Akhirnya terjawab segala teka teki warganet. Terkini Siti Sarah sahkan tengah hamil ank keempat lepas enam tahun.
loading...

TEKA-TEKI mengenai Siti Sarah berbadan dua akhirnya terjawab selepas penyanyi itu mendedahkan dia kini sedang h4mil anak keempat. Siti Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Akhirnya terjawab segala teka teki warganet. Terkini Siti Sarah sahkan tengah hamil ank keempat lepas enam tahun.

 


“Alhamdulillah syukur Ya Allah, permata nombor empat bakal menyusul tidak lama lagi. “Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan untuk saya dan suami. “Jujur saya betul tak sangka, lepas enam tahun saya melahirkan Matin, saya dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,” katanya.

ARTIKEL MENARIK:Mahu berundur daripada dunia hiburan. Ramai yang terkejut bila Elly Mazlein muat naik foto dengan kapsyen macam ni. Rupanya ini yang terjadi.
loading...


Menurut isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu sebaliknya menunggu masa yang sesuai untuk menghebahkannya kepada umum. “Ramai tanya masa mula-mula dulu tapi saya tak berani cakap lagi. Rasa kandungan dah kuat, baru saya berani nak beritahu.


“Minta maaf sebab tak beritahu awal sebab sebelum ini saya pernah ada anxiety (kerisauan yang melampau), jadi saya sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan ini. “Saya nak minta anda semua doakan saya dan kandungan. Saya juga doakan wanita di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan,

moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan menjadi ibu. Amin,” katanya. Sebelum ini, ramai warganet membuat spekulasi Sarah sedang berbadan dua menerusi beberapa video yang dikongsikan penyanyi itu di Instagram.Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: MSTAR

Siti Sarah Akui Kesal Dengan Sikap Individu Ini Yang Mengatakan Dirinya Seperti Menunjuk. Sekali Ini Respon Suaminya Shuib

Sejujurnya Siti Sarah merasa kesal apabila ada pihak mempertikaikan sumbangan yang diberikan kepada petugas barisan hadapan. Dia merasa agak kecewa apabila niatnya itu disalah anggap oleh segelintir pihak. Sarah menjelaskan tujuannya menghulurkan sumbangan itu adalah untuk mengembalikan semula semangat mereka yang gigih berjuang mengekang penularan wabak Covid-19.

Jelas Sarah”Dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi teruk jadinya.”Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bagi ddah ke? Bagi air todi yang mbuk-mbuk ke?”Frontliner tu ada yang tak cuti banyak sangat dugaan yang dia orang kena hadap. Ape yg Sarah bagi kecil je, cuma nak buat diaorang happy. Sekurang-kurangnya dapat bagi semangat,”

Bersertakan kapsyen ditulis itu, dia turut memuat naik paparan skrin mesej kritikan yang diterima daripada warganet.”Tak payah acah baik boleh tak? Kalau nak bagi, bagi sajalah. Kau dengan laki kau memang suka menunjuk ya?” ini antara pesanan mesej salah seorang warganet


Sementara itu, Sarah berkata dia lebih mengetahui niatnya dan tidak wajar jika ada individu mempertikaikan keikhlasannya dalam melakukan kebaikan.”Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan. Perkara tu rahsia Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang?”Kepada akak-akak frontliner Malaysia yang bagi komen dan DM yang baik-baik, Sarah doakan semoga diberikan keselamatan dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah,” ujarnya.

Perkongsian Siti Sarah itu turut menarik perhatian suaminya yang juga pelawak Shuib.Shuib berkata dia akan sentiasa berada di sisi isterinya dan memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu penyanyi berusia 36 tahun itu.”Siapa budak ni? Bini aku jangan usik! Aku cari sampai dapat!” tulis Shuib pada ruangan komen.

Tak Sangka Niat Berkongsi Rezeki Bersama Petugas Barisan Hadapan Disalah Erti. Ini Komen Padu Dari Siti Sarah Sendiri

Siti Sarah luah rasa kesal selepas niatnya berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan disalah erti. Siti Sarah membuat perkongsian itu di akaun IGnya. Dia juga ada memuat naik gambar foto paparan skrin mesej yang dihantar secara peribadi daripada seorang arganet yang mengatakan dia suka menunjuk baik.

“Tak payah acah baik boleh tak? Kalau nak bagi, bagi je lah. Ko dengan laki ko memang suka menunjuk ek?”Namun menurut Sarah, dia sedar sememangnya sukar untuk puaskan hati semua orang dalam kehidupan.”Dalam kehidupan kita ini, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita terbuat salah, lagi teruk jadinya.

“Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke?”Frontliner tu ada yang tak cuti, banyak sangat dugaan yang diorang kena hadap, apa yang Sarah bagi kecil je, just nak buat diorang happy. at least dapat bagi semangat dan buat diorang happy hari tu,” tulisnya sebagai kapsyen.Tambah Sarah, perkara berkaitan keihklasan selayaknya dinilai oleh Allah SWT.

“Saya bagi hadiah dan barang-barang lain tu pun untuk buat kenangan, ikhlas ke tak, bukan kita tentukan, perkara itu rahsia Allah, siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang,” tulisnya lagi.Dalam pada itu, Sarah juga mendoakan kebaikan buat para petugas barisan hadapan yang sering meninggalkan komen dan mesej positif kepadanya.”Kepada akak-akak frontliner Malaysia yang bagi komen & DM yang baik-baik, Sarah doakan moga diberikan keselamatan dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah,” tulisnya lagi.

Warganet Nampak Baby Bump Siti Sarah Dan Ramai Mengandaikan Dia Kini Sedang Hamil Dan Ini Status Terkini Siti Sarah

Baru baru ini, Siti Sarah Raisuddin telah meriah perhatian orang ramai melalui hantaran terbaru di laman ignya apabila dia dikatakan sedang hamil. Menerusi hantaran IGTV, Shuib dan Siti Sarah kelihatan bersama anak anak tiba di sebuah cawangan Bubblebee bagi merasai perisa terbaru keluaran kafe itu.

Kelihatan Sarah yang anggun memakai busana berwarna merah jambu turut memperlihatkan dirinya seolah-olah memiliki ‘baby bump’ sekaligus membuatkan peminat mengandaikan dia kini sedang hamil.Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat membanjiri dengan pelbagai pertanyaan kepada pelantun Terakhir Buat Teman itu untuk mengesahkan dirinya kini sedang hamil dan dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah buat mereka sekeluarga. Dalam pada itu, pihak kami turut menantikan pengesahan daripada sumber terdekat pasangan selebriti ini mengenai status terkini Sarah.

Pada Disember yang lalu, Sarah menafikan bahawa dirinya sedang hamil setelah perubahan berat badannya menimbulkan spekvlasi dalam kalangan peminat.Jelas Sarah, ia berpunca daripada kesan perubahan hormon serta pengambilan ubat-ubatan sejak beberapa tahun lalu.

Kecoh Tentang Shuib Dan Siti Sarah Ingkar Sop Pkp. Mengejutkan Sekali Ini Tindakan Yang Diambil Oleh Pihak Polis Buat Ramai Yang Tak Sangka.

LIPIS – Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing dikenakan RM1,000 seorang selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran pada Jumaat

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun. “Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkt 1988,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit tersebut di Facebook miliknya. Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Rasa Bersalah Gara Gara Tiada Masa Dengan Ank. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Siti Sarah Bongkarkan Punca Dia Tak Dapat Luang Masa Dengan Anak.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anaknya. Apa yang kita lakukan hari ini adalah demi untuk kesenangan anak-anak dimasa hadapan kelak. Begitu juga dengan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang berdepan hal sama. Terpaksa bekerja hingga lewat malam seakan sudah biasa baginya dan suami, Shiub demi untuk memastikan masa depan mereka sekeluarga terjamin.

Kedua-duanya yang sibuk dengan perniagaan masing-masing membuatkan masa untuk anak kadangkala terjejas. Pun begitu kata Sarah, walau sibuk macam mana sekalipun, ada waktunya dia cuba usahakan sebaiknya untuk meluangkan masa bersama ketiga-tiga anaknya.

“Tanpa ibu dan ayah takkan kemana lah kita, kejayaan seseorang itu adalah berkat doa dari mereka. Ingat, hanya kasih sayang dan doa yang dipinta. Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi olehNya. “Macam mana Sarah busy dengan kerjaya dan bisnes, Sarah akan tetap cuba cari masa untuk habiskan waktu dengan anak-anak sebab tak nak mereka rasa jauh dengan ibu,” tulisnya.

Sarah berkongsi rasa ini menerusi sebuah video yang dikongsikan di instagramnya beberapa hari lalu. Video Sarah sambil menemani anaknya bermain golf itu mendapat pujian daripada pengikut Sarah di instagram. Kata Sarah lagi menerusi video yang sama, dia pernah menangis hanya kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya dek kerana terpaksa balik ke rumah lewat malam.

“Ada satu hari tu Sarah menangis bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak. “Habis kerja lewat malam, balik je anak-anak dah tidur. Tapi inilah orang cakap pengorbanan untuk pastikan anak-anak Sarah hidup selesa di masa depan,” ceritanya lagi.



loading...


Sayu hati melihat luahan hati Sarah yang meminta maaf daripada anak-anaknya kerana sibuk bekerja. Malah berjanji untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya kelak. “Ibu minta maaf kalau selama ini ibu sibuk dengan kerja. Insha-Allah ibu akan cuba cari masa yang ada untuk bersama kalian semua. Ibu sayang anak-anak ibu,” luahnya.

Terbaru, Sarah berkongsi sebuah video bonding bersama anak-anak yang memperlihatkan Shuib bermain golf di dalam rumah bersama anak-anak ketika musim PKP ini. Ternyata video yang dikongsikan Sarah itu amat menghiburkan hati para pengikutnya.

“Kalau dah sampai bapak dia ikut cara anak apa cita. Anak bagi idea macam mana nak main dengan seronok dan smbil tu kita sepahkan rumah tanpa ada siapa pun yang berani marah. “Cara caranya adalah “kita ajak bapak kita sekali “ good idea,” seloroh Sarah. 

Perkongsian video mencuit hati itu membuatkan wargamaya terhibur melihat telatah Shuib ketika bermain bersama anak-anaknya. Memang menghiburkan. Inilah ruang, masa dan peluang yang dicari-cari selama ini bersama anak-anak.

Terdahulu, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata pelengkap bahagia mereka. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : pa & ma

Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Kerjaya. Siti Sarah Dedahkan Perasaan Shuib Bila Buat Keputusan Ni. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Reaksi Shuib.

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah mengakui keputusan suaminya yang juga pelawak,  Shuib tinggalkan kerjaya sebagai penyampai radio di Hot FM, tidak mudah. Sarah berkata, Shuib begitu sedih untuk tnggalkan stesen radio terbabit yang sudah dianggap sebagai sebuah keluarga. 

“Saya tahu hari ini (semalam) adalah hari yang paling berat untuk awak. Lama awak fikir nak buat keputusan ini. Iyelah, dua tahun di Hot FM dan semua kat radio tu awak dah anggap macam famili. “Ingat lagi, masa awal bincang fasal nak tinggalkan Hot FM. Awak sangat sangat sedih sebab  cintakan kerjaya ini dan seronok kerja di sana. 

“Sampaikan awak pernah cakap kerja kat Hot FM ini lain. Mereka menjaga awak dan menghormati semua pekerja,” katanya. Semalam, Shuib memutuskan untuk tinggalkan Hot FM selepas dua tahun berkhidmat untuk stesen radio itu.

Keputusan itu diambil kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang dijalankan sekali gus menafikan dirinya dilamar stesen radio lain. Menurut Sarah, dia memahami keputusan sukar yang perlu dibuat Shuib demi kelangsungan hidup dan masa depannya.

“Saya faham bila awak cakap hidup ini kita kena berkorban, apabila nak buat sesuatu yang lebih besar untuk masa depan. “Saya nak beritahu apa pun awak buat, saya akan tetap ada dan sentiasa ada di belakang. Saya doakan bisnes kita akan terus berjaya dan bantu lebih ramai rakyat Malaysia yang sekarang ini berjuang untuk cari peluang kerja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HM

Lepas Nekad Untuk Tinggalkan Hot Fm. Kali Ni Shuib Buat Keputusan Untuk Lepaskan Sepahtu Pulak. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

PENYAMPAI radio dan pelawak, Shuib mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni termasuk penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu. Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, keputusan itu dibuat bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap perniagaannya yang semakin berkembang maju.

“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali. “Keputusan ini dibuat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu.

“Sekarang tumpuan saya adalah untuk fokus pada perniagaan dahulu dan saya pun tak boleh nak cakap tempoh masa berapa lama saya akan berehat nanti,” katanya kepada mStar. Shuib juga telah membuat pengumuman untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio Hot FM pagi Isnin.

Shuib akan bersiaran untuk segmen Geng Pagi Hot (GPH) buat kali terakhir pada Jumaat ini. “Sukar sebenarnya untuk saya melepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula (kalau masih bergelar penyampai radio).

“Sebab kita tahulah kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio. “Macam mana saya nak fokus pada bisnes… sebab itu saya terpaksa ambil keputusan ini.

“Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baharu saya tahu ramai juga yang suka dengar celoteh saya di Hot FM, saya hargai semua itu,” katanya. Sementara itu, isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 37, berkata dia sentiasa menyokong keputusan yang dibuat suaminya.

“Saya memang sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh suami. Kalau dia dah buat sesuatu keputusan itu, lagi-lagi melibatkan perkara besar macam ini maknanya memang dia dah fikir habis-habisanlah tu. “Setahu saya ini bukan kali pertama dia pernah cakap dia nak berhenti dan sekarang dia memang dah betul-betul nekad.

“Sebagai isteri, saya akan ikut sahaja apa yang dia mahu lakukan,” ujar Sarah. Shuib menyertai Hot FM pada bulan Februari 2019. Sebelum itu, dia terlebih dahulu menyertai Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya. Shuib juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya.

Niat Dah Baik Bagi Sumbangan Toto Pada Penduduk Yang Terjejas Dengan Bajir. Sekali Selamba Je Individu Ni Komen Macam Ni Buat Ramai Yang Marah.

Pelakon dan Pelawak yang terkenal Shuib Sepahtu telah mengambil peluang untuk menderma kelengkapan kepada penduduk yang terjejas banjir yang telah terjejas dengan teruk di Negeri Pahang berupa tilam dan toto.

Seperti yang kita semua ketahui setiap tahun apabila musim tengkujuh telah sampai, beberapa buah negeri yang berada di dalam lingkaran musim tersebut akan mengalami banjir yang teruk dan tahun ni negeri pahang telah terjejas teruk.

Shuib Sepahtu yang telah menyumbang bersama bubblebee iaitu francais minuman yang terkenal miliknya yang menyumbang tilam dan toto untuk kegunaan penduduk yang terjejas banjir yang telah dipindah ke beberapa tempat pemindahan. Usaha sebegini yang diharapkan daripada golongan artis supaya lebih banyak rakan2 artis yang sama2 menolong mereka yang terjejas banjir yang terjejas di beberapa tempat lain selain negeri pahang.

KOMEN WARGANET :


Kita mengharapkan usaha yang murni dari Shuib Sepahtu dan team boleh memberi insprirasi kepada orang lain yang berkemampuan untuk menyumbang. Diharapkan kepada mereka yang terjejas dengan banjir itu banyakkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan musim tengkujuh ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Ig ShuibSepahtu

Lepas Teruk Dikritik Gara Gara Adegan Yang Shuib Buat. Akhirnya Shuib Tampil Bersuara Jelaskan Apa Maksud Sebenar Yang Dia Cuba Nak Sampaikan.

Berikutan lsu mengenai adegan lawak yang dikupas oleh seorang penceramah Akhi Fairuz semalam, pelawak Shuib Sepahtu tampil memohon maaf secara terbuka melalui laman sosial Instagram miliknya. Bagi menjernihkan suasana, permohonan maaf tersebut telah dimuat naik menerusi sebuah rakaman video berdurasi 55 saat sebentar tadi.

“Saya dengan rendah diri nak mohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati, kepada mereka-mereka yang merasakan babak itu tidak patut dilakukan. “Tapi sebenarnya saya nak bagitahu ikhlas daripada hati saya semasa saya melakukan babak itu saya takde maksud apa-apa.

“Takde nak melcah atau apa-apa, saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Takde niat apa-apa. “Kalau katalah dengan video tu ada orang terasa hati saya minta maaf banyak-banyak inshaa allah saya takkan buat lagilah benda-benda macam tu,” ujar ahli kumpulan Sepahtu itu.

Menurut pelawak berusia 36 tahun itu, sewaktu melakukan babak tersebut dia tidak berniat untuk melcah tetapi hanya mahu membuat penonton ketawa. Justeru itu, dia memohon maaf jika ada pihak yang terguris atau terasa hati dengan lakonannya itu dan berkata bahawa dia tidak akan mengulangi perkara itu pada masa akan datang.

Terdahulu, penceramah tersebut menegur adegan Shuib yang sedang mengukur kelapa di dalam sebuah rancangan komedi yang diberi nama Sepahtu Reunion. Adegan tersebut dianggap tidak elok dan ia dikatakan sudah menjadi satu normalisasi dalam kalangan masyarakat dimana isu sebegitu kini dianggap normal.

Kredit : OMM

Bakal Mengadakan Sidang Media Bagi Menjelaskan Isu Yang Pernah Tular Sebelum Ini. Siti Sarah Dan Shuib Tampil Jelaskan Punca Mereka Membuat Sidang Media Tersebut

Pasangan suami isteri selebriti, Siti Sarah dan Shuib bakal mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontr0versi melanda susulan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) dalam membantu siastan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang hram pada awal Oktober lalu.

Siti Sarah berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.“Sebenarnya saya masih tidak boleh berikan sebarang kenyataan. Tapi, Insya-Allah dalam masa terdekat akan selesai. Sikit saja lagi. Kami akan buat sidang media termasuk pihak SPRM,” katanya.

Siti Sarah yang ditemui pada majlis pelancaran single duet bersama Hazama, Terakhir Buat Teman berkata, sepanjang perkara itu hangat diperkatakan dia dan suami hanya berfikiran positif selain sabar dengan ujian diberikan.

“Sebenarnya tahun ini banyak mengajar saya erti sabar. Ia memang sabar yang luar biasa. Namun, saya sangat bersyukur kerana dalam apa keadaan yang terjadi tahun ini terhadap kami, tapi Allah meletakkan kita di tempat yang paling baik. Alhamdulillah.

“Dalam apa juga keadaan, kami sentiasa positif. Shuib seorang yang sangat tenang. Kami tahu di mana kami berdiri dan tahu dalam apa juga dilakukan, Allah ada bersama,” katanya.Mengenai pelbagai spekulasi yang timbul, Siti Sarah berkata, dia tidak mampu menghalang warganet untuk berkata-kata.

“Sebenarnya saya tidak boleh buat apa-apa mengenai orang yang buat spekulasi. Walaupun belum diberitahu apa-apa, dia sudah buat spekulasi sendiri, saya tak dapat nak buat apa-apa mengenai itu. Namun, mereka harus tahu sekiranya mereka tersalah bual ia sudah jatuh ftnah. Kalau sudah ftnah, dosa itu macam mana?” katanya.

Siti Sarah mengakui, apa yang berlaku membuatkan dia semakin kenal erti persahabatan.“Dalam keadaan sekarang terutama apabila perkara ini terjadi, terus terang saya cakap saya tahu siapa yang betul-betul berkawan dengan kita sebab kawan atau dia dekat dengan kita sebab ada kepentingan. Perkara ini Allah tunjuk.

“Saya sangat bersyukur sebab Allah jadikan perkara ini. Mungkin untuk buat pembersihan juga pada orang sekeliling saya sebelum kita nak pergi lebih jauh,” katanya.Terdahulu, pada 1 Oktober Harian Metro melaporkan pasangan selebriti suami isteri dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Kemudian, syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music memaklumkan artis mereka, Siti Sarah hanya menemani suaminya hadir ke ibu pejabat SPRM.Dalam satu kenyataan lain juga, peguam yang mewakili pasangan itu iaitu, Muhammad Fadhli M Sutris menafikan khabar angin anak guamnya itu ditahan reman SPRM.

Pelakon dan pelawak, Shuib mengakui ada individu yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehidupan yang dilaluinya kini.Jelasnye kepada MH, dia rasa lebih terkilan apabila pihak berkenaan merupakan orang yang tergolong dalam kalangan individu yang sering berada di sekelilingnya.

“Tak semua orang suka kalau kita berjaya. Kawan kita pun tak semua yang suka kita. Tapi itulah hukum alam, adat dalam berbisnes.“Bila kita berada di bawah orang mencuck-cuck, bila kita berada di atas, ada yang nak jolok-jolok, nak suruh jatuh,” katanya jujur.

Shuib berkata demikian sebagai mengulas apa yang dimaksudkannya terhadap satu entri di Insta Stories baru-baru ini yang meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang.Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Shuib memilih untuk pendam sahaja hal berkenaan.

“Saya suka simpan sendiri. Ada benda lebih baik simpan sahaja sebab saya bukan suka berbalah.“Biarlah Allah buat kerja, kita rileks sahaja sebab lambat laun orang itu akan sedar yang dia tak patut buat begitu,” katanya lagi.Shuib ditemui sewaktu pelancaran cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan. Ia merupakan cawangan pertama yang dibuka di luar Lembah Klang.

“Saya sasarkan sebanyak 100 cawangan sebelum penghujung tahun ini, insya-Allah. Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi juga.“Saya tak sangka sambutan yang diberikan oleh pembeli di luar Lembah Klang cukup luar biasa.“Malah saya difahamkan, sampai ada yang sanggup beratur selama tujuh jam”, katanya yang turut memperkenalkan rakan kongsinya di cawangan tersebut Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi pada sesi berkenaan.



Kredit -


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم