Bukan mudah kalau bila dapat laki yang ada ocd. Isteri tampil dedahkan perangai laki dia yang ada ocd buat ramaaai yang terkedu.
loading...

Ramai yang salah faham berkenaan istilah ini. Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan Perfectionist. OCD adalah sejenis kecelaruan atau disorder sedangkan perfectionist bukan lah kecelaruan yang menganggu kehidupan harian, mungkin sedikit menyusahkan tetapi tidak menganggu gugat kehidupan kita.

Bukan mudah kalau bila dapat laki yang ada ocd. Isteri tampil dedahkan perangai laki dia yang ada ocd buat ramaaai yang terkedu.

 


Saya bukan psychologist, dan tidak punya sebarang kepakaran pun. Saya menulis ini berdasarkan pengalaman hidup saya yang berkahwin dengan pasangan yang OCD. OCD bukan setakat tengok frame gambar senget, nak kena dibetulkan.

ARTIKEL MENARIK:Isteri nak beli barang tak sampai RM5 tapi suami tak izinkan. Bila ulangtahun isteri pula ini jawapan suami lepas isteri sengaja tanya pasal hadiah
loading...


Atau menyusun atur sesuatu mengikut sistem-sistem tertentu. OCD juga tidak semestinya mementingkan kebersihan secara total. Apa yang selalu orang ramai gambarkan bahawa OCD ni terlalu pembersih, menyusun, menyapu, menyuci rumah dan barang-barang sehingga tahap berkilauan, tidak.

Ini bukan OCD yang saya hadapi, ini adalah perfectionist yang mahukan sesuatu dalam keadaan sempurna. OCD adalah kecelaruan, pesakit OCD akan membasuh tangan berkali-kali tapi pada masa yang sama akan membiarkan sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor.

OCD ini mengambil wuduk hingga setengah jam, mengangkat takbir berkali-kali tetapi melambakkan pakaian kotor mereka merata-rata tempat, waima di tempat solat pun. OCD ini memakai sarung tangan berlapis-lapis untuk membuang sampah tetapi pada masa yang sama mereka juga membiarkan sampah berbau busuk sehingga adanya ulat-ulat sampah.

OCD juga hoarders, menyimpan dan mengumpul barang dengan cara melambakkan di segenap sudut rumah. Perfectionist akan organize, tersusun dan lebih teratur. OCD ini tidak pernah menepati masa tetapi perfectionist sentiasa menepati masa.

OCD ini tidak akan mencampurkan pakaian mereka dengan ahli keluarga mereka untuk dibasuh sekali kerana risaukan kekotoran pakaian orang lain akan mengotori pakaian mereka, tetapi mereka akan pakai pakaian yang sama berhari-hari.

Mereka juga akan membiarkan pakaian kotor terperam di dalam bakul berminggu-minggu dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. OCD ini juga akan membuka dan menutup pintu, suis lampu, kipas dan lain-lain berkali-kali.

Tetapi pada masa yang sama membiarkan pintu rumah tidak bertutup dari malam sehingga ke pagi. Nampak atau tidak perbezaan antara OCD dan perfectionist? Saya bosan dengan orang-orang yang seakan berbangga dengan istilah OCD ini sedangkan dia tidak tahu betapa susahnya hidup bersama dengan pesakit OCD.

Mereka tidak mampu hidup seperti manusia normal, mereka tidak mampu untuk mengekalkan pekerjaan mereka, sering bertukar kerja, dibuang kerja dan jika bekerja sendiri pun tidak mampu untuk melakukannya dengan baik. Ini gara-gara masalah OCD yang telah menguasai minda dan kehidupan mereka.

Menjadi lebih berat lagi bila pesakit OCD ini juga dibesarkan oleh keluarga yang sentiasa bail him out. Keluarga yang terlalu menyokong tanpa ada ruang untuk berdikari. Sehinggalah dia berkahwin, segala-gala tanggung jawab dilepaskan kepada pasangannya sebab dia telah terbiasa yang sekiranya dia gagal, sentiasa ada orang akan mengambil alih tanggung jawabnya dan menyelesaikan masalahnya.

Yang lebih ironi ialah pesakit OCD ini hidup dalam penafian, in denial. Tidak mengaku yang dia mempunyai masalah ini. Orang-orang di luar termasuk keluarganya melihat kehidupan kami seperti normal, seperti biasa, keluarga dia juga

beranggapan semuanya okay, beranggapan selepas berkahwin dia tidak lagi melayan perasaan was-wasnya. Sedangkan hakikat sebenarnya, pasangannya lah yang bertungkus lumus memastikan kehidupan mereka dan anak-anak berjalan senormal mungkin.

Berat menjadi isteri kepada suami yang OCD, menjalankan tanggung jawab sebagai suami, isteri, ibu dan ayah. Pada masa yang sama perlu berkerja mencari rezeki kerana suami pada bila-bila masa akan dibuang kerja. Seperti saya sendiri, berkerja makan gaji dan berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan yang semakin hari semakin mahal.

Buat masa ini saya masih bertahan selepas 16 tahun berkahwin, hanya 2 tahun pertama sahaja saya ditanggung oleh suami kerana saya tidak bekerja sebaik sahaja tamat belajar. Sebaik sahaja saya berkerja dan memiliki pendapatan sendiri saya mula menanggung diri sendiri.

Dengan masalah suami yang OCD, sepanjang perkahwinan ini telah enam kali bertukar majikan yang mana 4 kali diberhentikan dan 2 kali diminta letak jawatan. Tidak pernah mendapat kenaikan pangkat dan juga selama berkerja tidak sampai 3 kali mendapat kenaikan gaji kerana masalah disiplin yang teruk.

Kini suami tidak berkerja tetapi tidak juga menjadi house husband untuk menguruskan rumah. Saya juga lah yang melakukan house chores dengan dibantu dengan anak-anak. Jadi, hujung minggu saya dihabiskan menguruskan rumahtangga dan juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan saya.

Saya berkorban gaji belikan sebuah kereta agar dia boleh mencari rezeki dengan e-hailing service. Malangnya, pendapatan dari kereta tersebut juga tidak dapat menampung bayaran bulanan kereta. Sekarang saya terbeban dengan bayaran bulanan kereta yang sepatutnya meringankan beban kewangan kami.

Segala pendapatan yang diperoleh daripada kereta ini digunakan untuk perbelanjaan dirinya dan menyelesaikan hutang-hutangnya. Dari awal pekerjaan saya, saya telah menyumbangkan 50% perbelanjaan rumah tangga.

Bila saya mendapat kenaikan pangkat dan gaji, saya menampung sehingga 70% perbelanjaan rumah tangga kerana suami yang sering hilang pekerjaan. Setiap kali dia mendapat pekerjaan baharu, gaji yang diperolehi sama ada lebih rendah atau sama dengan gaji sebelum ini sedangkan kos hidup di bandar besar ini meningkat saban tahun.

Sekarang, boleh dikatakan saya menampung 95% perbelanjaan hidup kami. Urusan kerja-kerja rumah boleh dikatakan 80% diuruskan oleh saya dan 10% dibantu oleh anak-anak yang masih bersekolah rendah. Dia? Masih dengan OCDnya dan hidup dalam penafian dan percaya bahawa dia adalah suami dan ayah yang baik.

Tidak meninggi suara, tidak memukul dan tidak main kayu tiga sahaja tidak bermakna dia adalah suami yang baik. Sebab perkara-perkara ini memang sepatutnya tidak berlaku dalam perkahwinan. Tidak menunaikan hak-hak seorang isteri, tidak menunaikan hak anak-anak yang merupakan tanggung jawab hakiki adalah perkara pertama menunjukkan yang dia bukanlah suami dan ayah yang baik.

Kalau setakat tidak tinggi suara, tidak mengasari dan tidak main kayu tiga, tiada bezanya dengan orang-orang di luar sana yang tidak memegang istilah suami. Yang membezakan suami dengan orang-orang di luar sana ialah tanggung jawab, kasih sayang dan sifat empathy terhadap ahli keluarga.

Dia ada tetapi seperti tiada. Ya, dia adalah masalah OCD tetapi sampai bila untuk berterusan dengan masalah ini? Jika ada masalah, cari jalan penyelesaian bukannya dibiarkan begitu. Luka yang tidak diubati akan menjadi nanah.

Perkahwinan ini hanya menunggu masa sahaja. Saya sentiasa berdoa sekiranya masih ada harapan dalam perkahwinan ini, maka mudahkan lah segala urusannya. Bukakanlah mata dan hati suami untuk memperbaiki hidup untuk menjadi ayah dan suami yang terbaik untuk kami.

Saya berdoa agar saya juga terus membaiki diri untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarga ini. Dalam masa yang sama, saya juga berdoa sekiranya perkahwinan tetap berterusan seperti ini, bukalah jalan kepada saya untuk keluar dari perkahwinan ini secara baik dan harmoni.

Semoga kami dapat menjalankan kehidupan masing-masing secara berasingan dan anak-anak mendapat yang terbaik dari kami berdua. Sesungguhnya saya tidak ingin menjalani kehidupan seperti ini di hari tua. Sekarang saya masih berupaya terkejar sana sini menguruskan keluarga, masih bertenaga, masih bekerja dan ada pendapatan.

Di hari tua nanti, dengan tenaga dan keupayaan yang semakin menurun, telah bersara tanpa sebarang pendapatan, bergantung harap dengan KWSP sahaja. Saya tidak fikir saya mampu menjadi isteri yang baik, mungkin saya akan membenci dia sepenuh hati kerana menyebabkan saya tidak dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Boleh saya katakan OCD dan sifat chauvinist lelakinya telah membnh perkahwinan kami perlahan-lahan. Ini adalah perkongsian saya sebagai isteri kepada pesakit OCD. Janganlah berbangga sangat dengan istilah OCD ini, jika betul ada masalah ini dapatkan lah rawatan dari yang pakar.

Jangan biarkan orang di sekeliling mendrta. Jangan takut dengan stigma yang mengatakan berjumpa psychologist itu bermakna tak betul, sebab ini tidak membantu sama sekali. Saya hanya menunggu masa untuk membuat keputusan.

Ayah Sakit Tapi Mak Mertua Suruh Utamakan Sambut Hari Keluarga. Lepas Tujuh Tahun Suami Terus Lepaskan Isteri Dengan Talak 3 Dan Akhirnya Semua Rahsia Suamunya Terbongkar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Seperti yang kita tahu, tiada wanita yang inginkan perpisahan berlaku dalam rumahtangga yang dibina. Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang segala kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.

Ikuti coretan yang dikongsikan oleh wanita cekal ini. Semoga perkongsian kisah benar pengalaman hidup oleh seorang wanita bernama Anisah, yang baru sahaja bergelar janda selepas dilepaskan suami dengan talak 3 akibat campur tangan keluarga mertua dan sikap menduakan suami didalam rumahtangga, dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain.

Akhirnya hari ini, Ahad, 13 November 2020, selepas 7 tahun berkahwin, saya dilepaskan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya. 7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik. Ketika bertunang, saya mula nampak sikit-sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah. Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.



loading...


Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sendiri, bersabarlah. Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital. Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. Yup, saya bongok. -Kali Pertama Tangan Naik Ke Muka..

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya jatuh sakitt. Saya tak mahu ulang salah silap saya yang lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dengan alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula menghembuskan nafas yang terakhir dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bongok.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan, bermulalah episod telinga saya panass dengan segala macam kritikan, sindirn dan perbandingan.

Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bongok.

-Mohon Melanjutkan Pelajaran..

2017, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya. Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras. Walau saya takut-takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dilepaskan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara. Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “Kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya. Amar anak yang baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang.

Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya. Berulang alik ke Shah Alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

-Suami Ada Perempuan Lain..

Tahun 2016, terdengar ura-ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan. Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang. Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar. Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dengan perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.

Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh. Tapi dia menyambung ayat “Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan.”

“Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak. Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abang nak kawin dengan dia?” Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai. Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya. Amar, anak yang baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

-Mula Lakukan Perubahan Dalam Hidup..

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa-apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah. Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju. Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil-bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap-tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar. Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus. Suami masih mabuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

-Fokus Pada Misi..

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abang tak nak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah. Dia mungkin rasa tercabar (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh? Dia okay. Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

-Suami Kena Tahan Dengan Jais..

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami kena tangkap jais. Saya masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya. Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar. Ibu mertua siap berkata “Kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.” Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

Disember 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar. Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar. Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dengan baik dan dia kata ” kau pandai-pandai cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah. Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. barang-barang perabot aku nak pindahkan kat umah madu kau esok”. Saya hanya menjawab, “OK.”

-Dijatuhkan Talak 3..

Malam itu, saya kemas baju-baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar. Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru. Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga” Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang-barang, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu-talu whatsapp masuk handphone saya.Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.” Sebenarnya sepanjang dia mabuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari.

Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kahwin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit-sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat. Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu.

Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too. Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan-kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebongokkan saya. doakan saya ya.

-Anisah..

Buat wanita ini, sesungguhnya anda memang seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah! Bukan mudah untuk bangkit, membina benteng kekuatan diri untuk persiapan masa depan. Namun anda berjaya membuktikannya dan tidak mengharap simpati daripada bekas suami.

Buat wanita lain, yang mungkin senasib dan sama perjalanan seperti wanita ini, Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Berani lah untuk ‘melangkah’ lebih jauh. Sentiasalah bersedia, persiapkan diri dengan ilmu, kewangan, kerjaya dan paling penting mampu berdikari walaupun tanpa insan yang bernama suami.

Sumber: IIUM Confessions via kisah rakyat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم