Romantis betul tengok pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann. Keserasian pasangan ini dapat dilihat menerusi beberapa buah drama yang dibintangi oleh mereka berdua. Antaranya, ‘Marry Me Senorita’, ‘Delen” dan banyak lagi.
Rata-rata peminat sudah mengetahui mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta. Namun sehingga hari ini belum dengar lagi mereka berdua merancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan. Walaubagaimanapun, di media sosial, pasangan ini terus menunjukkan aksi romantis menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik.
ARTIKEL MENARIK:Fizo omar nak kahwin lain. Sekali ini peasanan dari Mawar Karim buat ramai yang terkejut. Sampai macam ni sekali Mawar pesan.
Terbaru, Janna berkongsi sebuah gambar bersama Dini dengan kapsyen yang menyentuh hati. Janna berkata, pada awal perkenalan, mereka berdua sering brbalah kerana salah faham. Dia akui, mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza.
“Beza perangai kitaorang macam langit dengan bumi. Kontra ya amat. Awal awal perkenalan dulu, brblah je lah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing. Dia OCD, aku jenis bersepah ( bersepah je la bukan pengotor ). Tutup pintu kereta kuat kuat kena marah, Makan dalam kereta tak boleh.”- tulisnya.
Tambahnya lagi, hal ini membuatkan dia merasa rimas dan tidak selesa apabila ada seseorang cuba mengawal hidupnya. “So aku jadi rimas. Sebab selama aku hidup takde orang control hidup aku. (sebab kan aku membesar dengan tok & tokwan , lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama )” “So, tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak control hidup aku. Of course jiwa raga aku rasa memberontak.”- ujarnya
Kunci Rahsia Kebahagiaan
Janna akui, banyak perbezaan perangai antara mereka berdua. Namun, ini bukan faktor utama bagi mana-mana pasangan tidak boleh menemui kebahagian dalam perhubungan. “Banyak lagi perbezaan dari segi mentality & upbringing.
Kalau aku nak cerita tak cukup lah karangan dekat instagram ni. Tapi, point yang aku nak bagitau. Cara kita membesar, persekitaran, didikan, pengalaman yang menjadi kan kita manusia yang berbeza. “Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu & begini atas sebab sebab yang tertentu.”
“Kau tak boleh salah kan masa silam dia, Kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena sama sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.” “Yang ada pengalaman pahit / sejarah hitam dalam hidup tu, tak perlu nak selalu rasa DOWN sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau.”
“KUNCI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR ADALAH: MENGALAH JE DENGAN PEREMPUAN.”Perkongsian dan nasihat Janna ini mendapat reaksi positif dari peminatnya. Malah artis-artis tempatan juga tinggalkan komen dan memberi pujian. Malah ayat terakhir yang diungkapkan oleh Janna itu dianggap lucu.
Lebih lucu, Dini juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh kekasihnya. “Yes… from experience….i can agree dengan kunci kebahagian tu…kalau nak hidup senang dan tenang” Sweet betul mereka berdua ni kan? Apa-apa pun kami di Murai MY mendoakan semoga hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke syurga. Amin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Murai MY
Janna Nick Muat Naik Permohonan Maaf Kepada Warganet. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Buat Permohonan Maaf Tu.
Pelakon dan pengacara Janna Nick telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua warganet terutamanya mereka yang menonton video tersebut yang dimuatnaik menerusi IGTV nya malam tadi. Akui akan kekhilafannya sebelum ini, menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dia berasakan tahun 2021 ini telah dimulakan dengan pelbagai unsur negatif. Malah dia turut berasakan tidak sepatutnya berg4duh dengan warganet sebelum ini di media sosial.
“Hari ini 1 Februari 2021, saya buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang menonton video ini, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick, jadi saya minta maaf sangat-sangat sebab tak tahulah saya rasa saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, faham tak? brbalah dengan warganet, bdhnya aku ini. Saya mengaku saya bdh. Saya mengaku sayalah ‘loser itu’. Saya tak patut brbalah dengan warganet” luah Janna
Janna Menangis Terharu
Dalam pada itu, Janna turut dilihat mengalirkan airmata setelah berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh warganet terhadap drama lakonannya yang mendapat sambutan hangat biarpun sebelum ini terdapat perselisihan faham dengan mereka.
“Sebab bila drama saya keluar, bila anda sokong drama itu, trending kan drama itu dan betul-betul sukakan drama itu, saya rasa macam sedlh sangat. Aku ni gadh dengan orang, gadh dengan peminat, gadh dengan orang yang support aku tapi akhirnya korang juga yang support drama saya” tambahnya
Di kesempatan itu, Janna turut memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang telah mencetuskan kontroversi dikalangan warganet dan enggan lagi mempunyai masalah. Janna berharap agar orang ramai dapat memaafkannya serta ingin memulakan tahun ini dengan positif
“Janna 1, Warganet 0 itu memang bull****.I’m so sorry and truly sorry. Saya tak nak brblah lagi dengan korang. Statement yang pasal saya ada cakap orang biasa dengan artis itu betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Tapi saya tetap mengaku salah saya”
“Saya nak bagitau yang orang biasa, artis itu pun orang biasa. Saya orang biasa, saya buat salah dan saya minta maaf. Jadi saya dekat sini, semua sekali maafkan saya. Siapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya cuma nak mulakan tahun 2021 ini dengan posltif okay?” katanya lagi
Terdahulu, Janna telah brbalah dengan warganet mengenai kepentingan penaplsan filem sebelum dia dikritik hebat oleh segelintir daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pandangannnya. Difahamkan, isu tersebut tercetus selepas pengacara
Melodi itu menyalahkan filem The Purge sebagai punca serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol pada awal Januari lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://murai.my/2021/97499/janna-nick-menangis-mohon-maaf-kepada-
Isu Pergolakan Rumah Tangga Shuk Sahar Tengah Hangat Diperkatakan. Sekali Janna Nick Tampil Sound Warganet Suapaya Tak Campur Urusan Peribadi Shuk Sahar.
ISU pergolakan rumah tangga yang sedang dihadapi pelawak Shuk Sahar masih terus hangat diperkatakan dalam kalangan warganet. Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Janna Nick yang mempunyai pendapat tersendiri berhubung kisah yang melibatkan kehidupan peribadi rakan selebriti itu.
Janna yang meluahkan pandangannya di laman Instagram meminta agar masyarakat tidak perlu mencampuri urusan peribadi seseorang artis berbanding dengan kerjaya mereka. “Bukan nak backup Shuk, tapi kita tidak tahu perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang di luar sana yang ada orang lain semua, bezanya mereka bukan artis.
“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya.“Ni sembang lebih-lebih, satgi kena marah…” katanya. Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar. Janna berkongsikan pendapatnya di Instagram.
Menurut Janna lagi, orang luar tidak perlu melontarkan komen buruk mengenai kisah peribadi artis kerana risau ia akan memakan diri satu hari nanti. “Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar.
“Jadi lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita dok pulun kutuk sana kutuk sini pun tak guna. “Silap-silap esok-esok mereka suami isteri baik balik,” ujarnya. Menerusi laporan mStar pada Sabtu, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengatakan suaminya berlaku tidak setia sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Bagaimanapun menerusi pengakuan secara eksklusif kepada mStar, Fara berkata hubungannya dengan Sudah lama berakhir sejak kali pertama isu tidak setia antara mereka dihidu pihak media. Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.
Kredit -
إرسال تعليق