Puisi Ibu Undang Tanda Tanya, Perkahwinan Hannah Delisha Tak Direstui?
loading...

Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga, timbul cerita tak sedap didengar mengenai perkahwinan pelakon cantik Hannah Delisha.

Puisi Ibu Undang Tanda Tanya, Perkahwinan Hannah Delisha Tak Direstui?

 


Memetik laporan mStar Online, seorang pemanggil misteri mendedahkan mendakwa perkahwinan Hannah dan suaminya, Imam Shah tidak direstui ibunya.

ARTIKEL MENARIK:Warganet persoalkan Rita Rudaini hantar anak anak ke sekolah swasta. Sekali ini respon Rita terhadap isu ini
loading...

Malah, lebih satu perkongsian di Instagram ibu kepada pelakon tersebut, Noor Ashikin Ahmad yang memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu mencetuskan tanda tanya.

Menerusi entri itu, Noor Akhirin seolah memberi bayangan mengenai percintaan pasnagan itu dan keputusan mereka mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan si ibu.

“Apabila dewasa;Sang anak bercinta.

Cinta yang datang dengan al kisahnya.

“Terjadi suatu yang membelenggu,maka itu tiada restu.

“Sang ibu membawa diri;fitnah dan tomah silih berganti.

“Salah siapa bukan inti,salah sendiri menjadi paksi.



loading...


“Allah Senantiasa menyaksi.

“Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media

Dalam perkongsian tersebut, Noor Ashikin yang menggelarkan dirinya Kakcik Wujud menceritakan kehidupan ranjau yang ditempuhi bersama anaknya sejak kecil.

Bagaimanapun, Noor Ashikin yang dihubungi mStar enggan mengulas mengenai luahannya itu dan meminta merujuk media sosialnya untuk penjelasan lanjut.

“Ya saya ibu kandungnya dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tak mahu komen mengenai perkara itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya,” katanya.

Terdahulu, Hannah melangsungkan pernikahan dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari lalu dalam satu majlis tertutup.



Kredit - tehtarikkaw

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم