Terbaru, Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti telah mengadaka sambutan majlis hari jadi yang ke 2 buat anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah.
Namun begitu, majlis tersebut diadakan secara sederhana dan ia masih tampak meriah kerana dihadiri ahli keluarga dan rakan rakan terdekat. Di sebalik kemeriahan majlis itu, muncul pula perdebatan antara warganet menerusi komen yang membincangkan foto terbaru dari Tokti.
ARTIKEL MENARIK:Tular Neelofa bergambar di tengah antara kakak dan abang ipar. Seorang doktor tampil beri nasihat
Dipercayai gambar yang menjadi perhatian warganet ialah makanan yang disediakan oleh pihak penaja untuk santapan para tetamu. Jika dilihat di ruangan komen, ramai tampil mempersoalkan kualiti imej udang butter yang disediakan.
Ta menunggu masa yang lama, Tok Ti tampil pertahankan dirinya selain menjawab pertanyaan warganet di ruangan yang sama. Bak kata orang, jika tiada sesuatu perkara yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam diri. Sebab terkadang, kata-kata itulah yang mampu melukakan perasaan seseorang atau memakan diri sendiri.Semoga dengan jawapan yang diberikan oleh Tok Ti dapat diterima ramai dan dijadikan pengajaran buat warganet yang lain..
Dalam Diam Tokti Dedahkan Bayi Lelakinya Dalam Kandunganya Kembar Aafiyah Buat Warganet Teruja. Rupanya Ini Yang Terjadi.
AWAL Disember lalu kita telah menerima perkhabaran gembira apabila Tok Ti atau Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan beliau melalui kehamilan kedua. Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.
Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Setelah itu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.
Apa yang lagi menarik, Tok Ti baru-baru ini turut memberitahu bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah. “Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu. “Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini.
Tok Ti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Sinar Harian
Ramai Yang Berteka Teki Akhirnya Siti Nurhaliza Dedahkan Jantina Ank Kedua Dia. Rupanya Dalam Diam Ini Jantina Ank TokTi
IMPIAN Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk dikurniakan cahaya mata lelaki akhirnya tercapai apabila penyanyi tersohor negara itu berkongsi berita gembira tersebut pada Ahad. Siti, 41, ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee mengumumkan jantina cahaya mata kedua yang dijangka akan lahir pada April tahun hadapan.
“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy… tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Siti. Manakala suaminya yang dikenali sebagai Datuk K mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.
“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya. Penyanyi lagu 7 Nasihat ini turut berkongsi mengenai kerjasama
dengan jurusolek artis iaitu Nuex Rosli dengan mengeluarkan produk terbaharu menerusi Shopee Live pada Sabtu. Pada 1 Disember lalu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.
Menerusi laporan mStar pada 2 Disember, Siti berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini namun tidak mengalami alahan yang teruk. Siti juga mengakui timbul kebimbangan hamil dalam keadaan pandemik Covid-19, justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.
Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti biasa sepanjang tempoh kehamilannya. “Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma, yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamil ini, saya tak boleh makan pedas.
“Sedangkan sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” ujarnya. Siti sebelum ini pernah mengalami kegguran pada November 2015.
Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Empat Bulan Lebih Simpan Rahsia. Akhirnya Datuk Siti Nurhaliza Tampil Bersuara Umumkan Tengah Hamil Ank Kedua. Rupa Rupanya Dalam Diam Dah Empat Bulan Datuk Siti Sorokkan.
SPEKULASI penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang hamil anak kedua terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan dia kini hamil empat bulan. Menurut Siti, 41, setelah lama menyimpan rahsia dan membiarkan peminat berteka-teki akhirnya dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tampil mengumumkan berita gembira itu semasa pelancaran produk Beausiti X Wonderlab pada Selasa.
“Alhamdulillah… syukur hari ini sangat bersejarah kerana saya dapat umum banyak perkara istimewa. Selain pelancaran Beautessence dan Beaunest, pelantikan Nabila Razali sebagai duta kempen… semestinya satu lagi pengumuman istimewa untuk semua.
“Dah lama menjadi teka-teki, ramai buat andaian dan hari ini cukup sesuai untuk saya kongsi dengan semua peminat, Alhamdulillah saya dan suami nak kongsi berita baik saya sudah hamil empat bulan. “Ramai mendokan dan rasanya ada yang dah boleh agak…
ada juga yang berteka-teki kerana saya diamkan diri. Dalam keadaan sekarang saya hanya duduk rumah. Doakan saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sehingga hari kelahiran,” katanya. Siti dan Khalid atau lebih dikenali Datuk K membuat pengumumam istimewa itu semasa pelancaran produk tersebut yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Sementara itu penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini berkata dia tidak kisah mengenai jantina anak kedua. “Lelaki atau perempuan kami terima dengan hati terbuka… tapi seronok tu kalau dapat sepasang,” ujarnya. Pada 25 September lalu, aksi Siti Aafiyah mencium perut ibunya ketika sedang bersiaran langsung di Instagram mencetuskan spekulasi penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil anak kedua.
Menerusi video berkenaan juga menunjukkan Aafiyah beberapa kali mencium perut ibunya dalam keadaan gembira dan teruja. Perkara itu menguatkan spekulasi isteri kepada ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, itu kini berbadan dua selepas mengumumkan berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.
Malah, peminat-peminat meluahkan rasa teruja dan menganggap kanak-kanak yang kini berusia dua tahun itu memberi hint bakal mendapat adik. Warganet turut mengucapkan tahniah kepada Siti dan mendoakan semuanya berjalan lancar
Siti sebelum ini pernah mengalami kegguran pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Kecoh Tentang Siti Nurhaliza Hamil. Kali Ni Video Tokti Seakan Bagi Hint Macam Tengah Hamil. Ini Yang Warganet Nampak Dalam Video Tu Sampai Ada Yang Teruja.
Sejak September lalu, spekulasi kehamilan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi kecoh di media sosial sehingga menjadi tanda tanya orang ramai terutama peminatnya. Terbaru, perkara tersebut kembali meraih perhatian apabila terdapat seorang pengguna laman Twitter memuat naik semula dua video Instastory milik penyanyi berusia 41 tahun itu.
Tokti bagi ‘teaser’ ke tu?
Satu video tersebut memaparkan penyanyi yang mesra dipanggil Tokti itu sedang merakam nasi ayam dimana kelihatan sedikit pada bahagian perutnya sekali gus menimbulkan spekulasi berkenaan. Satu lagi video pula turut
kelihatan bayang-bayang bentuk badan penyanyi nombor satu itu ketika melalui peti pasar raya seolah-olah sedang hamil. Posting itu dihujani pelbagai komen yang rata-rata mengakui ternampak seperti ‘baby bump’ selain meluahkan rasa teruja walaupun belum ada pengesahan daripada Tokti mengenai perkara tersebut.
“Katanya dah hamil 4 bulan..
“Aafiyah jadi kakak nanti..”
Terdahulu, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu menjalani pembedahan kecil sebagai persediaan untuk cahaya mata kedua selepas dikurniakan Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Twitter
Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Segala Teka Teki. Datuk Siti Nurhaliza Tampil Bersuara Buat Satu Pengakuan Bila Ditanya Tentang Hamil Ank Kedua.
Siapa tidak kenal dengan figura hebat ini yang sememangnya cukup sederhana orangnya. Tidak pernah sekali dirinya melatah apatah lagi memberi jawapan slnis tatkala ditanya soalan pnas. Dia seolah kebrl namun tidak lok3k manis senyuman.
Pastinya di tangga usia lebih dua dekad bergelar nakhoda bahtera seninya, bergentayangan pengalaman menjadi peta panduan. Pelbagai kontr0versl, pahlt difitnh dan bermacam lagi ujian sudah ditempvh memat4ngkannya. Diaju soal rezeki anak, mungkin bagi figura seni lain, itu cukup pahit untuk diteln hidup. Namun, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap membalas dengan lirik mata mengvkir senyumannya. Sementelah, ramai yang mula berspekvlasi tentang keh4milannya. Ada yang sudah seperti duduk serumah menglyakan desas desus itu.
Siti Aafiyah civm perut jer, kec0h satu Malaysia dikatakan h4miI
Ada juga mula menjadi Detektif Conan, mervngkai satu persatu bayangan yang ada. Mana tidaknya, hanya kerana puteri sulungnya, Siti Aafiyah mencivm pervtnya berulang kali tatakala bersama dalam sesi live penyanyi bersuara emas ini, kec0h terus media soslal.
Rata-rata seperti meraikan berita kemenangan yang ditunggu lama. Namun suri hati Malaysia ini mahu peminat terus mendoakan usahanya untuk mendapatkan cahaya mata keduanya.nMalah dia sendiri tidak pernah berselindung berhubung s0al rezeki anak.
” Mengenai prosedur lVF juga saya kongsikan sebelum berehat dahulu. ” Sesiapa yang mengetahui bagaimana proses dan perjalanannya, mereka akan memahami kenapa saya pinta untuk berehat. ” Semuanya ada prosedur dan saya menjalaninya dan berusaha apa yang terbaik. Saya kira diri perlu diberikan masa.
” Saya sendiri sudah memberitahu media dan peminat bahawa perlu berehat sebelum ini,” kata penyanyi yang sudah memiliki 19 album ini. Tidak terslnggung apatah lagi berkecil hati tatkala soalan tentang kehamilan diulang tanya, jelas penyanyi lagu berh4ntu Cindai ini, apa yang dia dambakan kini adalah doa ikhlas daripada peminat tersayang.
” Saya tidak pernah berselindung tentang saya mahu berehat dan berusaha untuk mendapatkan zurlat. ” Tentunya saya meminta masa untuk semua ini. Justeru, saya hanya mohon para peminat mendoakan apa yang terbaik,” kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.
Bukan mudah bergelar seorang Siti Nurhaliza. Setiap gerak geri, tindak tanduk diperhatikan segenap manusia. Bvruk baik sentiasa diperkatakan. Itu bayaran setimpal seorang anak seni. Populariti itu bukan hadir bersama suka. Disulami duka, itu pastinya ada dalam setiap diari hidup anak seni berjaya. Begitu juga Siti Nurhaliza. Ada sahaja yang tidak suka, tidak berpuas hati.
Sering kali dikrltlk soal penampilannya, menerusi muzik video lagu baharu, Siapa Tak Mahu, Siti Nurhaliza seperti ‘membalas dndam’. Menutup mulut-mulut nakal yang sering kali melabelnya sebagai sasaran fesyen.
Mana tidaknya, gaya penampilannya dipuji ramai. Malah, peminat sangat suka dengan kesegaran dan fesyen yang ditampilkan dalam muzik video tersebut. Tidak hairan, hanya dalam seminggu, video itu sudah mendapat lebih 2.1 juta tontonan!
Sumber:utusan
Untung Dapat Jadi Pengasuh Aafiyah. Akhirnya Terbongkarkar Identiti Sebenar Gadis Cantik Yang Selalu Ada Dengan Tokti Ni. Mengejutkan Rupa Rupanya Dia Bukan Calang Calang Orang.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita cantik yang membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah. Kalau nak tahu, pemilik nama Dayah Zubit ini merupakan pengasuh kesayangan Aafiyah.
Menerusi perkongsian di portal InTrend, Dayah membuka cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Datuk Siti Nurhaliza. Ini merupakan fakta-fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Aafiyah.
1.Dayah berusia 24 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah. 2.Mempunyai diploma dalam bidang Kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Datuk Siti sedang mencari jururawat peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasan untuk menjaga Aafiyah.
3.Dayah menghubungi pengurus Datuk Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra Datuk Siti) untuk sesi temuduga. 4.Nervous! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Siti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.
5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” ujarnya.
6.21 Mei 2018 bermulalah kerja baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah. 7. “Tidak dinafikan, perasaan bercampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan.
Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” jelasnya.
8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Siti dan Datuk K. Kata Dayah, Siti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa seperti keluarga sendiri dan tidak terasing.
9.Menurut Dayah, Siti merupakan seorang ibu yang lembut, seperti mana yang kita tengok di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah. 10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah. Terdahulu Dayah juga pernah merakamkan video pendek gelagat Aafiyah melakukan #patiencechallenge (ujian kesabaran) yang tular sekitar Mei lalu.
Sumber: InTrend
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK
Heboh Tentang TokTi Hamil Lagi Ank Kedua. Setelah Sekian Lama Berteka Teki Akhirnya TokTi Tampil Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu. Rupa Rupanya Ini Yang TokTi Bongkarkan.
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, meminta peminat mendoakan semoga impiannya menimang cahaya mata kedua menjadi kenyataan. Mengulas spekulasi mendakwa sudah berbadan dua, Siti, 41, berkata dia tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti.
“Doakan semoga hasrat saya untuk kembali hamil menjadi kenyataan. Insya-Allah, apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat,” katanya secara eksklusif kepada BH Online. Mengulas kelibatnya yang jarang kelihatan dalam pelbagai acara berbanding sebelum ini, penyanyi yang sedang meledak menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu menegaskan jadual hariannya masih sama.
“Ada ketika, saya buat kerja dari rumah sambil melayan Siti Aafiyah. Jika ada tugasan yang memerlukan saya berada di pejabat atau lokasi lain, saya tetap keluar. “Saya ada dan tak hilang ke mana pun,” ujarnya. Spekulasi mengenai kehamilan penyandang trofi Anugerah Seri Perak,
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu mula diperkatakan berdasarkan reaksi spontan anaknya yang menyebut ayat ‘Aafiyah nak baby ni’ menerusi sesi siaran langsung menerusi Instagram (IG) penyanyi bersuara lunak merdu itu, baru-baru ini.
Tindakan Siti Aafiyah mencium perut Siti berulang kali juga seakan memberi bayangan yang ibunya kini berbadan dua. Pada Julai lalu, BH pernah melaporkan yang isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu tidak berhasrat menangguhkan keinginan memiliki cahaya mata kedua biarpun kerjaya seninya kembali rancak dengan kemunculan album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020.
Pada Februari lalu, Siti menjalani operasi kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk mengandung. Prosedur itu perlu dilakukan bagi menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media
Sumber : Berita Harian
Siti tak rela tangguh impian untuk dapat anak kedua
IMPIAN penyanyi ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menimang cahaya mata kedua tetap diteruskan walaupun kerjaya seninya kembali aktif dengan pelancaran album solo studio ke-18 berjudul ManifestaSITI2020.
Siti berkata, dia tidak berhasrat untuk menangguhkan impian berkenaan memandangkan sudah cukup bersedia ke arah itu. “Usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua akan tetap diteruskan seperti apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini.
“Sama ada menerusi kaedah rawatan ataupun secara normal, hasrat ini tetap ada kerana saya sudah lama bersedia. “Bagi saya, kerja tetap perlu berjalan dan hal keluarga pun mesti diteruskan. Lagipun, saya bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album ManifestaSITI2020, baru-baru ini.
Pada Februari lalu, Siti menjalani operasi kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk dirinya hamil lagi. Prosedur itu perlu dilakukan kerana Siti mengguna kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.
Sebelum ini, Siti juga menyatakan hasratnya untuk menimang anak lelaki pula. “Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula lepas ini. Lagi pun, dah ada perempuan. Tapi, saya tetap berserah kepada Allah. “Apa pun yang Allah berikan, saya bersyukur. Asalkan Allah izin saya hamil, saya terima saja sama ada anak lelaki atau perempuan,” katanya.
Mengejutkan timbul kembali spekulasi warganet tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza bila ternampak petunjuk melalui perbuatan anaknya Aafiyah. Rupanya ini yang Aafiyah buat sampai warganet buat andaian mereka.
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video ketika sedang membuat promosi produk makanan kesihatan milikya, baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, gelagat comel anaknya, Siti Aafiyah yang kelihatan beberapa kali cuba mencium perut Ibunya mendapat perhatian wargamaya. “BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 DM @beausitiofficial untuk join telegram BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 SUPPORT GROUP & dapatkan link anda dengan hanya mengikuti langkah2 yg telah diberikan dalam telegram! Jom JANA PENDAPATAN TANPA MODAL hanya dengan BEAUSITI,” tulisnya pada ruangan komen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat secara tak langsung cuba meneka dan membuat spekulasi bahawa bintang kesayangan ramai kini sedang hamil anak kedua. Sekadar informasi, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. Sebelum ini, Siti ada menyatakan kesediaannya untuk hamil sekali lagi sementelah puteri sulungnya itu sudah mencecah usia lebih 2 tahun.
Sumber: Media Hiburan
Post a Comment