Syok rakam video sampai satu masa hampir terkena air kunyit. Wanita ini cerita lebih lanjut kejadian yang dia kena semasa rakam video
loading...

Wanita ini tampil kongsi hampir terkena air kunyit ketika membuat rakaman video untuk Tiktoknya. Ketika itu dia sedang membuat rakaman di tangga kondominium rumahnya.

Syok rakam video sampai satu masa hampir terkena air kunyit. Wanita ini cerita lebih lanjut kejadian yang dia kena semasa rakam video

 


Difahamkan ketika itu dia sedang membuat rakaman berkaitan tips fesyen penampilan menggunakan baju raya. Melihat di ruangan kapsyennya”Sampai hati simbh kita dengan air kunyit masa kita tengah rakam video TikTok,” Jika dilihat videonya itu sudah meraih lebih 1.7 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam

ARTIKEL MENARIK:Buat kek kahwin sendiri pukul 3 pagi. Usaha pengantin lelaki ini ternyata raih perhatian
loading...


Wanita yang mahu dikenali sebagai Naimatul, katanya, kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang Khamis di kediamannya di sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor.Wanita berusia 40 tahun itu berasa terkejut apabila mendapati simbahan air berwarna oren kecoklatan, dari aras atas semasa rakaman dibuat di bahagian tangga antara tingkat 14 dan 15.

Terangnya, “Saya buat video TikTok di tangga sebab mencari kelainan dan rakaman yang kreatif. Sekarang petang cuaca selalu mendung, jadi lebih gelap bila buat rakaman di rumah.”Rakaman di luar untuk mendapatkan lebih pencahayaan yang natural. Lagipun, saya buat secara miming (gerak bibir) dan volum audio juga sangat perlahan kerana tidak mahu mengganggu penghuni lain selain segan jika dilihat jiran-jiran,”


Naim bercerita dia sempat menyelamatkan telefon bimbit, lampu selfie (ring light) dan rak gantung baju yang menempatkan beberapa baju kurung, blaus dan skirt labuh.”Hanya beg tangan saya warna putih terkena air simbahn tu. Bila saya naik ke tingkat atas iaitu aras 15, saya bersangka baik mengatakan ia bukanlah satu tindakan sabtaj.”Penghuni itu hanya mahu buang air kunyit ke tangga. Limpahan air tu memang kuat bau kunyit. Mungkin saya wrong timing (waktu yang salah) ketika buat video TikTok,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Berikutan dengan kejadian tersebut, dia telah membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium dan dimaklumkan bahawa kejadian tersebut bukanlah kejadian yang pertama dan ia sememangnya berlaku di tempat yang sama. Kata Naim yang sudah tinggal di kondominium itu sejak 10 tahun yang lalu, ada pihak penguruusan terima aduan berhubung dengan sikap penyewa baru yang terdiri daripada sekumpulan pemuda yang sering membuang sampah merata rata.

“Pelaku kena faham dan ada kesedaran sebab mana boleh buang air kunyit macam tu saja. Walaupun terdapat kemudahan lif, tapi kemungkinan ada penghuni lain melalui kawasan itu sehingga mereka juga boleh terkena air kunyit tu,” ujar ibu kepada tiga anak itu.Naim yang menjalankan bisnes baju wanita muslimah secara dalam talian sejak empat tahun berkata, dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya.


Untuk makluman, dia sering membuat video yang menumpukan perkongsian tip kecantikan dan fesyen membabitkan selebriti seperti Nabila Razali, Kilafairy, Iman Troye, Hannah Delisha dan Mira Filzah.”Saya dah buat rakaman video TikTok kat tangga beberapa kali sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang kedua awal tahun ini. Tapi tak sangka kali ini pula nasib tak baik, syukur saya tak kena simbahan air kunyit.

“Tapi adawarganet kata saya sengaja buat simbahan air kunyit sebagai content di TikTok. Saya tak buat dan saya tahu memang ramai akan cakap yang negatif,” tambahnya.Naim yang juga jurutera itu bagaimanapun menganggap kejadian yang berlaku sebagai dugaannya untuk melakukan rakaman video menerusi aplikasi tersebut.”Inilah dugaan bila buat video TikTok sedangkan saya gunakan platform TikTok untuk mencari rezeki. Nak kata serik tu taklah, tapi saya malas nak fikir buat masa ini,” katanya sebelum mengakhiri perbualan

Buat Kek Kahwin Sendiri Pukul 3 Pagi. Usaha Pengantin Lelaki Ini Ternyata Raih Perhatian

Sungguh menarik sekali kek berbentuk tepak dihasilkan oleh Amin untuk majlis nikahnya pada 13 MAc yang lalu. Macam yang kita sedia tahu, selain pelamin dan busana nikah untuk bersanding, kek juga jadi elemen penting dalam majlis meraikan pasangan pengantin. Berlaku di Manjoi, Perak, seorang pengantin lelaki raih perhatian ramai setelah menghasilkan kek berbentuk tepak untuk dipersembahkan kepada isterinya.

Jelas Muhammad Amin Kamarul Bahar, kek itu dihasilkannya sendiri pada malam sebelum dia dinikahkan dengan wanita pilihan hati yang juga rakan sekolahnya, Nor Liana Asraf pada 13 Mac lalu.”Saya buat kek itu pada malam sebelum saya akad nikah. Petang saya dah bakar kek, malam pula saya buat dekorasi pada kek.”Selain itu, saya juga buat sendiri kek untuk doorgift kepada tetamu. Sampai 3.30 pagi baru saya tidur. Esoknya akad nikah pukul 10 pagi.

“Bersengkang mata, memang lebm mata saya masa nikah,” ujarnya berseloroh. Lebih gemar disapa Amin, graduan Ijazah Seni Halus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu mendedahkan dia mula meminati bidang penghasilan kek selepas mendapat inspirasi daripada sebuah rancangan masakan di televisyen beberapa tahun lalu.Malah, minat itu turut didorang oleh ibunya, Norehan Mohd Salleh yang pernah mengusahakan kedai barangan hantaran dan turut berkebolehan dalam penghasilan kek serta pastri.


“Saya ada tengok satu rancangan tv mengenai orang buat kek. Saya rasa macam nak cuba. Jadi saya bekerja di sebuah kedai kek dekat dengan rumah selepas habis belajar pada tahun 2019.”Sebulan bekerja, saya pelajari teknik-teknik asas. Kemudian mak bagi modal sikit untuk berniaga kek di kedai lama mak.”Pada waktu itu saya jual kek kecil-kecil je. Kemudian saya tambah kemahiran dengan belajar di YouTube dan berguru dengan mak sendiri.

Tambahnya”Masa belajar pun saya ambil pengkhususan dalam bidang Arca. Jadi saya ada kemahiran untuk membentuk fondant. Dari kecil pun selalu bermain plastesin.”Sebelum ini, saya juga buat kek di rumah. Sekarang saya ada sebuah baking studio di Manjoi. Kedai kecil je, InsyaAllah ada perancangan untuk besarkan pada masa akan datang,” ujarnya.Dalam pada itu, Amin bersyukur apabila foto dia bersama kek itu yang dikongsi di Facebook meraih lebih 100,000 tanda suka (likes).



loading...


Banyak terima komen dari warganet, dia turut menerima banyak pertanyaan berkaitan tempahan kek penangan posting tular itu.”Terkejut bila tular, sebab kita orang biasa-biasa je. Saya juga bersyukur dengan doa yang dititipkan orang ramai.”Memang terharu, ada juga yang mesej nak tempah kek. Terima kasih atas sokongan dan doa.”Saya pun sekadar suka-suka kongsi di Facebook,” ujarnya lagi.Dedah Amin, dia juga kini dalam proses untuk memulakan penghasilan biskut raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.


Suami Isteri Ni Sakan Belanja Hampir Semua 200k Duit Individu Yang Tersalah Masuk Bank. Sekali Ini Tindakan Yang Akan Diambil Buat Dia Menyesal.

SEBERANG PERAI – Tindakan sepasang suami isteri mem­belanjakan hampir kesemua duit RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri apabila didakwa dengan 60 pertudhan salah guna wang semalam.

Pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pe­ngakuan sebaliknya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Foon Char Peng.

Mereka didakwa secara bersama melakukan salah guna wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd. pada Julai dan Ogos tahun lalu. Tertduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020 bagi kesemua 60 pertuduhan.

Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Kesksn iaitu menyalahgunakan harta secara crng yang memperuntukkan hukuman ditahan enam bulan hingga lima tahun, sebtan dan dnda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertduh tidak diwakili peguam. Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertdhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Pasangan itu dihantar ke Pnjra Reman Pulau Pinang di George Town selepas gagal membayar jaminan. Kes disebut semula pada 2 Februari depan. Mengikut fakta kes, wang tersebut telah didepositkan pada 2 Julai 2020 oleh satu cawangan bank tempatan melalui cek kepada akaun Siti Hajar kerana kesilapan pada salah satu digit nombor akaun.

Wang itu sepatutnya didepositkan ke dalam satu akaun sebuah syarikat. Difahamkan, wang itu digunakan untuk menyelesaikan hutang rumah teres setingkat milik mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan, manakala bakinya di­belanjakan bagi perkara lain.

Pihak bank hanya mengetahui wang itu tersalah masuk ke dalam akaun tertduh pada 11 Ogos 2020 lalu menghubungi mereka, namun tidak mendapat kerjasama sebelum membuat laporan polis. Rumah berkenaan kini dista mengikut Akta Pencegahan Pengbhan Wang Hrm.

4 Langkah Untuk Dapatkan Wang Anda Kembali Jika Tersilap Transfer Akaun Orang Lain

“Alamak.. tersalah transfer duit..nak buat macam mana ni..” Pernah tak tersalah tranfer duit kepada orang yang tak dikenali? Memang nampak remeh tapi, kes tersalah transfer duit memang kerapkali berlaku tanda sedar. Jika ia terjadi pada anda, jangan risau dan mula bertindak. Ini 4 langkah jika anda tersalah pindahkan wang ke dalam akaun orang lain.

1.LAPORKAN KEPADA POLIS

Setelah anda sedar tersalah pindahkan wang, pastikan anda buat laporan polis. Sangat penting untuk anda tulis selengkap-lengkapnya pada laporan itu. Laporkan bagaimana anda tersalah pindahkan, bila duit itu dipindahkan dan sebagainya.

2.BAWA LAPORAN POLIS KE BANK BERDEKATAN

Setelah lakukan laporan polis, bawa laporan itu kepada bank yang berdekatan. Terangkan perkara tersebut kepada pegawai bank yang bertugas. Jangan lupa minta tolong mereka untuk dapatkan kembali duit yang telah dipindahkan tersebut.

3.TUNGGU BANK HUBUNGI PEMILIK AKAUN & DAPATKAN PERSETUJUAN MEREKA

Bukan bermakna bila anda berhubung dengan bank anda akan terus dapatkan duit anda semula. Pihak bank mestilah hubungi pemilik akaun bank yang anda telah pindahkan wang. Oleh kerana ia berpunca dari anda tersalah transfer, jadi ia perlulah mendapat persetujuan mereka untuk dapatkan wang itu semula.

4.JIKA PEMILIK AKAUN TIDAK BERSETUJU

Jika pemilik akaun yang menerima wang itu tadi enggan bersetuju memulangkan wang, perkara terakhir yang anda perlu lakukan adalah bawa kes ini ke mahkamah. Jika amaun yang telah dipindah kurang dari RM5 000, anda perlulah lakukan fail ‘Small Claim Procedure‘ dan mahkamah majistret hanya boleh lakukan jika amaun itu tidak melebihi. Anda tak perlukan peguam di dalam mahkamah. Manakala untuk yang melebihi RM5 000 pula, anda perlu gunakan perkhidmatan peguam untuk dapatkan semula duit anda.

Sumber: World Of Buzz

Selamba Je Laki Sendiri Nak Bawa Mak Mertua Tinggal Sekali. Mula Mula Memang Takde Masalah Tapi Tanpa Sedar Dlm Diam Privasi Dirampas Sampai Adik Beradik Ipar Lelaki Buat Kunci Spare Sendiri

Foto sekadar hiasan. Perkongsian confessor sepertimana disiiarkan di laman IIUMC, si isteri seolah tersepit dengan keputusan suaminya untuk membawa emak mertua tinggal sebumbung. Ikuti luahannya dibawah.

Suami anak lelaki sulung

Assalamualaikum. Aku Ayu dari selangor. Sudah berkahwin 7 tahun. Suami berasal dari Perak. Suami anak nombor dua dan anak lelaki yang sulung dari 5 beradik. Kami sudah membeli rumah berdekatan rumah keluarga suami iaitu di Perak.

Masalah mula timbul apabila suami berkehendakkan emaknya tinggal sekali atas alasan emak suami sudah uzur. Aku faham tanggungjawab beliau dan akhirnya bersetuju. Tiada masalah awalnya, tetapi lama kelamaan hati aku jadi tak ikhlas.

Berdosakah aku sebagai isteri? Sebagai menantu? Aku sentiasa positifkan diri tapi lama-lama tak dapat menipu diri sendiri aku tak sesuai tinggal bersesama dengan mentua sendiri. Maaf disini aku berterus terang mungkin nanti akan dikecam tapi itulah hakikatnya.

Kerap ditegur mertua

Sebagai seorang yang dah terbiasa berdikari, sehinggalah aku kemudiannya berkahwin. Suami juga memberi kebebasan pada aku dalam membuat keputusan asalkan tidak mencabar hak beliau sebagai suami dan membelakangkan keluarga.

Datang mertua aku, dia boleh sesuka hati menegur begitu begini sehinggakan apa yang aku nak masak untuk menjamu keluarga juga akan di berikan pandangan mengikut pemikiran beliau. Pernah bulan puasa aku berkejar dari office ke pasaraya berniat untuk memasak menu mee goreng basah,

sampai2 dirumah dan kedapur menyinsing lengan baju tiba tiba datang mertua tanya aku hendak masak apa aku maklumkan hendak goreng mee, terus diceramah maklumkan makanan di dalam peti sejuk banyak saja lagi kenapa suka membazir demakian puasa ni.

Aku buka peti sejuk dan lihat cuma ada setengah bekas nasi ayam semalam yang dia sendiri makan tak habis dan tiada makanan lain. Entah kenapa sebab terlalu marah syaitn dah cucuk aku tinggalkan dapur dan terus kebilik tinggalkan

barang barang yang aku beli sampai waktu buka suami tanya mana mee goreng aku hanya cakap mak cakap makanan banyak jangan membazir. Aku tahu aku sepatutnya jelaskan kepada mertua makanan untuk buka tiada dan teruskan memasak tetapi sebab dan tak tahan asyik dikritik aku pilih berkelakuan demikian.

Bila MC atau cuti pasti ditanya

Aku juga tidak boleh suka suka hati nak mc dari kerja atau cuti atau apa apalah kerana jika dia lihat saja aku ada dirumah mesti dengan riak muka risau dia akan mengajukan soalan, kenapa tak kerja ni? Apa jadi? bos tak marah ke?

boleh ke suka suka hati mc? aduhai ya Allah kerja aku tahulah aku uruskan sendiri nak cuti ke nak mc ke nak berhenti ke? Again aku tahu aku yang terlebih emosi, tapi pembaca sekalian fikir kalau sekali dua faham, kalau banyak kali sampai setiap kali cuti.. mc sepanjang mertua duduk bertahun tahun tak ke stress aku demakatnya.

Memandangkan mertua duduk dengan aku jadi boleh bayangkan adik beradik suami yang lain akan selalu menziarahi emak mereka. Sehinggakan suami aku membuat kunci pendua rumah aku dan diberikan kepada adik beradik yang lain atas alasan menyenangkan adik beradik suami datang ke rumah pada bila bila masa. Masalahnya disini apabila kemudiannya aku sudah tiada kebebasan pada rumah sendiri.

Adik beradik lelaki suami masuk rumah sesuka hati

Bayangkan kalau dirumah sendiri tanpa adanya lelaki bukan muhrim lain sah sah kita akan memakai pakaian ikut kesesuaian dan keselesaan sendiri kan, jadi bayangkan kalau aku yang didapur sedang buat kerja tiba tiba datang adik beradik lelaki yang sedia ada kunci main masuk ke dalam rumah dengan aku yang tak menutup aurat sepenuhnya?

lintang pukang aku masuk ke dalam bilik bila keadaan begitu berlaku yang mana hampir setiap hari (family suami semua duduk berdekatan). Aku lama lama stress dan akhirnya aku banyak habiskan masa didalam bilik sahaja jika keadaan begitu berlaku.

Terus terang aku tiada kebebasan dirumah sendiri dan kadang kadang rasa nak lari sahaja dari rumah tapi memandangkan itu rumah aku sendiri jadi nak lari ke mana pula. Itulah sahaja serba sedikit luahan aku, aku tahu aku akan dikritik kerana masalah aku bukan berat sangat dan perlu bertolak ansur dengan keluarga suami.

Aku faham suami kena jaga maknya itu tanggungjawab dia tapi mungkin perlu letak sempadan antara hidup aku dan mertua. Aku tak kisah jika suami jaga emaknya 24jam tanpa kami iaitu aku dan emaknya perlu hidup sebumbung. Aku juga boleh saja jaga mertua.. masakkan untuk dia.. basuhkan baju dia setiap hari sehingga habis nyawa tapi itulah aku tak boleh tinggal bersama dalam tempoh yang lama sebab aku betul betul tak boleh.

Adik beradik perlu berbincang

Dia dan adik beradik dia perlu berbincang bersesama bagaimana hendak menjaga emak mereka bersama2 bergilir gilir atau letakkan seorang pembantu rumah di rumah mak mereka yang kini kosong sebab mertua tinggal dengan aku sekarang. Rumah kami ditaman yang sama cuma dijalan yang berlainan. Adik beradik yang lain aku lihat tak ada bersuara pula ingin jaga emak mereka walaupun mereka juga tinggal berdekatan.

Sudahnya semua bertunggu bertangga dirumah aku sebab emak mereka tinggal disitu. Pembaca yang budiman mungkin kata aku sejahat menantu tapi aku terpaksa berterus terang aku tak boleh hidup begini yang mana privasi aku sudah langsung tiada. Aku sanggup berulang alik kerumah mertua setiap hari pagi petang siang malam berbakti pada dia asalkan aku masih ada sedikit privasi dirumah sendiri.

Moga Allah swt ampunkan aku hambanya yang amat lemah dan pendosa ini.

Jom kita lihat apa kata warganet:

Syafina Zul –Sy memegang prinsip utk diri sy, emak dan bapa tiada hak mengatur rumah anak menantu. Prinsip ni bukan suka2, tp diajar bg memastikan keharmonian dlm rumahtangga. Nik Nur Raidah –Please bincang dengan suami sis..jgn pendam seorg diri.. menantu selamanya akan jd menantu, takkan pernah dianggap anak perempuan..sebab tu ada pepatah kata jauh bau bunga, dekat bau tahi.

Alicia Goldstone –Sis confessor, senang cerita. Klu x mampu nak berterus@terang dengan encik suami. Apa kata, screenshot kisah ni then whatsapp kat dier, “masalah kita sama dengan ni, bang”.  Nur Athirah Ahmad –Pagi tdi aku terbaca satu coretan dari org yg taw bab agama nie. Pasal hubungan adik beradik (ipar duai). Taw x sebenarnya xboleh berdua-duaan dgn ipar duai hatta di dlm kenderaan kerana dia adalah org asing yg ada batas aurat. Suami puan sepatutnya menjaga aurat puan. Dh rumah kita, kenapa nk bgi kunci kt org sdgkn rumah mak ada.

Xterbyg kita dok dlm bilik air tiba2 ipar masuk rumah tgk kita kluar bilik air. Kalaula setn tiba2 tabur garam. Ntahla apa yg jadi. Utk suami sis, cukup2 la bertanggungjawab sampai hati isteri disakiti. Nanti nk jwb depan Allah mcm mana. Aurat isterinya, hati isteri. Nk jwb dgn apa. Tanggungjawab pada mak boleh dilunaskan tanpa perlu abaikan tanggungjawab dan hak isteri.

Masni Azhari –Salam…pernah satu masa..aku ada bibik .. sebelum tu dia bekerja diarab saudi.. tugasnya hanya menjaga emak tua..mereka tinggal bersama anak lelaki..tetapi dibahagian lain rumah itu..ada bilik sendiri, ada dapur dan ruang tamu sendiri.

Makanan dimasak didapur utama dan dibawa masuk kebilik emak tua..waktu ptg anak dan cucu datang kebilik tersebut.. Itu yg terbaik sebenarnya..emak tak payah susah2 pergi kedapur..makanan siap hanya hantar kebilik.. E tua habiskan masa beribadat sahaja.. Kepada emak yg tinggal dgn anak ..biarlah anak menguruskan hidup mereka sendiri..kita tak payah masuk campur.. Lebih baik kita tumpu pada ibadat..

Tiya Smilove –Stupid sungguh la suami puan ni. Dia tak tahu ke boleh timbul fitnah antara puan & ipar lelaki tu? Panggil orang tukar kunci. Buat house rules baru & bincang dengan semua orang. Kalau susah bincang depan-depan, tubuhkan WhatsApp group…haa bertekak la kat situ sampai puas.Pelik jugak, tak nak jaga mak tapi semakk asyik datang bertandang. Kalau dah camtu gayanya, elok bergilir-gilir jaga mak

Leo Ku –Memang tanggungjawab lelaki untuk menjaga emak bapa. Tapi dah berkahwin kan, perlulah adil kepada isteri. Tiada istilah emak hanya seorang, isteri boleh cari lain. Yang bangang je boleh cakap camtu. Sebagai seorang suami, kena berlaku adil. Jika nampak emak tidak berlalu adil kepada si isteri, cuba tanya kenapa. Kalau tidak boleh selesai berbincanglah dgn adik beradik lelaki lain. Jangan biarkan emak sakiti isteri, dan begitu juga sebaliknya.

– Ayunadira (Bukan nama sebenar) via iiumc


Kredit -
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم