Muat naik gambar dengan suami sekali tiba tiba ada yang perasan baby bump Dayana Roza. Ta boleh berdiam sekali ini respon mengejut dari Dayana Roza.
loading...

Pelakon Dayana Roza sudah mendirikan rumah tangga bersama suami A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pada 9 Mac 2021, Dayana telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Muat naik gambar dengan suami sekali tiba tiba ada yang perasan baby bump Dayana Roza. Ta boleh berdiam sekali ini respon mengejut dari Dayana Roza.

 


Foto itu menunjukkan beliau berpakaian serba hitam bersama suaminya. Menurut caption:- “this guy next to me looks exactly like my ex-boyfriend ”

ARTIKEL MENARIK:Leona Azhar dikritik teruk oleh warganet dengan perkongsian dibuat. Sekali ini respon padu dari Azhar Sulaiman sendiri.
loading...




Pasangan tersebut kelihatan bahagia setelah sudah hampir 3 bulan berkahwin. Sementara itu di ruangan komen, beliau menerima beberapa teguran mengenai pakaian yang kelihatan mendedahkan bahagian pehanya.



Namun, ada pula komen yang mengatakan seperti terlihat ada baby bump. Bagaimanapun Dayana menafikan perkara itu. Apapun, semoga pasangan ini berbahagia selalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: HOTFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dayana Roza Sudah Bergelar Isteri Bersama Jejaka Pilihannya Hari Ini. Ini Keterangan Dari Dayana Roza Sendiri Berkenaan Majlis Tersebut

PETALING JAYA – Pelakon Dayana Roza mengesahkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan hari ini.Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 29, mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

“Benar saya akan menikah pada pagi esok,” jawab pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu ringkas.Sementara itu, pengurusnya, Ainaliza memberitahu, majlis pernikahan Dayana bakal diadakan di Masjid Negara sekitar pada pukul 8.30 pagi.“Majlis pernikahan akan dilakukan esok di Masjid Negara. Saya sendiri pun tidak dapat pergi kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang menghadkan jumlah tetamu. Cuma saudara-mara terdekat sahaja yang dibenarkan untuk hadir.

“Insya-Allah majlis resepsi nanti akan dibuat pada 10 Januari tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi.Malam tadi, menerusi Instagram milik pelakon tersebut, Dayana dilihat menghadiri sebuah parti bujang (bachelorette party) sempena meraikan dirinya yang bakal bergelar isteri orang.


Beberapa keping foto yang dikongsikan Dayana turut menunjukkan beberapa kenalan selebriti dilihat hadir mengenakan pakaian dengan tema pijama.Antara rakan selebriti yang dilihat hadir pada parti tersebut termasuklah pelakon Zulin Aziz dan Datin Elvina Mohamad.Terdahulu, pada 5 Ogos lalu, Dayana telah mengikat tali pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin, 33, dalam satu majlis yang diadakan di Damai Glkass House, Kuala Lumpur.

Dayana dan A’dale mengikat tali pertunangan selepas mereka berkawan sejak enam tahun lalu. Malah, pelakon kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu juga mendakwa pernah dilamar lelaki sama empat tahun lalu, namun ketika itu dia belum bersedia ke arah hubungan lebih serius. – K! ONLINE

Tak sanggup lihat orang susah, Dayana Roza ambil risiko hulur bantuan – “Hati saya senipis sehelai tisu”

Dayana menggunakan wang simpanannya untuk membantu golongan asnaf.MESKIPUN berdepan dengan risiko yang sangat tinggi untuk jangkiti wabak Covid-19, pelakon Dayana Roza sanggup bergadi nyawa demi membantu golongan kurang bernasib baik.



loading...


Menurut Dayana, 29, dia tidak mengharapkan sebarang balasan namun hanya meminta doa agar dirinya sentiasa sihat untuk meneruskan kerja amalnya itu.”Pada mulanya, memang ada ahli keluarga saya tak izinkanuntuk keluar beri bantuan sebab mereka risau saya mengidap asma yang teruk dan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

“Tapi saya selalu kata pada keluarga yang saya rela berkorban nyawa sebab tak sanggup nak melihat orang dalam kesusahan, tak makan terutama orang yang ada anak kecil lagi.”Saya tak ada teman lelaki, tak ada suami atau anak, jadi saya tak kisah jika sudah ditakdirkan terkena Covid-19. Asalkan saya dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Apa yang saya lakukan ini ikhlas dan apa yang saya harapkan hanya doa daripada semua orang supaya saya sentiasa sihat untuk teruskan beri bantuan,” katanya kepada mStar.Pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin ini antara selebriti yang sanggup ‘turun padang’ memberi bantuan seperti barangan keperluan dengan menggunakan wang simpananya kepada orang yang memerlukan.

Dalam pada itu, Dayana memberitahu dia sebelum ini enggan menghebahkan program atau kerja amal yang dilakukannya kepada umum kerana bimbang masyarakat akan menganggap dirinya riyak.Bagaimanapun, dia terpaksa menggunakan platform laman sosialnya untuk mendapatkan info lebih banyak mengenai golongan asnaf daripada pengikutnya.

“Sebenarnya dari dulu lagi saya suka buat kerja amal dan peminat serta rakan terdekat saya juga tahu perangai saya. Cuma, selama ini saya tak suka hebahkan kepada umum atau berkongsi di Instagram.Dayana turut menghulurkan bantuan kepada Angkatan Pertahanan Awam.“Bimbang dengan tanggapan orang, nanti ada yang kata saya riyak pula tapi kali ini saya terpaksa juga menggunakan platfrom media sosial untuk berkongsi mengenai bantuan yang saya lakukan.

“Dengan adanya perkongsian itu, saya juga banyak dapat info daripada pengikut saya mengenai golongan asnaf yang perlukan bantuan. Selain itu, ramai orang turut sudi membantu.”Terutama rakan-rakan saya yang turut serta memberi bantuan. Jadi, laman sosial ini memberi peluang untuk orang lain bantu orang yang duduk di kawasan mereka juga,” ujarnya.

Asyik memancing, Dayana Roza tak perasan mata kail ‘makan’ kaki – “Mula-mula nak cabut sendiri tapi tak boleh sebab dah masuk dalam kulit”

MALANG tidak berbau. Itulah nasib yang menimpa pelakon Dayana Roza apabila mata ka1l tersangkut pada kaki kirinya ketika sedang memancing bersama tunang, A’dale Adham Ayahudin dan rakan-rakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada petang, Khamis.

Menurut Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, pada mulanya dia mahu mengeluarkan mata kail tersebut dengan sendiri namun usahanya gagal dan terpaksa dibawa ke klinik berhampiran.Dayana melakukan aktiviti memancing bersama tunang dan rakan-rakannya di PD.

“Kejadian kecil saja dan saya sendiri pun tak perasan bila masa mata kail ini tersangkut pada kaki. Masa itu saya sedang memancing dengan tunang dan beberapa orang rakan di PD.”Saya tarik joran ingatkan dapat ikan tapi tiba-tiba satu mata kail hilang dan rupa-rupanya dah melekat kat kaki saya. Mula-mula itu saya cuba nak cabut sendiri tapi tak boleh sebab mata kail dah masuk separuh dalam kulit.

“Kalau saya paksa juga cabut itu nanti boleh terkyak kulit dan tisu kaki saya. Jadi, tunang saya terus bawa ke klinik berdekatan dan Alhamdulillah, doktor berjaya keluarkan mata kail itu,” katanya kepada mStar.Sebelum ini, pelakon filem Minahmotor itu ada berkongsi beberapa foto di Instastory miliknya yang memperlihatkan mata kail terlekat di kakinya.

Dalam pada itu, Dayana memberitahu dia mengikut jejak langkah bapanya yang gemar memancing sejak kecil malah turut mempunyai koleksi joran di rumah.Kata Dayana, kejadian yang menimpa dirinya itu hanya kecil sahaja memandangkan tunangnya pernah melalui pengalaman yang lagi teruk apabila terpaksa menjalani operasimembuang tiga mata kail besar yang tersangkut pada kaki.

Dayana gemar memancing sejak kecil.“Dari kecil lagi saya suka pergi memancing dan dekat rumah pun ada banyak rod (joran) tergntung di dinding. Saya ikut hobi bapa saya suka memacing.”Lagipun, tunang saya sendiri pun pernah mengalami kejadian yang sama tapi lagi teruk sampai kena lakukan operasi sebab ada tiga mata kail yang besar tersangkut pada kakinya.

“Kiranya, saya punya kecederaan ini biasa saja. Masa kena pun, saya tak panik sebab saya sejenis tak takut darh dan jarum. Minggu depan saya akan pergi ke PD lagi untuk memancing,” ujarnya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dayana Ubah Nama Selepas 6 Bulan Tiada Tawaran Berlakon

Dayana Roza harap lebih dikenali selepas filem ‘Zombi Kilang Biskut’.PETALING JAYA: Pelakon Dayana Anak Wayang yang kini dikenali sebagai Dayana Roza mengakui membuang nama Anak Wayang di belakang namanya kerana dianggap tidak membantu dalam kerjaya lakonan.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 23, berkata, dia pernah berada dalam keadaan paling buruk apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon hampir enam bulan selepas beberapa bulan keluar daripada program realiti Anak Wayang itu.

“Saya terlalu muda dan tidak menggunakan peluang sebaiknya selepas keluar daripada rancangan realiti Anak Wayang itu. Ketika itu juga saya menganggap dengan nama Anak Wayang tawaran berlakon tidak akan putus.”Namun, selepas beberapa bulan program itu barulah saya sedar kerja tidak datang bergolek hingga enam bulan saya duduk sahaja di rumah dan meminta duit daripada ibu,” katanya kepada mStar Online.

Katanya, dia terpaksa memberanikan diri dan membuang perasaan malu untuk bertanya kepada beberapa produksi drama yang ingin menggunakan pelakon tambahan.Tambah Dayana, dia juga hampir putus asa dan berusaha mencuba pelbagai pekerjaan lain.”Saya rasa sangat kecewa dan putus asa, saya tebalkan muka untuk pergi berjumpa mana-mana kenalan yang bekerja dengan produksi untuk bertanyakan kalau ada watak-watak sampingan untuk saya.

“Alhamdulillah, saya terima tawaran untuk dua babak sahaja, tapi saya fikir memadai untuk orang produksi mengenali kewujudan saya dalam industri,”Ketika itu saya tidak fikir tentang malu atau saya daripada program Anak Wayang sekalipun, saya hanya meletakkan diri saya seperti pelakon baru sahaja,”” katanya.

Tambah Dayana selepas itu, sedikit demi sedikit dia menerima tawaran berlakon dan melakonkan watak-watak besar.Dayana yang turut membintangi filem terbaharu Mamat Khalid berjudul Zombi Kilang Biskut  menganggap peluang ini sebagai salah satu cara untuk menunjukan bakat lakonannya kepada masyarakat.

“Saya tidak mahu sia-sia peluang berlakon filem Zombi Kilang Biskut ini, saya sudah beri yang terbaik untuk membuktikan bakat lakonan saya melalui filem ini,” katanya.Dayana memeggang watak sebagai Sofea mengakui adegan berlawn merupakan cabaran utama sepanjang penggambaran filem ini.Bagaimanapun, Dayana bekata, semua pelakon dan pengarah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk melakukan semua aksi tersebut dengan baik.

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم