliau apabila menyatakan misi bantuannya untuk membantu penduduk kepulauan tersebut terpaksa dihentikan.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. “Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan diminta untuk berhentikan bantuan di sekitar kepulauan ini kerana ia menyalahi undang-undang.

“Saya juga dimaklumkan yang saya bakal berdepan hukuman denda RM100,000 atau ditahan tiga tahun,” tulisnya di Facebook. Sementara itu Ustaz Ebit juga turut meluahkan kekesalan beliau kerana terpaksa menangguh pembinaan sekolah dan memohon maaf kepada ustaz dan ustazah yang bakal berkhidmat di sana.

Selepas satu kampung peluk islam, Ebit berikrar sediakan sekolah dan ustaz untuk mengajar. “Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” tulisnya lagi dengan penuh kesal. Ramai yang bersedih dan menangis termasuk anggota yang mengiringi beliau ketika misi bantuan dibuat dan telah dianggap sebagai keluarga.

“Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri.“Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua,” katanya. Menurut Ebit, beliau seterusnya akan ke Tawau, Sabah dan menyempurnakan sedikit sumbangan seperti apa yang telah dijanji. “Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” pohon Ebit kepada Yang Maha Esa.



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post