Semalam warganet mula heboh apabila pasangan selebriti ini iaitu Isa Khan ddan Risteeena yang baru sahaja mendirikan rumah tangga yang dikatakan merentas negeri untuk menikmati percutian bulan madu di Sabah.
Risteen tampil menafikan hal tersebut dan dia menjelaskan dia ke Sabah atas urusan kerja. Terangnya,“Kami di Sabah atas urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja. Saya yakin pihak polis lebih arif,”
ARTIKEL MENARIK:Siap tunjuk set kelengkapan bilik air. Ternyata kapsyen yang dibuat Anju raih perhatian ramai
Jika dilihat kenyataannya yang dikongsi di Instagram, Risteena memaklumkan yang dia tak perlu berkongsi hal kerja di media sosial bagi memuaskan semua pihak. Katanya lagi,“Saya fikir tak perlu post tentang kerja di Instagram saya hanya untuk puaskan hati semua orang. Saya hanya share apa yang saya nak share saja. Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” ujarnya.
Selamba Je Risteena Muat Naik Foto Tengah Honeymoon Di Sabah. Sekali Ada Yang Pertikaikan Tentang Rentas Negeri. Sampai Macam Ni Sekali Komen Warganet.
KETIKA heboh mengenai Instafamous dan suaminya memberi keterangan plsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri, muncul pula kisah bulan madu pasangan pengantin baharu Risteena dan Isa Khan. Pasangan itu kini dipercayai sedang menikmati bulan madu di Semporna, Sabah berdasarkan foto dan video-video romantis yang dikongsikan di Instagram mereka. Perbuatan mereka itu akhirnya mengundang kritikan warganet di laman sosial.
Pasangan ini berkahwin pada 12 Mac lalu.
Rata-rata warganet mempertikaitan tindakan pasangan itu yang mendapat kebenaran merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan.
Malah segelintir warganet menegur pasangan yang berkahwin pada 12 Mac lalu itu kerana dilihat ingkar arahan SOP dengan tidak memakai pelitup muka. “Yang Risteena tu pula macam mana? Sudah di Semporna honeymoon. Smiling face with smiling eyes… urus kerja juga sampai di Semporna?
Risteena dan Isa Khan memberitahu di laman sosial mereka bulan madu di Sabah.
“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri. “Tak… cerita dia sekarang, aku nak bitter juga, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen honeymoon! Hello… kita memang dah boleh rentas negeri ke ni? “Risteena honeymoon sampai ke Sabah dengan SOP ke mana… mask ke mana buat story macam tiada apa berlaku.” ujar beberapa netizen.
Antara komen warganet yang kurang senang dengan pasangan selebriti tersebut.
Pada Isnin, polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri Instafamous yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh mendapati wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.
Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000. Gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam netizen pada Jumaat.
Warganet bengang tindakan instafamous rentas negeri untuk honeymoon.
Sementara itu berdasarkan video dan gambar yang dikongsikan Risteena dan Isa, mereka dipercayai berlepas ke Sabah pada pagi Ahad. Mereka juga dipercayai memilih salah satu ‘hidden gem’ di Sabah iaitu sebuah resort terapung yang terletak di Pulau Nusa Kuya, Semporna.
Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Isa dan Risteena gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon dan mesej. Pasangan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32 dan Isa Khan, 28 bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Baru Je Sah Bergelar Suami Isteri Isa Khan Dedahkan Tentang Perancangan Masa Depan. Terkedu Bila Tiba Tiba Dia Sebut Tentang Anak Kembar.
Selepas beberapa tahun menyulam cinta, pelakon, Risteena Munim dan Isa Khan telah sah bergelar suami isteri, semalam. Majlis resepsi yang turut dilakukan pada sebelah malam itu hanya dihadiri ahli keluarga dan teman-teman rapat sahaja.
Menerusi laporan Media Hiburan, pasangan ini turut berkongsi perancangan masa hadapan mereka terutama soal zuriat. Perancangan cahaya mata memang kami nak terus ada anak. Kalau ada rezeki, Insyallah dua orang, tiga orang ka atau kembar ka.
Menurut Isa Khan, kalau boleh mereka berdua mahu memperolehi zuriat secepat yang mungkin. Secara berseloroh juga, dia mahu mempunyai anak kembar kalau dikurniakan rezeki. Risteena yang berada di sebelah suaminya itu kelihatan ketawa apabila melihat reaksi Isa Khan yang menjawab soalan daripada rakan media.
Masa tu dia dekat rumah dan saya tengah sibuk penggambaran. Dia beritahu saya yang dia tengah tulis lagu. Dia tak bagi saya tengok lirik dan saya tak tahu muzik tu macam mana. Sampai lagu tu dah siap, rupanya lagu tu tentang saya. Dia mencari tajuk masa tu, saya dapat tahu Karunia Terhebat. First time saya dengar saya menangis. Saya rasa tak ada lelaki yang akan buat macam tu dekat saya.
Selain disoal mengenai zuriat, Isa turut memberitahu bahawa dia menghasilkan sebuah lagu yang berjudul ‘Karunia Terhebat’ buat isterinya. Menurut Risteena, dia menangis sewaktu mendengar lagu tersebut buat pertama kalinya. Tambah Risteena, dia tersentuh apabial Isa sanggup menghasilkan lagu khas buatnya.
Sumber: Media Hiburan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: OHBULAN
Lama Berteka Teki Akhirnya Terjawab Bila Risteena Munim Dan Isa Khan Dedahkan Tarikh Pernikahan Mereka. Tak Lama Lagi Dah Rupanya.
Akhirnya teka teki warganet mengenai majlis perkahwinan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan akirnya terjawab bila pasangan itu mengumumkan bakal bernikah pada jumaat depan. Pengumuman itu dibuat oleh Isa dan Risteena menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi dimana mereka memilih tanggal 12 Mac 2021 sebagai hari bersejarah diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Menerusi perkongsian itu, mereka turut meminta peminat dan warganet mendoakan agar niat baik mereka itu dipermudahkan. Lebih manis, Isa juga memberitahu dia turut mencipta sebuah lagu khas untuk bakal suri hatinya berjudul ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda cinta mereka.
Berita gembira yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang meluahkan rasa syukur apabila hari indah mereka hampir tiba serta mendoakan agar urusan dan perjalanan majlis dipermudahkan. Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Suhu Dia Tinggi Iaitu Mencecah 43 Darjah Selsius. Isa Khan Dedah Faktor Abangnya Terkena COVID19 Dan Perkembangan Terkini Aliff Alli
Isa Khan yang merupakan pelakon kini berasa lega apabila abangnya yang juga pelakon Indonesia, Aliff Alli,30, sudah stabil dan dibenarkan keluar dari hospital selepas dijangkiti wabak covid19 sejak pertengahan Disember tahun lalu. Menurut Isa,28, ALiff kini sedang berehat di kediamannya di Jakarta,Indonesia selepas disahkan bebas daripada wabak itu pada Rabu.
“Alhamdulillah, sekarang abang saya dah dibenarkan pulang ke rumah dan dia sekarang tengah dalam proses recovery.“Doktor pun dah sahkan dia bebas daripada Covid-19.”Sekarang memang kami sekeluarga buat panggilan video dengan dia, nak tahu perkembangan terbaharu dia. Dia duduk seorang di rumahnya dan memang hari-hari sekarang dia buat senaman ringan untuk keluarkan peluh.
“Alhamdulillah, selera makan dia pun dah kembali macam biasa,” katanya kepada mStar.Aliff Alli kini sedang berehat di kediamannya di Jakarta.Menceritakan pengalaman abangnya berhadapan dengan wabak tersebut, Isa berkata, Aliff berkemungkinan besar dijangkiti daripada rakan perniagaannya ketika menghadiri mesyuarat.
“Aliff ada beritahu kemungkinan dia dijangkiti ketika menghadiri mesyuarat. Lepas dia balik daripada mesyuarat itu terus dia rasa tak sedap badan dan lepas periksa memang suhu dia tinggi iaitu mencecah 43 darjah selsius.”Dia ke hospital dan disahkan positif Covid-19 dan dalam tiga hingga empat hari dia mengalami kesukaran untuk bernafas sehingga memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Masa dia dalam keadaan itu saya dah rasa macam nak ‘lari’ ke Indonesia dah. Nak buat surat untuk lepas ke luar negara sebab benda kecemasan kan… tapi Alhamdulillah, sekarang dia dah semakin okay, lega sikit rasa,” katanya.Terdahulu, media Indonesia melaporkan Aliff menjalani rawatan rapi di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.
Keadaan Aliff Alli Makin Teruk Akibat COVID19 Dan Kena Guna Alat Bantuan Pernafasan. Ini Keadaan Terkini Aliff Alli Yang Merpakan Adik Beradik Beradik Kepada Isa Dan Miller Khan
PELAKON yang mencipta nama di Indonesia, Aliff Alli disahkan positif covid 19 dan dilaporkan berada dalam keadaan teruk di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta.Menurut peguamnya, Asgar Sjarfi, adik-beradik kepada pelakon Isa Khan dan Miller Khan ini masih belum menunjukkan tanda-tanda semakin pulih biarpun sudah tiga minggu mendapatkan rawatan.
Malah, tambahnya, aktor itu kini perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.”Selalunya selepas 14 hari dah boleh keluar, tapi keadaan semakin bertambah teruk malah makin teruk dan tidak menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.”Keadaannya bertambah buruk sejak memasuki minggu ketiga pengasingan di Wisma Atlet. Ia disebabkan Aliff menghadapi tekanan dan stres kerana berdepan dengan proses kes perpisahan bersama bekas isterinya Aska Ongi yang masih berjalan,” ujarnya seperti dipetik CNNINDONESIA.
Sebelum itu, pada Selasa, Aliff tidak dapat hadir di perbicaraan kes gugatan itsbat nikah dan perpisahannya dengan Aska Ongi yang berlangsung di Pengadilan Agama Jakarta Pusat Selasa (6/1) kerana dijangkiti Covid-19.Aliff berpisah pada 11 November 2019 dengan Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.
Adik Isa Khan berpisah selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia dengan instafamous Indonesia
Aliff dan Aska Ongi mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia lapan bulan.TIDAK sampai setahun mendirikan rumah tangga, pelakon yang mencipta nama di Indonesia iaitu Aliff Alli dilaporkan berpisah dengan isterinya Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.
Pendedahan itu dibuat selepas peminat bertanyakan mengenai status perkahwinan mereka di ruang komen salah satu foto yang dikongsikan Aska Ongi di Instagramnya.Menurut Aska Ongi, dia sudah tidak tinggal bersama adik kepada pelakon Miller Khan dan Isa Khan selepas perkahwinan yang dibina secara rahsia itu telah berakhir pada 11 November tahun lalu.
Aska Ongi dedah dia dan Aliff sudah berpisah pada 11 November tahun lalu.“Sudah berpisah pada 11 November tahun lalu dan saya juga sudah berpindah,” tulisnya.Pada Jun tahun lalu, sebuah portal melaporkan pasangan itu berhadapan dengan masalah rumah tangga selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019.
Dalam pada itu, Aska Ongi turut mengakui dia tidak berasa kesal dan menganggap perpisahan itu merupakan keputusan yang terbaik buatnya.Katanya, biarpun perkahwinan mereka hanya sekejap namun kehidupan perlu diteruskan kerana keutamaan kini adalah anaknya.
Sehingga kini, Aliff mengambil langkah berdiam diri mengenai perpisahannya.Manakala menerusi laporan Kapanlagi, sehingga kini Aliff masih mengunci mulut mengenai perpisahan mereka.Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.Sebelum ini, Aliff pernah berkahwin dengan model bernama Nora Alexandra pada 2016 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama setahun
Miller Khan belum tahu hubungan Isa dan Risteena – “Kalau mereka pilih nak kahwin dan tanggung risiko, baguslah”
Miller diminta mengulas mengenai hubungan Isa dengan kekasihnya yang dipercayai pelakon Nur Risteena.PELAKON Miller Khan mengakui terkejut apabila mengetahui kekasih adiknya yang juga pelakon Isa Khan iaitu Nur Risteena pernah bertunang dengan ahli perniagaan dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.
Bagaimanapun, Miller, 32, berkata dia tidak mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan cinta mereka memandangkan adiknya belum bersedia untuk berkongsi perkara itu.”Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.
Warganet membuat andaian individu disebalik foto lelaki yang dikongsi Risteena adalah Isa Khan.“Saya ada hubungi dia (Isa), cuma mungkin dia tak berani dan belum terbuka lagi nak kongsi mengenai hubungan cinta mereka itu.”Bagi saya, masing-masing dah dewasa. Kalau mereka pilih untuk berkahwin, nak tanggung risiko dan bersedia dengan komitmen itu baguslah,” katanya kepada mStar.
Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan ditemui ketika sesi fotografi bersama mStar di Menara Star, Petaling Jaya, pada Jumaat.Risteena sebelum ini dikatakan sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sepatutnya berlangsung pada November ini.
Bagaimanapun, khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat apabila aktres itu berkongsi video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap seorang lelaki. Warganet mula membuat andaian bahawa individu disebalik perkongsian Risteena itu adalah Isa memandangkan aktor tersebut juga ada berkongsi foto seorang wanita tanpa mendedahkan wajah.
Menerusi laporan mStar pada 31 Oktober lalu, Isa, 26, memberitahu dia hanya memerlukan sedikit masa lagi bagi membuat pengumuman istimewa termasuk mendedahkan identiti kekasihnya.Miller rancang kahwin ketika usia cecah 40 tahun memandangkan kekasihnya masih muda.
Dalam pada itu, pelakon yang menempa nama di Indonesia ini memberitahu dia tidak kisah jika adik bongsunya itu ingin berkahwin terlebih dahulu.Menurut Miller, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang apabila usia mencecah 40 tahun berikutan kekasihnya masih muda.”Tak apa la kalau dia nak kahwin terlebih dahulu sebelum saya. Adik saya yang seorang lagi iaitu Aliff pun sudah berkahwin.”Mungkin perancangan untuk saya kahwin dalam sekitar usia 40 tahun. Lagipun kekasih saya masih muda,” ujarnya.
“Tuhan kirim kamu sebagai jodohku” – Foto cium kepala Risteena? Isa Khan akan umum sesuatu tidak lama lagi
TEKA-TEKI hubungan percintaan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena masih menjadi tanda tanya berikutan kedua-duanya masih mengunci mulut apabila ditanya tentang hal itu.Isa, 26, yang dihubungi mStar berkata, dia hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi bagi membuat pengumuman itu termasuk mendedahkan identiti kekasihnya.
Isa meluahkan perasaan terhadap kekasihnya.“Apa yang saya tulis di IG itu saja yang mampu saya cakap buat masa sekarang ini. Demi menjaga hati beberapa pihak, saya minta maaf.”Nanti saya akan umumkan tak lama saja lagi,” kata Isa secara ringkas pada Khamis.Isa diminta mengulas mengenai foto yang memperlihatkan dia mencium kepala kekasihnya dengan kapsyen luahan perasaan terhadap wanita tersebut di Instagram.Adik kepada pelakon terkenal Indonesia Miller Khan ini menganggap kehadiran wanita itu membawa semangat baharu dalam kehidupannya.
“Sayang, kamu telah muncul dalam hidup aku pada saat aku tak punya siapa pun. Kamu telah memberi segala erti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.”Kamu telah menerima aku walaupun banyak manusia jahat cuba untuk meracun fikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku.
“Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku rasa kita sudah lama kenal. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang. Aku janji dengan kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini,” tulisnya.Dalam pada itu, Isa memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa kini namun mengharapkan segala urusannya dipermudahkan.
Peminat membuat andaian lelaki dalam gambar disebalik bunga yang dimuat naik Risteena di IG adalah Isa Khan.“Kepada sahabat media, minta maaf saya tak boleh beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang. Minta doa daripada anda semua untuk permudahkan urusan saya dan dia,” katanya.
Khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat peminat apabila kakak kepada pelakon Ruhainies itu memuat naik video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap oleh seorang lelaki.Dia juga pernah berkongsi gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam disebalik sejambak bunga.Menerusi foto tersebut, warganet mula membuat andaian bahawa individu dalam gambar tersebut adalah Isa Khan.
Sweet! Risteena kongsi momen bahagia Isa Khan basuhkan kaki, potongkan kuku – “Kesungguhan dia tak semua orang boleh buat”
HAMPIR sebulan mengikat tali pertunangan dengan Isa Khan, pelakon Risteena Munim menyifatkan dirinya sebagai wanita paling bertuah kerana ditemukan dengan aktor tersebut.Menurut Risteena, 26, terlalu banyak memori yang tercipta dan berharap detik-detik indah itu akan berkekalan sepanjang perhubungan mereka.
“Throwback zaman bercinta… terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya.”Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.
“Janji dia pada saya akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu,” katanya.Risteena kongsi momen indah bersama tunang, Isa Khan.Risteena berkongsi rakaman pendek momen-momen indah ketika bersama dengan Isa Khan di laman Instagram miliknya pada Selasa.
Antara yang mencuri perhatian pengikut ialah aksi Isa Khan menyuapkan makanan, membasuh kaki dan memotong kuku pelakon drama Playboy Itu Suami Aku.Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini berkata dia kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Isa dan berharap supaya ikatan perhubungan mereka akan berkekalan.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu di Bali, Indonesia.“Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang, selalu bangga dengan dia, kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat.”I’m proud to say this, my Isa Khan,” ujarnya.
Terdahulu, Risteena dan Isa mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Bulan Di Kota Langit dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.Pasangan itu mengumumkan berita mengenai pertunangan mereka di majlis
Kredit -
إرسال تعليق